Temui Cincin Di bawah Pasir Di Pantai - CrazyDuck -->

Header Ads

Temui Cincin Di bawah Pasir Di Pantai

Dapat Cincin Dari Dalam Pasir di Tepi Laut? Pelik tak? Pelik ke tidak, cerita cincin dari alam ghaib ini ialah dengan melihat hasilnya. Tak nampak tak percaya, kan?
Cincin-yang-dikorek-dari-dalam-pasir-di-tepi-pantai

Dapat Cincin Dari Dalam Pasir di Tepi Laut?

Pelik tak? Pelik ke tidak, cerita cincin dari alam ghaib ini ialah sambungan kepada kisah ringkas sebelum ini iaitu "Kain Cindai Hadiah Dari Alam Ghaib."

Ada tiga kejadian pasal cincin ini. Satu di tepi pantai, satu di kawasan perumahan dan satu lagi di dalam rumah. Meh tengok yang di kawasan perumahan dulu, ek.

Dapat Cincin Dekat Perdu Buluh

Kawan aku yang boleh berkomunikasi dengan makhluk ghaib mendapat maklum ada barangan di kawasan pokok buluh.

Gambar yang diambil dalam gelap ini tidak berapa jelas tapi boleh nampak beberapa bentuk cincin di sekitar perdu buluh.

Semuanya berwarna hijau. Batu dari jenis Jade rasanya. Mahal.

Cincin-ditinggalkan-pada-perdu-buluh
Beberapa bentuk cincin didatangkan di perdu pokok buluh pada waktu malam.

Mahalkah-cincin-ini?

Bangga-dengan-cincin-yang-diterima
Happy Campers dengan cincin kesukaan / kebanggaan mereka.

Dapat Cincin Dalam Rumah

Yang ini pula cincin yang didatangkan dalam bungkusan tetapi terus ke dalam rumah. Bungkusan seperti dari kain tudung.

Selain cincin aku juga ditunjukkan batu bersurat. Tak pasti adakah ianya datang sekali dengan beberapa bentuk cincin tadi atau berasingan.

Zoom tengok pada gambar, boleh tak baca apa yang ditulis? Yang tahu jawi dan Arab sangat berkemungkinan boleh.

Tak tahu baca jawi… kena masuk lagi sekali.

Cincin-bunian-kah?
Cincin didatangkan dalam bungkusan ke dalam rumah.

Batu-bersurat
Batu bersurat dan cincin berbatu jade

Cincin-yang-sungguh-unik

Dapat Cincin Dari Dalam Pasir di Tepi Laut?

Cincin dalam pasir tepi laut ini memang agak pelik.

Makhluk laut ke yang naikkan ke darat? Siap kambus pula dengan pasir. Tetapi dengan kecekapan kawan aku ni menerima petunjuk, dia dapat tunjukkan tempat di mana cincin itu berada.

Yang follow… dia orang pergi korek saja lah. Berpuluh set cincin dapat.

Berehat-selepas-penat-mencari-dan-mendapatkan-cincin-di-tepi-pantai

Cincin-yang-dikorek-dari-dalam-pasir-di-tepi-pantai
Gambar dalam artikel ini adalah ehsan dari Tuan Zam, Hasri, Hafiz, Salahuddin, & Robin

Cerita ni tak ada hal yang sensasi. Yang mengusik jiwa. Yang meruntun emosi. Atau pun panduan macamana nak cepat kaya.

Sebab aku tak reti nak kaitkan semua tu dengan benda mistik sebegini. Sekadar berkongsi gambar.

Nak percaya, percaya lah. Tak nak… he he he… ibarat Mak Semah cakap… “ada aku kesah?”

OK… kalau nak lagi, jom tengok pedang dan keris berdiri pula. Juga huruf-huruf yang tertulis pada pedang dan keris. Lebih kurang macam yang tertulis pada batu kat atas tadi.

Jom… KLIK tajuk ini:- "Pedang dan Keris Dari Alam Ghaib Boleh Berdiri Tegak?" dan bacalah sambil tengok gambar.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.