Duit Sebagai Nadi Perniagaan dan Kehidupan - CrazyDuck -->

Header Ads

Duit Sebagai Nadi Perniagaan dan Kehidupan

Duit merupakan penggerak dan matlamat utama aktiviti harian atau untuk jangka pendek. Senangkan hati majikan. Mudahkan kerja mereka mengurus dan mengembangkan perniagaan. Kurangkan kos. Perelokkan kualiti. Kurangkan reject. Naikkan produktiviti. Percepatkan penghantaran. Puaskan hati pelanggan. Lebarkan pasaran. Dari keuntungan, terpalitlah bonus untuk aku dan juga orang lain. Gaji boleh selalu dinaikkan. Hati puas. Kerja seronok.
punya-duit-lebih-gembira-dan-bahagia-dari-yang-meminta-minta
Yang berduit sudah tentu mampu berbelanja untuk hiburan, persahabatan, keselesaan, dan kelangsungan hidup. Bukan membeli kebahagiaan. Mereka tentunya lebih bahagia dari peminta sedekah atau gelandangan yang tiada rumah dan tiada makanan untuk dijamah. Sumber gambar: entrepreneur.

Duit merupakan penggerak dan matlamat utama aktiviti harian atau untuk jangka pendek. Senangkan hati majikan. Mudahkan kerja mereka mengurus dan mengembangkan perniagaan. Kurangkan kos. Perelokkan kualiti. Kurangkan reject. Naikkan produktiviti. Percepatkan penghantaran. Puaskan hati pelanggan. Lebarkan pasaran. Dari keuntungan, terpalitlah bonus untuk aku dan juga orang lain. Gaji boleh selalu dinaikkan. Hati puas. Kerja seronok.

Bergerak, Duit Pun Turut Bergerak Keluar

Sudah dua kali aku memusing-musing mencari parkir percuma. Semua sudah penuh. Bersebelahan bangunan ada kawasan parkir berbayar. RM 4 sekali masuk.

Tak ada pilihan lalu aku relakan berpisah dengan RM 4 hanya kerana mahu berhenti sekejap membeli barangan dapur.

Tadi sudah kena tol. Tak mahu bayar tol, ikut jalan jauh. Dan bayarlah dengan masa dan penggunaan minyak yang berlebihan. Akibat jem atau laluannya lebih jauh.

Beginilah kehidupan di kota metropolitan.

Mahukan sepucuk dua daun kari, beberapa batang serai, sebiji dua buah limau nipis. Bukan sekadar harga barang yang perlu dibayar.

Bergerak, sangat pasti duit juga akan bergerak keluar.

Makanya, aku tidak hadkan sekadar membeli daun kari, serai, dan limau nipis. Tetapi barangan keperluan lain juga.

Untuk menjimatkan perbelanjaan, aku hanya membuat pembelian seminggu sekali. Peti sejuk mempunyai ruang yang cukup untuk simpanan bekalan bagi kegunaan seminggu.

Dan sudah tentu peti sejuk itu juga perlukan perbelanjaan. Dari peti sejuk itu sendiri hinggalah kepada bil elektrik bulanan.

Tidak ada yang percuma. Semua ada harga. Hanya perbezaan jumlah kos sahaja. Terlajak perbelanjaan bapak tiri plastic dihulurkan. Terlambat bayar kos tambahan atas hutang akan dikenakan.

Begitulah hidup aku suatu masa dulu. Duit merupakan objektif utama. Tak ada duit aku jadi serabut. Kadang-kadang termenung mencongak dalam kepala bil-bil yang perlu dibayar.

Duit Memang Memberikan Kebahagiaan

Orang putus cinta pun tak teruk bermurung berbanding dengan orang yang tak punya cukup bajet. Tambahan pula sudah menjadi lumrah aku menghantar duit kepada orang tua di kampong setiap bulan.

Tak kisah lah, dia orang ada duit ke tidak. Itu bukan soalnya. Tak pernah pun mereka minta.

Tapi aku jadikan tabiat. Sebagai tanda terima kasih aku kepada mereka. Jasa mereka tidak akan terbalas walau segunung emas aku berikan.

Pada aku… duit memang memberikan kebahagiaan. Apabila cukup, fikiran aku boleh terbang melayang berimpian dan membuat perencanaan.

Untuk next move.

Tetapi bila tetiba ada kejadian yang memaksa aku berbelanja lebih fikiran aku tertumpu bagaimana nak buat duit dan mampu menyimpan. Supaya ada buffer sewaktu kecemasan.

Jawatan Atau Tangga Gaji?

Waktu baru memulakan kerjaya memang duit sebagai pengukur utama. Jenis kerja dan jawatan bukan pilihan. Mana yang tawarkan gaji paling tinggi yang itu aku ambil.

Kemudian buat sebaik mungkin. Tak faham belajar. Bertanya. Minta panduan. Buat, buat… dan buat. Tanpa aku sedar “termasuk” tahap expert.

Senangkan hati majikan. Mudahkan kerja mereka menguruskan dan juga mengembangkan perniagaan.

Perempuan hanya suka kurus tak suka kembang. Mengembangkan perniagaan perlukan proses pengurusan yang mantap. Juga staff yang agak kurus (slim & fit). Kebiasaannya yang gemok itu pergerakkannya lembab dan kuat tidur.

Bukan pula semuanya begitu, ada pengecualian. Yang slim & fit pula tidak semestinya rajin.

Duit Penentu Kesetiaan

Kurangkan kos. Perelokkan kualiti barangan yang dikeluarkan. Kurangkan rejects. Tingkatkan produktiviti. Percepatkan penghantaran. Puaskan hati pelanggan. Lebarkan pasaran.

Lalu naik lah jumlah jualan dan keuntungan.

Dari keuntungan itu terpalitlah bonus untuk aku dan juga orang lain. Dan setiap 6 bulan sekali gaji aku dinaikkan. Hati puas. Kerja seronok.

Aku mengetahui akan peningkatan prestasi dan keuntungan syarikat.

Dari cakap-cakap yang aku dengari dan juga soal selidik simple pada orang di bahagian akaun. Kerana ada orang yang kalau dipuji sedikit dia teruja lalu terlepas cakap.

Kalau ditanya secara “direct” dan telus rahsia itu tak akan dibocorkan. Mulut mereka akan tertutup rapat.

Sekiranya tak ada bonus dan tiada kenaikan gaji… apakah aku akan terus tunggu di situ?

Oh… kenangan. Duit penentu kesetiaan. Kepuasan bertukar kepada kemarahan apabila tugas yang diselesaikan tidak dituruti dengan imbuhan yang setimpal.

Atau apabila mengetahui rakan sekerja mendapat kenaikan gaji / pangkat lebih dari kau kerana dia pandai bodek. Padahal dia selalu bertanya dengan kau atau ambil idea kau untuk siapkan tugas.

Elak Dari Berhutang Fikiran Akan Tenang

Sambil aku membelek-belek barangan yang mahu dibeli, seorang lelaki berdekatan menjawab telefon. “OK-OK… esok saya bayar lah.” Dan dia terus memutuskan talian.

Wajahnya yang tadi agak ceria bertukar menjadi muram. Matanya berputar. Dahinya berkerut. Dengusan nafasnya kedengaran.

Mungkin sudah memikirkan bagaimana mahu membayar hutang yang dijanjikan.

Atau apa alasan yang perlu dicipta jika perlu membuat penangguhan. Dia hanya ada lebih kurang 24 jam untuk mencari jalan penyelesaian.

Ya… duit pastinya membuatkan seseorang itu gembira, bahagia atau berduka lara.

Sekadar ucapan terima kasih atas budi yang ditaburkan sebagai tanda penghargaan itu boleh diterima. Malah lebih baik dari tiada ucapan apa-apa. Tetapi kalau hanya itu yang mampu diterima setiap kali khidmat diberikan, tidak ada maknanya.

Kasihnya tak boleh berpanjangan. Tidak juga boleh memenuhkan tangki minyak atau membawa sepinggan nasi ke meja.

Aku juga boleh menghantar surat atau mesej setiap bulan dengan ucapan “Terima kasih mak, terima kasih ayah…” Tapi cukupkah?

Kesimpulan dan Pengenalan Kepada Babak Seterusnya

Pada satu tahap, duit merupakan penggerak dan matlamat utama aktiviti harian atau untuk peringkat jangka pendek. Sementara mendapat peluang untuk jangka panjang.

Apabila satu status telah dicapai, duit bukan lagi faktor nombor satu. Tetapi reward dalam bentuk lain.

Penghargaan, kejuaraan, terkenal, kuasa dan pengaruh. Segala ini akan memudahkan lagi untuk duit datang.

Ketika itu, duit sudah tidak lagi dikejar, tetapi pengalirannya dikawal rapi. Monitored through financially educated person. Kesuburannya dipupuk lalu beranak pinak dalam bentuk pertambahan keuntungan.

Duit yang bekerja untuk tuannya. Bukan menjadi hamba duit siang malam bekerja dan berfikir bagaimana mahu tambah duit. Atau mencukupkan keperluan perbelanjaan.

Bukan bermaksud duit banyak hidup pasti lebih bahagia. Bertambah sombong, gemar menunjuk, dan meminta pujian / penghormatan bukan lah perkara terpuji. Malah akan mengakibatkan stress lalu hilang kebahagiaan.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.