Benci Dengan Kerja Aku. Apa Perlu Aku Buat? - CrazyDuck -->

Header Ads

Benci Dengan Kerja Aku. Apa Perlu Aku Buat?

Individu yang memiliki sikap dan pemikiran (minda) usahawan membawa impak dan kesan ke mana saja dia pergi. Mereka tidak bergantung kepada orang lain tapi bekerja kuat untuk diri sendiri dan menyumbang kepada organisasi di mana mereka berada. Membenci pekerjaan bukan satu dari sifat mereka.
Jangan-membenci-pekerjaan-sekarang

Individu yang memiliki sikap dan pemikiran (minda) usahawan membawa impak dan kesan ke mana saja dia pergi. Mereka jenis tidak bergantung kepada orang lain tapi bekerja kuat untuk diri sendiri dan menyumbang kepada organisasi di mana mereka berada. Membenci pekerjaan bukan satu dari sifat mereka.


Artikel ini ialah bahagian yang aku tertinggal disebabkan buku catitan aku terhilang sekejap. Tapi tak apa. Sebabnya artikel itu pun [Tips Mudah Menjadi Usahawan Gigih] sudah cukup panjang. 2,100 perkataan.

Buku catitan terlupa simpan kat mana

Buku catitan untuk elak lupa, tapi…


Dan mungkin tak ramai yang sanggup membaca sampai habis. Bukan sebab orang malas membaca, tetapi lebih berkemungkinan aku banyak membebel. Tapi yang ini aku cuba pendekkan kurang dari 1,500 perkataan.

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya. Anda Memilikinya?

Mengimbau artikel terdahulu, di mana Pak Hamid tidak menghadkan definasi “usahawan” itu hanya kepada orang yang berniaga sahaja.

Tetapi umum dan kepada sesiapa sahaja yang sentiasa memperbaiki diri. Dalam bentuk pemikiran dan tindakan. Pokoknya sentiasa ada usaha untuk peningkatan dan bukan sekadar selesa dengan apa yang ada.

Yang secara langsung atau tidak akan melonjakan pencapaian dalam apa juga bidang mereka. Samada makan gaji atau berniaga. Hari demi hari. Minggu ke bulan dan seterusnya tahun demi tahun. Ada saja penambah-baikan.

Tidak ada istilah "Aku benci dengan pekerjaan aku sekarang." Tetapi sering saja kita mendengarnya. Atau pun lantunan dari gaya dan cara mereka melakukan kerja mereka.

Individu yang memiliki sikap dan pemikiran (minda) usahawan membawa impak dan kesan ke mana saja dia pergi. Kalau seorang yang terlibat dengan sales, dia akan berada dalam kategori 10% yang paling banyak membuat jualan.

Bagi yang berurusan dengan khidmat pelanggan, kecemerlangannya mengakibatkan pelanggan tidak lari ke tempat lain. Dan jika dia berpindah tempat kerja, besar kemungkinan pelanggan akan turut berpindah tempat pembelian (sekiranya berdekatan).

Itulah secara ringkas dan konsep pengertian Pak Hamid tentang “usahawan”.

Kalau episode sebelum ini tentang “Tips Mudah Menjadi Usahawan Gigih”, kali ini tentang ciri keusahawanan dalam diri "seseorang". Dari nota yang aku jumpa semula.

Adakah "seseorang" itu ialah anda yang membaca sekarang?

Jom tengok… ada 6 ciri.

1. Kegilaan (Passion) Terhadap Apa Yang Anda Lakukan

Menyukai apa yang dilakukan itu sangat penting untuk mengungguli pencapaiannya. Orang yang tak punya minat terhadap pekerjaan mereka sangat susah untuk berjaya. Tak kira apa bidang sekali pun.

Minat, suka, dan menggilai apa yang dilakukan tersangat penting. Kerana ianya (hasil) akan tampil hidup dan punya roh.

Apabila memiliki kegilaan yang dimaksudkan, setiap tugas terasa seakan mudah. Sekalipun terdapat halangan-halangan tertentu. Tugas bukan sekadar tanggung jawab tetapi ia lebih mirip kepada sesuatu yang menyenangkan.

Malah menghiburkan dan memberi ketagihan.

Bukan sekadar kepuasan tetapi kepuasan yang dibayar.

Tidak akan timbul rungutan…”aduh, aku bencilah dengan kerja ni.” Sebaliknya anda akan meluangkan masa mengenali di mana kelemahan / kesilapan dan bertindak memperbaikinya.

Sekiranya sebagai seorang juru jual, anda akan memperbaiki cara persembahan dan gaya yang mampu menarik lebih banyak bakal pelanggan.

Sekiranya sebagai seorang mekanik, anda akan memberi penerangan akan masalah kereta terlebih dahulu sebelum membaiki kerosakan. Termasuk anggaran bajet dan masa. Jika bajet tak cukup rekomen mana yang perlu dan mana yang boleh ditangguhkan.

Sekiranya sebagai seorang pelayan restoren, nampak pelanggan mengambil ais dari gelas kawannya anda cepat-cepat memberikan sepiring ais, untuk menurunkan suhu air yang terlalu panas tu.

Orang yang bekerja dengan kegilaan (passion) terhadap pekerjaannya tidak terlalu bergantung kepada imbuhan untuk melakukan yang terbaik. Tetapi imbuhan datang setelah memberikan yang terbaik tanpa dituding jari.

2. Bertindak. Tanpa Alasan Tanpa Tangguhan

Orang yang berminda usahawan sentiasa menggunakan masa untuk perkara yang bermanfaat.

Sentiasa melihat dan menghidu peluang. Tindakan pantas diambil tanpa bertangguh bila peluang untuk berbakti muncul. Bukan memberikan alasan… oh, ini peluang tak bagus. Bayaran sikit. Tak berbaloi.

Pengalaman mengajarnya mengenal peluang dan menukarkannya kepada sesuatu yang bebaloi. Melalui perbincangan, memberi pandangan, dan berunding. Terlepas peluang hari ini lain kali boleh sangkut dan dapat.

Bukan sekali letak umpan terus jadi.

Yang tidak berpengalaman mungkin tak nampak peluang itu atau bila nampak imbuhannya ditafsirkan sebagai tidak berpatutan. Lalu berundur. Tiada tindakan maka tiada pengalaman baru. Lalu peluang baru pun tertutup.

3. Set Sasaran Baru dan Berusaha Mencapainya

Seseorang yang bekerja dengan satu jenis pekerjaan selama bertahun-tahun (katakan 20) tanpa ada peningkatan dari sudut tanggungjawab (dan tentunya imbuhan / pendapatan) merupakan orang yang suka akan pekerjaan yang rutin.

Ulang perkara yang sama saban tahun. Tiada cabaran baru. Takut untuk menerima perubahan. Bersyukur dengan apa yang ada. Cukuplah… nak buat apa lebih-lebih?

Mereka selesa begitu. Lagi pun, punch card saja gaji ada.

Orang jenis ini ada tempatnya dalam mana-mana organisasi. Mereka diperlukan kerana orang lain tidak mahu mengambil rutin harian mereka.

Sebabnya orang lain yang punya minda usahawan tidak akan sanggup terperuk pada satu jawatan yang statik (pangkat, tugas, tanggungjawab, dan pendapatan).

Yang berminda usahawan akan sentiasa mahu mencapai sesuatu target yang baru. Tidak terlalu besar sehingga terlalu sukar dicapai, tapi target yang mengikut kemampuan. Realistic.

Bila sudah sampai tahap siling (tiada lagi ruang untuk kemajuan diri) dia akan merasa bosan dengan rutin. Tidak mengeluh (aku benci dengan kerja ini), tetapi mencari peluang baru. Atau menciptanya jika dia seorang peniaga.

Menggunakan sepenuhnya anugerah Allah (sebagai tanda bersyukur akan nikmat anugerah itu) untuk melakukan perkara baru. Ilmu dan kemahiran baru ditambah. Guna teknologi mempercepatkan proses. Lalu tercapailah sasaran baru.

Dan… sudah tentu ada yang berkata, “Aku tidak takut pada orang yang membuat 10 ribu jenis tendangan tapi hanya sekali tendangan berbanding dengan orang yang melakukan satu jenis tendangan sebanyak 10 ribu kali – Bruce Lee.”

“Bila sudah mahir dan berkesan… ubahlah jenis tendangan tu. Belajar yang baru pula sampai mahir. Kemudian ubah lagi. Baru mahir dengan bermacam pukulan atau kebolehan mengelak dari kena pukulan. Ada perancangan teliti bukan main buat saja.” Dan Pak Hamid pun tersengih…

Betul juga… dan kalau aku masih ingat, Bruce Lee guna bermacam jenis lompatan, tendangan, pukulan, malah senjata. Kalau asyik satu jenis tendangan saja, tak akan laku filem Kung Fu yang dia berlakun tu.

Bruce-Lee-guna-bermacam-jenis-lompatan,-tendangan,-pukulan,-malah-senjata
Gambar:- Allbestquote 

4. Tidak Terlalu Rigid (Flexible)

Perancangan jangka pendek dan panjang itu sangat perlu. Ke mana mahu sampai dan apa yang dilakukan ketika itu. Iaitu setahun, 5 tahun, malah mungkin 10 tahun dari sekarang.

Namun, adakalanya perubahan yang diluar kawalan berlaku.

Terutama dengan polisi kerajaan, pemintaan oleh pasaran, saingan, perubahan harga dan bermacam-macam lagi.

Tanpa mengubah matlamat jangka pendek mahu pun jangka panjang, perlu ada flexibility untuk mengubah strategi, proses atau pergerakan yang sudah dirancangkan.

Contingency plan bagi menangani perubahan di luar kawalan.

“Terlalu rigid… kau pun tahu apa yang berlaku dengan Kodax, Nokia, Saab, Compaq, dan beberapa lagi syarikat gergasi pada satu ketika dulu tetapi sudah tidak ujud.” Pak Hamid berhenti menarik nafas dan menyedut air minuman.

Ya… syarikat gergasi ini tidak melakukan kesalahan tetapi tidak mampu bersaing kerana perubahan yang berlaku di luar kawalan dan mereka tidak bertindak secepat mungkin.

Mungkin juga kerana merasa terlalu besar dan kuat ketika itu. Too big to fall, kata mereka.

5. Jujur dan Telus

Kejujuran dan boleh dipercayai (telus) merupakan asset penting dalam perniagaan. Sebut nama… samada orang angguk atau mencebik. Tanpa perlu kata-kata.

Jika berbisnes, siapakah yang perlu tahu (percaya dan yakin) bahawa kita merupakan seorang yang jujur? Menepati janji. Tak ada sejarah menipu atau scam.

Mereka adalah staff, pembekal, bankers, pelanggan, orang-orang yang terlibat dengan perlesenan atau undang-undang dan malah pesaing.

Sekali orang tertipu mereka akan ingat. Mereka akan buat bodoh jer bila diajak bekerjasama. Nak berurusan, boleh. Tapi termanya cash and carry. No string attached.

Tak ada tolong-tolong lagi atau memberikan rekomendasi. Diajak minum pun orang dah tak mahu. Pesaing pula ambil kesempatan untuk menanam paku terakhir pada keranda.

Lalu, network jadi kecil dan lama-kelamaan bisnes jadi hidup segan mati tak mahu. Akhirnya bungkus.

6. Emotional Intelligence (EQ) dan Penutup

“Pasal ini kau dah tahu kan? Itu hari aku ada cerita dengan kau panjang lebar pasal EQ ni.” Pak Hamid menduga ingatan aku. Memang aku ingat. Sebabnya aku sudah buat artikel apa yang diceritanya.

Siri pertamanya ialah “13 Tabiat Membuatkan Orang Berminda Kuat Jiwanya kental dan Cekal."

Tanpa aku pinta… Pak Hamid terus menyambung dan menutup bebelan tentang rasa menyampah dan benci dengan kerja.

“Ya… Kebijaksanaan (keutuhan) Emosi (EQ) sangat penting dalam berbisnes mahu pun pekerjaan. Terutama yang selalu berurusan dengan orang.

Kalau dengan mesin peduli apa. Dia bukan ada perasaan. Kita geram… nak katok pun dia bukan boleh balas atau merajuk. Rosak, repair atau ganti spare parts.

Tapi bukan itu yang Pak Hamid mahu maksudkan…

Tetapi… kesan EQ dalam proses membuat keputusan.

Keterlaluan beremosi sehingga hilang pertimbangan waras boleh mengakibatkan kita tertutup pandangan tentang keputusan yang betul. Perkara yang salah dilihat sebagai positive. Hancur lah…

Kematangan-EQ-membezakan-diri-sendiri-dengan-orang-lain
Gambar:- Twitter

Kematangan dan kestabilan EQ juga memberi kesan kepada orang lain, terutamanya staff.
Lebih-lebih lagi bila keputusan yang dibuat itu ada tempiasnya pada mereka.

Staff yang suka dengan tugasan mereka di dalam suasana organisasi yang sihat dan conducive (tak ada office politic) menyumbang kepada penghasilan dan keuntungan bisnes dan syarikat.

Ya… itulah tadi 6 perkara yang aku tertinggal dari artikel sebelum ini.

6 ciri-ciri keusahawanan yang boleh diterapkan dalam diri seseorang. Tidak akan timbul persoalan samada "Adakah aku suka dengan pekerjaan ini?"

Tak suka, belajar menyukai atau pecahkan tembok siling yang menjadi penghalang. Tak ada pintu, buat pintu baru.

Nota:- Bercerita memang mudah bagi Pak Hamid. Menulis artikelnya senang saja bagi aku. Tetapi anda yang benci dengan pekerjaan sekarang tentunya menghadapi kepayahan untuk menyukainya.

Tak apa... setkan dalam kepala, rancang, dan bertindak. Berikan masa untuk diri sendiri tapi ikut jadual. Semak dan ubah strategi jika perlu.

Terima Kasih baca sampai sini. Silakan sentuh butang perkongsian di bawah…

2 comments:

  1. Hey! I just wish to give an enormous thumbs up for the good information you might have here on this post. I will be coming again to your weblog for extra soon. real money casino

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.