Masa Hidup Sangat Mewah Dah Dekat Nak Mati Baru Nyesal - CrazyDuck -->

Header Ads

Masa Hidup Sangat Mewah Dah Dekat Nak Mati Baru Nyesal

Tentang Kemewahan dan Kematian

Urusan mencari rumah Homestay selesai. Ah Matt mengambil semula majalah tadi.

Dia membuka helai demi helai kemudian terhenti pada bahagian tengah.  Beberapa keping keratan dari majalah lain yang terselit.  Terdapat dua artikel bertajuk:-

1. Dying of cancer, he says in video that goes viral… I CAN’T HUG MY FERRARI.
2. “You've got to find what you love,” Jobs says in a Video of the Commencement Address. - Stanford Report, June 14, 2005.

"Tajuk dua artikel ni macam bagus jer.  Dah lama tapi masih disimpan.  Mesti ada yang menarik ni.” Komen Ah Matt.

I-can't-hug-my ferrari-dr-richard-teo-dying-of-cancer-at-40You've-got-to-find-what-you-love-Steve-Jobs-said
"Ya… memang sengaja saya simpan dua artikel ni. Saya jadikannya sebagai peringatan tentang kehidupan dan perjalanan hidup saya.”
“Ia contoh yang real.  Bacalah… best tu.”

“Kita sampai Homestay kang kita sembang. Banyak benda baik kat dalam dua artikel tu.”  Balas Ah Zam.

Ah Matt membaca kedua-dua artikel itu dengan asyik. Adakalanya dia menggeleng kepala ada kalanya dia mengangguk.

Ianya adalah cerita tentang kematian – lebih khusus lagi ialah pesanan orang kaya dan ternama tentang kematian.  

Sebelum mereka mati ada penyesalan pada mereka.

Ah Zam mengerling dan tersenyum sendirian kerana Ah Matt kelihatan sungguh menjiwai isi kandungan artikel itu.

“OK kita dah sampai tol Jawi”, Ah Zam memberitahu dan membelok kiri keluar dari highway.

Ah Matt menggunakan GPS untuk sampai ke alamat Homestay Zaahomestay

Ustaz Mohd-Bakhry-Yahya-Mudir-Sekolah-Rendah-Islam-Raudhatul-Jannah“Oh… ada masjid kat depan tu.  Dah nak masuk maghrib ni, elok kita berhenti rehat dan solat kat sini lah.  Ya?”

“Baik sangat tu.  Hmm nama masjid ni Masjid Baru Sungai Bakap.” Sambut Ah Matt.

Sejak memulakan perjalanan dari KL, Ah Matt memerhati gelagat Ah Zam tentang solat. Memang dia sangat menjaga solatnya.

“Mungkin ini rahsianya kenapa Ah Zam sangat tenang dalam banyak hal dan berjaya dalam perniagaannya.”  Bisik hati Ah Matt.

Ah Zam amat menitik beratkan solat berjemaah dan tidak suka melengah-lengahkannya. 

Walaupun sibuk dengan acara tertentu, dia akan berusaha untuk menunaikan solat tepat pada waktunya.  

Jika berada di kawasan berdekatan dengan masjid dia akan berusaha untuk solat di masjid.


Tazkirah Maghrib – Jangan Bersedih

Mereka masuk dan mempakir kereta dalam kawasan masjid.  

Anak-anak Ah Matt bergegas ke tandas. Kemudian semua mereka mengambil wuduk dan bersedia untuk solat Maghrib. 

Azan sedang berkumandang.  Ramai juga jemaah yang datang. 

“Mungkin ada 3-4 syaf. Meriah nampaknya masjid ni, Alhamdulillah.”  Bisik hati Ah Matt.

"Jangan bersedih dan tak perlu terlalu stress memikirkan tentang hal duit dan keewangan.” 

Itulah antara ayat pembukaan Tazkirah selepas maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Bakhry Yahya.


Beliau merupakan Mudir Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah (SRIRJ). 


Selain memberikan tazkirah beliau juga membuat kempen mengutip sedekah / derma / zakat untuk keperluan (SRIRJ).   

Ucapan tazkirah beliau tentang hikmah dan keistimewaan berselawat ke atas Nabi (SAW) amat menyentuh perasaan Ah Matt.

Bibir Melafaz Fikiran Menganalisa Hati Curiga Imannya Bagaimana?

Dia dapat mengaitkan kisah silamnya yang bergelumang dengan dosa dan pendapatan yang tidak halal.

Dia juga pernah bermegah-megahan dengan harta benda lambang kekayaan dan kejayaan. 

Dia pernah juga menganggap hal-hal doa dan zikir itu sesuatu yang tidak relevant untuk memudahkan datangnya rezeki. 

Konsep keberkatan rezeki pernah hilang dari lubuk hatinya.  

Dia pernah juga terfikir bahawa rezeki itu pada dasarnya adalah hasil dari kebijaksanaan dan atas usaha sendiri. 

Bait-bait perkataan yang keluar dari mulut Ustaz ini membawanya mengimbau masa lampau. 

Masa di mana dia pernah bergelar jagoan.  

Masa di mana masjid baginya suatu tempat yang sangat asing. 

Masa di mana wang ringgit menjadi satu-satunya kayu pengukur. Ketika itu duit adalah segala-galanya.

Tazkirah ini seakan-akan menguji tahap keimanan dan aqidahnya – re-allignment test.

Kalau dulu bibirnya melafazkan tetapi hanya sekadar lafaz. 

Sekadar ikut-ikutan bukan dari keihklasan. Kosong... tiada aura. 

Pemikiran tidak seiring dengan apa yang diungkapkan oleh bibir. 

Hati memang sentiasa dengan bongkak dan ketakburan. Duit banyak badan masih muda, sihat dan kuat.  Segalanya seperti kebal belaka.

Tazkirah hari ini seolah-olah melengkapkan usahanya selama ini mendekatkan diri dengan masjid.  

Ucapan tazkirah didengar dengan teliti dan terus menusuk qalbu. Fikiran mengiyakan dan hati menerima dengan keikhlasan. 

Air matanya berlinangan tanpa sedar. Ah Matt bersyukur akan hidayah yang didatangkan Allah. Imannya terasa semakin mantap.
bantulah-Sekolah-Rendah-Islam-Raudhatul-Jannah

Diusia 40 Tahun Berlaku Pertukaran Keperibadian

Maha suci Allah yang membawanya ke Masjid Baru Sungai Bakap pada malam ini. 

Ada hikmahNYA. 

Alhamdulillah. Di ketika umurnya baru melepasi empat puluhan terjadi perubahan begini. 

Dia pernah mendengar kata-kata “apabila seseorang lelaki itu tidak berubah selepas meningkat umur empat puluh… hidayah atau petunjuk Allah akan susah untuk masuk.” 

Entah benar atau tidak dia tidak pasti, tetapi yang pasti ialah tentang apa yang berlaku dengan dirinya sendiri disaat ini dan diketika ini.

Nota: Berikut adalah rujukan untuk Ah Matt jika dia terbaca penulisan ini:-

Dalam al-Quran Surah al-Ahqaaf ayat 15 ada menyentuh tentang usia empat puluhan ini.  Allah (SWT) berfirman:-


Umur-40-tahun-al-Quran-Surah-al-Ahqaaf-ayat-15

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbaik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). 

Mengandungnya sampai kelahirannya adalah 30 bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun ia berdoa...

...“Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku"

"Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri).” (al-Ahqaaf: 15)."

Dengan jelas usia 40 tahun disebut dalam ayat ini. 

Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. 

Oh Mr. Ah Matt… kamu benar-benar telah meninggalkan usia mudamu dan melangkah ke alam dewasa yang sebenar.  

Welcome to the real life and real worldlife begins at 40 bro.  Itulah keajaiban rezeki dari Allah – samada kita sedar atau tidak.  

Amat bertuahlah pada mereka yang sedar dan mengemudi kehidupannya ke arah jalan yang benar.

Soalan penutup bagi episod ini dan INI JUGA:-
.
1. Pujian ikhlas yang membawa erti penghargaan sangat memberikan kesan positif kepada sesiapa sahaja.  

Keterlaluan mencari pujian pula adalah satu penyakit – penyakit kurang kasih sayang dan tiada keyakinan diri.  

Anda setuju ke?

2. Tazkirah itu hanyalah kata-kata yang diucapkan untuk memberi peringatan kepada manusia akan tingkah laku dan amalan yang dituntut terhadap Pencipta.

Bagaimana kata-kata itu diterjemahkan kepada perlakuan sipendengar bergantung kepada hati yang mendengar – samada masih terbuka atau sudah tertutup. 

Dari pembacaan artikel ini apa yang anda dapat? Sesuatu? Atau kosong tiada apa-apa malah membosankan?  Penulis ni tak pandai menulis... ha ha ha ...

3. Berapa usia anda sekarang? Belum 40 atau sudah melewatinya? 
Ada apa-apa perubahan kearah yang lebih baik atau anda terus saja bergelumang dengan maksiat? 

Anda sendiri tahu jawapannya… terpulanglah kepada anda. Syukur jika anda seorang yang sentiasa patuh kepadaNYA.

Kita stop sini dulu lah ye. 

So mananya cerita "Masa Hidup Sangat Mewah Dah Dekat Nak Mati Baru Nyesal?" 

Ada... sambungan story ni ada kat tajuk "Makan Malam Di Restoren Ahmad Ikan Bakar."

Dapat sesuatu dari artikel ni? Ya, kan?. Jom tekan butang LOVE ni dan lepas tu share.


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.