Hasil Dari Pertemuan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Keindahan Pemandangan di Sawah Padi
Selepas pulang dari Alor Setar pada penghujung 2013, kami sekeluarga sekali lagi berjalan makan angin ke utara sempena cuti sekolah. Dalam perjalanan itu saya teringatkan Kamsul yang kali terakhir bertemu dengannya pada Disember 2013.
Dalam perjalanan balik dari Arau, saya singgah di Alor Setar dan bertemu dengan Kamsul – seorang kawan rapat sewaktu di asrama. Saya dibawa ke rumahnya yang dikelilingi oleh sawah padi. Sungguh indah pemandangan diwaktu matahari terbenam.
Setelah bermalam dirumahnya, keesokannya pagi saya berjalan di pinggiran parit sambil menikmati kesegaran udara dan suasana sawah padi yang saujana mata memandang. Tenang dari segala jenis kesibukan. Irama kicauan burung mencari rezeki diawal pagi memecah keheningan.
Saya meniti batas perparitan sambil melakukan senaman ringan selama lebih kurang sejam, kemudian pulang dengan baju basah oleh peluhan pagi.
Saya meniti batas perparitan sambil melakukan senaman ringan selama lebih kurang sejam, kemudian pulang dengan baju basah oleh peluhan pagi.
Sungguh menyihatkan.
Sebelum masuk ke rumah saya ternampak tong biru berbentuk seperti tong gas. Saya mendekatinya …”Ini macam untuk tapis air ni…”, fikir saya bila terlihat paip yang keluar masuk dan dijelaskan lagi dengan tulisan pada tong itu.
Kesihatan Kamsul Kini Sangat Baik
Selesai mandi dan berkemas saya dan Kamsul berbual diberanda sambil sarapan lewat pagi. Isteri kami di dapur berkira-kira untuk menyediakan masakan tengahari. Kami akan pulang ke Kuala Lumpur selepas zohor.Kami menyorot kembali perbualan 5 bulan yang lepas. Kamsul kelihatan sangat sihat dan tegap. Saya cuba mengorek rahsianya.
“Sejak kita jumpa taun sudah, ni aku nampak badan hang makin berisi dan sasa’, aku memujinya terlebih dahulu. Dia tersenyum.
“Hang tau Jay, hari tu kan aku habark kat hang, racun dalam makanan kena elak. Ayark, mau minum ayark sihat. Aku, memang sediakan bajet untuk amalkan minuman kesihatan. Lepas tu kita kena buat eksesais lah sikit, tapi-tiap hari. Sebab tu pagi tadi masa hang merayau kat bendang aku pi tengok tanaman sayork aku. Bukan susah pun nak keluarkan peluh sambil menyuburkan tanaman sayur”, begitu jelas Kamsul ringkas tapi padat.
“Ha, tengah hari ni kita makan lauk bersayorkan terung, kangkung, cabai dan sawi yang aku petik pagi tadi”, sambung Kamsul lagi sambil saya mengangguk.
“Aku tak bela ikan, tapi aku dah sediakan kolam untuk tu. Jadi tengahari sat ni kita makan ikan hat anak aku beli kat markit lah no. Lain kali hang mai, aku hidang hang lauk dari ikan belaan. Tapi hang kena rajin mai belah utara ni lah”, jelas terserlah kepuasan diwajah Kamsul.
Cara Hidup Sihat
“Bukan susah sangat pun. Susah tu hanya di kepala otak kita saja. Kalau kita tune otak kata boleh, boleh laa. Nak jaga badan, kena jaga masa dan kena ada disiplin. Dulu masa muda-muda bolehlah nak buat macamana pun, badan masih kebai.” Saya mengangguk lagi mendengar kata-kata Kamsul yang penuh dengan kebenaran. Penuh semangat dia bercakap.
Semangatnya sesihat tubuh badannya.
“Kalau dulu sayork aku beli kat markit, la ni aku pi petik saja. Duit jimat dari pi mai markit dan beli sayork aku beli minuman kesihatan. Tu, hang tengok tong biru tu. Hang tau apa ke jadah menatang tu? Benda tu baguih, bini aku suka … sejak aku pasang benda ni, penapis ayark dalam rumah tak sumbat dah. Masakan pun tahan lama. Dulu kaa… tak perangat atau pi simpan dalam peti aih pakai basi lah. Membazir.” Kelihatan kepuasan diwajah Kamsul apabila bercerita tentang penapis air luar rumah yang dipasangnya sejak 7 bulan lalu.
Kami terus berbual berkenaan isu semasa sehingga hampir tengahari. Kerana agak kepenatan hasil dari memandu semalam, saya berbaring dan terus terlelap. Laungan azan dari masjid berdekatan membuat saya terjaga. Kami bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Selesai solat, kami pulang dan makanan tengahari telah pun tersedia. Selepas hidangan utama, kami dijamukan pula dengan buah betik. Ini juga adalah hasil dari tanaman Kamsul. Dia menggunakan baja organik dan rasa buah ini sungguh sedap. Isinya lembut dan gebu.
Amalkan Sedekah
Waktu untuk kami pulang sudah tiba. Semasa membuka pintu kereta, saya ternampak sebungkus plastik yang saya pasti tidak ada semasa turun dari kereta malam tadi.
“Oh, betik rupanya’, bisik hatiku apabila membelek bungkusan itu.
Ya … itu untuk dibawa balik”, laung Kamsul dari tangga rumah. Dia kemudian mendekati kami yang sudah bersedia. Selesai bersalaman kami pun berangkat.
“Bang, kita berhenti kat R&R atau mana-mana stesyen minyak nanti ya, kalau kat Semanggol bagus juga”, pinta isteriku setelah hampir sejam lebih kami dalam perjalanan.
“Ye lah … minyak pun nak kena isi ni”, sambung saya.
Kami sampai di R&R Semanggol tidak beberapa lama kemudian. Isteri saya memberitahu yang Kamsul berpesan kepadanya supaya menyedekahkan sebahagian dari buat betik tadi kepada sesiapa yang dirasakan patut.
Tujuannya untuk berhenti di R&R Semanggol adalah kerana disurau R&R itu sering terdapat wakil dari sekolah agama atau masjid yang mengumpul derma dari orang ramai atas tujuan kebajikan & pembangunan. Bacaan al-Quran dilakukan secara hafalan.
Pesanan dari Kamsul mengingatkan isteri saya untuk bersedekah. Dia memilih untuk menyedekahkan wang di R&R itu dan buah betik itu nanti akan disedekahkan kepada jiran.
Kami sampai ke rumah lewat petang. Pada malamnya kami berbual tentang peristiwa perjalanan kali ini. Bagi saya, pertemuan dengan Kamsul memberi erti yang banyak.
Masih terngiang ungkapannya bercerita tentang penjagaan kesihatan dan saya gembira melihatnya hidup penuh dengan ketenangan.
Rumusan ilmu yang didapati adalah lebih kurang seperti berikut:
- Elakkan dari memakan terlalu banyak sayuran yang dibeli sekiranya boleh kerana sayuran ini disembur racun
- Menggunakan air yang bersih dan sihat hasil dari penapis air luar rumah
- Air bersih melambatkan makanan menjadi basi dan mengelakkan pembaziran
- Tanam sayuran sendiri sekiranya ada tanah atau ruang
- Senaman elok dilakukan secara berterusan
- Menanam sayur untuk kegunaan sendiri boleh menjimatkan wang dan menjadi aktiviti senaman
- Masa 24 jam yang kita ada perlu digunakan sebaiknya dengan berdisplin
- Semangat kita akan meningkat bila tubuh badan bertambah sihat.
- Amalan bersedekah memurahkan rezeki, lakukannya dengan keikhlasan dan tidak semestinya hanya dengan duit
- Kesihatan itu satu bentuk rezeki yang menjana rezeki-rezeki dalam bentuk lain
- Punya wang tanpa kesihatan umpama mendapat hadiah yang perlu dipulangkan semula.
Isteri saya ada ceritanya sendiri dan ini akan dimuatkan didalam blog akan datang.
Sebelum pergi mohon KLIK pada butang LIKE bawah ini dulu. Boleh kan?
Sebelum pergi mohon KLIK pada butang LIKE bawah ini dulu. Boleh kan?
Thank you for your comments