Dari Mata Turun Ke Hati | Dari Hati Naik Ke Mata - CrazyDuck -->

Header Ads

Dari Mata Turun Ke Hati | Dari Hati Naik Ke Mata

Pandangan mata kasar mudah tertipu oleh paras rupa, cara berpakaian dan penampilan, tingkah laku yang dilakunkan, tertib dalam pertuturan, dan idea yang ditonjolkan dalam perbincangan. Semua ini hal luaran yang boleh dilihat dan didengari. Bagaimana pula tentang soal hati. Jujurkah dia? Setiakah dia? Apa motifnya? Bagaimana kita boleh tahu untuk mengagak?

Mata sangat membantu kita untuk melihat pandangan zahir mengenai apa yang ada dihadapan kita.  Namun ia boleh mensabotaj kita apabila kita tidak peka tentang bahasa badan ketika membuat rundingan atau dalam proses temuduga.

Pada yang berpengalaman, mereka menggunakan bacaan pada bahasa mata dan badan sewaktu membuat perundingan dan menemuduga.  Kepekaan mereka dengan bahasa badan mengurangkan risiko tersalah pilih staf atau rakan niaga.

Pandangan mata kasar mudah tertipu oleh paras rupa, cara berpakaian dan penampilan, tingkah laku yang dilakunkan, tertib dalam pertuturan, dan idea yang ditonjolkan dalam perbincangan.  Semua ini hal luaran yang boleh dilihat dan didengari. 

Bagaimana pula tentang soal hati.  Jujurkah dia?  Setiakah dia?  Apa motifnya?  Bagaimana kita boleh tahu untuk mengagak? 

Bagaimana pula dengan hati kita sendiri?  Aura apa yang dipancarkan oleh mata kita?  Mesej apa yang disampaikan oleh pandangan mata kita? Apa orang kata tentang kita?  Yakinkah orang untuk berurusan dengan kita?   Mahukah orang membeli dari kita?

Mata hati ialah gabungan antara pandangan zahir, pengalaman, gerak hati, petunjuk dan hidayah.  Tajamkan mata hati insyaAllah rezeki kita akan lebih murah dan mudah.

Dari Mata Turun Ke Hati

Ini adalah ungkapan biasa yang selalu kita dengar.  Mata melihat, otak memproses, fikiran berangan dan hati menilai.

Hasil penilaian dari hati bergantung kepada latar belakang hati itu sendiri.  Adakah ianya diselaputi dengan titik hitam atau ianya cerah bersinar?

Setelah hati membuat penilaian akan tercetus perkataan – samada dalam bentuk bisikan atau suara.  Kekuatan dan kekerapan perkataan ini memberi arahan supaya kita bertindak.  Bertindak mengikut acuan sikap yang telah disemai dan dibajai pada hati. 


Bagaimana Kita Bertindak? 

-        Bertangguh? 
Kerana hati kita tidak pernah kenal apa itu sense of urgency.

-        Terus marah?
Kerana hati kita tidak dididik dengan erti kesabaran.

-        Melontarkan senyuman dan menghulurkan bantuan?
Kerana kita memahami apa erti satu kesusahan, kesempitan, dan kesakitan.

-        Mencemuh dan menghina?
Kerana kita merasakan kita yang sempurna dan memiliki segalanya. 
Kita lah yang rajin dan kita lah yang pandai.

-        Terus mengambil gambar / video dan post pada media sosial?
Kerana kita mahu diketahui sebagai orang pertama yang tahu.

-        Mengucapkan syukur dan beristighfar?
Kerana ada petunjuk dan hidayah dan mahu dijauhkan dari musibah.

-        Melihat masalah sebagai peluang?
Di mana ada kesempitan di situ ada kesempatan
Kesempatan untuk menolong, atau
Kesempatan untuk berbohong.

-        Mencari jalan & memulakan sesuatu?
Kerana rezeki hari esok (kesihatan, ilmu, kelapangan, wang, keluarga, masyarakat, masa) itu bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini.

-        Tiada reaksi, tidak ada rasa apa-apa, dan terlalu sibuk dengan hal sendiri?
Your emergency is not my urgency your problem you deal with it.  Its you who created it.  Leave me alone I have my own problems to settle.

Kenapa pulak aku nak ambik kisah hal kau?. 
Macam ini pun sure ada punya

Dari Hati Naik Ke Mata

Apa jua reaksi kita dengan keadaan yang berlaku pada diri dan disekeliling kita, mata adalah pemberi maklumat yang tepat bagi orang yang pandai melihat dan membaca bahasa badan.

Apabila kita bersedih, gembira, sakit hati, geram, marah, teruja, mengantuk, mahu ke bilik tidur, sakit perut apa sahaja yang terpancar dihati atau dirasai oleh tubuh badan, maklumat ini akan disampaikan melalui mata. 

Digabungkan dengan riak wajah, pergerakan kaki dan tangan serta nada suara, mata memberikan maklumat tepat pada yang tahu melihat. 

Bagaimana Kita Melihat dan Kenapa 


Mata-Hati

Jelingan yang tajam

-        Dari hati yang sakit?
-        Terlalu marah?
-        Benci dan berdendam?

Mata-Hati

Pandangan sayu

  -        Kesedihan?
  -        Ingin membantu tapi tiada upaya?
  -        Aku sudah tidak berdaya lagi?
  -        Kehilangan sesuatu yang disayangi?
  -        Buntu dan kaku?
Mata-Hati

Pandangan yang liar dan ganas

-        Gundah gulana & stress?
-        Gelisah tentang sesuatu yang belum beres?
-        Hutang belum berbayar?

Mata-Hati

Terbeliak

  -        Tidak percaya?
  -        Menyedari sudah tertipu?
  -        Dipertontonkan akan dosa-dosa kita?


Mata-Hati

Mengelak dari bertentang mata

  • Tidak punya keyakinan diri?
  • Melakukan sesuatu yang bersalah
  • Menyembunyikan sesuatu?
  • Mengamalkan ilmu hitam?

Mata-Hati

Mata steam dan kuyu

-        Terlalu kepenatan dan letih?
-        Tidak cukup tidur dan sangat  mengantuk?
-        High on dope?  Siapa yang boleh kenal kaki pekhun?
-        Oh, malam Jumaat rupanya

Mata-Hati

Renungan jauh

  -        Hajat belum kesampaian?
  -        Hatimu terlalu luka?
  -        Mengimbau kenangan lalu?
  -        Di mana kan ku cari ganti?
  -        Apa harus aku buat?
  -      Sedang mencari idea untuk buat posting dalam blog?

Pandangan dari seorang visionary

-        Visualize suatu suasana dan impian
-        Mereka bentuk sesuatu yang tidak terfikir oleh orang lain
-        Meramalkan sesuatu phenomena yang akan berlaku
-        Melakar blue print untuk sesuatu yang belum ujud

Mata-Hati


Pandangan sinis

-        Terlalu yakin pada diri sendiri?
-        Orang lain tak boleh buat?
-     Tidak mempercayai orang lain?

Memandang dengan anak mata

-        Ada rahsia apa?
-        Sedang melakukan pembohongan?
-        Meragui akan seseorang? 

Pandangan yang menyejukkan

-       Dari hidup yang damai dan rezeki yang murah
-        Dari hati yang murni dan tenteram
-        Dari tubuh yang sihat dan jiwa yang tenang
-        Mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya?
-        Kemungkinan mempunyai deria ke-enam  

Apakah Hati Boleh Diubah?

Pasti.

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.  Daging yang dimaksudkan ini ialah hati.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dripada hatinya.  Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam. Hadis riwayat Ibn Majah

Hasilnya?

Milikilah aura mata yang mencerminkan kemurnian hati anda.  Dengan hati yang positif, InsyaAllah segala urusan anda dipermudahkan dan rezeki dilimpah-ruahkan olehNya.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.