Pulihkan Semangat Ubati Kemurungan Dengan Kisah Helang Ini - CrazyDuck -->

Header Ads

Pulihkan Semangat Ubati Kemurungan Dengan Kisah Helang Ini

Keluar dari kemurungan dan berjaya semula memerlukan ketabahan dan pengorbanan yang tinggi. Kisah helang ini memberi inspirasi menguatkan semangat. Tidak ada jalan mudah jika mahu hidup bebas. Sakit dan malang tanggung sendiri. Berbeza dengan helang dalam zoo. Makan cukup sakit diubati. Manusia pun begitu.

Iktibar Cabaran Kehidupan Dari Kisah Helang

Selesai Zohor, cuaca masih redup. Baru lepas hujan renyai-renyai. Pak Hamid mengajak aku makan tengahari di pondok wakafnya. Keceriaan jelas terpancar pada wajahnya.

Memang sedap makan nasi panas-panas berlauk ikan bawal goreng, sambal belacan dan sayur kobis dimasak lemak. Menunya simple.

Dengan hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa nasi sepinggan memang tak cukup.

Dan aku mahu mendengar lanjutan cerita tentang kaitan Rambo (Sylvester Stallone) dan juga Helang.

Dan bagaimana dua kisah ini mempengaruhi Pak Hamid menghadapi kemurungan dalam usahanya untuk bangkit semula.

Slide: Iktibar Cabaran Kehidupan Dari Kisah Helang

Apa yang Pak Hamid ceritakan, aku rumuskan dan jadikan slide. Penat juga aku cari gambar-gambar yang sesuai. So... enjoylah. Dan bila dah habis nanti ada terasa apa-apa dalam hati tak?

Kalau "YA"... berbaloi rasanya spend masa buat slide ni.

Klik || untuk pause, ➤ untuk play.

Kandungan slide di atas diringkaskan seperti berikut.

1. Helang ialah sejenis pemangsa terulung. No. 6 dari 9 Apex Predators.

2. Dikatakan usia helang boleh mencecah 70 tahun. Puratanya pada 30-40 tahun.

3. Mahu sampai keusia 70 tahun helang mesti membuat keputusan. Satu keputusan yang menyakitkan.

4. Kukunya sebagai senjata utama untuk menangkap mangsa.

5. Selepas 40 tahun, kukunya membengkok dengan teruk. Menyusahkannya menangkap mangsa

6. Paruhnya juga semakin membengkok.

7. Sayap yang tua, tebal, dan berat menyusahkannya untuk terbang.

8. Helang ini ada 2 pilihan: Mati atau melalui proses pertukaran yang sangat menyakitkan.

9. Lalu ia mengasingkan diri di tempat yang selamat untuk tempoh 5 bulan.

10. Ia memulakan proses yang menyakitkan. Paruhnya dipatahkan dengan hentakkan pada batu.

11. Ia menunggu sehingga paruh yang baru tumbuh semula.

12. Kemudian giliran kuku yang sangat bengkok pula menyusul.

13. Kuku dicabut dan ia terus menunggu sehingga kuku baru tumbuh semula.

14. Setelah kuku tumbuh sempurna, bulu-bulu tua pula yang akan dicabutnya.

15. Setelah 5 bulan… helang ini bersedia menghadapi hidup baru.

16. Bersedia untuk menyerang atau berlawan demi mempertahankan hak.

17. Kelangsungan hidup memerlukan ketabahan dan pengorbanan yang sungguh-sungguh. Bukan target short term dan hangat-hangat tahi ayam.

Kemampuan Pak Hamid untuk mengingat akan kisah helang ini membuktikan yang dia betul-betul mengambil inspirasi dan contoh dalam menguatkan semangatnya.

Tidak ada jalan mudah jika mahu hidup bebas seperti helang. Sakit dan malang tanggung sendiri.

Tak sama dengan helang yang dikurung dalam zoo.

Makan cukup. Sakit diubati. Hidup untuk tontonan dan memuaskan hati orang lain.

Dan helang jenis ini memang bahagia dikurung begitu kerana hanya itu dunianya sejak menetas. Jika dilepaskan, berkemungkinan dia akan mati kerana tak tahu nak cari makan sendiri.

Kesahihan dan Kebenaran Kisah Sylvester Stallone dan Helang

Aku bertanyakan kesahihan akan dua cerita ini pada Pak Hamid. Katanya, “sahih atau tidak itu tak penting. Tapi ianya memberikan aku semangat.”

Pak Hamid terus menyambung...

Ini bukan hal iman atau aqidah seperti Hadith atau ayat Al-Quran yang tafsirannya perlu ada sanad dan perawinya.

Dalam era internet ini segalanya di hujung jari. Masing-masing mencari peluang untuk menonjolkan diri. Sesuatu yang negative itu lebih cepat mendapat perhatian dan merebak.

Ini kerana bila kesahihan cerita pasal Sylvester Stallone dan Helang ini ada ruang untuk dikutuk, mereka akan ambil peluang itu.

Keupayaan mengutuk dan menyebarkan perkara negative dan aib orang boleh melonjakkan traffic kepada tulisan (website) mereka.

Mereka yang mengutuk perkara positive (inspirasi untuk pulih semangat) sebegini sebenarnya ketagihan kepada perkara negative.

Mereka akan cari jalan untuk memusnahkan pemikiran positive dan mencari populariti. Membuktikan kepada dunia bahawa mereka sentiasa betul.

Dalam waktu kemurungan tak ada siapa mahu mendekati aku. Cerita yang beginilah yang menghidupkan semula semangat aku.

Kalau ada orang yang mengatakan cerita Sylvester Stallone dan Helang ini palsu dan tak boleh diikut, aku pun boleh sebut perkara yang tak masuk akal tapi kita semua ikut sejak kecil.

Turun temurun. Seolah ianya sebahagian dari budaya kita.

Aku bagi contoh pada kau macam ni:-

1. Kisah Cinderella yang mempunyai ibu tiri yang jahat kemudian dapat berpasangan dengan seorang pemuda kacak.

Cerita ini mendapat sambutan box-office dan filemnya yang dipasarkan oleh Disney membuat kutipan sebanyak $543.5 million.

2. The Princess and the Frog. Ini pun lebih kurang macam Cinderella. Punya popular cerita dongeng ni sehinggakan dibuat filem, juga oleh Walt Disney.

3. Kisah kura-kura dan arnab. Mana ada kura-kura berlumba dengan arnab? Tapi simboliknya digunakan sebagai inspirasi supaya kita bermuafakat dan jangan terlalu yakin dan sombong diri.

4. Bangau oh Bangau. Ini tentang jangan banyak beralasan. Tak wujud pun bangau mengadu kenapa dia kurus.

5. Thanksgiving, Santa Clause (Christmas) dan Halloween. Semua ini adalah dongeng atau sebahagian dari sejarah tapi dijadikan sebagai sambutan kebudayaan orang Amerika.

6. Shin Chan, Doraemon, Upin & Ipin – ini semua watak-watak yang direka. Tak wujud pun, tapi jutaan orang ambil iktibar dan pengajaran terhadap perkara positive / negative yang ditonjolkan.

7. Kisah Harry Potter yang ditulis oleh JK Rowling. Semua cerita dalam siri Harry Porter tu adalah fantasi. Dan jumlah jualan dari buku dan filem yang dibuat menghasilkan $15 billion brand.

Manakala orang yang pentingkan fakta… masih lagi hari-hari _________? Kau sambunglah sendiri.

8. Mimpi, berangan, berdoa, dan hypnosis. Semua ini mana ada real? Benda tak nampak. Hanya dalam bayangan dan ilusi. Tapi dari situ “we make it real” disebabkan  semangat yang timbul membina keyakinan diri.

Yang penting bila sudah ada semangat, usaha. Asyik terus berangan dan berdoa saja memang tak jadi apa.

Menang Cakap Apa Dapat?

Bagi yang suka menghukum dan membuktikan orang lain salah, dia tak akan nampak kebaikan. Tetap saja mencari kelemahan atau kesalahan.

Yang penting pada mereka ialah menang cakap. Membuktikan pada dunia dialah yang paling betul. But, missed the message.

Dalam hal menaikkan semula semangat, ianya bukan tentang betul atau salahnya cerita itu. Macam mimpi yang memberikan kita inspirasi dan keyakinan. Hanya mainan tidur bila mimpi itu tidak dapat diulas atau diertikan.

Sekali pun benar ada kekhilafan dalam kisah Sylvester Stallone dan Helang yang aku cerita tadi, perkara sama memang benar-benar ada berlaku pada ramai orang.

Pergi Chow Kit dan tengok berapa ramai orang yang tidur di tepi bangunan setiap malam.

Hanya mereka tak ceritakan saja sebab tidak berupaya atau tidak punya channel untuk menceritakan. Apa masalah dan apa impian mereka.

Pak Hamid berhenti... meneguk air membasahkan tekaknya. Aku tak mahu tanya lebih-lebih lagi pasal dua kisah yang diceritakannya.

Yang aku tahu dan aku lihat dia bercerita dengan penuh semangat. Dan aku perlu ambil iktibar dari apa yang diceritakan.


Pak Hamid menutup ceritanya dengan quote ini:-

Sekiranya kupu-kupu itu tidak dibiarkan keluar dengan sendiri dari kepompongnya, ia tidak akan memiliki kekuatan untuk terbang.
Sekiranya kamu mahu dan mampu membina kekuatan untuk keluar dari kandang kesenangan, pulangannya sangat berbaloi. [Pulangan bukan semestinya bererti duit]. Seumpama indahnya sang kupu-kupu yang terbang bebas.

Aku merasakan yang Pak Hamid menyembunyikan sesuatu. Ia itu cita-citanya.

Untuk apa dia ceritakan hal inspirasi dari kisah Sylvester Stallone dan Helang sekiranya dia tak punya sesuatu impian (ambition) yang besar?


Ikuti kisah Pak Hamid seterusnya dalam Usahawan Diusia Senja…

Sudikan tekan butang bawah ni ya...

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.