Mati Itu Satu Kemestian
Wajah Jenazah Yang Tenang
Tidak sampai setengah jam selepas beredar dari rumah Din, kami menghampiri sebuah masjid dan waktu Asar sudah sangat hampir. Mengekori Yusri dari belakang, kami memasuki kawasan masjid. Terdapat ramai orang berkumpul.
“Eh … tak kan solat Asar ramai semacam ini”, tegur isteri saya."Ye lah... ada upacara apa-apa agaknya tu”, balas saya.
Isteri saya memilih untuk berada dalam kereta dan saya memasuki masjid selepas mengambil wuduk sewaktu azan berkumandang.
Satu pengumuman dibuat oleh pihak masjid bahawa selepas solat Asar, solat jenazah akan dilakukan.
Kami semua turut mengikuti solat jenazah dan selepas selesai saya maklumkan kepada isteri yang saya mahu ke tapak perkuburan. Kamsul dan Yusri tidak turut bersama saya.
Sewaktu proses pengkebumian, wajah mayat dibuka untuk memberi peluang kepada sesiapa yang tidak sempat melihat sewaktu mayat berada di rumahnya tadi.
Sesuatu yang pelik tetapi indah ialah wajah mayat seolah-olahnya bukan seperti orang yang mati. Ia kelihatan segar dan dalam keadaan yang sungguh tenang, mirip kepada seorang yang sedang tidur.
Tidak ubah seperti keadaan As-Syahid Ahmad Sahmud Abu Anas (gambar atas sekali) ketika dijumpai di bawah runtuhan ketika diserang dalam serangan Zionis yang lalu
Lebih menakjubkan ialah apabila saya menjenguk liang lahad yang berkeadaan kering. Terdengar bisikan beberapa orang yang mengatakan kalau mengikut keadaan air pasti akan sedikit sebanyak mengisi ruang. Ini kerana kedudukan tanah perkuburan itu dikelilingi oleh sawah yang berair.
Saya tidak mengikuti upacara pengkebumian sehingga akhir kerana tentunya Kamsul dan Yusri akan resah menunggu.
Pemerhatian tentang liang lahad yang tidak sepatutnya kering dan wajah mayat yang sungguh tenang membuka fikiran saya untuk bertanya. Terdapat beberapa orang perempuan yang saya anggap orang dekat dengan si mati menunggu di kawasan masjid.
Saya menuju kepada salah seorang dari mereka dan berkata, “kakak, nak tanya sikit, boleh tak…siapa tu ya yang meninggal?"
"Oh itu jiran rumah saya”, Jawab kakak itu.
Dia kerja apa dan sewaktu hidupnya orangnya bagaimana?”, tanya saya lagi.
Seperti mengesan sesuatu, dengan senyuman manis kakak itu menceritakan secara ringkas bahawa si mati adalah seorang yang agak berada, hidup dalam kesederhanaan, selalu menolong orang susah, rajin bersedekah, dan tiap waktu solatnya di masjid. Hal-hal yang wajib seperti zakat tidak pernah diabaikan.
Saya mengucapkan terima kasih dan minta diri untuk beredar, namun saya sempat melihat wajah kakak itu yang agak kehairanan tentang soalan saya.
Pada zaman dahulu, ada seorang Maharaja yang memberitahu seorang hulubalang berkudanya bahawa jika dia dapat menunggang kudanya merentasi seluas-luas kawasan yang disukainya, Maharaja akan menghadiahkan semua kawasan itu kepadanya.
➽ Kita terlalu berusaha sehingga ada kalanya memaksa untuk mencari dan mengumpul wang, mendapat kuasa dan pengiktirafan sehingga kita mengabaikan kesihatan, masa bersama keluarga, menikmati keindahan dan keajaiban alam di sekeliling kita dan juga perkara-perkara kegemaran kita.
➽ Apabila kita sudah berumur dan uzur kita menyedari yang kita sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak wang atau pangkat (kuasa). Dan kita sudah tidak lagi boleh mengambil semula masa yang sudah terlepas.
➽ Hidup bukanlah hanya tentang duit, kuasa, atau pengiktirafan. Semestinya hidup bukanlah tentang kerja. Kerja diperlukan untuk kehidupan supaya kita dapat menikmati keindahan dan kenyamanan kehidupan.
➽ Keterlaluan fokus kepada kebendaan boleh membuatkan kita hilang sentuhan kasih sayang. Kita ibarat robot yang hanya tahu bekerja tanpa ada rasa cinta.
➽ Kehidupan itu merupakan keseimbangan antara kerja dan hal-hal yang kita sukai, masa untuk diri sendiri dan keluarga, perkongsian rezeki antara yang ada dan yang memerlukan, kemasyarakatan … pendek kata perhambaan kita kepada Allah yang Maha Mencipta.
➽ Semua orang mempunyai hak tersendiri bagaimana mahu mencapai keseimbangan dalam hidupnya.
➽ Kenali apa yang penting, apa yang perlu didahulukan dan apa yang boleh ditangguhkan. Selesaikan masalah atau hadapi cabaran satu persatu – “focus”, “Forget Other Commitments Until Success”, kata Azizan Osman.
➽ Sesuatu keputusan tidak semestinya berasaskan kepada nombor atau gred – seperti keputusan peperiksaan, menang kalah pertandingan, berapa medal yang kita kutip, atau berapa banyak untung yang boleh dibuat.
➽ Walaupun mendapat semua A dalam UPSR belum tentu boleh jadi usahawan yang berjaya, kata Irfan Khairi dan Saiful Nang dalam tulisan mereka.
➽ Manusia dilengkapi dengan perasaan dalaman – samada berbentuk hidayah petunjuk atau deria ke 6. Mendekati Allah akan membuka hijab kepada perkara ini.
➽ Kegembiraan, kebahagiaan, dan ketaqwaan adalah asas kehidupan. Dapatkanlah ia, keredhaan Allah dan keberkatan … itulah segalanya.
➽ Maka, jangan terlalu gopoh dan berkeluh kesah … lakukan apa yang kita suka lakukan dan hargailah alam semula jadi, dekatkan diri dengan Pencipta. Baca dan hidupkan dalam hati ayat 1-4 Surah Al-Fath (QS 48), nescaya kita akan mendapat ketenangan.
➽ Janganlah terlalu dahagakan pujian (dan gelaran) sehinggga menjurus kepada riya (dan sanggup menipu) … Lihat pengertian Surah Al-Maun (QS 107).
➽ Bagi ramai orang, hidup ini terlalu rapuh dan singkat tetapi bukan pula untuk diambil mudah. Imbangi dan nikmatilah kehidupan, walaupun ketika ini kita sedang menghadapi cabaran – samada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan.
➽ Kenikmatan untuk berada di puncak tinggi ialah ketika kita dalam proses pendakian. Apabila berada dikemuncak kita mungkin kesaorangan, sepi, dan kesejukan.
➽ Semua yang hidup akan menemui kematian, sebaik-baik mati adalah mati dalam keadaan Husnil Khatimah …
“Dah sampai kat mana kita ni bang?”, tiba-tiba aku dikejutkan oleh isteri yang terjaga dari tidurnya.
Episod terdahulu:
Kami meneruskan perjalanan setelah bersetuju untuk bermalam di rumah Kamsul manakala Yusri akan bermalam di sebuah hotel di bandar.
Dalam perjalanan isteri saya tertidur, mungkin kepenatan dengan cuaca yang agak panas. Sambil memandu saya melayan fikiran dan ingatan saya terus kepada wajah si mati sewaktu pengkebumian, keadaan liang lahad yang tidak sepatutnya kering, dan penjelasan kakak tadi.
Sambil melayan fikiran, saya teringatkan sebuah kisah yang saya baca beberapa tahun dulu, lebih kurang begini:
Kerja… Kerja… Kerja…
Kerja… Kerja… Kerja…
Pada zaman dahulu, ada seorang Maharaja yang memberitahu seorang hulubalang berkudanya bahawa jika dia dapat menunggang kudanya merentasi seluas-luas kawasan yang disukainya, Maharaja akan menghadiahkan semua kawasan itu kepadanya.
Teruja dengan tawaran Maharaja, hulubalang itu dengan pantas menunggang kudanya dan memacu sepantas yang mungkin untuk merentasi seluas kawasan yang mungkin. Dia terus menunggang dan menunggang tanpa henti walaupun dalam keadaan lapar dan keletihan. Dia mahu menguasai seluas-luas kawasan.
Sampai pada satu tahap dia sudah pun merentasi kawasan yang sangat luas. Namun, kerana mengabaikan kesihatan, dia dan kudanya kini terlalu keletihan dan berada terlalu jauh dari sumber untuk meminta pertolongan.
Kelesuannya dan ketiadaan bantuan menyedarkan hulubalang ini bahawa dia dan kudanya akan menemui ajal tidak berapa lama lagi. Lalu dia pun bertanyakan pada dirinya, “Kenapalah aku terlalu bersungguh-sungguh dan berpenatan untuk merentasi kawasan yang luas begini? Aku sudah hampir dengan ajal dan aku hanya memerlukan satu kawasan yang kecil untuk perkuburan.”
Hidup Ini Adalah Satu Perjalanan
Moral dari kisah di atas mengingatkan saya tentang kehidupan yang pernah saya lalui samada secara peribadi, melalui orang sekeliling saya, pembacaan, dan juga pemerhatian dalam masyarakat:
➽ Apabila kita sudah berumur dan uzur kita menyedari yang kita sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak wang atau pangkat (kuasa). Dan kita sudah tidak lagi boleh mengambil semula masa yang sudah terlepas.
➽ Hidup bukanlah hanya tentang duit, kuasa, atau pengiktirafan. Semestinya hidup bukanlah tentang kerja. Kerja diperlukan untuk kehidupan supaya kita dapat menikmati keindahan dan kenyamanan kehidupan.
➽ Keterlaluan fokus kepada kebendaan boleh membuatkan kita hilang sentuhan kasih sayang. Kita ibarat robot yang hanya tahu bekerja tanpa ada rasa cinta.
➽ Kehidupan itu merupakan keseimbangan antara kerja dan hal-hal yang kita sukai, masa untuk diri sendiri dan keluarga, perkongsian rezeki antara yang ada dan yang memerlukan, kemasyarakatan … pendek kata perhambaan kita kepada Allah yang Maha Mencipta.
➽ Semua orang mempunyai hak tersendiri bagaimana mahu mencapai keseimbangan dalam hidupnya.
➽ Kenali apa yang penting, apa yang perlu didahulukan dan apa yang boleh ditangguhkan. Selesaikan masalah atau hadapi cabaran satu persatu – “focus”, “Forget Other Commitments Until Success”, kata Azizan Osman.
➽ Sesuatu keputusan tidak semestinya berasaskan kepada nombor atau gred – seperti keputusan peperiksaan, menang kalah pertandingan, berapa medal yang kita kutip, atau berapa banyak untung yang boleh dibuat.
➽ Walaupun mendapat semua A dalam UPSR belum tentu boleh jadi usahawan yang berjaya, kata Irfan Khairi dan Saiful Nang dalam tulisan mereka.
➽ Manusia dilengkapi dengan perasaan dalaman – samada berbentuk hidayah petunjuk atau deria ke 6. Mendekati Allah akan membuka hijab kepada perkara ini.
➽ Maka, jangan terlalu gopoh dan berkeluh kesah … lakukan apa yang kita suka lakukan dan hargailah alam semula jadi, dekatkan diri dengan Pencipta. Baca dan hidupkan dalam hati ayat 1-4 Surah Al-Fath (QS 48), nescaya kita akan mendapat ketenangan.
➽ Janganlah terlalu dahagakan pujian (dan gelaran) sehinggga menjurus kepada riya (dan sanggup menipu) … Lihat pengertian Surah Al-Maun (QS 107).
➽ Bagi ramai orang, hidup ini terlalu rapuh dan singkat tetapi bukan pula untuk diambil mudah.
➽ Kenikmatan untuk berada di puncak tinggi ialah ketika kita dalam proses pendakian. Apabila berada dikemuncak kita mungkin kesaorangan, sepi, dan kesejukan.
➽ Semua yang hidup akan menemui kematian, sebaik-baik mati adalah mati dalam keadaan Husnil Khatimah …
“Dah sampai kat mana kita ni bang?”, tiba-tiba aku dikejutkan oleh isteri yang terjaga dari tidurnya.
“Tak jauh dah, kejap lagi sampailah ke pekan Alor Setar.” Balas saya yang tersedar dari lamunan.
“Bila nak cerita pasal kisah awak kat perhentian bas waktu Zohor tadi?. Ingatkan bolehlah dengar waktu lepas Asar tadi dalam kereta ni… tidur lah pulak.”, Saya mengusik dan dalam sekelip mata satu cubitan hinggap di paha kiri saya.
“OK-OK-OK … jangan lah macam tu … sakit tau”, saya berseloroh.
“Penat lah … mengantuk sungguh-sungguh tadi ni. Lain kali saja lah saya cerita”, pinta isteri saya.
……… bersambung. Ikuti cerita selanjutnya ...
Thank you for your comments