Etika Menulis Di Media Sosial - CrazyDuck -->

Header Ads

Etika Menulis Di Media Sosial

Ada tak sesiapa yang boleh mengaku tidak pernah membuat kesilapan dalam menonjolkan diri, produk, atau pemasaran melalui posting dalam media sosial? contohnya seperti Facebook atau blogging.

Kesilapan Penulisan di Media Sosial


Ada tak sesiapa yang boleh mengaku tidak pernah membuat kesilapan dalam menonjolkan diri, produk, atau pemasaran melalui posting dalam media social? Contohnya seperti website, Facebook, landing page, atau blog?

Adakalanya kita tidak perasan akan kesilapan kita sehinggalah kita diteguri.
 
Tetapi, berapa ramai orang akan menegur kesilapan kita? Sangat sukar kerana the truth always hurts

Kecuali kawan yang paling rapat yang berani mengguris hati kita. Tanpa kita merasai kegurisanya itu.

safety-first-in-the-social-media-and-even-the-train
Tu dia... utamakan keselamatan sungguh.
Jadi, kiranya terasa mahu sedikit tambahan ilmu atau mahu perhatikan kiranya anda telah melakukan kesilapan, silakan terus membaca. Ianya merupakan ciri-ciri keselamatan dari berulangnya kesilapan yang pernah dilakukan.
------------------------------------------------------
Tetapi kalau yakin tak pernah silap dan tak akan silap, tulisan ini tak ada faedahnya bagi tuan/puan… move on saja to something else yang lebih berfaedah.  Ya... maaf sama gue, ek. Sudah ngacou.
----------------------------------------------------- 
Ini saja nak kongsikan nasihat (teguran) yang diterima dari seorang Cikgu sukarela. Orang yang sudah pakar dalam bidang penjualan menerusi internet, terutamanya melalui media sosial.

Oh… media sosial, ek? Ke social? Atau pun it is so sial? Tak ada hasil memang akan jadi so sial lah. 
Fooh… minta simpang.


Kata Cikgu, kesilapan yang berterusan menjamin kegagalan pencapaian matlamat, terutamanya apabila tujuan penulisan itu ialah untuk menjana pendapatan.
Petanda jelas kegagalan ialah tiada tindak balas dari pembaca posting kita. 

Boleh dijelaskan kesilapan yang beliau pernah lakukan atau pemerhatian beliau terhadap kekerapan yang dilakukan oleh sesetengah penulis adalah sebanyak 21 points semuanya.

Dan ianya dipecahkan kepada 5 postings. Terlalu panjang untuk dimuatkan semuanya dalam satu posting. Orang tak larat nak hadam dan akan belah macam tu saja.

It defeats the purpose. So, post yang ini hanya ada 5 tips dulu. Selebihnya boleh rujuk pada penghujung artikel ini nanti.

1.   Semua Media Sosial Mahu Dimasuki
Pada yang ada staff bolehlah libatkan diri dalam banyak media sosial.  Kalau sorang-sorang buat kerja atau baru nak bermula, pilih satu atau dua cukup dulu.

Fokus... ya… WTF… sangat penting… what’s the focus.  Bergerak satu demi satu, langkah demi langkah.  Bila sudah cukup kuat lebarkanlah sayap.

Bila kita mencuba memasuki semua media sosial, tetapi kita hanya seorang diri agak susah. Tambha pula dengan tangan ada dua dan jari yang boleh diguna untuk menaip hanya 2-3 saja. Jadi macam ayam patuk kutip jagung.

Berat sikitlah nak cover semua sekali.  Mat saleh kata “you fail because you spread yourself too thin.” Pada yang nak menguruskan badan, ini boleh diguna pakai.

2.   Buat Posting Sesuka Hati
.
.
Eh... posting aku, suka hati akulah, kan?

Ya betul … tapi kena ingat … kita dapat apa yang kita niatkan.  Dan niat itu sebaiknya diterjemahkan melalui posting yang menjurus ke arah itu.

Suka hati itu adakah niat?

Kalau kita pergi minta kerja… kerja apa awak nak?

Kita jawab suka hati… dapat suka hati ke atau silap haribulan dapat penampor?  Buang masa interviewer saja.

Maknanya setiap posting mesti ditujukan kepada apa yang pelanggan kita mahu. Namun, ada limitnya. 

Kerana ramai pembaca yang suka cerita gossip dan scandal serta perkara tak bermaruah. So yang itu out of scope dari penulisan ini.

Kalau posting “hard selling?”

“They become hard & difficult buyer – ngerti?" Cikgu.menjawab sambil bertanya dengan keras.

Katanya lagi, "buat posting yang mencuba untuk menyelesaikan masalah bakal pelanggan."

"Bagi sesuatu yang ada faedah."

By the way … yang aku tulis ni ada faedah ka? Keh-keh-keh... ada, kan?

3.   Mesej Yang Berceramok
Yang ini maksudnya tidak konsisten.
Sat nak jual kari – karipap ke, kari ayam ke, tak jelas.
Sat promote putu mayam, pastu cerita pasal baja taik ayam.
Selera bakal pembeli confused.
Kamu nak cerita apa sebenarnya?

Maka buatlah sesuatu yang pembaca post tu boleh kenal tentang kita.
Tanpa melihat gambar pun mereka boleh tahu siapa penulisnya.
Setiap post yang dipaparkan ada menafaat pada mereka.
Sekurang-kurangnya boleh membuatkan mereka tersenyum.
Hilangkan tension mereka, kita dapat pahala.

Tidak perlu mengutok barang orang atau orang-orang tertentu hanya kerana kita mahu promote barang jualan kita.

Tajuk dan cerita boleh berubah, namun mesej yang disampaikan perlu sentiasa konsisten dan selari. Sesuatu yang berfaedah dan memberi semangat pada pembaca.

Orang akan “bookmark” blog atau facebook page kita dengan cara begini.

Aku tanya Cikgu, “Kalau saya ada dua tajuk – karipap dan kari, yang seolah-olahnya berceramok, boleh saya selarikan mesejnya?”  

“Kenapa tidak… olahkan supaya mesejnya membawa kepada kebaikan. Dan kaitkan dua produk itu seolah-olah ianya satu.” 

“Penulisan ialah tentang mesej, kalau pembaca nak makan karipap dia kena pergi cari kat kedai jual kueh, faham?”
.
Aku angguk saja lah.

4.   Tiada “Engagement”
Jenis ini dia kira nak hentam post saja tanpa ada “engagement langsung.
Maklum balas dianggap membuang masa.
Orang dah baca status kira fahamlah.

Nak buat apa dimaklum balas lagi.

Silap besar tu, celah Cikguku.

Engagement. Bukan pertunangan ya.

Tapi macam sembang-sembang dengan bakal pembeli.

Bukan tunggu orang masuk komen, 
tetapi kita yang kena pegi melawat blog atau FB profile dia orang.
Dan taruk LIKE serta komen. 

Lagi baik share terus. 
Baru lah dia orang pun akan buat lawatan balas.

Maka hubungan akan terjalin. Kepercayaan disemai.

Kalau ada produk yang sesuai bolehlah dijual.
Mungkin mereka yang akan bertanya kita ada jual apa. 

Kan senang? Tak payah nak promote sangat.

Penutup Bahagian Ini

Itulah 5 dari 21 tips yang Cikgu aku kongsikan. Selebihnya boleh dilihat pada tajuk-tajuk berikut.

2 comments:

  1. I enjoy what you guys are up too. This type of clevr work and coverage!
    Keep up thhe awesome works guys I've incorporated
    youu guys to our blogroll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wonder how you read this blog post. Do a Google translate? Is it verbatim? Can pick up the local intonation? Anyway... TQ very much for visiting and dropping your comment.

      Delete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.