Haram Babi Haram Sungguh – Haram Rasuah Dia Taram - CrazyDuck -->

Header Ads

Haram Babi Haram Sungguh – Haram Rasuah Dia Taram

Ramai Yang Semakin Celaru. Rasuah Tu Dah Sah Haram. Tapi Langsung Tak Ingat Pasal Mati...

Bagus restoran ni Matt. Pandai kau teka dan pilih.”

Ah Zam memperakui kesesuaian restoran tepi simpang yang dilihat oleh Ah Matt selepas makan malam tadi.

Ah Matt:  Sedara kau yang balik dari Ipoh sampainya jam berapa?.
Ah Zam: Oh… jangan risau.  Sempat kita sembang melalut-lalut baru dia sampai sini.  Ingat lagi 3 jam macam tu lah.

Ah Matt:  OK, kalau macam tu kita stay sini sampai dia tiba kat tol Jawi. 

Kemudian kita hantar kunci rumah Homestay dan terus ikut dia ke rumah.  Boleh cam tu eh?

Ah Zam:   Baik punya cadangan.

Sambil bersarapan meraka terus bersembang. Isteri Ah Matt melayan kerenah anak-anak. Selepas jemu menunggu mereka bermain di luar kedai pula.

Ah Zam:  Aku nak ke toilet… sebelah mana ya?

Ah Matt:  Tu… signboardnya terlindung dik tiang, dari sini nampak jelas.

Sedang bersendirian, Ah Matt teringatkan kata-kata Ah Zam: “Ramai yang semakin celaru.  Langsung tak ingat pasal mati… tau-tau mati macam tu jer." 

Kemalangan Motor Besar 
Masih terbayang difikiran Ah Matt wajah seorang kawannya yang meninggal dunia kerana kemalangan motor besar.  

Mati diusia muda ketika diulit dengan kemewahan dan lupa diri.

Mati akibat separuh badannya terbakar kerana tumpahan minyak petrol dari motor besarnya yang terbabas dari cubaan mengelak dari terlanggar lori.

Selepas dua minggu dimasukkan ke KL General Hospital dia meninggal. Keadaannya sungguh menyedihkan.  

Seluruh badannya membengkak akibat kuman dari luka kebakaran merebak ke seluruh badan.

Entah dia sempat bertaubat atau tidak tidak diketahui.

Harap-harap dia sempat.  Kita tak tahu.

Dalam diam Ah Matt bersyukur kerana masih diberi waktu dan ruang untuk merenung diri, bertaubat dan memperbaikki amalan. Kematian itu boleh datang pada bila-bila masa.

Namun Ah Matt sangat bersedih kerana kawan baiknya itu yang pernah bersama membuat “kerja sampingan” mengutuknya apabila diajak ke masjid.  

Kegilaan mendapatkan duit mudah melalui “kerja sampingan” itu membuatkan dia besar kepala.

Terlupa daratan dengan kuasa dia merasa seperti dunia ini dia yang punya kerana berjaya memiliki apa saja yang dinginkan.  

Teguran, nasihat dan ajakan untuk pulang kepangkal jalan mengakibatkan Ah Matt dimusuhi.

Tetapi dengan sekelip mata semuaya berakhir begitu saja. Tidak ubah seperti apa yang Dr. Richard Teo katakan:

“Totally thinking that I have everything under control, thinking that I've reached the pinnacle of my life. But the next moment, I have just lost it.”

- Aku fikir aku miliki segalanya. Aku rasa inilah kemuncak hidup aku. Dalam sekelip mata aku hilang segalanya.

Ah Zam:   Eh… jauh menung?
Ah Matt:    Oh... dah selesai… dah lega lah tu.

Ah Zam:   Apa yang kau menungkan tadi?  Nampak sedih pun ada juga.


keadaan-sesak-akibat-kemalangan-motorsikal-yang-kemudian-terbakar
Gambar hiasan: Bernama
motorcycle-accident-burning-on-the-highway
Gambar hiasan: Bernama
Ah Matt: Aku teringatkan seorang kawan yang jadi arwah akibat kemalangan motor besar dan terbakar separuh badan.  

Selepas 2 hari di hospital langsung tak sedar.  Koma dua minggu, masuk minggu ketiga dah tak ada.

Ah Zam: Bercakap pasal pergi dengan pantas, ini… ayat-ayat yang aku sudah highlight dalam artikel:-
.
1.  Death is very likely the single best invention of Life. It is Life's change agent.

- Kematian ialah satu kejadian terbaik dalam penciptaan kehidupan. Ia ejen kehidupan baru.

2. Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life.

- Ingatan yang aku akan mati tidak lama lagi merupakan alat terpenting yang membantu aku membuat pilihan terbaik dalam hidup.

3. When I faced death, when I had to, I stripped myself off all stuff totally and I focused only on what is essential. The irony is that a lot of times, only when we learn how to die then we learn how to live.

- Apabila aku menghadapi kematian, aku mengenepikan segalanya kecuali perkara terpenting dan perlu. Yang peliknya, bila aku belajar untuk mati ketika itulah aku belajar untuk hidup.

4. Anyway I think that I’ve gone through it (living with success and having lots of money), and I know that wealth without God is empty.

- Aku sudah melaluinya (kehidupan yang penuh dengan kejayaan dan mempunyai banyak wang), dan aku tahu kemewahan tanpa Tuhan itu satu kekosongan.

Ah Matt: Terima kasih banyak bawa artikel ni – peringatan yang sangat baik.  Aku sangat berharap walaupun aku tahu harapan aku ni tak mungkin menjadi kenyataan.

Ah Zam:   Harapan agar orang lain juga akan berubah?

Ah Matt:  Itu lah… boleh dikatakan setiap hari ada orang pergi meninggalkan kita.  Ada yang rapat dengan kita, saudara mara kita dan juga ada orang terkenal.

Ada yang mati ketika mereka masih muda.  Ada yang mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan macam kawan yang aku cerita tadi tu.

Makan Rasuah Tu Tak Terasa Haramnya Kan?

Walau pun kata Dr. Teo ni “wealth without God is empty” sangat benar, masih tetap ramai yang mengamalkan rasuah. 

Sangat jelas hasilnya itu haram dan memberikan akibat buruk kepada masyarakat. Haram Babi mereka nampak pula. Rasuah tak.

what-is-haram-is-haram-and-clearly-defined

Ah Zam: Mungkin hati sudah keras Matt oi. Hidayah Allah sudah ditutup. Buat kemungkaran banyak mana pun tetap terasa berada dijalan yang betul.

Kuasa dan duit sudah mengaburi segalanya. Kemungkaran berleluasa oleh penguasa dari bawah sampai atas.

Alhamdulillah… jangan kita yang ikut jadi macam tu sudah. Amanah yang diberikan jaga baik-baik.  

Peringatan, amaran malah balasan dalam Al-Quran amat jelas pada yang angkuh sombong dan pengejar harta dunia yang melakukan kerosakan

Ah Zam mengambil surat khabar yang baru ditinggalkan oleh seorang pelanggan dan membelek helai demi helai.  Sekali sekala dia menyentuh handphonenya.

Ah Matt mengambil peluang untuk melayan fikirannya sambil meneguk saki baki teh tarik.

Kata-kata Ah Zam terasa sangat menyengat – ingatan terhadap dosa lampau membuatkan lututnya tiba-tiba terasa lembik.  

Walaupun dia sudah berhenti dan bertaubat dari melakukan “kerja sampingan” itu mana mungkin ingatan itu dapat dipadam.

Komputer… ya sungguh… hanya delete file yang tidak diperlukan dari hard drive habis cerita.

Saban hari berita tentang rasuah keluar dalam setiap media – dari radio, TV dan diviralkan dimedia sosial. 

Akan terus ada manusa yang tamak dan tiada rasa kemanusiaan selagi dinamakan manusia

Sifat tamak itu sudah ada sejak dilahirkan.  Sampai satu tahap Ah Matt pernah merasa ketagihan melakukan “kerja sampingan.” Ia lubuk rezeki mudah

Rasa malu ada ketikanya sudah tiada lagi.


money-exchange-hand

Haram Pun Haram Lah Yer?

Rasa kasihan terhadap mangsa juga luput begitu sahaja. Haram babi dielakkan tapi haram rasuah terus ditaram.  Itulah sejarah hitam yang terus dibawanya selagi hidup.

Ah Matt sentiasa berusaha untuk menghindarkan diri dari terjerumus semula dengan aktiviti yang tidak bermaruah, haram serta hina itu.

Hidup tanpa bermewah dan bermegah. Kesederhanaan itu memudahkan banyak perkara.

Hanya iman dan integriti yang utuh boleh mengawal kerakusan dan menjadikan seseorang itu manusia yang berguna.

Untuk dirinya, keluarga, teman sekerja, masyarakat sekeliling, dan alam semula jadi.

Ketamakan Harta Hingga Hilang Rasa Kemanusiaan. Halal Haram Ke Mana?

“Eh, kau tengok ni Matt.” Tiba-tiba Ah Zam menunjukkan gambar melalui handphonenya akan jalan raya Kuantan-Gebeng yang merah dan kereta yang diselaputi dengan selut bauksit.

Ah Matt: Kau baca surat khabar ke main handphone?

Ah Zam: Ini pasal bauksit ni ha. Keluar kat paper kemudian aku search kat FB. Keluar lah segala gambar yang berkaitan.


pencemaran-alam-akibat-lombong-bauxite-di-pahang
Gambar: Wan Mohd Hakimie FB
cat-fish-contaminated-by-bauxite-pollution
Gambar: Fuziah Salleh dan Mohd Nor FB

Ah Matt: Ini pun satu hal. Kalau ketamakkan sudah bermaharaja lela di kepala – peduli apa dengan alam sekitar atau penduduk mahu pun rakyat?

parliament's-member-opinion-about-GSTAh Zam:  Dalam hal ni kan, Dr Richard Teo ada sebut.  Meh aku quote apa yang dia tulis dalam artikel tu.

I became so obsessed that nothing else really mattered to me. Patients were just a source of income, and I tried to squeeze every single cent out of these patients.

Saya terlalu tamak sehinggakan tak ada benda yang lebih penting. Pesakit hanyalah sumber duit dan saya akan perah setiap sen yang mereka ada.

A lot of times we forget, whom we are supposed to be serving. We become so lost that we serve nobody else but just ourselves.

Saya langsung tidak terfikir tentang perkhidmatan. Saya hanya pentingkan diri sendiri, orang lain pergi mampus.

Ah Zam: Apa yang dia cakap tu sebiji dengan apa yang berlaku hari ini dengan orang yang dikatakan (so-called) sebagai pemimpin. 

Menteri lebih suka cakap lawak (lawak bodoh pulak tu) dari menyelesaikan masalah rakyat.

Baca sambungan seterusnya: Pesakit Sebagai Sumber Duit Keluhan Rakyat Bahan Buat Lawak

Seperti biasa... tekan dulu LIKE dan SHARE tu ya sebelum anda beredar... terima kasih !!!. Jom tekan butang LOVE ni. 


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.