Sedekah Itu Pelbagai dan Punya Keajaiban Tersendiri
Gambar: FB Zulhairy Amiruddin |
Mulakan Sedekah Dengan Senyuman
Senyuman itu satu bentuk sedekah. Sangat mahal tapi mudah. Pemberi dan penerima dua-duanya mendapat manfaat dan pahala.Rezeki juga sering dimurahkan pada yang murah dengan senyuman mahal mereka.
Kerana apa?
The power of love yang dipaparkan dalam cerita tentang senyuman mengenai dua orang busuk di restoren McDonald's dapat kita lihat pada gambar ini.
Ianya hanyalah sebuah lukisan pada dinding sebuah bangunan buruk.
Apabila kita melihat gambar wanita ini tersenyum, adakah kita melihat bangunan yang buruk itu?
Atau kita tumpukan perhatian pada senyuman dan gaya wanita itu tersenyum?
Dari senyuman itu kita membayangkan yang perkara yang baik-baik.
Bukan seperti melihat sebiji bintik hitam yang ada pada sekeping papan berwarna putih (whiteboard).
Ikuti cerita selanjutnya tentang sembang brainstorm dari 4 sekenalan baru ini.
Kempen Sedekah laa Pula
Ah Zam: Aku cuma nak kongsi satu-dua point yang aku boleh ingat dan kaitkan dengan apa yang Ah Zuan cerita dan komen dari Ah Matt tadi.Pertama: Dua ayat ini:-
1. “Being the richest man in the cemetery doesn’t matter to me … Going to bed at night saying we’ve done something wonderful… that’s what matters to me.” - Forbes
2. “A lot of times we forget, whom we are supposed to be serving. We become so lost that we serve nobody else but just ourselves.” - Dr. Richard Teo
Ayat ini datang dari satu artikel yang menceritakan kisah kekesalan seorang doktor muda yang kaya raya dan sangat berjaya dalam kareernya.
Dia kesal terhadap kesilapan arah tuju hidupnya sebelum mati. Hidup yang penuh dengan kemewahan. Apa nak semua ada. Bergaul dengan The Rich and Famous saja.
Dia seperti mendapat hidayah ketika waktu sudah sangat suntuk. Hanya beberapa minggu sebelum dia mati.
Manakala dalam cerita Ah Zuan tadi, si isteri tu membuka mindanya untuk bersikap baik dan melakukan tindakan yang berlainan dari semua orang yang ada disekelilingnya pada ketika itu.
Dia tidak mengikut arus tetapi mengikut instinctnya sendiri. Ada pendirian. Pedulikan apa orang lain kata – “pi mampuih” kata orang Kedah.
Betoi ka Ah Zuan orang Kedah cakap macam tu?
Ah Zuan: Betoi laa tu. Orang Kedah depa cakap semua nak mampuih.
Pasal nak mati ni depa cukup ingat.
Nasi kita makan tadi sedap nak mampuih, sambal pedas nak mampuih, awek yang lalu tadi lawa nak mampuih…
Kiranya semua nak mampuih lah.
Ah Zam: Terima kasih Zuan. OK … sambung balik.
Anugerah kebahagian diterimanya secara tunai disaat dia didatangi oleh beberapa orang yang meluahkan rasa penghargaan terhadap apa yang telah dilakukannya sekejap tadi.
Di samping itu, rezekinya menjadi murah apabila tugasan menyiapkan assignmentnya menjadi mudah tetapi mempunyai impak yang tinggi.
Keajaiban sedekah itu boleh saja Allah tunjukkan secara tunai.
Kesimpulannya disini ialah… sekalipun kita punya harta kekayaan melimpah ruah, ia bukan jaminan untuk kita mencapai kebahagiaan.
Tetapi sebaliknya, apabila kita memberikan sedekah (ihsan sesama insan) – bermula dengan senyuman keajaiban boleh berlaku bertingkat-tingkat.
Rezeki kita juga dimurahkan. Itulah kebahagian yang hakiki tanpa kepura-puraan.
Kedua: Malam semalam kami solat Maghrib di Masjid Baru Sungai Bakap. Kemudian ada Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Bakhry dari Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah.
Mungkin korang biasa dengar kot tazkirah dia.
Sedap…
Keajaiban Sedekah
Senyuman monyet pun menggembirakan kita |
OK… Korang pun dah dengar cerita dari Ah Zuan tentang keajaiban pasal sedekah tadi.
Itu baru sedekah senyuman dan sedikit breakfast bagi kat orang miskin dua orang tu.
A smile in your face is just a simple act that give others a thousand meaning to think of...so keep smiling, guys. - Kuzie Yahaya
Adakalanya Allah membalas sedekah kita tu cash on the spot.
Tetapi adakalanya kita rasa macam sedekah kita tu tak ada kesan terhadap kehidupan kita, terutamanya dari sudut rezeki.
Pasal ajaib sedekah ni aku rasa korang pun semua sudah tahu.
Kalau tak tahu – pergi search saja, belambak artikel yang sebut pasal keajaiban sedekah ni.
Tapi aku saja nak sibukkan kepala hotak korang sekarang ni dengan bagi contoh tertentu.
Sebab apa?
Aku berani jamin korang tak akan cari (search) punya.
Mana Syiok... Gossip Scandal atau Pahala?
Kalau aku cerita hal gossip artis ka atau Datuk itu atau Tan Sri ni kena cekup mesti korang cepat jer nak dapatkan cerita lanjut.Tak betul? OK meh tengok sini kejap.
Lato'-Tan-Tin-Tun-Seri-Seri XXX |
Ini… macam gambar (edit sekadar tutup muka) kat atas ni – seorang MP dengan perempuan simpanan dia.
Perempuan ini kalau tak dari China rasanya Vietnam mari.
Bukan nak aibkan dia… dia yang tayang dalam laman sosial sambil sangat berbangga dapat pucuk muda.
Itu pun nasib baik mukanya aku tutup kat sini.
Tapi the point yang aku nak bagi tau ialah korang akan lebih suka nak tau pasal skandal macam ini dari ambil tau pasal pahala dan keajaiban sedekah.
Betul tak? Haish … otakkkk… biru ke pink?
Tapi… kalau aku salah dengan persepsi aku… aku minta maaf. Sorry daaa...
Aku malas nak ulang cerita detail apa yang korang dah tahu tentang faedah sedekah.
Cuma point-point ini aku rasa akan membantu ingatan korang semua.
Sedekah yang hanya mengharapkan redha Allah yang dikeluarkan penuh keikhlasan.
Ibarat tangan kanan memberi tangan kiri tidak mengetahui. Ia mempunyai misteri dan energi yang luar biasa.
Sambungan pasal points atas tu ada kat sini:- “Musibah Bencana Dihindarkan Melalui Sedekah”
Sekarang mau sedekah tekan butang kan?. Jom tekan butang bawah ni.
Thank you for your comments