Persediaan Mantap, Allah Mudahkan Urusan - CrazyDuck -->

Header Ads

Persediaan Mantap, Allah Mudahkan Urusan

Persiapan dan persediaan awal membawa pulangan dan keuntungan. Krewnya membawa set penapis tambahan disamping beberapa set yang dipasang pagi tadi ditempat lain. Keadaan memihak kepadanya kerana paip air yang sedia bocor.
Gambar hiasan: FB Ulik Gibran

Ada Orang Yang Lebih Susah Dari Aku

Selesai demo di rumah Pak Aji dan selepas melihat sarang burung tempua, kami meneruskan perjalanan ke rumah seorang bakal pelanggan Yusri.  Dalam perjalanan, kami berhenti di sebuah masjid.  Yusri dan Kamsul menunaikan solat zohor kerana mereka takut tidak sempat melakukannya sewaktu misi kedua nanti.

Saya bercadang untuk membuat solat Jamak & Qasar pada waktu asar nanti kerana tidak mahu melambatkan Yusri dan Kamsul.  Saya hanya melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid sahaja. 

Disebabkan isteri saya uzur, dia memilih untuk berjalan-jalan di kawasan luar masjid.  Kelihatan seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya di perhentian bas berdekatan.

Ada apa kat situ tadi?, tanya saya sewaktu kami menaiki kereta sebelum meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah sebenarnya ada orang lebih susah dari kita, tapi tak apa lah nanti ada masa panjang saya cerita.  Kisah sedih dan menyentuh jiwa,Balas isteri saya. 

Saya tidak memahami apa yang ada dalam fikiran isteri saya ketika itu, tetapi kerana menghormati kehendaknya untuk menceritakan hal ini pada ketika yang lebih sesuai, saya angguk bersetuju.

Sekejap sahaja dalam perjalanan kami sampai ke destinasi.  Rumah bakal pelanggan Yusri ini terletak dalam kawasan perkampungan.

Paip Bekalan Air Sedang Diperbaiki

Tuan rumah yang bernama Din menyambut kami.  Eloklah hangpa dah sampai ni.  Ada paip pecah dalam kawasan ni, ayaq dalam rumah keroh. Wajahnya kelihatan gembira menerima kedatangan kami.

Beberapa minit kemudian sebuah van muncul. Rupanya, dalam perjalanan dari rumah Pak Aji, Yusri telah diberitahu oleh Din supaya memasang sahaja penapis sekiranya boleh.  

Kebetulan pula krew pemasangannya sedang membuat pemasangan di kawasan berdekatan dan mempunyai sebiji penapis yang tidak bertuan. Yusri terus membuat keputusan supaya mereka datang.

Lebih kurang 30 minit pemasangan selesai.  Sebelum memasang penyambungan terakhir antara paip bekalan air dan penapis, seorang krew pemasangan sengaja membuka kepala paip utama.  Air keruh membuak-buak keluar.

Nasib baik hangpa mai waktu ni dan ada pulak penapih yang hangpa boleh dipasang.  Saya ingat nak sembang dulu, seminggu dua lagi baru nak pasang.  Tapi dah jadi macam ni, mana boleh tahan.  Dari pagi tadi ayaq dalam rumah dok keroh macam ni, ni.”  

Din menyapa dan dalam hatinya dia mahu melihat apakah air sekotor begini boleh dibersihkan oleh penapis jenis ini.

OK, tak pa sat lagi kita tengok camana Yusri membalas dan memberi isyarat kepada krewnya supaya memasukkan air kedalam penapis. 

Dengan membuka saluran fast rinse terlebih dahulu menggunakan injap di atas penapis, beberapa minit kemudian kelihatan air keluar dari penapis melalui paip backwash. Air yang keluar kelihatan jernih sahaja.  

Semua yang hadhir melihat dengan puas hati, terutamanya Din.  

Setelah berpuas hati tiada kebocoran pada pemasangan, salah seorang krew pemasangan mengalihkan injap kepada arah filtrationmembolehkan air bersih masuk ke dalam rumah.

Ada dak tong untuk takong ayaq bersih,  tanya Yusri kepada Din.

Ada awat, nak buat apa.

Kita simpan ayaq bersih ni dulu, biar banyak ayaq lalu kat penapih ni, lepas tu kita tengok apa yang dah ditapih, jelas Yusri. Din memahami maksud Yusri dan menyediakan sebuah tong plastik besar untuk tujuan itu.

Sambil minum dan berbual, air yang ditakung dalam tong plastik tadi sudah pun penuh.  OK, jom pi tengok apa sudah jadi, ajak Yusri.



Salah seorang krew pemasangan sudah pun bersedia dengan apa yang patut dilakukannya.

Mengetahui tong takungan telah pun penuh, segera dia mengalihkan injap kepada backwash dan mengumpul air yang mengandungi bahan tapisan yang terperangkap dalam penapis.

Dia membawa baldi yang berisi air keruh dan meletakkannya bersebelahan dengan tong air bersih.  Dia menunjukkan kepada Din hasil dari dua bekas itu.


Tu dia aihhh ayaq dalam tong besaq ni punya laa jernih, yang dalam timba ni pulak keroh sampai macam ni.  Nasib baik sungguh hangpa mai, tepat pada waktu dia noh.  Berkesan, baguih sungguh benda alat penapih ni."


Yusri diam sahaja sambil tersengeh, begitu juga dengan krew pemasangan.  Dia tidak lagi perlu melakukan proses penjualan, sekarang hanya menunggu pengesahan dari Din dan pembayaran. 

Hari ini merupakan hari paling mudah bagi Yusri. Ini disebabkan oleh persiapan dan persediaan awalnya dengan mengarahkan krewnya membawa set penapis tambahan disamping beberapa set yang dipasang pagi tadi ditempat lain.  Keadaan pula memihak kepadanya. 

Pastinya Yusri sedang bersyukur dan dalam diam tentunya dia mengucapkan kalimah "Alhamdulillah."

Waktu asar sudah semakin hampir. Menyedari hal ini, Din bertanyakan kepada Yusri tentang harga set penapis yang telah dipasang.

Macam hat kita sembang minggu lepaih laa.  Tapi hari ni nak bayaq tunai ka atau ansoq-ansoq (ansuran)?

Tak pa saya bayaq cash lah puas hati punya pasai.  Lagi pun semalam saya dapat duit sewa, ingatkan lagi seminggu dua baru depa nak bayaq.  Tu yang saya berani mintak hangpa mai pasang hari ni.  Bayaq cash ada diskaun sikit kot no?, jelas Din sambil mengenyitkan mata pada Kamsul.

Yusri mengajak Din pergi ke satu sudut untuk berbincang sesuatu.  Kelihatan kedua-dua mereka mengangguk-angguk dan kemudiannya Din menyerahkan wang kepada Yusri manakala Yusri menyerahkan sekeping kertas.  Mereka bersalaman sambil berjalan ke arah kami.

OK dah semua, boleh gerak lah, kata Yusri.

La ni nak pi mana pulak, tanya Kamsul.

Kita pi buat solat Asar kat masjid depan sana tu, lepas tu kita buatlah keputusan macamana, usul Kamsul.

Krew pemasangan tidak pulang bersama kami tetapi terus berada dengan Din.  Mungkin mereka mahu memberi tunjuk ajar supaya Din memahami bagaimana hendak melakukan backwash nanti.

…… bersambung. 

Kesimpulan:-
Atur perjalanan perniagaan dengan persediaan lengkap untuk menemui pelanggan yang berkemungkinan membeli pada waktu yang kita tidak jangka.

Setiap pembelian ada baiknya dilakukan dengan tunai, kita mempunyai lebih kuasa sewaktu rundingan harga.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.