Memiliki Segalanya Itu Sebagai Tiket Untuk Kebahagiaan - CrazyDuck -->

Header Ads

Memiliki Segalanya Itu Sebagai Tiket Untuk Kebahagiaan

Keseronokan yang sementara dan penuh kepura-puraan. Hati yang tiada ketenangan. Tiada kebahagiaan yang hakiki walaupun segalanya sudah berjaya dimiliki.

Pemandangan dan Suasana Sawah Padi Nan Indah

Selesai berkenalan dan borak-borak dengan Ah Zuan sepupu Ah Zam dan Mak Long Munah, Ah Matt meminta diri untuk berjalan disekeliling kawasan rumah.

Kawasan sawah padi dengan pandangan yang indah bukanlah kebiasaan bagi Ah Matt.

Memang dia berasal dari kampung tetapi bukan perkampungan sawah padi.
.
Ini ialah sambungan dari episod sebelumnya: Pesakit Sebagai Sumber Duit Keluhan Rakyat Bahan Buat Lawak

Anak dan isterinya turut menikmati suasana pagi di perkampungan Melayu itu.


Dalam kedamaian tiupan angin pagi sepoi-sepoi bahasa Ah Matt melihat anak-anaknya seperti jakun dengan suasana sawah. 

Buah padi yang sudah hampir masak menunduk lentok liok ditiup angin. 

Anak bongsunya tidak kering mulut bertanya emaknya tentang kaitan pokok padi dan beras.

Di kejauhan terdengar enjin mesin menuai padi.  

Tidak lama lagi mesin-mesin itu akan datang di kawasan ini kerana beberapa petak padinya sudah agak ranum.

Anak lelakinya yang ditemani oleh anak Ah Zuan sibuk dengan penyauk cuba menangkap ikan sepat dan puyu ditompok telaga yang airnya sudah surut. 

Beberapa ekor ikan Sepat Siam sebesar tapak tangan dan keli dapat ditangkap.

Biarkan mereka… fikir Ah Matt. 

Bukan selalu mereka dapat menikmati suasana kampung sebegini.  Selepas ini mungkin anak-anaknya mahu mengikutnya ke kebun dan menangkap ikan peliharaan di kolamnya pula.
.
Gambar:FB Acu trolak
Ah Matt melabuhkan punggungnya diatas pangkin (seperti kerusi) di bawah sepohon pokok mangga yang rendang. 

Dia mahu melayan fikirannya dengan apa yang diperbualkannya dengan Ah Zam sewaktu sarapan tadi.

Dia tenang dan bahagia di situ tanpa sebarang gangguan.

Ah Matt mengambil handphonenya dan melayari internet. Dia melihat semula artikel yang telah dikenal pastinya sejak malam tadi.
pemandangan-cantik-sawah-padi-keemasan-di-kedah

Apakah Benar Bahagia Itu Bergantung Pada Harta Yang Kita Miliki?

.
pemandangan-cantik-sawah-padi-keemasan-musim-menuai-di-kedah

Oh, umurnya 40 tahun semasa dia mati.  Aku ni apa kurangnya.  Kawan-kawan pun dah ramai juga yang mati.  Aku bila lagi?”  Tanya hati kecilnya.

Orang life begins at 40 dia umur 40 dah mati. 

Ah Matt terus membaca artikel tersebut. Memang seorang yang sangat berjaya mamat ni rupanya. 

Patutlah Ah Zam simpan artikel ni dan macam boleh dihafal isi kandungannya. 

Ah Matt terasa sesetengah ayat yang tertulis seperti ditujukan kepadanya.  Antaranya ayat-ayat ini:-
 “I was told by the media... and people around me that happiness is about success. And that success is about being wealthy. 

With this mind-set, I've always be extremely competitive, since I was young..."

- Aku difahamkan oleh media... dan orang-orang disekeliling aku bahawa kebahagiaan itu ialah tentang kejayaan. Dan yang dimaksudkan dengan kejayaan itu ialah mewah berharta.

Dengan mindset yang sebegini, aku sentiasa bertindak kompetitif, sejak muda remaja lagi...

Makanan Minda Ego Ialah Menang, Menang, dan Menang

Sememangnya menjadi pedoman bagi Ah Matt sejak kecil. 

Menjadi jaguh sekolah dan jagoan kampungnya sebagai petanda kejayaan.

Ketika mempunyai banyak wang dan bermotor besar dia seperti berjaya mengalahkan kawan-kawan yang berpangkat tinggi dan bergaji besar. 

Kemenangan dan berjaya mengalahkan orang disekeliling atau kawan-kawan dirasakan sesuatu yang sangat membahagiakan. 

Padahal itu hanyalah cuma memberi makanan kepada sikap egonya sahaja.

So we hang around with the beautiful, rich and famous.  So I reach a point in life that I got everything for my life. I was at the pinnacle of my career and all.” 

- "Kami berkumpul dengan orang-orang kaya dan terkenal. Aku sudah sampai ke tahap di mana aku memiliki segalanya. Aku berada dipuncak kegemilangan kareer."

Apa yang Dr. Richard Teo lakukan di atas tiada beza dengan apa yang Ah Matt lakukan sewaktu punya banyak wang sebelum menjual motornya. 

Hidup dalam kepura-puraan. Konon bahagialah sangat.  Tetapi hanya menipu diri sendiri. 
.
Keadaan ini samalah dengan ramai ahli politik yang asyik menaikkan gambar ke laman sosial mereka. 

Bangga dengan berpuluh malah ratusan shot berbagai posing sewaktu di Mekah atau pun berkumpul dengan orang-orang tertentu. 

Tujuan tidak lain dari meminta supaya dipuji.

Itu adalah kebahagiaan pada mereka bila dapat menunjukkan pada orang sekeliling betapa berimannya dia. 

Dan betapa sangat terkenalnya dia dikalangan orang yang terkenal dan punya kuasa. 

Dipuji dengan itu ini. 

Kebahagiaan yang tidak datang dari dalaman diri tetapi dari perhatian dan pujian

Kesian… sungguh kurang kasih sayang manusia zaman sekarang. 

Malang sekali orang yang jenis ini yang terpilih dalam kelompok kepimpinan negara – memimpin kearah kehancuran moral dan jati diri.

See the irony is that all these things that I have, the success, the trophies, my cars, my house and all.  I thought that brought me happiness.”

- "Yang peliknya ialah segala yang aku miliki, kejayaan, medal kemenangan dan rumah besar aku dan segala yang lain... aku fikir itu dapat mendatangkan kebahagiaan."

Keseronokan yang sementara dan penuh kepura-puraan.
.
Bahagia Dalam Kepura-puraan
Tiada ketenangan didalam hati. 

Tiada kebahagiaan yang hakiki walaupun segalanya sudah berjaya dimiliki.

Tersangat malang ialah sikaya penipu akan membeli simiskin dengan harga yang sangat murah.

Dan simiskin pula dengan rela hati dan dengan penuh kebanggaaan menjual maruah diri. 

Terlalu sedikit orang yang punya integriti. Ramai yang hanya mahu dan tahu makan-makan-makan. 

Itu adalah perkara utama dalam pemikiran mereka. 

Mmm... kalau asyik memikir pasal makan tahukah mereka apa itu integriti?  

Dan itu adalah realiti di depan mata kita.

Soalan lazim ialah: nak makan apa, cari makan ke, berapa aku dapat makan, berapa persen dia makan, macamana nak makan, tak dapat makan kenapa nak buat… dan sebagainya. 

Soal keikhlasan sudah tidak lagi ujud. Sama sebiji dengan apa yang Dr. Richard Teo lakukan.


Blue-Ferrari-owned-by-Richard-Teo
Kereta Ferrari milik Dr. Richard Teo. Sumber: Klik sini.
Well, I will usually drive my flashy car to do my rounds, visit my relatives, to show it off to my friends. And I thought that was joy, you know. I thought that was really joy.”

- Aku selalu bawa kereta dan melawat saudara mara, untuk tunjukkan pada mereka dan kawan-kawan. Dan aku fikirkan itulah kebahagiaan. Kebahagiaan yang mutlak.

“But do you really think that my relatives and friends, whom some of them have difficulty trying to make ends meet, that will truly share the joy with me? 

Seeing me driving my flashy car and showing off to them? No, no way.” 

- Tetapi adakah kamu fikir saudara mara atau kawan-kawan aku juga turut merasa bahagia seperti yang aku rasakan? 

Ketika mereka bertungkus lumus mahu memenuhi keperluan kehidupan. Adakah mereka seronok melihat aku dengan kereta mahal aku? Heh... haram tak der laa...
Sebelum pergi tu... ya ini ada isu politik tapi... Jom tekan butang bawah ni dulu.

2 comments:

  1. Kalau lah menteri negara ni rajin membaca blog-blog macam ini. Berdarah otak diorang akibat sentap yang tak boleh nak kawal. Mohon tuhan ringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk... men-tree nak baca blog macam ni? Heh... tok sah mimpi laa wei. Tree tu sama gak ngan kayu, kan? Kasaq skit basa ni... tapi depa balun duit rakyat tak kasaq noh?

      Delete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.