Satu Dari 8 Lukisan Ini Menyimpan Rahsia Peribadi Anda
Lukisan Cantik Ini Mengandungi Mesej Tersembunyi
Lain orang lain caranya melihat dan menilai sesebuah lukisan. Begitu juga dengan segala perkara yang berlaku di sekeliling kita. Kita sering tertipu oleh pandangan mata kepala.
Want to read in English? Click here:-"These Beautiful Paintings and Get Something Out of Them."
Aku ada cara aku dia ada cara dia kamu ada cara kamu. Melihat benda yang sama tetapi perkara lain yang difahami.
Lain peluang yang timbul dan berbeza masalah yang dianalisa.
Ianya bergantung kepada latar belakang, pengetahuan, kecenderungan (minat) dan pengalaman seseorang itu.
Secara umumnya, kebanyakan orang lebih percaya dengan apa yang dilihat dari sudut luaran.
Kereta besar pakaian macam mewah… tahukah kita hutangnya besar ke atau segalanya dibeli secara tunai?
Malamnya pula tidur sangat lena atau bagaimana?
“People trust their eyes above all else - but most people see what they wish to see, or what they believe they should see; not what is really there.” ~ Zoë Marriott, Shadows on the Moon.
OK, meh kita lihat 10 lukisan ini dan apa mesej yang boleh dibongkarkan. Ianya lebih kepada pembongkaran apa yang ada dalam fikiran, minda, dan hati kita sendiri.
Lukisan-lukisan ini akan tetap macam itu jer… tak berubah dah. Dan korang boleh bongkarkan mengikut cita rasa dan pemahaman sendiri. Sharelah kat ruangan komen tu apa yang terlintas kat fikiran.
Seekor Kuda Atau Beberapa Batang Pokok?
Secara logiknya, lukisan ini menggambarkan beberapa batang pokok. Ditambah dengan kuasa bayangan maka kelihatanlah seekor kuda dengan jelas sekali.“We don't see things as they are, we see them as we are” - Anais Nin.
Latar belakang seseorang itu akan menterjemahkan (termasuk menghukum) apa yang dilihat dengan sekali imbas.
Bila dilihat secara lebih mendalam, perkara lain pula yang timbul. Kekesalan boleh terjadi jika menghukum tanpa penelitian dan kefahaman yang betul.
Begitu juga sudut peluang yang dilihat sebagai masalah pada permulaanya.
.Hujan Dimusim Luruh
Gambar: Vilas Shete |
Lukisan ini tentang satu kisah pada suatu hari dimusim luruh ketika hujan sedang turun.
Dedaunan yang sudah tua bertaburan disepanjang perjalanan. Semuanya akan mereput dan menjadi baja sebagai makanan kepada pokok-pokok yang masih hidup.
Itulah cycle of life. Pokok yang hidup akan terus membesar dari musim ke musim.
Setahun yang lalu aku berjalan di sini sendirian. Hari ini ada orang menemani aku. Manis sekali ingatan ini.
Tahun depan sekiranya diizinkan Allah, akan ada peneman dan penyeri baru dalam hidupku.
A new kid on the block.
Lelaki atau perempuan aku terima saja dengan kesyukuran.
Tentunya anda juga mempunyai gambar kenangan senti-mental romantik gila. Anda sering merindui saat-saat manis itu, kan?
Tak?
Heh... bukan manusia la you ni. Tak ada feel langsung. Denyut masih ada?
Brain Storm or a Brain Tree?
Tajuk di atas aku tak tahu nak translate macamana. Guruh otak? Pokok otak?
Eh... pelik benar bunyinya. Biar jer lah... tapi korang sure faham punya.
Aku menuju ke padang melalui taman bunga yang dihias dan dijaga dengan rapi.
Di luar sana pemandangannya sangat indah. Kelihatan burung, bunga-bungaan dan tanaman yang menjalar memanjat dinding. Siap dengan bunganya sekali.
Jelas kelihatan sebatang pokok.
Bentuk dedaunan dan kombinasinya dengan dinding mengingatkan aku kepada kelas biologi beberapa tahun lalu.
Otak ialah tempat di mana segala pengawalan pergerakan manusia berlaku. Ia ibarat sebuah control room yang mengawal perjalanan proses sebuah kilang secara otomatik.
Yang jenis guna sistem. Control dan monitor dari raw material sampai kepada penghantaran dan duit keluar masuk.
Yang tak guna automation, sendiri punya otak mau manyak kuat hinnngat ya...
Otak boleh diisi dengan pengetahuan, pengalaman, wisdom dan diikuti dengan pancaran keimanan dari hati (qalbu). Akan dapat melihat lebih jauh dari sekadar pandangan sepasang mata. Bila qalbunya terbuka hijab yang ghaib pun boleh nampak.
Anda pun boleh nampak yang ghaib. Tak caya? Cer pejam mata lihat jalan jem kat KL sekarang macamana? Nampak ek? Yang lepas dan yang sudah dilalui jer lah. Yang ke depan dah kira tilik nasib tu.
Aku Kesunyian Sendirian Dipadang Yang Luas Ini
Sedang bersendirian ketika ini. Diwaktu malam. Kedengaran bunyi cengkerik seolah-olah mahu menemani aku. Atau menghiburkan aku dengan caranya yang tersendiri?
Supaya aku terus tekun dengan kerja menggunakan laptop computer ini.
Mahu terus berjaya dalam dunia online menghasilkan content untuk mencari rezeki.
Berapa ramai di luar sana yang sedang melalui fasa ini?
Kamu kesunyian dan menjangka dunia mu hanya sebesar bilik empat penjuru itu?
Bercakap tentang kesunyian dan kejayaan… tanyalah kepada Scott DeLong. Orang yang pernah dilanda kesunyian sehingga mahu berputus asa.
Namun ketekunan dan usaha kerja kerasnya berjaya menghasilkan jutaan dollar setelah beberapa tahun bertungkus lumus.
Sangat berbaloi jika dibandingkan dengan keselesaan kerjanya di pejabat makan gaji.
Teruskan apa juga usaha kalian. Lukisan pokok yang bersendirian ini mempunyai mesejnya yang tersendiri.
Ianya ada di situ kerana sebab tertentu. Jika tidak sudah tentu ditebang dan dijadikan kayu api.
Tidak mengapa andainya kamu bergerak secara solo asalkan kamu tahu apa yang dilakukan dan ke mana tujunya arah perjalanan itu.
Tujuan dan arah itu sangat penting. Lebih penting dari kelajuan yang boleh menyesatkan. Dengan dunia maya sekarang kita boleh berada di mana sahaja namum kerja tetap beres.
Bergeraklah dengan laju samada sendirian atau dengan kumpulan setelah persediaan asas sudah mantap dan arah tujunya betul.
Penampilan Boleh Menjadi Satu Penyamaran
Menyamar boleh berlakun menjadi orang baik atau orang jahat.
Yang membezakan ialah objektifnya – baik atau buruk.
“You kena tengok dari sudut big picturenya. Dari pandangan mata helang.”
Ini adalah antara pesanan yang selalu didengari dari kalangan orang usahawan.
Ada masa kita perlu melihat dengan detail dan ada masa kita main imbas sahaja.
Dari lukisan ini, imbasan akan menampakkan wajah 2 orang wanita cantik.
Secara dekat dan detail pula akan kelihatan beberapa ekor burung pulang ke sarang dinantikan oleh anak burung yang kelaparan (kiri).
Yang sebelah kanan pula beberapa kuntum bunga dan seekor rama-rama.
Keindahan dan kualiti itu datang dari hasil kerja yang detail. Hasil mahsulnya datang dari kepantasan mendapatkan peluang. Jual lukisan ini laa… ek?
Jangan ketinggalan flight, ya. Setiap sesuatu itu ada jadualnya.
Mereka yang punya pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan wisdom akan tahu bagaimana menggunakan bahan di sekeliling mereka.
Tepat pada waktu yang sesuai akan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai tinggi.
Objek dan Motif Yang Tersembunyi
Sering teruja dengan penonjolan seseorang bawa kereta mewah berpakaian stylo follow trend up to date?
Mereka kelihatan gembira dan bahagia?
“Man is not what he shows off but what his objectives are.” - Emjay Redha
“Man is not what he thinks he is, he is what he hides.” - André Malraux
Niat (objektif dan motif) seseorang itu selalunya sering tersembunyi. Penonjolan itu ibarat umpan katak yang kelihatan sedap pada ikan haruan.
Kita ditunjukkan perkara yang kita mahu lihat atau dilihatkan sebagai bukti kononnya ___________ (sambung sendiri lah).
Tetapi tahukah kita dia tidak boleh tidur malam dan sering menangis sendirian ketika dalam jamban? Atau juga dia berdoa siang malam menangis sampai basah lencun sejadahnya?
Wajah Yang Tersembunyi
Lukisan dalam gambar ini mempunyai sekurang-kurangnya 9 orang. Mungkin anda mengenali satu atau 2 orang dari mereka?
Gambar: Faces_105.9 KGBX |
Ada wajah yang terang jelas dan ada ada wajah yang tersorok rapi dalam ranting-ranting.
Begitulah tentang hal penonjolan dan penampilan.
Biasakan diri melihat yang tidak kelihatan pada mata. Jaga diri. It is OK untuk tidak terlalu optimistic supaya tidak mudah tergoda. Supaya jangan ada kesalan yang akan diratapi nanti.
Bukan buruk sangka bukan juga busuk hati… hanya berhati-hati. Siapa yang pernah kena tipu dia tahu bagaimana peritnya untuk mengaku kebodohan sendiri.
Sehingga mungkin bersumpah mati hidup kembali pun aku tak percaya dah kat mu ni !!! Jangan sampai jadi cam ni, ek.
Kreatif
Aku tak tahu nak kata apa tentang gambar atau lukisan ini. Macam gambar betul pun ada macam lukisan digital edit punya pun iya juga.
Gambar: penmerahdotcom |
Andai benar ianya gambar, wah… sungguh terror Mamat cameraman ini.
Kenapa Mamat Bukan Minah? Sexist betul lah aku ni eh?
Whatever, tapi dia tahu apa yang berlaku disekelilingnya. Pandangannya sangat tajam. Tahu bila nak snap. Time is the essence kata Atuk.
Bukan essense minyak wangi De-Xandra tu ek. Itu kasi stim boleh laa.
Tak kisahlah gambar atau edit guna Photoshop. Yang penting kreativiti.
Secara jujurnya, aku sendiri tak reti nak edit buat gambar macam ini.
Aku tak nak jadi kaki komplen dan aku juga bukan jenis hater punya orang. Aku menghargai kepandaian orang lain.
Itu pasal ini lukisan digital masuk dalam ini punya artikel. Heh… apa punya bahasa daa…
Kenapa Sesetengah Lukisan Itu Sangat Mahal?
Leonardo Da Vinci, Pablo Picasso dan Van Gogh adalah antara nama besar dalam seni lukisan.
The Old Guitarist |
Hasil kerja tangan mereka boleh mencecah hampir jutaan US Dollar. Dalam bentuk tunai, bukan sekadar nilaian yang tidak berasas.
Ya… ianya salinan digital dari lukisan oleh Van Gogh. Ianya ada kaitan dengan En. Wan Em Dibi. Alaa... tu yang orang sekarang dok sibuk pasal MO1 tuuu... haish... buat tak tau pulak.
Berapa harganya? US$ 5.4 juta sahaja. Dah lebih dari RM 20 juta sahaja tu, ek?
Cuba korang pikior RM 20 juta tu boleh buat apa? Berapa ramai orang yang boleh dapat manfaat bila digunakan dengan betul dan jujur.
Betul dan jujur? Heh... Motif dan objektif tu kan tersembunyi? Yang tersembunyi ada jujur ke?
Ini lukisan aku tengok pun tak boleh kenyang.
Lagi aku tengok lukisan ni semakin bodoh jadinya aku ni, bukan tambah cerdik.
Entah lah… I just can’t comprehend what makes this ugly looking panting to fetch that kind of price. Do you think whoever that bought this lukisan is pretty smart? Or just smart arse?
Tapi kan… pastinya korang pun ada pendapat sendiri juga pasal lukisan US$ 5.4 juta ni, ye dok? Jangan simpan sendiri pendapat tu… share lah kat ruangan komen.
Seni Kehidupan… Ada Kalanya Menghiburkan Ada Juga Menambah Pening
Kaki bisnes dan usahawan sering mencari peluang. Atau menciptanya.
Ada banyak dan pelbagai cara.
Pintu sudah tertutup? Pecahkan dinding buat pintu baru. Brutal punya kaki.
Nota tengah: Itu pasal sesetengahnya boleh memiliki sampai 31 unit kondo kat KL tu. Tapi dia tu seorang usahawan ke?
Hanya jika kita dapat melihat jauh dari sudut pandangan mata. Yang selalunya tersembunyi oleh halangan-halangan tertentu.
Halangan terbesar ialah minda kita sendiri. Our own mindset.
Businessman yang berjaya, sebaik saja dia nampak peluang (biasanya melalui vision) dengan nilai tertentu (tunai atau intangible) dia akan mencari jalan bagaimana mendapatkan keuntungan dari peluang itu.
Keuntungan boleh berbentuk tunai. Atau intangible (network, recommendation, testimony) yang boleh diubah menjadi tunai. Atau juga keuntungan dari sudut pembesaran perniagaan.
Samada jangka pendek untuk cepat kaya atau jangka panjang untuk sesuatu yang besar. Ada gut untuk jangka panjang dan besar? Tak cepat kaya punya jenis. Kerja juga mesti mau kuat.
Kredibility sebagai asset nombor 1.
Kredibility sebagai asset nombor 1.
Mindset kita akan menentukan samada someone’s trash is our gem or someone’s treasure is our trash.
Paling baik... someone's treasure is theirs and I have no right to take it or use it. Borrow & return it back can laa.
Paling baik... someone's treasure is theirs and I have no right to take it or use it. Borrow & return it back can laa.
Latar belakang, siapa kekawanan kita (circles of influence) akan mempengaruhi mindset kita. Sudut pandang, objektif, dan cara menangani sesuatu peluang itu akan jadi berbeza dari seorang ke seorang yang lain.
Perbezaan inilah yang membuatkan kehidupan menjadi lebih syioookkkk -- sampai menggigil wa cakap luu. Tetapi ada kalanya pula sangat memeningkan.
Cer renung gambar lukisan atas tu… ada sikit pining ka ta da?
OK cerita dah abih. Jika belum, tekan lah butang bawah nih. Terima kasih ya.
Thank you for your comments