Kerinduan Seorang Ibu Kederhakaan Seorang Anak - CrazyDuck -->

Header Ads

Kerinduan Seorang Ibu Kederhakaan Seorang Anak

Hari yang dijanjikan semakin hampir. Makcik Semah menanda calendar. Hatinya berbunga. Anak kesayangan akan pulang. Terubatlah kerinduannya nanti. Dari pagi dia bersiap sedia. Billiknya kemas. Dia Juga berdandan. Terus menunggu dan mengharap.
pangkat-dan-harta-tiada-guna-jika-derhaka-pada-ibu-neraka-tempatnya

Kenduri Tempat Pertemuan Semula Sebab Itu Jemputan Kahwin Wajib Dipenuhi

Aku bertemu seorang kawan yang lama terpisah disebuah majlis kenduri di kampung. Habis sembang pasal sejarah silam sewaktu kecil, dia masuk dalam satu bab.

Yang terkait dengan kerjayanya sebagai seorang Psychiatrist.

Kisah pengalamannya di sebuah Rumah Penyayang. Kisah seorang ibu yang terlalu merindui anaknya.

Anda masih punya ibu dan ayah? Alhamdulillah.

Tapi baca lah perenggan seterusnya… sebaiknya sampai habis. Walaupun artikel ini agak panjang.

kenduri-kahwin-mengeratkan-silaturrahim
Kenduri tempat pertemuan kawan lama dan memperbaharui silaturrahim yang terputus kerana kejauhan.

Doktor Tidak Makan Sehinggalah Sampai Waktu Berbuka Puasa

“Satu hari aku pergi melawat sebuah Pusat Jagaan Orang-Orang Tua. Kau tahu lah kan, selalu dikenali dengan nama Rumah Penyayang.” Aku mengangguk tanpa mencelah. Biar dia (Ahim) bercerita tanpa gangguan.

“Waktu itu bulan puasa dan semua orang sedang bersiap sedia untuk berbuka. Terbahagi kepada dua ruang, satu untuk Muslim satu lagi yang bukan.”

“Tapi ada seorang Doktor India ni, dia duduk di meja sebaris dengan penghuni Islam.” Ahim meneruskan ungkapan.

“Oh… kau memang dah kenal dengan doktor ni ke atau macamana?” Aku bertanya menandakan minat mendengar.

“Tak… itu kali pertama aku pergi Rumah Penyayang tu. Aku tanya pada seorang Makcik.”

“Doktor ni dia bukan Muslim, boleh saja terus makan bersama dengan yang lain. Tapi dia memilih untuk bersama dengan penghuni Muslim dan meraikan mereka.”

“Bila Azan dibunyikan, dia menyuapkan makanan dan melayan mana-mana Makcik (nenek) yang tak berapa bertenaga. Yang slow pick-up.”

“Dia suapkan mereka dan melayan dengan sungguh hormat. Macam mak sendiri, malah lebih dari itu.”

“Aku pun tak layan mak aku macam tu… entahlah, belum masa lagi kot.”

Doa Untuk Ibu Bapa

Cerita Ahim mengingatkan aku pada emak…

Semalam sewaktu Khutbah Jumaat, Khatib mengingatkan akan 3 dosa besar. Juga 3 peninggalan apabila seorang anak adam meninggal dunia.

Satu darinya ialah anak yang mendoakan ibu-bapanya.

Dalam hal doa ni, kata Khatib, memang lah kita selalu sebut macam doa kat bawah ni.

doa-untuk-ibu-bapa
Gambar: darlingninie.blogspot.com

Ianya umum. Apa salahnya kita sebut nama mereka terus dalam doa tu. Terus kena tepat. Bukan susah dan lama mana pun nak sebut nama mak-ayah dalam berdoa.

Tentang dosa besar dan 2 lagi peninggalan tu… nanti kat bawah ada diberikan.

Kemuliaan Hati Seorang Doktor

“Selesai makan aku dan jemaah lain solat maghrib. Selepas sessi solat, aku keluar dari surau sementara menunggu Isya’”

“Aku ternampak Doktor tadi sedang mencempung seorang makcik dan dibawanya ke bilik air. Ditemani oleh seorang perempuan agak berumur. Tak mungkin pembantu tetapi salah seorang penghuni.” Ahim menyambung ceritanya.

“Doktor tu akan mencempung Makcik tu untuk dimandikan dan membersihkan tubuhnya. Hanya ketika Makcik tu tak berupaya untuk pergi sendiri dengan kerusi roda atau ketika tak ada pembantu lain.”

“Selepas selesai memandikan Makcik tadi, aku berjuma dengan Doktor tu.”

“Katanya Makcik ni sudah dua tahun berada di situ dan tak pernah diziarahi oleh sesiapa. Dia paling tua dan paling uzur di sini. Hanya Doktor ini yang sudi menjaga kebersihannya.”

Aku terdiam.

Betapa mulianya hati seorang Doktor yang sanggup merendahkan martabat kelayakannya demi menjaga seorang perempuan tua.

Bukan ada kaitan saudara malah bukan juga sebangsa dengannya.

Apa benar yang Ahim ceritakan ini atau hype yang berlebihan? Fikir aku sendirian. Kerana aku sendiri belum tentu mampu melakukannya.

“Makcik tu tak ada anak ke macamana?” Tiba-tiba saja terpacul soalan dari mulut aku.

“Ada... empat orang. Tapi cuma seorang saja yang dapat aku contact.”

“Eh… kau pula yang contact, apa sebab dan kenapa?”

Aku agak hairan sebab si Ahim ni bukan kerja di situ pun. Hanya sekali sekala datang atas urusan rasmi bila diperlukan.

“Oh… sorry jalan cerita terlompat.”

“Selepas lawatan ketika bulan puasa tu, aku datang lagi untuk beberapa kali. Terakhir 3 minggu lepas.”

“Oh… baru lagi lah?” Soal aku menyambut.

“Ya. Aku sedih sangat… tak boleh lupa dengan apa yang berlaku.” Sambil Ahim memandang ke arah lain.

Matanya kelihatan berkaca dan seperti ada linangan. Dan aku tak faham. Biar lah dia melayan perasaan.

Suasana hening seketika. Sedang dia dengan perasaannya aku pula dalam keadaan tertanya-tanya.

“Kali kedua aku pergi ialah sebulan selepas hari raya puasa. Makcik yang dikendong oleh Doktor dulu tu dah sihat.”

“Boleh berjalan ke bilik air dan kalau mahu keluar jauh sikit dia guna kerusi roda.” Ahim menyambung cerita selepas mengais matanya dengan jari hantu.

“Aku dapat berbual panjang dengan dia. Dari situ aku ambil nama anak-anaknya. Dan aku search kat internet. Dapat lah seorang yang punya identity 99% serupa dengan keterangan yang dia bagi.”

“Katanya lagi dia dihantar ke Rumah Penyayang ini oleh anaknya. Dan diberi janji yang anaknya akan selalu datang melawat.”

“Tapi selepas dihantar dan hingga waktu aku jumpa dia tu sudah dekat 2 tahun, sekor pun tak datang jengok. Aku pula jadi tempat luahan rasa dia.”

“So… aku layan jer lah. Cuma belum sampai tahap layan basuh berak macam Doktor tu buat masa bulan puasa dulu.”

Panggilan Yang Tiada Jawapan

“Panggilan aku pada nombor anaknya yang aku dapati melalui internet tak pernah berjawab.”

“So aku hantar SMS jer lah. Dia pasti nampak. Dan dia tidak pula menafikan yang dia bukan anak Makcik Semah tu. Keyakinan aku bertambah.”

“So… aku pun pujuk lah supaya dia datang menjenguk ibunya.”

“Akhirnya penantian aku terjawab. Dia membalas SMS dan memberikan tarikh yang dia akan datang melawat.”

“Aku pun forward SMS tu pada Doktor untuk bagi tau dengan Makcik Semah. Doktor tu bagi tau aku yang dia happy gila bila dapat berita dari SMS tu.”

“Last sekali aku melawat Rumah Penyayang tu ialah pada hujung bulan lepas. Kesihatannya baik. Kelihatan sangat ceria.”

“Dia menunjukkan pada aku calendar yang ditandanya. Keadaan ruang persekitaran biliknya juga kemas.”

“Hari ini anak Makcik akan datang melawat, katanya pada aku. Sangat jelas kegembiraan yang terpancar pada wajahnya.”

penantian-yang-tiada-kesudahan-kalendar-ditanda-setiap-hari
Gambar hiasan: 123RF Stock Photos

“Aku angguk saja. Memang aku tahu dan sebab itulah aku datang hari ini.”

Ahim terhenti lagi dan aku akur.

Sesuatu yang menyentuh hatinya sedang bermain difikiran.

“Eh… sambung lah lagi, kenapa diam jer ni.” Aku tak sabar mahu tahu kisah selanjutnya setelah dia terus diam.

Sambungannya pada pautan ini:- Apa Yang Berlaku Pada Mak Semah Akibat Kesedihan Melampau?

1 comment:

  1. Terima kasih sudi melawat... Ya, sungguh sangat betul. Banyak perkara dipertontonkan pada kita semua, hanya mahu melihat dengan mata, hati... atau mengalihkan pandangan.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.