Angkara budu bersinku tak terhingga
Budu dan Bersin Ada Kaitan?
Sesiapa yang pernah hidup di asrama tentunya pernah meluahkan ungkapan ini, “malaslah aku nak pegi makan, lauk malam ni ikan jeket, balun megi je lah.”
Itulah kebiasaannya pada pelajar yang kekurangan bajet. Namun apabila selalu sangat makan Maggie yang kurang berprotein akan membuatkan badan kita lemah. Nak tak nak pergi jugalah makan berlaukkan ikan jeket pada setiap malam Khamis kerana itulah menu mingguan pada hari itu.
Satu hari aku diperkenalkan oleh seorang kawan dari Kelantan dengan budu. Keistimewaan budu pada pelajar yang tidak berduit ialah budu membolehkan selera makan bertambah samada dari bau budu itu atau apabila budu itu mengenai lidah. Selepas tamat pengajian dan bajet pun OK, budu tidak lagi menjadi sebahagian dari menu aku.
Bulan lepas, sambil membelek-belek barang dikedai aku ternampak botol budu. Secara otomatik ianya membawa kenangan lama. Tanpa banyak fikir, aku pun mengambil sebotol.
Budu Sebagai Penambah Selera
Dinner malam tu aku makan bersama budu dan kenangan lama di dewan makan sering bermain di kepala. Selera aku pun lebih sehingga isteri aku komen, “banyak makan malam ni bang?” Aku menjawab … ye lah, dah masakannya sedap. Dia tersenyum saja tanpa mengetahui yang budu tadi telah memainkan peranan.
Pada pagi esoknya aku bersin dengan sangat kuat dan kerap – seharian. Aduh … apahal pulak ni, rungut ku. Teringat pada budu … mungkin alahan dari resdung agaknya. Maka aku pun tidak menjamah budu lagi selepas malam itu.
Dalam hatiku … inilah kali terakhir.
Sewaktu pulang ke kampung pada hari raya, aku bersembang dengan 2-3 orang kawan lama dan ter-bercerita pasal resdung. Last-last dia bagi kat aku satu pack mengandungi serbuk. Katanya, “Kau try ni tengok … 2-3 round kau apply kat muka aku rasa boleh OK sebab kau punya tahap resdung ni tak teruk sangat lagi.”
Hari ini botol kedua budu tinggal suku saja, stok baru perlu disediakan. Isteri aku suka, nasik sejuk pun selera aku tak terancam. Lauk yang so-so pun aku tak kisah. Balun semacam.
Budu Sebagai Penanda ada Resdung
Selepas 3-4 kali apply serbuk yang kawan bagi, aku nak cuba confirm betul ke serbuk ni boleh rawat resdung tahap permulaan atau sederhana. Maka budu yang telah ditinggalkan dijemput semula ke meja makan. Sikit jer dulu. Tak da bersin, tak da gatal hidung macam sebelum ni. Hmm … betul lah agaknya serbuk ni baik untuk hilangkan resdung.
Kini setiap kali makan di rumah, budu menjadi menu setia. Isteri aku ingat masakan dia sedap – memang lah sedap. Tapi bila dengan nasik sejuk yang dah keras sikit boleh ke selera kaw-kaw?
Isteri aku happy, selera aku baik, bersin pun tak da … penjual budu dapat lagi satu repeat customer. Di rumah satu pack serbuk ubat resdung tersedia. Alhamdulillah.
Nota: Kini Mrs. Maggie tidak dibenarkan berada di rumah aku selepas Palestin kena bedil dengan ISREAL TERRORIST.
Thank you for your comments