Resepi Ayam Masak Kicap Perisa Tiram dan Berempah - CrazyDuck -->

Header Ads

Resepi Ayam Masak Kicap Perisa Tiram dan Berempah

Cari idea nak masak apa? Masak kicap, tak kira lah samada ayam, ikan, atau sayur adalah antara menu yang paling senang dan ringkas. Kena caranya jadi sangat sedap. Campur bahan tertentu jadi sangat berkhasiat.

Masak kicap, tak kira lah samada ayam, ikan, atau sayur adalah antara menu yang paling senang dan ringkas. Kena caranya jadi sangat sedap. Campur bahan tertentu jadi sangat berkhasiat.

Dua resepi ayam masak kicap dalam artikel ini bukanlah antara yang paling ringkas aku pernah buat.

Tapi kalau nak ringkas ada disebutkan kat bawah… step yang boleh dilangkaui. Jimat masa kalau suntuk waktu. Atau sudah terlajak lapar.

Tapi rasanya akan jadi lain sikit. Cukup sekadar lepas dari kelaparan.

OK jom… bayangkan anda sedang di dapur.

Kicap Sebagai Perencah Utama Tapi Brandnya?

Jenama kicap:-Adabi,-Habhal’s,-Cap-Tiga-Ayam,-Kicap-Tamin,-Kicap-Jalen,-Kicap-Mudim,-dan-Kicap-Enaq
Jenama kicap: Adabi, Habhal’s, Cap Tiga Ayam, Kicap Tamin, Kicap Jalen, Kicap Mudim, dan Kicap Enaq.

Bila masak gulai, rempah kari adalah bahan utamanya. Jadi, bila masak kicap, kicaplah bahan utamanya. Ha ha ha… macamlah korang tak tahu ek?

Sebenarnya kicap ni kalau ditaruk atas nasi sewaktu makan pasti akan ada kelainan antara jenama yang kita pilih.

Tapi bila digunakan untuk memasak, rasa kicap akan tetap ada tetapi pengaruh dari bahan lain akan memadamkan sedikit peranan jenama. Tinggal rasa kicap yang komponen utamanya kacang soya.

Bagi aku, 7 brand di atas tadi adalah antara pilihan. Tetapi aku tidak taksub dengan mana-mana pun, terutama bila bab menggunakan kicap sebagai perencah masakan.

OK... Jom tengok dua resepi masak kicap kali ini.

Masak Kicap Ayam Kunyit Berperisa Tiram


Gambar hiasan dari: Aidah June

Bahan dan Tatacara Resepi Ayam Masak Kicap [MJR-KA-01]

Untuk mengelakkan kecelaruan kerana ada dua resepi dalam artikel ini, kod untuk resepi pertama ini ialah MJR-KA-01.

Bahan Utama dan Penyediaan

1. Ayam Digoreng Separuh Masak

a) Satu ekor ayam dipotong 12. Kalau nak kecilkan lagi buatlah 16.
b) 1 sudu makan garam halus

c) 1 sudu makan serbuk kunyit
d) Setelah dibersihkan dan lemak dibuang, gaulkan rata-rata dengan garam dan kunyit.

e) Biarkan untuk minima 10 minit supaya rasa garam dan kunyit meresap ke dalam daging ayam.
f) Menggunakan kuali dan minyak yang agak banyak supaya boleh “deep fry”.

g) Goreng ayam dengan api yang kuat. Ini untuk merangupkan bahagian luar tetapi bahagian dalam lembut dan “juicy.”

h) Setelah separuh masak, angkat ayam dan letakkan ke tempat berasingan.

2. Bahan Perencah Untuk Menumis

a) 5-6 biji bawah merah (kecil) dipotong nipis.
b) 2-3 ulas bawang putih diketuk hancur atau potong nipis
c) Halia sebesar ibu jari. Ketuk kasi hancur atau potong nipis.

d) 4-5 sudu makan kicap lemak manis. Nak lebih pun tak apa.
e) 1 sudu makan sos tiram. Lihat pesanan pada gambar di hujung resepi MJR-KA-01 ini.

3. Bahan Hiasan dan Penyedap Rasa

a) Garam – mungkin tak perlu lagi sebab sudah ada bersama ayam.
b) 1/2 sudu teh gula. Sekadar ada rasa bukan memaniskan.

c) 1 biji bawang besar di potong kasar untuk dimasukkan bersama ayam.

d) 2-3 biji cili hijau dibuang biji dan dibelah 4 dimasukkan selepas api dimatikan.
e) 1 biji tomato di potong 4 jika kecil, 6 jika besar.

4. Menumis

a) Gunakan semula minyak untuk menggoreng tadi sebanyak 4-5 sudu makan. Jika mahu menggunakan kuali yang sama, hanya asingkan minyak lebihan. Jika ada kerak biarkan.

b) Setelah minyak cukup panas, masukkan bahan No. 2 a-c:- bawang merah, bawang putih dan halia.

c) Perlahankan api dan tumis sehingga jadi kuning keperangan. Kacau rata-rata untuk elakkan dari hangit. Tak sedap dan pahit nanti.

d) Masukkan bahan 2 (d-e):- kicap dan sos tiram.

e) Tambahkan sedikit air (separuh cawan) untuk mudahkan sebatian dan elak dari berkerak.

5. Memasak

a) Setelah kuah tumisan kelihatan pekat, masukkan bahan 1, iaitu ayam yang digoreng separuh masak tadi.

b) Masukkan bahan No. 3-c iaitu bawang besar.

c) Tambahkan air mengikut rasa. Mahu pekat atau cair banyak kuah. Ambil sedikit dan rasai garamnya. Jika masin tambah air. Tak cukup masin tambahlah G-nya.

d) Masukkan gula setengah sudu teh tadi.

e) Biarkan mendidih sehingga ayam kelihatan empuk. Iaitu isinya terbuka bila dicucuk dengan sudip.

f) Masukkan bahan No. 3-d&e, cili hijau dan tomato.

g) Perlahankan api sekejap. Tutup kuali untuk melembutkan cili hijau.

h) Tutup api… sudah siap.

Dan… apa lagi, kalau nasinya sudah sedia… jamu lah selera tu. Soru time…

Pesanan Tentang Sos Tiram Menggunakan Nama dan Logo Adabi

Jika belum tahu, ini adalah contoh penipuan yang dihalalkan oleh undang-undang. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

Sos-Tiram-Adabi,-Maggi,-Saji,-Jalen,-Pelangi
Jangan tertipu lagi. Maka jangan beli Sos Tiram yang dikilang oleh Lee Shun Hing.

Ayam Masak Kicap Ala Berempah – Harum dan Menyelerakan [MJR-KA-02]

Resepi ini lain sikit dari yang atas tadi. Ianya berempah tapi bukan rempah kari atau kurma. Rempah sempoi tukang masak sendiri adunkan. Raw punya.

Bahan Utama dan Penyediaan

6. Ayam Digoreng Separuh Masak

Bahan utama ini sama seperti di No. 1.

7. Bahan Perencah Untuk Menumis

Bahan untuk menumis lebih kurang sama seperti di No. 2, tetapi ada penambahan dan pengecualian.

Sos tiram tidak digunakan. Kalau nak guna pun boleh… tak menyalahi undang-undang. Sama seperti Lee Shun Hing membuat dan menjual produk Sos Tiram guna nama dan logo Adabi. IPnya tak didaftarkan. Itu pasal lah.

OK… bahannya ialah:-
a) 5-6 biji bawah merah (kecil) dipotong nipis.
b) 2-3 ulas bawang putih diketuk hancur atau potong nipis.

c) Halia sebesar ibu jari. Ketuk kasi hancur atau potong nipis.
d) 2 keping kulit kayu manis

e) 3 kuntum bunga lawang
f) ½ sudu makan jintan manis
g) 3-4 biji buah pelaga

******
h) ¼ sudu teh serbuk lada hitam atau lada putih.
i) 3 biji cilii padi jika mahu tambah pedas. Ketuk dan pecahkan.

j) 1 sudu makan asam jawa – kemudian dicairkan dan perah airnya.
k) 4-5 sudu makan kicap lemak manis

8. Bahan Penyedap Rasa (Sikit perbezaan dari No. 3 – nak ikut tak salah juga)

a) Garam – mungkin tak perlu lagi sebab sudah ada dalam ayam.
b) ½ sudu teh gula. Sekadar ada rasa bukan memaniskan.

9. Menumis – Hampir sama dengan No. 4

a) Gunakan semula minyak untuk menggoreng tadi sebanyak 4-5 sudu makan. Jika mahu menggunakan kuali yang sama, hanya asingkan minyak lebihan. Jika ada kerak biarkan.

b) Setelah minyak cukup panas, masukkan bahan No. 7 a-g:- dari bawang merah hingga buah pelaga.

c) Perlahankan api dan tumis sehingga bawang jadi kuning keperangan. Kacau rata-rata untuk elakkan dari hangit. Tak sedap dan pahit nanti bila ada yang hangit.

d) Masukkan bahan 7 (h-k):- serbuk lada hitam hingga kicap.

e) Tambahkan sedikit air (separuh cawan) untuk memudahkan sebatian dan elak dari berkerak.

10. Memasak

a) Setelah kuah tumisan kelihatan pekat, masukkan bahan 6, iaitu ayam yang digoreng separuh masak tadi.

b) Tambahkan air mengikut rasa. Mahu pekat atau cair banyak kuah. Ambil sedikit dan rasa garamnya. Jika masin tambah air. Tak cukup masin tambahlah garamnya.

c) Masukkan gula setengah sudu teh. Bukan pemanis ek... hanya menaikkan rasa keenakkan.

d) Biarkan mendidih sehingga ayam kelihatan empuk. Iaitu isinya terbuka bila dicucuk dengan sudip.

e) Tutup api… sudah siap.

Dan… apa lagi, kalau nasinya sudah sedia… jamu lah selera tu. Agak-agak mana lebih sedap? Resepi yang mula tadi atau yang ini?

Ayam-Masak-Kicap-Berempah
Gambar hiasan dari Nana Kitchen.

Jika Mahu Lebih Ringkas

Jika terlalu kesuntukan waktu, boleh skip langkah 1 atau 6. Masukan ayam mentah selepas menumis. Lebihkan air supaya ayam akan masak serata.

Garam perlu dirasa kerana tidak bersama ayam. Masa memasak (step 5 dan 10) juga akan lebih lama sedikit.

Selamat mencuba… orang bujang punya resepi ayam masak kicap. Bukan bujang sembarangan wey… juga bukan si Bujang Senang.

Silakan share jika bermanfaat. Tekan salah satu dari butang kat bawah yang sederet ni. Terima kasih.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.