Bulan Gerhana Luar Biasa Di Palestine Petanda Kiamat Sudah Hampir? - CrazyDuck -->

Header Ads

Bulan Gerhana Luar Biasa Di Palestine Petanda Kiamat Sudah Hampir?

Apabila gerhana luar biasa berlaku di Palestin, dikatakan akan muncul bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ada hadith yang membawa maksud umur umat Islam adalah selama 1,500 tahun. Bermaksud, telahan mereka di Asia Barat, terutama mereka di tanah Palestine yang dijajah bahawa sekarang ini adalah abad terakhir. Kiamat akan muncul.

Apabila gerhana luar biasa berlaku di Palestin, dikatakan akan muncul bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ada hadith yang membawa maksud umur umat Islam adalah selama 1,500 tahun.

Bermaksud, telahan mereka di Asia Barat, terutama mereka di tanah Palestine yang dijajah bahawa sekarang ini adalah abad terakhir. Kiamat akan muncul.

Mari Lihat Gambar-Gambar Gerhana Bulan Yang Cantik Ini


Klik || untuk pause, ➤ untuk play. Atau tap pada screen handphone.

Dua Kali Gerhana Pada 2018?

Pada tahun 31 Januari, 2018 gerhana bulan berlaku. Dijangkakan sekali lagi Gerhana akan berlaku pada 27 Julai ini. Dua kali setahun.

Mereka yang berada di Asia Barat terutama yang mempercayai perkara mistik dan ghaib memberi peringatan apabila berlaku gerhana bulan luar biasa di Baitul Maqdis (Jurusalem) ia merupakan petanda kiamat sudah sangat hampir.

Kata mereka gerhana bulan yang luar biasa ini akan mendatangkan bencana yang tidak pernah dilihat berlaku sebelum ini.

Manakala ada hadith yang diterjemahkan membawa maksud umur umat Islam adalah selama 1,500 tahun. Bermaksud, telahan mereka di Asia Barat, terutama di tanah Palestine yang dijajah (Israel) tidak akan ada lagi abad selepas ini.

Kebinasaan Akibat Pengaruh Gerhana Bulan

Dijangkakan gerhana luar biasa yang bakal berlaku pada 27 Julai, 2018 nanti akan mengambil masa selama 1 jam 43 minit.

Pastor Begley, salah seorang yang mempuyai kepercayaan yang kuat akan kesan gerhana ini memberi amaran tentang kebinasaan yang bakal berlaku.

Ribut taufan (puting beliung), letupan gunung berapi, kepanasan melampau yang boleh mengakibatkan kebakaran antara yang dikatakan bakal berlaku. Berkemungkinan juga berlakunya banjir besar dan gempa bumi.

Global warming sedang berlaku dan paras air laut semakin naik akibat pencairan ais di kutub utara dan selatan. Satu kebetulan? Atau kerosakan akibat kerakusan dan ketidak pedulian manusia?

Namun pada ahli sains terutamanya pakar astronomi, mereka lebih terarah kepada mempercayai bahawa gerhana yang bakal berlaku itu adalah fenomena alam semula jadi.

Gerhana luar biasa itu boleh berlaku dengan penjelasan “Rayleigh scattering.” Iaitu apabila bulan berada di belakang bumi dan terlindung dari matahari (lihat gambar dalam slide). Sebahagian dari cahaya matahari masih boleh sampai kepada bulan.

Cahaya matahari akan membengkok dan terpecah dikeseluruhan atmosfera. Cahaya hijau dan violet akan tertapis (tersekat). Cahaya oren dicampur dengan kebiruan dari cahaya langit menjadikan bulan kelihatan merah.

Ya… masing-masing ada pandangan tersendiri.

Gerhana Bulan Bagi Umat Islam

Bagi umat Islam, matahari, bulan dan gerhana adalah petanda kebesaran Allah. Yang mencipta dan mengaturkan perjalanan makhlukNya.

Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menyebut bagaimana bulan, bumi dan matahari itu ditadbir (atur) pergerakkannya. Ini menjadi asas kepada kajian Ilmu Falak oleh ilmuan Islam terdahulu.

Dan apabila berlakunya gerhana, umat Islam disarankan supaya melakukan solat sunat gerhana. Juga beberapa amalan lain yang membolehkan peningkatan adab dan keperibadian seperti bertasbih, berzikir, bertahlil, dan bersedekah.

Mengikut hadith, umat Nabi Muhammad (SAW) akan hidup selama 1,500 tahun.

Sekarang pada 2018 bersamaan dengan 1439 Hijrah. Ditambah 13 tahun sebelum Hijrah = 1452. Hanya tinggal 48 tahun sahaja lagi sebelum 1,500 tahun. Bermakna jikalau ini benar, kiamat besar akan berlaku pada tahun 2066.

Dan ini seolah-olahnya sama seperti pendapat orang-orang di Israel (Palestine) bahawa ini adalah abad terakhir untuk dunia. Namun, kiamat atau tidak, semua orang akan mati juga. Hanya persediaannya bagaimana?

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.