Wajah Anggun Berseri Idaman Setiap Wanita - CrazyDuck -->

Header Ads

Wajah Anggun Berseri Idaman Setiap Wanita

Semua peserta dalam bilik itu tumpu betul-betul pada percakapan dia. Memanglah dia pandai bagi presentation, tapi satu perkara lagi ialah wajahnya yang licin, gebu, dan anggun berseri. Tak jemu mata memandang.
Gambar hiasan sewaktu di Pusat Pengajian. Dari musollasaodah.blogspot.com

Hilang Senyap Menyepikan Diri

Sewaktu dalam perjalanan pulang Azim dan Anis menyorot kembali kisah manis mereka berdua dan perbualan mereka terhenti apabila sampai pada ketika Azim menyepi diri, hilang dari Anis tanpa ada apa-apa berita.

“Tak gentleman betul lah you ni… setakat gagal dalam peperiksaan last semester pun dah malu, merajuk tak nak kawan dengan orang.” Anis memecahkan kebisuan suasana selain dari bunyi radio yang dipasang perlahan.

“Bukan begitu Nis… I terpaksa. I banyak buat hutang – kena tipu oleh scam. I kena kerja dan tumpukan perhatian I untuk melunaskan semua hutang-hutang tu.”

“Alhamdulillah… sekarang semua hutang sudah selesai, pengajian I pun dah selamat. Tapi… dalam waktu tu… I banyak belajar tentang kehidupan. Dengan siapa kita perlu berkawan dan siapa kita boleh ambil sebagai rakan kongsi.”

“Oh… maknanya… you sekarang berniagalah ya?”, tanya Anis teruja.

“Ya betul… kalau makan gaji, dengan kelulusan I setakat yang ada dan flung satu semester… mana mampu nak pakai kereta ni. Lainlah macam orang ada degree, MBA, dan elective dalam Chemical Engineering.”

Dunia Semakin Kecil dan "I Nak Kahwin Dengan You"

“Eh… mana you tahu I ada semua tu ya? Skodeng kat mana?”

“Dunia zaman sekarang kecik jer… maklumat senang dapat. I selalu ikut perkembangan you dari jauh, you saja yang tak tahu.”

Anis terdiam mendengar penjelasan Azim… dalam hatinya, Azim mungkin masih sayangkan dia. Mungkin tak punya girlfriend sejak mendiamkan diri. Deruan angin dari tingkap yang dibuka sedikit menjadi teman penyibuk suasana.

“I nak kahwinlah…”, tiba-tiba Azim memecah kesunyian.

“Aaahhh… nak kahwin?” Anis seperti terkejut dari lamunan.

“Ya… nak tahu siapa calun isteri I?”

“Tak nak lah… malanglah nasib siapa yang jadi calun tu”, usik Anis.

“Malang… kenapa pulak?”

“Ya lah… bila gagal, merajuk… bawa diri… satu apa berita pun tak ada. Hampeh. Tak gentleman langsung. Macamana nak jadi suami mithali – imam kepada isteri?”

“Okay… ye lah, I terima apa saja you nak kata. Memang betul semuanya tu. I tak perlu mempertahankan diri”, jawab Azim merendahkan diri.

Dia tahu Anis semestinya mahu tahu siapa bakal calun isterinya. Dia memilih untuk berdiam diri. Biar Anis yang memulakan semula tajuk itu. Pasti Anis akan membukanya semula.

“Eh… tadi masa kat bengkel you cakap nak jumpa mak I, rindu kat mak eh?”

“Ada juga… tapi I ada hajat besar.”

“Hajat besar? R&R baru jer terlepas. Tak kan bila ada hajat besar you kena jumpa mak I? Isshhh… you ni”, Anis memperli. Dia faham sangat maksud Azim tapi sengaja buat bodoh.

“Hmm… kita dah sampai ni”, Azim mengejutkan Anis yang terlena ketika separuh perjalanan.

“Ehhhhh… Adziiiimmmmm. Macamana boleh terdatang ke rumah Makcik ni. Sorang saja ke?”

A Porsche at the Porch

“Tak lah… dengan Anis… tu… dia dalam kereta, baru bangun tidur. Penat agaknya.”

“Terjumpa dengan dia sewaktu kat bengkel tadi. Kereta Anis kena tinggal untuk kerja-kerja pembaikan. Nasib baik Azim pun ada kat situ, jadi dia hantarlah Anis”, jelas Anis pada ibunya.

‘Jemputlah masuk… lama benar kamu tak datang ya Azim, macam mimpi pulak makcik ni rasanya.”

“Tak apa makcik, bukan mengigau… cuma mimpi disiang hari”, gurau Azim dan kedua mereka ketawa kecil.

“Duduk lah… biar makcik pergi buat air kejap, ya.”

“Baiklah makcik”, jawab Azim ringkas.

Bengkel Kereta  Jadi Tempat Merendek

Lelaki Menghadiri Ceramah Produk Kecantikan?

“Nis, boleh I tengok kotak produk yang you cerita kat Puan Hasmah masa kat bengkel tadi?”, tegur Azim sebaik saja Anis melintas keluar dari biliknya.

“Oh…boleh… tapi kenapa?”, Soal Anis sambil masuk semula ke biliknya mengambil kotak dan produk yang diminta Azim.

Serum-Ardini-Essentials-dari-Habbatus-Sauda-dan-Minyak-Zaitun
Facial Tretament Serum

“Ni dia…”, Anis menghulurkan kotak berisi produk itu kepada Azim. Azim membaca dan meneliti maklumat pada kotak.

“Rasanya ini produk yang sama I dengar dari salah seorang penceramah yang bercerita pada kawan dia. Dia sebut Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun.”

“Kenapa… you attend ceramah pasal produk kecantikan ke?”

“Bukan… hari tu I terlibat dengan program keusahawanan dengan satu organisasi, ada beberapa syarikat besar dan terkenal terlibat. Ada seorang speaker tu cerita pasal impot-export, pasaran antarabangsa, perihal cukai, dan juga trade agreement (AFTA) antara Malaysia dengan negara-negara lain.”

“So… apa kena mengena dengan Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun?”, Anis bertanya seolah-olah confused.

Tak Jemu Mata Memandang

“I perhatikan semua peserta dalam lingkungan 25-30 orang dalam bilik tu tumpu betul-betul pada percakapan dia. Memanglah dia pandai bagi presentation, tapi satu perkara lagi ialah wajah dia yang anggun berseri. Tak jemu mata memandang.”

“So… waktu rehat, I tak keluar tetapi review balik material. Si Puan penceramah ni didatangi oleh beberapa orang peserta perempuan, tapi bukan cerita pasal import-export."

"Mereka bertanya apa produk kecantikan yang dipakainya. Maka I terdengarlah mereka sebut tentang Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun ni.”

“I rasa puan penceramah tu menggunakan produk ini. Hmm… Facial Treatment Serum rupanya. Dengan you pun serasi. Sungguh… muka dia licin gebu. Mata peserta macam terpaku kat wajah dia – termasuk I juga.”

“Ya lah… puji lah… terima kasih… puji lah lagi.”

“Perempuan mana yang tak suka wajah mereka anggun dan berseri?. Memang itu sudah menjadi idaman setiap wanita, kan?” Usik Azim.

“Ini cerita apa ni… makcik dengar pasal cantik, gebu, anggun, berseri”, tegur Mak Eton sambil membawa minuman dan sedikit cucur.

“Tak da apa makcik… cuma produk yang Anis pakai ni… kan muka dia cantik gebu tu – ubat ni serasi dengan dia. Kat bengkel tadi pun ada orang tanya dia pakai ubat jenis apa.”

“Oh… begitu. Ya lah… pakai ubat apa pun tapi kalau makan tak dijaga, main belasah saja, pantang tengok… tak menjadi juga rasanya.”

“Betul tu makcik. Ini cucur saya tak perlu pantang… Cuma pantang dihidangkan saja.” Azim bergurau.

Hajat Besar Bukan di R&R Tapi Di Rumah

Azim menunggu masa yang sesuai untuk menyatakan hasrat hatinya. Setelah menjelaskan kepada Mak Eton cerita kisah silam dan tentang kegagalan pengajiannya sehinggalah dia berjaya dengan perniagaannnya, keadaan sepi seketika. Mak Eton puas hati.

“Makcik… selain menghantar Anis dan mahu berjumpa makcik setelah sekian lama saya menyepi diri… saya sebenarnya ada hajat besar nak beritahu makcik.”

Seperti memahami apa yang akan diucapkan oleh Azim kepada Mak Eton, Anis meminta diri untuk ke bilik air mengambil udhu’ dan mengerjakan solat asar. Dia tidak mahu mengganggu Azim menyatakan hasrat hati dan hajat besarnya pada Mak Eton.

“Hajat apa yang besar tu? Bertahun kau tak jenguk makcik… tiba-tiba jumpa saja ada hajat besar”, tanya Mak Eton.

“Begini makcik… saya dan Anis sudah kenal dan berkawan sejak sekian lama. Perniagaan saya pun sudah stabil. Anis pula sudah mendapat pekerjaan yang dia minat. Jadi, rasanya masa dah sampai untuk kami berumah tangga.”

“Oh begitu… macam ni lah… sebenarnya makcik pun pernah bertanya dengan dia, bila kau nak kawin – umur dah meningkat. Enam bulan lepas ada orang datang merisik, tapi Anis menolak. Katanya dia menunggu seseorang, tapi dia tak bagi tau makcik siapa ‘seseorang’ tu.”

Mak Eton bangun dan menuju ke arah bilik Anis. Anis baru saja selesai solatnya.

“Eh Anis… Azim nak kahwin dengan kau. Kau setuju tak?”

Perempuan Kalau Setuju Dia Diam, eh?

Tanpa berkata apa-apa, Anis bangun dan memeluk ibunya. Mak Eton dapat merasai kehangatan air mata gembira Anis yang mengalir terkena pipinya. Dia faham… Anis bersetuju walaupun tanpa bersuara. Mak Eton keluar dari bilik.

“Entahlah Azim… makcik tanya, dia tak kata apa pun. Dia hanya menangis. Tapi makcik agak, dia bersetujulah tu. Kalau tak setuju dia dah meraung & mengamuk, mungkin dia kejar kau dengan parang. Makcik ikut saja… ini kehidupan dia… apa yang membahagiakan dia akan membahagiakan makcik juga.”

“Terima kasih makcik.” Azim gembira tersipu-sipu mendengar persetujuan dan restu Mak Eton.

“Saya nak solat dulu lah makcik. Nanti terlewat sangat”, Azim seolah-olah memberi ruang untuk Anis keluar berbual dengan Mak Eton.

“Ya lah… bilik yang sebelah tu kosong. Sejadah pun sudah tersedia kat situ”, balas Mak Eton.

“Esok nak ambik kereta you macamana?” Tanya Azim setelah selesai solat.

“I ambil KTM sajalah dari sini. Kemudian dari stesyen LRT ke bengkel tu I ambil teksi. Dari rumah ni ke stesyen KTM banyak bas. Jangan risaulah… I know my way around.”

“Baiklah… kalau macam tu. Sebenarnya esok pagi-pagi I kena pergi outstation, ke sebelah utara. Nak buka cawangan di sana – besar kemungkinan di Alor Setar atau kawasan berdekatan. Sebab tu hari ni buat servis kereta – nak jalan jauh. Maaflah tak bagi tau kat you awal-awal tadi.”

“Saya nak minta diri dululah ya makcik. Saya nak sampai rumah sebelum maghrib sebab malam ni kat masjid tu ada majlis ilmu. Jarang saya miss pengajian dengan ustaz tu.”

“Aa-ahh… ya lah… jaga diri baik-baik. Jangan bawa laju-laju. Kamu tu darah manis.”

Setelah mengucapkan salam… Azim melangkah keluar diiringi oleh Anis dan Mak Eton. Mak Eton dapat membaca hati Anis dan Azim – mereka saling cinta dan menyintai. Dalam diam dia mendoakan kebahagiaan anaknya.

Ikuti kisah Anis selanjutnya disini: Makcik Berwajah Awet Muda Gebu Anggun Menawan.

Artikel berkaitan – klik pada tajuk untuk membaca:
1. Jerawat Menggugat Keyakinan Diri
2. Jerawat dan Jeragat Hilang dalam Masa 14 Hari
3. Wajah Gebu Berseri Sejuk Mata Memandang
4. Kulit Gebu Berseri Tanpa Jerawat dan Bintik Hitam
5. Wajah Anggun Berseri Idaman Setiap Wanita - anda sekarang berada di sini
6. Makcik Berwajah Awet Muda Gebu Anggun Menawan
7. Cara Terbaik Dapatkan Wajah Gebu Anggun Berseri Tanpa Jerawat dan Jeragat

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.