Usia dan Kemiskinan Bukan Halangan Untuk Berjaya
Sylvester Stallone, dari gelandangan kemudian menjadi antara bintang filem yang terkemuka di dunia. Helang yang mengasingkan diri selama 5 bulan kemudian dapat terbang semula. Diakhiri dengan kupu-kupu yang mesti keluar dari kepompongnya supaya punya kekuatan untuk terbang bebas.
Pak Hamid bukan sengaja bercerita mengenai 3 perkara di atas tanpa ada tujuan tertentu. Ianya simbolik kepada apa yang berlaku dan apa yang mesti dilakukannya untuk keluar dari kemurungan dan membina hidup baru.
Lain Orang Lain Caranya Menghadapi Kemurungan
“So… apa tindakan selanjutnya yang PakMid ambil? Aku bertanya membuka tirai baru selepas selesai Solat Asar.“Ada orang akan melalui fasa kemurungan dan ada juga yang langsung tak ada kesan selepas diberhentikan kerja.”
“Yang murung tu, ada sesetengahnya sekejap saja dan ada pula yang murungnya agak lama.”
“Yang jenis langsung tak ada kemurungan tu, hari ini diberhentikan, esok lusa dia sudah dapat kerja baru.”
“Segalanya bergantung kepada individu dan apa jenis pekerjaan yang dilakukan. Faktor umur, kemahiran, dan jenis pekerjaan pun menjadi salah satu sebab. Kerana ia membuka peluang untuk mendapatkan pekerjaan baru.”
“Nak kata aku mengalami kemurungan yang teruk atau sekadar tahap biasa… aku tak pasti. Tapi memang ada. Siap timbul perasaan malu juga. Tapi bila aku ingatkan semula… untuk apa? Tak ada faedah pun.”
“Mungkin lebih disebabkan oleh perubahan rutin. Daripada berulang alik ke pejabat, aku banyak menghabiskan masa di rumah dengan computer. Belajar benda baru.”
“Ingat lagi cerita aku bila kau tanya pasal “With money you can buy sex but not love?” Tanya Pak Hamid dan aku mengangguk.
“Adatnya begitu lah bila ada pertukaran suasana kerja. Tambahan pula bila di rumah aku lebih banyak bersendirian. Tak berkawan macam kat pejabat. Meeting sana meeting sini. Nak kejar deadline.”
“Bila bertukar kepada kerja sendiri, tak ada siapa (big boss atau customer) yang nak kejan aku atau siapa yang aku nak kejar bertanya bila sesuatu assignment boleh siap. Atau apa bantuan yang aku perlu berikan.”
“Cuma kadang-kadang tu aku confused dengan apa sebenarnya aku nak buat atau patut buat ketika itu.”
“Sebabnya, nak buat duit kena jual sesuatu. Dan kena tahu pasarannya pula. Siapa bakal pelanggan dan di mana mereka berada. Macamana nak memperkenalkan khidmat atau produk aku pada dia orang.”
“Berkenaan dengan Sylvester Stallone, helang, dan kupu-kupu yang aku ceritakan sebelum ini, ianya lebih kepada memulihkan semangat aku. Dan keperluan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, benda (produk/services), dan pasaran baru.”
“Aku boleh saja cari dan dapatkan kerja makan gaji. Tapi rutinnya tetap sama. Hanya mungkin suasana dan skop yang berbeza. Dan ia tidak akan membuka peluang untuk aku menjadi aku yang sebenar.”
Pak Hamid berhenti sebentar dari celotehnya. Membuka ruang untuk aku bertanya...
“Apa maksud PakMid… Aku menjadi aku yang sebenar?”
“Apakah selama ini kerja makan gaji bukan sesuatu yang PakMid idamkan selepas habis belajar dulu?” Ringkas pertanyaan aku.
“Makan gaji, tambahan pula pada peringkat aku dulu… memang sedap. Hidup selesa. Segalanya cukup. Sama seperti kupu-kupu dalam kepompongnya. Tetapi kupu-kupu itu hanya menjadi kupu-kupu yang bebas terbang setelah ia keluar dari kepompongnya.”
“Dari perkiraan aku, aku punya cukup bekalan wang sebelum aku berjaya menjana pendapatan baru. Asal saja aku berdisiplin dalam perbelanjaan.”
“Jadi apa yang Pakmid buat sekarang dan adakah ini masanya untuk PakMid merealisasikan impian yang sekian lama terpendam?” Aku bertanya lagi.
Pembentukan Peribadi Sejak Kecil Akan Terbawa Sehingga Tua
“Sebenarnya dalam jiwa aku ni ada DNA usahawan. Sejak dari kecil sampai masuk University, aku selalu berniaga kecil-kecilan.”“Sewaktu aku bersekolah rendah dan menengah, setiap kali musim buah, aku menjual buah-buahan dari dusun ayah aku. Musim air kering aku beli dan jual ikan. Kayu api pun aku jual juga, terutama untuk orang kenduri waktu musim cuti sekolah.”
“Masa di University pula macam-macam aku jual. T-Shirt, buat printing, jual gambar freshie, termasuklah jual kacang rebus dan air ketika konvo. Cukup untuk perbelanjaan aku tanpa perlu meminta dengan mak-ayah.”
“Tapi bila masuk alam pekerjaan, DNA menjual tu membiak dengan cara lain. Aku fokus dengan tugas aku dalam syarikat. Menangkap dan memantau projek. Menjual juga tapi dalam skop yang berbeza.”
“Kemerosotan ekonomi yang menyaksikan puluhan ribu pekerja diberhentikan turut memberikan tempias pada syarikat aku. Syarikat mengalami kerugian akibat kekurangan projek baru.”
“Aku tak boleh nak buat apa sebab tugas utama aku lebih kepada perlaksanaan dan pemantauan projek.
“Dan salah satu projek yang aku ditugaskan untuk tangkap terlepas ke tangan pesaing antara bangsa yang lebih besar. Mereka punya sumber dana yang lebih kukuh untuk project execution. Disamping itu mereka mempunyai beberapa projek sediada (on-going) dengan pelanggan tersebut.”
“Beberapa bulan kemudian aku ditawarkan VSS.”
“Nasib aku agak baik. Melalui rundingan dan persetujuan, pampasan yang aku terima agak lumayan. Sebabnya, sesetengah kawan aku yang berkeras tak mahu ambil VSS tapi akhirnya diberhentikan juga, jumlah pampasan yang mereka terima agak rendah.”
“Mungkin ianya sebagai jalan bagi aku untuk keluar dari kepompong keselesaan.” Pak Hamid terhenti lagi. Kelihatan wajahnya ceria… mungkin puas hati dapat meluahkan apa yang terbenak dalam hatinya selama ini.
Menjadi Aku Yang Sebenarnya Aku
“Penglibatan aku dengan internet membuka era baru dalam hidup aku. Sesuatu yang sangat luas dan sangat berbeza dengan apa yang pernah aku lalui.”“Hanya jangan sesekali tamak dan mahu ambil jalan pintas. Cepat jer kena scam.Tambah-tambah lagi kalau senang sangat terpikat dengan janji manis.”
“Ibarat cerita helang yang mengambil masa untuk pulih semula, aku juga memerlukan masa untuk mengenali bidang yang bersesuaian dengan aku dan ada permintaan.”
“Bila dah kenal, asah bakat dan kemahiran ke arah itu. Fokus. Kemudian lebarkan pasaran langkah demi langkah. Dalam setiap langkah akan ada pengajaran. Samada berjaya atau gagal. Dan ruang untuk diperbaiki.”
“Aku pasti kau faham dengan apa yang aku cerita ni. Tapi kenapa kau diam jer?” Tanya Pak Hamid setelah beberapa ketika aku tak memberikan response galak. Hanya anggukkan perlahan.
“Tak da lah PakMid… PakMid kan ke dah masuk kategori 5-Series. Orang kita selalunya waktu umur ni bermain dengan cucu dan ulang alik masjid jer.” Aku menjawab.
“Haa… betul apa yang kau cakap tu. Tapi aku rasa aku kuat lagi. Dan banyak benda yang aku rasa aku boleh buat. Disamping membantu sesiapa yang perlukan khidmat aku.”
“Apa yang membuatkan Pak Hamid rasa bersemangat memulakan sesuatu yang bukan bidang Pak Hamid di usia senja ni?” Aku bertanya lagi.
“Sebenarnya benda yang sedang dan akan aku buat ni bukanlah benda yang baru sangat pada aku. Yang asingnya hanya tentang benda-benda teknikal pasal web site dan segala mak nenek yang bersangkutan dengan internet. Tapi aku rasa aku dah banyak memahami. Hal coding HTML pun aku dah agak OK.”
Usia Tua Dan Kesusahan Bukan Halangan Mencipta Kejayaan Baru
“Oh… ya ka? Bagus tu. PakMid mesti ada role model, kan?”“Betul tekaan kau tu. Aku ada senarai lebih kurang 37 orang dalam berbagai bidang yang mana kareer atau keusahawanan mereka melonjak ketika lewat usia.”
“Oh… 37 orang, ramai sangat tu. Saya nak fokus kepada yang terlibat dengan penulisan dulu. Yang lain tu nanti saya dapatkan kemudian dari PakMid. Boleh?”
“Nah aku bagi kau nama beberapa orang yang terlibat dengan penulisan ketika usia mereka sudah lanjut dan kalau ikut rasmi budaya kita, duduk rumah main dengan cucu saja.”
1. Masako Wakamiya. Wanita Jepun berusia 82 tahun merupakan App Developer tertua di dunia yang dijemput oleh Apple untuk terlibat dengan Worldwide Developers Conference, 2017. Aktif berkecimpung dengan dunia perisian untuk iPhone dan computer.
Gambar: vanguardngr.com |
Gambar: Arthur Z. Brooks/AP |
3. Aku tak pasti kau ada menonton Siri The Little House on the Prairie. Kalau ya… kau mesti tahu akan salah seorang watak yang bernama Laura Ingalls. Watak ini ialah nama kepada penulis buku “Little House” yang diterbitkan ketika dia berumur 65 tahun. Nama penuhnya ialah Laura Ingalls Wilder.
Gambar: Wikimedia Commons/Public Domain |
4. Harry Bernstein, selepas beberapa kali gagal menerbitkan buku atau buku yang sudah diterbitkan tidak laku akhirnya dia berjaya menjadi antara penulis terkemuka. Bukunya bertajuk “The Invisible Wall: A Love Story That Broke Barriers” diterbitkan pada tahun 2007 ketika dia berumur 96 tahun.
Gambar: Mel Evans/AP |
5. Martha Stewart, pengasas kepada Martha Stewart Living Omnimedia. Wanita ini dinilaikan memiliki harta (networth) sebanyak $638 juta pada 2011. Buku pertamanya yang berkisar tentang resepi masakan diterbitkan ketika dia berumur 41 tahun.
Gambar: thegrindstone |
6. J.K. Rowling seorang ibu tunggal miskin yang hidup dengan bantuan Welfare (Jabatan Kebajikan Masyarakat) memulakan penulisannya tentang Harry Porter ketika berumur 28 tahun.
Gambar: HuffPo |
Memang muda berbanding dengan senarai di atas, tetapi miskin dan mengalami keruntuhan kehidupan rumah tangga. Tidak punya apa-apa, dia menggelarkan dirinya sebagai seorang yang gagal.
“So rock bottom became the solid foundation on which I rebuilt my life.” Itulah tahap kegagalan yang dirasainya dan dia hanya mampu menulis dengan menumpang di sebuah kedai kopi.
Dia mengambil masa selama 5 tahun sebelum karya pertamanya diterbitkan oleh Bloomsbury. Hari ini jenama The Harry Porter bernilai $15 billion.
“Bila dengar cerita orang berjaya kita rasa seronok, teruja, dan bersemangat. Tapi tak semuanya berjaya dengan mudah. Malah ada ramai yang dulunya sangat berjaya terpaksa gulung tikar.”
“OK… nanti kita sambung lagi lepas Isya.” Pesanan terakhir Pak Hamid sebelum kami masuk ke rumah dan bersiap-siap untuk ke masjid. Waktu Maghrib sudah hampir.
Dapat sedikit manfaat? Sudikan tekan butang bawah ni, ya...
Thank you for your comments