2 Manusia Kaya Ini Boleh Membeli Apa Saja, Tetapi Tidak Boleh... ?
Mark Zuckerberg dan Alexander The Great – Apa Kaitan Antara Mereka? Mereka Memiliki Empayar dan Antara Orang Terkaya Di Dunia Pada Zaman Mereka.
Mark Zuckerberg & Isteri Priscilla Chan Bakal Menimang Cahaya Mata Perempuan
Mark Zuckerberg memiliki empayar alam maya manakala Alexander the Great mempunyai empayar tanah jajahan. |
Kisah Mark Zuckerberg orang muda terkaya di dunia dengan isterinya Priscilla Chan seorang doktor boleh dikaitkan dengan kisah dan pesanan dari Alexander The Great.
Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg, 31 dan isterinya Priscilla Chan, 30 bakal mendapat anak pertama mereka setelah berkahwin selama 3 tahun.
Ini adalah babak terbaru dalam hidup kami. Kami sangat bernasib baik kerana berpeluang terlibat dan menyentuh kehidupan ramai orang diseluruh dunia.”
“Isteri saya seorang doktor dan pendidik manakala saya melalui komuniti FB dan pendermaan.”
“Kini kami sedang fokus berusaha menjadikan kehidupan di dunia ini lebih baik, bagi anak-anak kita dan juga generasi akan datang.”
Pasangan suami-isteri ini mengalami kesulitan mendapat zuriat dan membuat keputusan untuk berkongsi masalah mereka dengan orang ramai.
“Ia bertujuan untuk memberi harapan kepada mereka yang mengalami masalah kesuburan sama seperti apa yang kami alami.”
“Selama tempoh 3 tahun ini, isteri saya mengalami keguguran sebanyak tiga kali,” terang Mark dengan nada penuh emosi.
“Kebanyakan orang tidak (mahu) membincangkan perihal keguguran kerana gusar masalah peribadi sebegini akan mencerminkan kekurangan diri atau dianggap telah melakukan sesuatu kesalahan yang mengakibatkan timbulnya masalah kesuburan diri.”
“Tanpa perkongsian, anda terumbang-ambing seorang diri tanpa sokongan.”
“Sikap keterbukaan, saling berhubung dan berbincang melalui media sosial sangat membantu merapatkan tali sillaturrahim. Kesefahaman dan sikap toleransi memberikan harapan kepada kita.”
Pesanan Alexander The Great Ketika Menanti Saat Kematiannya
Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan Generalnya melakukan 3 perkara berikut:
➽ Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.
➽ Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.
Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:
➽ Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.Kesimpulan dan persoalan dari dua kisah ini:
Tetapi Allah tidak mengizinkan.
Kekayaan tidak dapat membeli zuriat dan tidak dapat menghalang kematian.
2. Dengan kepandaian seorang doktor, isteri Mark boleh saja mencari jalan untuk mengelak keguguran.
Tetapi Allah tidak mengizinkan.
Dengan kepandaian dan kepakaran doktor dalam mengubati penyakit ia sekadar usaha dan ikhtiar yang mesti kita lakukan untuk mendapat apa yang kita mahu (kesembuhan) – apabila diizinkan Allah.
Juga, MASA menentukan apakah penyakit itu akan sembuh atau tidak. MASA itu terhad dan tidak boleh ditukar ganti. Dan masa tidak boleh dibeli untuk mempercepatkan apa jua proses kehidupan.
Nota: Masa boleh dipendekkan. Contoh seperti menanam durian kahwin dari benih yang cepat berbuah. Begitu juga dengan proses pembuatan. Ia boleh dipercepatkan dengan menggunakan mesin dan teknologi. Begitu juga dengan perjalanan dan penghantaran maklumat.
Apabila MASA sudah pergi, maka hilanglah ia – biar semana mahalnya jam yang ada pada lengan kita.
Jam tangan Rolex. Mahal. Tetapi tetap saja untuk menunjukkan masa disamping untuk menunjukkan kekayaan. |
3. Melalui medianya Facebook, Mark menceritakan perihal masalah peribadinya kepada umum dengan tujuan baik berkongsi masalah dan memberikan harapan, tetapi berapa orang yang mendapat hidayah dan petunjuk akan kekuasaan Allah?
4. Apakah Mark tidak membaca kisah Alexander the Great? Atau jika dia membacanya hidayah tidak didatangkan kepadanya oleh Allah?
Umum tahu yang Mark ialah seorang atheist.
5. Zaman sudah jauh berubah. Dizaman Alexander hebahan berita, maklumat dan pengajaran melalui pandangan mata dengan bukti yang kukuh. Dizaman sekarang segala maklumat dihujung jari.
Yang tidak berubah ialah hidayah dan petunjuk itu tetap dari Allah – maka berusahalah untuk mendapatkannya.
Dan berusaha juga agar hati tidak dikeraskan oleh Allah dan menghalang dari penerimaan hidayah. Seperti mana yang tersebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 1-11.
6. Kedua-duanya mempunyai empayar. Seorang empayar tanah jajahan, seorang empayar alam maya.
7. Seorang baru membina keluarga sendiri seorang lagi dipenghujung hayatnya.
8. Walaupun dipenghujung hayatnya, keikhlasan memberi tunjuk ajar mahu diteruskan. Pembelajaran melalui proses kematian dan pengkuburannya.
9. Yang muda ini sungguhpun sudah kaya raya, billionaire sebelum umur 30 tahun kita belum tahu apa akan terjadi padanya dalam pelayaran bahtera kehidupan selanjutnya dan pada saat nafas tiada lagi mampu dihembuskan.
Dia mungkin dibukakan hidayah oleh Allah pada suatu hari nanti… mana kita tahu, kan?
10. Apakah hanya disaat kematiannya Alexander baru tersedar segala apa yang dimilikinya tidak dapat membantunya?
Apa mungkin tidak timbul pada dirinya sewaktu berkuasa perasaan angkuh, sombong dan riak yang hanya disesali disaat akhir kehidupnnya?
Kuasa setinggi mana pun tidak akan dapat menghalang kita dari ketuaan dan menemui saat kematian.
Penutup
Setinggi mana pangkat kamu dan sebanyak mana harta kamu, hanya 3 perkara sebagai bekalan ke kubur. Doa anak yang soleh, harta (bukan sumber rasuah) yang diinfaqkan, dan ilmu yang bermanfaat yang kamu tinggalkan.
Artikel berkaitan:Sumber:
a. Ahlia An-Nur Facebook posting of Elite Readers
b. Mark Zuckerberg & Wife Priscilla Chan Expecting First Child.
http://www.accesshollywood.com/
Setuju? Meh tekan butang bawah ni... Terima Kasih!!!
http://www.accesshollywood.com/
Setuju? Meh tekan butang bawah ni... Terima Kasih!!!
Thank you for your comments