Lawak Politik dan 10 Soalan Cepu Keemasan Yang Melemaskan DS Najib Razak
Menteri Jadi Bahan Lawak
Kes 1MDB terpalit dengan Tabung Haji kerana beberapa orang kuat yang berada didalam 1MDB juga berada di dalam Tabung Haji.
Apakah ini satu pengakuan dalam penafian? Pernahkah Perdana Menteri sebelum DS Najib mengalihkan wang parti keakaun peribadi masing-masing?
Melapurkan hal jenayah boleh dianggap satu jenayah. Patutlah ramai Penjenayah Bebas bukan hanya ada suruhanjaya bebas.
Sejak kebelakangan ini terlalu banyak posting di media sosial yang berlegar tentang hal politik negara. Dalam kedukaan rakyat mengharungi tekanan ekonomi atau eco-no-money ini, komen-komen yang dilontarkan menjadi bahan hiburan, malah berita sensasi dan utama.
Sebelum pergi ke soalan yang melemaskan DS Najib, mari kita lihat beberapa gambar yang menyebabkan komen lawak luar biasa dan adakalanya pedas menjadi pilihan rakyat.
Sebelum pergi ke soalan yang melemaskan DS Najib, mari kita lihat beberapa gambar yang menyebabkan komen lawak luar biasa dan adakalanya pedas menjadi pilihan rakyat.
Kes 1MDB terpalit dengan Tabung Haji kerana beberapa orang kuat yang berada didalam 1MDB juga berada di dalam Tabung Haji.
Hutang 1MDB yang berbillion ringgit mahu diselesaikan dalam masa 6 bulan melalui penjualan tanah kepada pelabur asing. Banyak persoalan timbul malah dijadikan jenaka.
Apakah ini satu pengakuan dalam penafian? Pernahkah Perdana Menteri sebelum DS Najib mengalihkan wang parti keakaun peribadi masing-masing?
Kenapa perlu guna akaun peribadi?
Adakah memang diakui betul yang wang sebanyak RM 2.6 bilion itu sudah dipindah akaun?
Ya.. terbaru memang akuannya begitu menurut laporan BERNAMA.
Dan datangnya dari seorang penderma. Mak ai… derma saja RM 2.6 B, bukan investment.
Kayo baik hati bangat sipenderma nih. Mangsa banjir kat Kelantan masih ramai yang tak punya rumah.
Dan datangnya dari seorang penderma. Mak ai… derma saja RM 2.6 B, bukan investment.
Kayo baik hati bangat sipenderma nih. Mangsa banjir kat Kelantan masih ramai yang tak punya rumah.
Quote, “Siasatan mendapati dana RM 2.6 billion yang didakwa dimasukkan kedalam akaun Perdana Menteri adalah sumbangan penderma (hanya seorang), bukan dari 1MDB.”
Kesetiaan lebih utama dari kebijaksanaan. Sipandai ambil sikurang pandai, sikurang pandai mengambil yang bertambah kurang pandai … seterusnya begitulah rentetannya.
Maka bertambah kuranglah kepandaian, tak gitu? Asal pandai kipas dan bodek cukup sebagai syarat.
Jika pandai sekali pun biarlah pandai berlakun supaya tak kelihatan pandai kalau nak selamat.
Jika pandai sekali pun biarlah pandai berlakun supaya tak kelihatan pandai kalau nak selamat.
Kredit gambar: Henry Anthony's Facebook Post |
Penyiasat 1MDB pula yang disiasat. Tun Dr. Mahathir berpesan “adalah menjadi satu jenayah apabila kita mempersoalkan isu 1MDB.”
Ingat sini… duit 1MDB tu bukan duit rakyat ya… rakyat tak perlu sibuk nak ambil tahu.
Rakyat pun tak mau ambil tahu jika keadaan ekonomi mereka tak terganggu. Peniaga sana-sini mengeluh. Kuasa membeli rakyat turun mendadak.
Maka selamatlah kes 1MDB bila mendapat barisan kabinet yang baru ini.
Windows itu tetingkap – corong atau celah untuk memerhati dan mencari peluang baru.
Cabinet sama seperti kabinet – untuk menyimpan dan menutup apa yang kita tidak mahu orang lain tahu.
Lagi Cerita Lawak
Rakyat pun tak mau ambil tahu jika keadaan ekonomi mereka tak terganggu. Peniaga sana-sini mengeluh. Kuasa membeli rakyat turun mendadak.
Maka selamatlah kes 1MDB bila mendapat barisan kabinet yang baru ini.
Windows itu tetingkap – corong atau celah untuk memerhati dan mencari peluang baru.
Cabinet sama seperti kabinet – untuk menyimpan dan menutup apa yang kita tidak mahu orang lain tahu.
Selain untuk menyimpan pinggan dan mangkuk yang dihayun-hanyun kabinet sangat penting untuk menyimpan duit dermaan oleh dermaga dan lembaga-lembaga sekali dengan rahsia-rahsia yang berkaitan.
Malaysia Sebagai Negara Maju Pada 2020
RM 500 setahun sama dengan RM 41.66 sebulan sudah mencukupi untuk rakyat. Tak perlu lebih-lebih.
Wawasan 2020 sebagai negara benar-benar maju dicapai dengan kejayaan rakyat tidak memerlukan pendapatan tinggi seperti negara maju yang hanya setakat maju. Ini kerana rakyat Malaysia sudah tidak memerlukan banyak wang untuk terus hidup selesa.
Jika gaji bersih anda sebanyak RM 100,000 sebulan, anda memerlukan 2,166 tahun untuk dapat mengumpul jumlah sebanyak RM 2.6 billion.
Jika kutipan derma selama 50 tahun dan tidak diguna pakai akan memerlukan pengumpulan sebanyak RM 52 juta setahun.
Berapa ramaikah penderma dan jika RM 2.6 billion ini merupakan jumlah baki bersih yang boleh diubah akaunnya, berapakah jumlah keseluruhan pendermaan yang diterima?
Baru ku tahu… Malaysia sungguh ramai penderma prihatin. Tak... terbaru kata BERNAMA "a donor" - sorang jer lah tu.
Phuhhh lasyaatttt !!!
Bila isu RM 2.6 billion ini disebut-sebut dan diputar-belitkan yang RM 42 billion sudah tak menjadi isu penting lagi. Puting (?) bersiong pun kalah putaran dan pembelitannya.
Derma Bukan Rasuah Ke?
Tidak… ia hanya macam suap mee ke mulut jer. Derma tu macam nama satu tempat kat Perlis, bak kata Tn. Khairiy Tajudin Novelis.
Kredit gambar: Facebook posting of Khairy Tajudin Novelis |
Hanya Lakonan
Selain memperkecilkan isu RM 2.6, Menteri ini juga memperkecilkan adegan yang menjurus kepada perbuatan haram.
Beliau menegur Lembaga Penapisan Filem agar tidak berfikiran sempit kerana memotong adegan berpegang tangan dan berpelukan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Kenyataan Menteri ini disanggah oleh Ustaz Kazim seperti terlihat dalam gambar di atas.
Persoalannya ialah “pemikiran jahiliah”, bukan pada material membuat pakaian itu, kelengkapan yang dipakai, atau keadaan pemandangan persekitaran.
Pada kedua-dua gambar di atas, pakaian mereka adalah tidak lengkap dari sudut penutupan aurat. Tetapi disebabkan oleh warna kulit, bangsa mereka, dan mungkin kadar kecantikan… anda (ya… You lah maksud I tu - masih dok terkebil-kebil lagi) melihat yang satu lebih moden dari yang satu lagi.
Dari sudut pemikiran, kedua-dua gambar ini sama saja tahap ketidak modenannya.
Setuju?
Tak setuju?.
Lihat gambar bawah pulak.
Kredit gambar: Facebook Dedy Red |
Baiklah… berbalik kepada hal-hal yang menjadi bahan lawak dalam media social.
Gambar di bawah juga menjadi viral apabila kebakaran di Pejabat PDRM Bukit Aman diambil kira hanya sebagai isu kecil – akhbar lama jer pun.
Apa nak kisah? Boleh bagi terbakar lagi lah ek?
3 Juta Penyokong Tegar – Jangan Buat Tak Tahu Ya
Penyokong tegar Barisan Nasional dan DS Najib mungkin sangat selesa dengan “sokongan” yang diperlihatkan apabila DS Najib pergi melawat ke sesuatu kawasan.
Ramai yang tahu “the open secret” bahawa kebanyakan “penyokong” adalah terdiri dari mereka yang dikerahkan keluar dari pejabat kerajaan untuk meramaikan penyambut tetamu kehormat.
Murid sekolah juga tidak terkecuali.
Makan free, bas free, termasuk juga wang elaun perjalanan. Ya… saya sokong !!!
Tiga juta penyokong tegar? Bior betul Yeob… itu dah 10% dari rakyat Malaysia.
Biar nampak setia, kan?
Sampai bilakah hidup kita perlu terus penuh dengan kepura-puraan?
Sebab duitkah atau ya… memang kita jenis yang setia sesetianya biar apa pun yang berlaku?
Kebangsatan Melayu?
Ini ialah keyataan tentang “kebangsatan”, eh... KEBANGSAAN lah. Oh… hinanya bangsa ku. Melayu tu hanya kat Malaysia sajakah? Di South Afrika pun ramai tau.
Tak ada pulak UMNO kat sana dan mereka pun tak pula jadi bangsat tetapi sebagai warganegara yang bermaruah.
Ramai juga Melayu yang berhijrah dan menjadi penduduk tetap negara Barat… mereka tak harap apa pun dari UMNO. Senang lenang dan tak hingin mereka nak balik tinggal kat Malaysia.
Dah gaduh "brain drain" pulak.
Siapa yang gaduh? Sekarang orang pandai dah tak dipandang, tau ! Setia juga mesti mau.
Kesian, eh?
10 soalan objektif yang dikemukakan Timbalan Presiden PAS kepada Datuk Seri Najib
Orait… kita rentikan hal-hal jenaka penglipur lara sekejap. Meh kita lihat 10 soalan cepu-cepu keemasan yang melemaskan DS Najib Razak. Soalan ini ditanya oleh Tuan Ibrahim dalam blog Harakdaily pada 1/10/2015.
Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak
A. Ya
B. Tidak
2. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak
B. Tidak
3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?
A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB
B. Versi Tan Sri Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM
C. Versi Datuk Seri Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah
D. Versi Datuk Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM
E. Versi Tun Dr Mahathir – duit itu untuk pilihanraya
F. Versi jawapan asal Datuk Seri – Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri
4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan Datuk Seri yang meluluskannya?
A. Ya
B. Tidak
B. Tidak
5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?
A. Ya
B. Tidak
B. Tidak
6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB.
Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.
Siapa yang sedang berbohong?
A. Datuk Seri Najib Razak
B. Datuk Abdul Azeez Rahim
B. Datuk Abdul Azeez Rahim
7. Apakah saman WSJ ke belum?
A. Belum
B. Sudah
B. Sudah
---------------------------------------------------------
Nota: Menurut berita Astro Awani ini, Selasa depan bermaksud 14 Julai. Hari ini sudah 3 hb. Ogos. Sambil gelak jer… mu nok wat gapo kalu aku dop samang WSJ pong?
--------------------------------------------------------------------------------------------
8. Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti Tan Sri Muhyiddin?
A. Ya
B. Tidak
B. Tidak
9. Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?
A. Ya
B. Tidak
B. Tidak
10. Apakah Datuk Seri bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?
A. Ya
B. Tidak
B. Tidak
Ujian Allah Untuk Kita Semua
OK... habis soalan untuk DS Najib. Itu baru soalan kat muka bumi Malaysia. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan pada DS ya – pada sayalah. Pada orang lain mana saya tahu.
Apakah ianya mempunyai hikmah tertentu? Kita tunggu jawapan pada soalan ini dengan sabar.
Hikmah…? Insya’ Allah… dan mari kita renungkan sedikit akan ayat-ayat al-Quran berikut:
Tidak diuji akan seseorang itu oleh Allah melainkan kemampuannya menanggung ujian itu.” (Surah Al-Baqarah ayat 286).
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS: Al-Anbiyaa Ayat: 35)
Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan".
(QS: Al-Baqarah Ayat: 7-11)
Terpulang kepada kita masing-masing bagaimana mahu menterjemahkan ayat-ayat di atas dengan apa yang berlaku dengan diri kita dan juga persekitaran politk serta ekonomi hari ini.
Renungan Lanjut – Pokok Betik Di atas Pokok
Sebelum mengakhiri artikel ini, mari lihat paparan gambar (di bawah) anak pokok betik yang hidup subur diatas sebatang pokok.
Persoalannya ialah:
1. Adakah pokok betik ini meminta ditumbuhkan diatas pokok ini? Anda jawab sendiri.
2. Untuk hidup, pokok betik ini boleh saja memberii alasan… “pokok betik mana pernah tumbuh di atas pokok – jadi tak perlulah aku hidup.”
3. Pokok betik ini memilih untuk menyesuaikan diri supaya mendapat air dan mineral yang cukup untuk ia terus hidup – dan itulah pilihannya. Maka hidupnya subur. Tak dengar dia mengeluh pun.
4. Berapa lama ia akan terus hidup di situ dan adakah ia akan menghasilkan buah? Secara logik akal, tidak mungkin ia akan dapat membesar dan menghasilkan buah.
Tetapi itu adalah logik akal manusia yang berfikir menurut pengetahuan dan pengalaman.
Kuasa Allah maha besar.
Lihat saja pokok didalam gambar dibawah ini. Mungkin nasib anak pokok betik tadi akan berubah – sesuatu yang luar biasa diluar jangkaan kita boleh saja berlaku dengan kehendakNYA.
5. Ada juga pokok betik yang kita tanam tetapi tak mahu hidup, atau bila sudah besar sebelum berbuah kena hentam dik lembu.
Begitu juga kitaran hidup manusia. Bagi sekolah & tuition anak bagai nak rak, alih-alih rak yang patah dik bercinta sakan.
Hairan kenapa pendatang kat Malaysia ni senang lenang malah ramai yang jadi jutawan? Sendiri mau pikior ler Yeob. Lepas tu krojer mau kuat sikit... eh tak... kuat-kuat & smart sekali gus.
6. Sebaiknya jadilah macam pokok betik kat gambar bawah ni yang berbuah lebat dan hebat tak menyusahkan pemiliknya untuk mengutip hasil. Ini kerana dia menurut nasihat dan mahu ikut perubahan (ditut) untuk maju dan menyumbang kepada pembelanya.
Janganlah pula hairan kenapa baja (ibarat duit gaji untuk manusia) tak dikedekutkan oleh pemiliknya.
Kredit gambar: Siakap keli |
Penutup
Walaupun dilanda berbagai krisis dan lawak jenaka politik, tanah air kita masih subur dan indah.
Malaysia masih Aman ???
Err ya juga, sebab gaduh sikit-sikit jer kat LawYaaat. Tak ada lah sampai bunuh bakar orang hidup-hidup macam kat luar negara tu.
Kredit ganbar: Facebook posting of Anjang Acik |
Yang ada bakar sini burger bakar dan surat khabar lama (SKL), you taulah kat mana SKL tu kan? Ya ... kat KL juga.
Tindakan kita sendiri yang akan mencorakkan hidup kita.
Amat mudah mahu menyalahkan orang lain tetapi itu tidak akan merobah apa-apa pada diri dan eco-no-money kita.
Mereka semestinya menjaga kepentingan mereka. Kita komplen berapa lori pun… mereka tidak akan dengar… kecuali bila nak ada pilihan raya !!!
Tak perlulah berharap pada mereka… diri anda tanggung jawab anda. Itu jer. Mudah, kan?
Kredit gambar: Facebook posting of Zana Zana |
Gambar di atas sebagai penutup cerita lawak ini, terpulang kepada masing-masing bagaimana mahu membawa diri dan keluarga seterusnya. Tidak guna kita risau dengan hal yang tidak kita boleh kuasai.
Hanya bila sampai masanya… pangkahlah yang cerdik, berdedikasi, jujur, amanah, dan boleh diharap.
Kalau sudah tahu burung pegar itu memakan padi kenapa kita nak suruh dia menjaga padi kita? Suruh lah beruk yang sambil-sambil memanjat pokok kelapa. Padi selamat air kelapa muda pun sedap. Santan boleh dibuat gulai kawah.
Durang baca ke ni tak?
ReplyDeleteDia orang? Mana lah nak baca. Apa peduli dengan benda sebegini... bodek lagi baik maaa.
ReplyDelete