Jangan Berangan Nak Jadi Usahawan
Gambar: Julaina Zainol |
Sememangnya Bunga Rose itu Wangi
Bunga Rose yang segar cantik dan mewangi. Yang kau tanam dan bajai setiap hari. Penjagaan rapi dengan sepenuh hati. Menarik bukan sahaja pada sikumbang jati. Tetapi juga pada lelaki yang nak hadiahkan pada bakal isteri.Samada benar hadiah ikhlas atau sekadar memikat hati. Yang menerimanya senyum tak muat pipi.
Mereka tidak pernah tahu atau mahu ambil peduli. Usaha dan ketekunan yang kau curahkan. Segala kotoran dan luka akibat duri. Menyuburkan benih dari batang sehingga berbunga mewangi.
Yang nampak pada mereka hanya pohon. yang subur dan bunga yang mekar. Segalanya mudah kerana kata mereka... kau memang seorang pakar.
Luka Jari Mu Terkena Duri dan Selumbar
Berbaloi kerana yang melihat, yang membeli, dan yang menerimaSamada semangat mereka. Atau emosi. Atau rasa cinta mereka juga turut terbakar.
Begitulah nasib dan legasi. Mereka yang pernah menjalahi lurah yang beranjau dan berduri. Namun itulah yang membuatkan mereka unik dan tersendiri. Maka jangan lah kau iri hati.
Tak mahu kena duri? Jangan jadi usahawan. Dan tak payah lah nak berangan. Bersenanglah di pejabat besar sebagai pegawai besar.
Tiap bulan tentu ada gaji. Tak perlu pening mahu jaga bajet sekali pun mahu buat besar punya kenduri. Semua bajet tahun ini perlu dihabisi. Tak habis... tahun depan bajetnya tak boleh naik tinggi.
Pegawai besar, kuasa besar, gaji besar, imbuhan memacam juga besar. Kenapa nak pening kepala dan gusar-gusar? Buat business bukan boleh main terjah ikut anggaran kasar-kasar. Semua detail termasuk perlesenan dan cukai tak boleh tersasar.
Bila Dah Luka Jari dan Hati
Menangis dan meroyanlah sendirian. Kerana tangisan dan royanan itumelahirkan kesuburan dan kewangian. Maju perniagaan nama terkenal seluruh kawasan.
Tetapi menjadi usahawan itu. Hanya untuk mereka yang terpilih dan punya keberanian.
Juga usaha yang tiada kenal erti lelah atau berhenti kerana kepenatan. Kerana secara purata dan tak kira di mana dan apa bangsa. 80% perniagaan dikategorikan sebagai bungkus dalam 3 tahun pertama.
Hanya 4% atau kurang yang berjaya membesar dan melangkaui tahun ke-15 dengan jaya dan bergaya. Yang lainnya samada statik cukup-cukup makan. Atau berubah bidang kerana sudah tak boleh tahan.
Taabley tahan beb!!!
Namun... setiap perniagaan yang berjaya dan membesar. Terutamanya "Family Businesses." Masuk generasi ketiga dan selepasnya. Biasanya akan turut bertukar arah iaitu tumbang atau bertukar tangan.
➽ There is no business like Family Business. It stands out from other types of businesses because of a certain kind of passion that can be a unique source of strength. At the same time it faces some specific issues which include: bringing on the Next Generation of owners; organizing governance of the business and the family; dealing with inheritance and more.
Siapa Tahu dan Masih Ingat Akan Pengasas LoyTape?
Ada baca bukunya? Pengarangnya:- Loy Hean Heong sebelum dia menjadi Tan Sri. Menceritakan akan cabaran getir yang dilaluinya. Bermula dari Ayer Tawar, Perak. Perniagaan pertamanya bengkel kereta... bungkus. Kemudian buka semula bidang perniagaan yang lain.Sehingga terbinanya empayar LoyTape, Taylor's College dan MBf Corporation.
Ya... nama ini "Loytape" sinonim dengan barangan keperluan. Iaitu tape yang sekali pakai buang terus. Sama dengan konsep banyak barangan yang dipakai buang (disposable goods) hari ini. Maka orang akan terus beli dan membeli.
Gambar: The Star |
Antara masalah yang dihadapi oleh MBf Holding: The Wall Street Journal |
Mahu Jadi Usahawan?
Berimpianlah menjadi macam Loy ini atau pun Yeoh's (minuman Yeo Hiap Seng) atau Padini. Atau juga beberapa "Family Business" yang lainnya.Dan sanggup membayar "harga" - masih adakah MBf Corporation hari ini? Ya... masih ada dan bertukar corak dari perniagaan asal setelah melalui penstrukturan semula. Penstrukturan yang menyakitkan akibat dana yang kehabisan.
Jika tidak sanggup jangan berangan nak jadi usahawan. Mesti ada kesanggupan untuk melalui apa yang dilalui oleh mereka yang kita nampak gah di luar.
Kerana berimpian dan berangan itu tidak sama walaupun dua-duanya hanya percuma.
Yang berbayar atau perlu bermodal ialah apabila usaha sudah bermula. Dan terpenting sekali adalah modal diri untuk sebagai pendiri. Adakah anda yang membaca artikel ini mempunyai kriteria sebegini?
Jika YA... ayuh, jadilah seorang usahawan yang berjaya. Jadilah orang yang istimewa. Bukan sekadar di dunia, tetapi juga untuk akhirat sana. Hidup dan mati dua-dua memerlukan modal.
Kesimpulan:- Roadblock Pertama Bagi Usahawan
Terlalu ramai orang yang takut dan rasa terancam untuk mengejar dan merealisasikan impian mereka. Ia bukan rekaan tetapi kerana melihat kenyataan apa yang berlaku di sekeliling.Cerita ringkas di atas adalah contoh yang jelas akan cabaran getir yang mesti dilalui oleh setiap usahawan. Tersilap langkah menjunam masuk longkang atau langgar pokok.
Orang-orang yang penakut ini juga menjadi penghalang (roadblock pertama) untuk anda terus bergerak dan mendekati impian anda sebagai usahawan.
Lalu tersepuk lah di tempat yang dianggap selesa dan selamat tetapi menyiksakan jiwa. Biasa dengar “I hate my job?” “Aku bencilah dengan boss tu?”
Tempat yang static sangat sesuai dan disukai oleh mereka yang terbiasa dengan perkara rutin. Terima saja arahan dan tak perlu fikir banyak akan perkara yang memeningkan.
Semua orang pun sudah tahu (Sweet Charity) pada peringkat umur 60 tahun ke atas:-
~ 4% atau kurang yang memiliki kebebasan keewangan.
~ 1% sahaja yang kaya mewah
~ 95% lagi kais dan terus kais atau sebahagian sudah pergi. Terdiri dari mereka yang suka dengan keadaan yang “selesa dan selamat. Cukup dengan apa yang ada.”
Melibatkan diri dengan keusahawanan merupakan satu langkah besar. Perjalanan yang panjang dan penuh dengan risiko. Rugi itu pasti untung belum tahu. Mahu jatuh amat mudah mahu bangkit semula tersangat payah.
Tetapi ianya sangat berbaloi.
Maka beranganlah menjadi seorang usahawan jika minda bersedia menanggung risiko. Dan sanggup menempuh berbagai cabaran dalam satu perjalanan yang jauh yang tiada penghujung, kecuali mati.Terimalah nasihat, pandangan dan tunjuk ajar dari seseorang yang memiliki apa yang kamu mahu. Bukan dari mereka yang selesa dengan rutin dan sering berkata “cukuplah dengan apa yang ada.”
Mereka sebenarnya mahu kamu juga menjadi seperti mereka.
Sambungan Roadblock Usahawan #2 boleh dibaca dengan KLIK di sini ➤ Mahu Menjadi Usahawan. Kenali dan Ubah Apa Yang Sedia Ada Diantara Dua Telinga
Sebelum pergi, mohon tekan salah satu dari butang sederet ini... Terima kasih.
Thank you for your comments