Tarik Duit Dengan Cara Mistik Atau Bersyariat? - CrazyDuck -->

Header Ads

Tarik Duit Dengan Cara Mistik Atau Bersyariat?

Menarik Rezeki Melalui Keberkatan. Rezeki kita bergantung kepada pekerjaan yang kita lakukan dan usahakan. Tanpa keberkatan rezeki kita menjadi sempit walaupun banyak yang kita terima. Wang yang diterima habis entah ke mana, ada sahaja penyebab yang kita perlu mengeluarkan wang. Keberkatan menutup lubang kebocoran ini.
Menggunakan khidmat bomoh atau dukun merupakan sebahagian dari budaya di Nusantara.

Menarik Rezeki Melalui Keberkatan. Rezeki kita bergantung kepada pekerjaan yang kita lakukan dan usahakan. Tanpa keberkatan rezeki kita menjadi sempit walaupun banyak yang kita terima. Wang yang diterima habis entah ke mana, ada sahaja penyebab yang kita perlu mengeluarkan wang. Keberkatan menutup lubang kebocoran ini.

Menarik Rezeki dan Wang Melalui Keberkatan

Rezeki-Berkat

Masyarakat Nusantara sangat tidak asing dengan perkara mistik dan sihir.

Walaupun bangsa lain mempunyai kepercayaan kepada alam ghaib (tokong, patung, gambar, cermin) konon untuk membantu mereka dalam usaha mencari wang dan mengumpul harta, mereka lebih tumpukan kepada kerja fizikal.

Terutamanya berniaga.

Perniagaan menjadi tunjang kepada kekayaan mereka. Sikap suka tolong menolong sesama mereka juga sangat tinggi. Dengki? Ada juga. Itu mesti punya. Tapi… sambung sendiri lah.

Mereka juga sangat tidak asing dalam melakukan perkara terlarang seperti memberi rasuah, kegiatan perjudian, along, pelacuran dan sebagainya demi mencapai nafsu keinginan untuk hidup senang, mewah dan terjamin.

Asal jadi duit… termasuk mengimport dan mengedar dadah. Tapi yang nampak budak kampung sebagai pengedar. Ya betul… pengedar tahap kampungan. Pengedar besar tak pernah nampak.

Islam secara terang menetapkan bahawa untuk mendapat kejayaan dan kekayaan usaha perlu dilakukan mengikut syariat yang betul.

Ilmu, kepakaran dan tulang 8 kerat menjadi asas utama dalam usaha kita menjana rezeki.

Setelah itu (atau terlebih dahulu) disusuli dengan doa dan berserah kepada Allah untuk keberkatan usaha yang dijalankan. Usaha yang berkat menghasilkan pulangan yang tinggi tanpa terlalu kepenatan.

Kategori rezeki yang halal dan haram juga diberi garis panduan yang jelas oleh Islam.

Menarik Duit Alam Ghaib Secara Mistik

Samada benar atau dongengan aku tak pasti. Tapi sangat berat untuk aku mempercayai. Mungkin orang yang kaya dengan duit secara tarikan ini tak pernah muncul kerana kerahsiaan atau keselamatan.

Bahan yang biasa digunakan untuk proses penarikan duit dari alam ghaib termasuklah besi kursani atau besi kuning, keris berdiri, keris terbang, geliga lipan, dan batu dari buah delima.

Mereka yang mampu menarik duit mempunyai ilmu khusus tentang perkara ghaib. Itulah anugerah Allah kepada mereka.

Aku tak layak. Tarik duit dari dalam poket, wallet, atau duit yang keluar dari mesin ATM aku pandailah.

Dan bukan skop artikel ini untuk membahaskan hal penarikan duit dari alam ghaib. Kerana aku hanya pernah mendengar tapi belum pernah menyaksikan. Dalam Youtube belambak.

Contohnya seperti pautan ini [Video tarik duit] atau klik gambar di bawah.

Video-Tarik-Rezeki-dan-Duit

Menarik Rezeki Melalui Keberkatan

Bagi kita yang tidak mempunyai ilmu khusus menarik duit tetapi rezeki kita bergantung kepada pekerjaan yang kita lakukan, keberkatan terhadap apa yang kita lakukan sangat penting.

Tanpa keberkatan rezeki kita menjadi sempit. Wang yang diterima habis entah ke mana. Ada sahaja penyebab yang kita perlu mengeluarkan wang.

Amalan zikir (kena cari sendiri atau berguru) yang membersih dan menenangkan hati adalah antara perkara yang membolehkan rezeki datang dengan melimpah ruah dengan mudah.

Maksud mudah ialah kita didatangkan dengan ilham tentang sesuatu perkara yang mendatangkan rezeki. Adakalanya juga kita tidak menyangka rezeki itu datang dengan mudah.

Disamping itu, rezeki yang kita terima tidak bocor, walau pun sedikit sentiasa mencukupi. Bandingkan gambar di bawah ini dan baldi kat atas tadi.

Wang tidak kehabisan oleh perkara yang tidak tentu pasal. Bocor. Tanpa keberkatan, sebanyak mana yang kita terima sentiasa tidak mencukupi dan mungkin melibatkan kita dengan hutang.

Rezeki-Tanpa-Berkat

Mudah-mudahan pembaca sekalian dilindungi Allah dan sentiasa mendapat rezeki yang diberkati... Aameeen!!! Insya-Allah.

Tekan salah satu butang bawah ni… please…


Dan jangan sekali-kali terlibat dengan perkara di bawah ini.

Teknik Sediada Menarik Duit Ialah Dengan Menikam

Lihatlah siapa yang kaki tikam? Sehati Sejiwa tu. Gambar hiasan: FB Zain Sulaiman

Tahukan kedai apa dalam gambar kat atas? Haa… ini yang terbuka dan berlesen. Dikatakan tak haram.

Yang haram tu macam kat kampung-kampung dalam kedai corok dia buat kerja kat belakang. Tak ada lesen. Bayar jer kat depan. Siap ada mesin on-line lagi.

Sangat laku. Kerana manusia suka berangan-angan. Mahukan impian tercapai dengan jalan mudah. Maka mereka terus berangan dan yang kaya ialah tokey judi.

Khidmat Menilik

Untuk mendapat peluang supaya tikaman selalu mengena, ada yang guna khidmat bomoh. Secara berdepan atau on-line.

Ramai peminatnya. Cuba lihat berapa banyak yang menawarkan khidmat ini secara on-line.

Pautannya:- Khidmat On-Line Cepat Kaya. Sekiranya tiada sambutan mana mungkin jadi terlalu banyak?


Gambar peralatan sebagai tarikan meneka tepat nombor yang akan naik. Katanya lagi "Kami guru besar nombor ritual / ghaib. Magnum, Toto, 4D, 5D, 6D." Macam scan baby pulak eh?

Gambar hisan. Sumber KLIK sini.

Gambar di atas ini pula sangat besar kemungkinan diedit.

Ambil gambar orang kerja bank lepas tu tempek resit tikaman. Pasti ada yang terpikat dan tersangkut.

Duit punya pasal. Berkat, halal, haram sudah tak jadi soal. Yang penting impian nak beli itu ini, melaram dan berlagak tercapai.

Akhirnya, yang menjual loteri itu yang buat duit. Yang menikam, terus menikam diri dan poket sendiri.

Di mana logiknya jika seseorang (bomoh) itu boleh menang dalam jutaan ringgit setiap kali dia menikam… mahu pula dia mengutip duit yang tak berapa ringgit dengan menjual khidmat menilik nombor?

Dan sudah tentu sangat ramai yang jadi kaya raya bila tikaman selalu tepat. Manakala syarikat seperti Magnum dan Toto akan jatuh bankrap.

Tetapi… itulah. Walaupun pelik dan tak logik, orang tetap tak mahu guna akal. Lutut sana taruk juga.

Terus terpedaya dengan tipu helah nafsu sendiri. Berkat? Heh… jauh bebenor laa. Kerana itu lah sangat mudah untuk menipu di Malaysia ni. Termasuk ramai the so-called SIFU.

Ya… see-poo. Cuba translate apa maksudnya.

Penutup
Dalam mencari rezeki jangan lah terlalu mengejar akan jumlah dan banyaknya tetapi kejarlah akan keberkatannya.... Saidina Ali (RA).

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt tuan.
    Tuan saya memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana saya ingin bantuan kewangan dari tuan. Saya memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000.00 untuk melunaskan hutang-hutang along. Boleh ka tuan membantu saya. Ni nombor telefon saya 0124519456. Ni nombor akaun maybank saya 152068693987. Dengan bantuan tuan saya sentiasa berdoa agar tuan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  2. Tuan Isma Dee, terima kasih melawat ke blog ni. Saya turut bersimpati atas bebanan yang ditanggung. Namun tak berupaya untuk membantu.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.