Cantikkan Diri Anda Dengan Herba Khazanah Alam Semula Jadi - CrazyDuck -->

Header Ads

Cantikkan Diri Anda Dengan Herba Khazanah Alam Semula Jadi

Faedah khazanah herba semakin dimanfaatkan dan sudah menjadi bidang komersial yang tinggi nilainya. Artikel ini memaparkan maklumat dan pengetahuan ringkas tentang beberapa herba terpilih. Kegunaan bagi merawat berbagai jenis penyakit seperi darah tinggi, kencing manis, lemah shawat dan sebagainya. Juga untuk produk kecantikan dan rawatan kulit. Bicara pasal manfaat herba pada kita orang biasa. Manusia biasa yang boleh sakit dan jadi tua. Manusia biasa yang mahu hidupnya sihat dan sedap dipandang mata. Manusia yang punya sedikit duit dan juga mahu hidupnya bahagia.
kaki luka akibat kencing manis
Kaki luka akibat kencing manis sembuh dengan herba

Khazanah Dimanfaatkan Untuk Kepentingan Sendiri

Khazanah? OK… so what? Kenapa aku nak kisah dan ambil port? Belambak lagi khazanah alam semesta ni selain dari herba. Yang tersorok, yang tersimpan, termasuk juga yang diabaikan.

Ada yang memberi faedah – manfaat, keuntungan dan kesejahteraan. Dan ada yang memberi bala – sebab sudah disalah guna.

Ikan keli bauxite
Gambar: Mohd Nazri Amin
Atau yang diguna tapi membawa kepada banyak kerosakan. Terutama kepada alam semula jadi.

Akibat dari tamak haloba. Sehinggakan ikan keli pun boleh tukar warna.

Tapi kisah ikan keli ni dah tak laku sebab ianya bukan lagi isu semasa. Kes bauksit dan yang seangkatan dengannya dah pakat tutup buku belaka.

Begitulah lumrahnya di Malaysia ni... bising-bising sekejap, kemudian hidup kembali macam asal semula.

Yang kaki buat angkara... dia orang kaut duit sakan. Rakyat tak boleh nak kata apa, hang kata... siap.

Bicara Hal Yang Baik Sajalah

Ya… kita mahu bicara tentang kebaikkan. Yang tak baik tu… kita usah ambil peduli lah ek.

Kita hanya mahu bicara pasal manfaat pada kita orang biasa. Manusia biasa yang boleh sakit dan jadi tua.

Manusia biasa yang mahu hidupnya sihat dan sedap dipandang mata. Manusia yang punya sedikit duit dan juga mahu hidupnya bahagia. Yang punya banyak duit dan jongkong emas berjuta tu, biar jer lah kat dia.

Dan…

Kebahagiaan itu bermula dengan kesihatan. Ini semua orang sudah tahu. Tapi saja aku nak bagi tau lagi…

OK... jom mula...

Sihatkan Tubuh dan Kulit Anda Dengan Herba

Herba daun rerama
Klik sini ya: Khasiat Daun Rerama
Artikel ini tidak menceritakan secara detail dan secara lengkap seluruh herba yang ada dan digunakan dalam bidang perubatan.

Tetapi beberapa herba terpilih. Sebagai pengenalan dan ambil rasa.

Namun dimasa akan datang, skop artikel ini berkemungkinan diperluaskan mengikut maklumat yang diperolehi dan sekiranya banyak pembaca yang berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci akan herba-herba tertentu.

Herba Daun Rerama

Tengok herba daun rerama ni… siap pulihkan sakit kencing manis lagi. Tentunya dengan izin Allah jua. Rasanya herba ni dah jadi komersial dan punya ladang tanaman. Nak tahu lebih lanjut kena lah tanya pemilik gambar ini.

Herba Pecah Beling

Herba Pecah Beling ini dapat memberikan beberapa faedah kepada pengamalnya seperti berikut:
1. Fitosterol: satu dari kandungan bahan aktif semula jadinya, yang mampu merencatkan sel-sel kanser. Juga menurunkan paras kolesterol dalam darah dan kolesterol ''jahat'' di seluruh sistem tubuh badan.

2. Ekstrak Teh Herba Pecah Beling juga mampu menurunkan paras gula dalam darah. Ia menjadi penawar yang baik untuk pesakit-pesakit kencing manis/diabetes.

3. Teh herba ini juga mampu merencatkan pertumbuhan dua jenis bakteria, streptococcus sobrinus dan streptococcus mutans yang menyebabkan gigi reput atau berlubang.

4. Membantu mengelak dari sakit buah pinggang dan elak kos ''dialysis'' yang tinggi.

5. Bagi mereka yang punya masalah karang, herba ini boleh mengubati penyakit batu karang dan batu hempedu.

6. Sebagai minuman pemberi tenaga semula jadi, tiada tambahan kimia atau kimia pengawet. Hanya pengamalnya saja dapat tenaga awet muda.

7. Mencairkan lemak, elok untuk 'kuruskan' badan.

8. Menuetralkan pH badan kerana sifat air teh herba pecah beling ini terarah kepada alkali.

9. Melegakan resdung dan juga AIDS. Eh… resdung dan AIDS ada kaitan ke? Tak lah.

10. Ha… yang ini bagus. Membantu "tambahkan power" dalam hubungan intim suami isteri. Terutamanya di kalangan pesakit kencing manis yang seringkali terbabit dalam bab "dingin." Biar dingin suhu jangan dingin yang itu.

Biar dingin suhu jangan dingin yang itu. Ek? Nak tahu lanjut klik ➽ Nekwan Intan Fauziah Saharani, orangnya yang dalam gambar ni.


Teh herba Pecah Beling

Herba Buah Tunjuk Langit

Gambar: Atok Leehai
Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu menangani pelbagai penyakit, antaranya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Selain itu, buah yang mempunyai banyak khasiat ini juga mampu membantu individu yang mempunyai masalah lebihan berat badan selain boleh menjadi penawar penyakit migrain.

Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini yang juga membantu menangani masalah gaut, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi link berikut: Khasiat Buah Tunjuk Langit.

Herba Mas Cotek

Ada dua jenis herba Mas Cotek. jantan dan betina. Yang jantannya berdaun kecil manakala yang betina... tentulah lebih besar, macam yang dalam gambar ni.

Gambar: Alzulhelmi Alam
Kebiasaannya herba Mas cotek ini dikeringkan dan dijadikan minuman.

Bukan setakat daunnya sahaja, tetapi batang dan akar pun mengandungi khasiat perubatan yang baik.

Bermula dengan membantu peredaran darah, herba ini diamalkan kerana khasiatnya yang lain juga.

Contohnya seperti meningkatkan tenaga, merawat paru-paru berair, baik untuk kencing manis, mengawal darah tinggi, mengelakkan dari lemah jantung dan kerap ke tandas.

Untuk kaum wanita terutama yang lepas bersalin, Mas Cotek sering menjadi sebahagian dari rempah herba bagi mengecutkan rahim. Menggalakkan Pak Rahimnya dari kecut untuk beraksi.

Seperti kebanyakan herba, kandungan aktif Mas Cotek ini dapat diektsrak untuk dimanfaatkan selain dari membuat teh untuk minuman. Terdapat empat bahan organik aktif yang bermanfaat:

Phenols: Antara ekstrak terpenting yang mesti ada dalam ubat untuk merawat tisu kulit yang bengkak. Ia juga menghalang bakteria dari merebak kerana fungsinya sebagai antiseptik.

Flavonoid: Membantu peredaran darah dan bertindak sebagai anti-oksida yang menyingkir toxin dari dalam darah. Kalaulah manusia itu besi, anti oksida ini bertindak seperti anti-karat.

Triterpenoids: Sangat baik bagi merawat asma (athma) dan paru-paru. Kerana ekstrak ini membantu melegakan kahak dan menyerap nutrient dari pemakanan kita. Menggalakkan self healing bagi pesakit asma.

Tannis: Ekstrak ini selalu digunakan dalam ubatan kosmetik bagi merawat kulit. Ini kerana ia dapat melindungi tisu dari kerosakan akibat melecur atau pun untuk rawatan seperti ekzema.

Juga membantu menegangkan tisu yang sudah kendur.

Gambar: Alzulhelmi Alam
Ha... itu pasal Mas Cotek ni sangat bagus untuk perempuan. Kerana mereka ada bahagian yang tak suka kalau dikendur-kendurkan. Lagi tegang (high tension) lagi tak stress.

Herba Tongkat Ali

Tongkat Ali nama diberi. Alinya sekarang kat mana ek? Tinggal tongkat saja merata-rata ni. Hidup pulak tu.

Sangat popular dikalangan lelaki. Terutama yang sudah berusia dan masih punya isteri. Tak perlu aku perkenalkan untuk apa kegunaannya lagi.

Tugas utamanya ialah menggalakkan penjanaan hormon tertentu terutamanya Testosterone. Orang perempuan dia ada menopause, lelaki pula andropause.

Sekiranya ada yang tak percaya... he he... test sendirilah baru tahu.

Bila dah cuba, silap haribulan tak boleh nak pause pula nanti.

Tapi sebelum nak cuba pil atau jenis cecair yang dibotolkan, hati-hatilah membeli. Banyak scam yang nak kaut untung atas "kelemahan" anda.

Herba 7 Duri

Juga terkenal dengan paggilan Pokok Jarum Tujuh Bilah.

Durinya tajam tapi tidak berbisa. Pucuknya berlendir bila dikunyah.

Bunga oren dan juga daunnya digunakan untuk pelbagai ubatan. Merawat kanser (termasuk kanser rahim) ialah salah satu dari khasiatnya.

Khasiat lain termasuk juga untuk mengubati penyakit gaut, kencing manis, tekanan darah tinggi dan rawatan sakit buah pinggang.

Pokok Jarum Tujuh Bilah atau 7 duri

Herba Daun Kapal Terbang

Herba pokok daun kapal terbang
Herba daun kapalterbang ini selalunya digunakan untuk rawatan luaran sahaja walaupun sakit yang dirasai ialah bahagian dalaman seperti sakit perut.

Ini kerana ia adalah sejenis tumbuhan beracun.

Kompaun aktifnya ialah phytoprostane asid chromomoric, boleh menyebabkan kerosakan hati jika dimakan.

Tetapi baik untuk merawat luka. Kerana itu ekstrak dari daun ini dijadikan campuran dalam losyen atau sabun untuk kegunaan rawatan luka pada kulit.

Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal.

Daun ini juga antara herba yang selalu digunakan oleh ibu-ibu lepas bersalin untuk mandian wap atau bertunku.

Ini Bukan Herba Tapi Pokok Hiasan Yang Beracun

 
Sumber: Klik gambar

Tidak semua tumbuhan sesuai untuk dijadikan herba perubatan.

Pokok yang bernama Pisang Tanah (kiri) ini sangat beracun dan boleh membunuh kanak-kanak kurang dari satu minit jika menggigit daunnya.

Mata pula boleh jadi buta jika getahnya yang berwarna putih itu masuk ke dalam mata.

Sungguhpun ianya cantik sebagai hiasan, biarlah ianya ditanam di tempat yang sesuai dan susah untuk dicapai oleh anak kecil.

Pokok Duit dalam gambar kanan di atas tu juga tidak kurang beracunnya jika termakan. Orang Cina panggil pokok ong... heh... ong sungguhlah doktor yang merawat kalau anak anda gatal tangan petik daunnya dan sumbat dalam mulut.

Aloe Vera Dan Cara Mudah Untuk Merawat Kulit

Aloe Vera
Aloe Vera sangat terkenal dalam penggunaan ubatan, syampoo, sabun kecantikan, diet supplement, dan juga bahan kosmetik.

Ia mengandungi extractive yang membantu menyahkan bakteria dan bersifat anti virus.

Ianya kaya dengan Vitaman C, E dan Beta Carotene. Sangat membantu dari sudut anti penuaan dan penjagaan kulit.

Ia membantu dari sudut kelembapan kulit tanpa rasa melekit. Sangat sesuai untuk mereka yang punya kulit berminyak. Anda boleh buat ubat sendiri dengan Aloe Vera kalau ada kerajinan dan masa.

1. Merawat Kulit Kering - ambillah sekeping dua daun Aloe Vera yang saiz sederhana, sedikit serbuk kunyit, satu sudu kecil madu, sesudu susu and beberapa titik air bunga ros. Kasi blend semua ini sehingga jadi seperti bubur pekat. Sapukan pada kulit yang mahu dirawat.

2. Sebagai Scrub - Ambil separuh cawan gel Aloe Vera yang segar, sesudu gula, dan 2 sudu air limau jenis lemon.

Gula akan membantu menanggalkan sel kulit yang sudah mati, Aloe Vera pula mencuci kulit. Manakala lemon akan memudarkan parut dan kesan bakaran oleh matahari.

Lemon Tajiri - ProfAbdullah Hassan
Scrublah mana tempat yang dimahukan, seluruh badan pun tak apa. Janji buat jangan harap angan-angan saja.

3. Aloe Vera Untuk Merawat Jerawat - Ambil sedikit gel Aloe Vera yang segar dan blendkan dengan kacang Walnut dan madu.

Penyembuhan dari kombinasi Aloe Vera dan madu akan membuatkan kulit anda jadi cerah dan licin.

Tapi tak lah selicin kulit belut tuu.

Herba Akar Seruntun

Ini pula ialah akar seruntun, juga dikenali dengan nama patawali, putawali, brotowali, atau batang wali. Wah... wali belaka. Dewa tak ada ke?

akar-seruntun
Gambar: Zainuddin Kechil
Tersangat pahit. Memang meruntun jiwa kalau digigit batangnya atau dijilat getahnya tu.

Sering digunakan untuk menamatkan penyusuan bayi yang sudah berumur 2 tahun ke atas.

Biarlah dia gian meruntun macamana sekali pun, sekali kena pahit tak mau dah. Memang pahit gila.

Namun, sering digunakan dalam ramuan ubatan herba yang sudah disiapkan dalam berbagai bentuk.

Antara khasiatnya yang lain ialah seperti membuang cacing kerawit atau apa saja cacing dalam perut.

Juga merawat darah tinggi, kencing manis, merawat penyakit kelamin, sakit perut, demam, demam malaria, menurunkan suhu panas, sakit pinggang, dan sengal-sengal otot.

Manggis

manggis-atau-mangosteen
Gambar: Helmy Sentosa
Kebanyakan kita, termasuk aku sendiri hanya sukakan isi manggis yang manis. Kulitnya dibuang begitu sahaja.

Tetapi ada beberapa syarikat seperti Xango dan Vemma yang memproses manggis termasuk kulitnya dan menjadikan bahan utama minuman kesihatan mereka.

Sales mereka berbillion USD. Padahal kat US mana ada pokok manggis pun. Siam mari juga.

Ini kerana manggis mempunyai komponen anti-oksidan yang tinggi, iaitu xanthones, berbanding dengan buah-buahan lain.

xanthones-a-powerful-anti-oxidanXanthones anti oxidant yang sangat baik

1001 Jenis Herba

Sangat banyak lagi herba yang ada, tapi artikel ini sekadar memberi pengenalan ringkas untuk beberapa jenis herba sahaja.

Untuk yang mahu mengetahui tahu lebih banyak tentang herba, ada baiknya membuat rujukan dengan FRIM. Terdapat satu department khas di FRIM yang membuat kajian tentang herba dan juga pengkomersialannya.

Jamu Herba Tradisional Rawoherb

Jamu Tradisional Rawoherb menggembelingkan campuran berbagai herba dan dikapsulkan.


Mudah untuk dimakan bagi merawat beberapa penyakit seperti mengurangkan masalah berikut:-
• Sakit lutut dan pinggang • Kegemukkan
• Shawat lelaki / perempuan

• Strok • Kanser • Parkinson • Masalah tidur (bukan sebab terlebih pengambilan kopi)

• Kencing manis • Darah tinggi • Jantung • Gaut • Asma • Migrain (sakit kepala kronik) • Mata

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat pembelian boleh rujuk sini atau klik pada gambar.

Nak senang lagi PM saya di https://www.facebook.com/emjay.redha.

Video Produk Herba Dari Gunung


video-produk-herba
Video produk herba. KLIK dan Lihat Video.

Terima kasih baca sampai sini... power yob!!!

Share lah dengan kengkawan, mana tahu artikel ini memberikan mereka manfaat. Tekan salah satu butang kat bawah ni dan share ke mana-mana media yang anda suka.