Wajah Gebu Berseri Sejuk Mata Memandang
Sudah menjadi rutin Anis untuk berhenti dan mengelilingi kereta itu sewaktu dia dalam perjalanan pergi ke kuliah atau ke makmalnya sekiranya kereta itu masih berada di tempat parkir. Begitu juga dengan waktu pulangnya. Rutin itu memakan masa lebih dari setahun.
Walaupun dia tahu dia hanya seorang pelajar dan tidak mungkin mampu untuk memiliki kereta itu, tetapi dia yakin satu hari nanti dia akan memperolehinya. Seboleh-bolehnya dia mahu mendapatkan kereta itu sebelum majlis konvokesyen. Secara logiknya, ia langsung tidak masuk akal.
Walaupun dia tahu dia hanya seorang pelajar dan tidak mungkin mampu untuk memiliki kereta itu, tetapi dia yakin satu hari nanti dia akan memperolehinya. Seboleh-bolehnya dia mahu mendapatkan kereta itu sebelum majlis konvokesyen. Secara logiknya, ia langsung tidak masuk akal.
Malam itu Anis menyiapkan senarai individu yang mahu menjual kereta persendirian mereka. Dia juga mengumpulkan data dari penjual kereta terpakai. Dia akan menghabiskan seminggu ini untuk meneliti setiap kereta sebelum membuat keputusan mana satu yang mahu dibelinya.
Rata-rata, harga berkisar antara RM150K hingga melebihi RM230K bergantung kepada tahun dikeluarkan tidak melebihi 6 tahun dan jenis spesifikasi. Berdasarkan kepada gaji yang bakal diterimanya, dia bercadang untuk melunaskan pembayaran dalam masa tidak lebih dari dua tahun.
Sebelum pergi bertemu dengan pemilik kereta persendirian dan penjual kereta terpakai Anis terlebih dahulu pergi ke beberapa buah bank untuk mendapat maklumat tentang pinjaman.
Berbagai kadar keuntungan yang dicaj oleh bank-bank berbeza, begitu juga kadar margin pembiayaan. Anis mencari bank yang boleh memberikan pembiayaan maksima dengan kadar keuntungan bank (faedah) yang rendah. Lebih penting baginya ialah bank yang dapat menerima surat tawaran kerjanya sebagai “Letter of Comfort.”
Kebanyakan bank membiayai pembelian kereta terpakai pada kadar 75% - 80% daripada harga pasaran jika umur kereta tidak melebihi 6 tahun. Melalui maklumat dari bank, Anis mengumpulkan data harga pasaran kereta terpakai mengikut tahun kereta itu dikeluarkan. Ianya akan digunakan sewaktu rundingan pembelian nanti.
Dalam masa tiga empat hari, Anis melakukan kerja sepenuh masa bertemu dan berunding dengan pemilik kereta dan kedai kereta terpakai. Berbagai kerenah, helah, cara, dan teknik dipelajarinya dari mereka semua. Ada yang mesra, ada yang menyombong, ada yang tahu segala-gala, dan tidak kurang yang paksa-paksa… itulah tendang terajang dalam mereka mahu menjual.
Anis bernasib baik kerana dia telah banyak belajar tentang cara membeli kereta terpakai melalui pembacaannya dan juga panduan dari beberapa orang rakan lelakinya yang mempunyai bengkel kereta. Dia boleh mengagak jika seseorang penjual itu bercakap jujur atau tidak, terutama selepas membuat pandu uji.
Akhirnya Anis membuat keputusan untuk membuat rundingan secara serius dengan seorang lelaki bekerjaya sebagai Professional Engineer. Kereta Nissan Z4 Fairlady itu milik isterinya.
Maklumat tentang lelaki dan kereta ini Anis dapati melalui satu status di Facebook sejak tiga minggu lepas. Tidak ramai yang memberi response baik dan hingga kini kereta itu masih belum dijual. Mungkin juga kerana harga road-taxnya yang mahal.
Melalui perbualan menerusi media social, Anis difahamkan mereka sekeluarga akan berpindah ke luar negara dan mahu menjual kereta itu dan juga beberapa buah yang lain. Anis tahu nasib sekali lagi akan menyebelahinya kerana masa sudah semakin suntuk bagi keluarga ini. Dia perlu mengatur strategi dan taktiknya dengan betul.
Petang itu Anis pergi menemui keluarga itu. Yang ada hanya isterinya (Kak Ayu) dan dua orang anak yang masih kecil. Suaminya (Abang Zam) masih belum pulang menguruskan hal-hal berkaitan untuk pemergian mereka ke luar negara.
“Adik kerja apa?”, tanya Kak Ayu pada Anis.
“Saya belum kerja lagi, minggu depan baru masuk. Baru je dapat kerja”, balas Anis.
“Ini nak pakai kereta mahal ni, sebab minat ke atau ada sebab-sebab tertentu?”, tanya Kak Ayu lagi.
“Sebenarnya kerja saya nanti banyak di luar pejabat dan berurusan dengan pelanggan syarikat. Saya sebagai perantara bagi jabatan Business Development, Sales, dan Marketing. Perlu tahu sudut teknikal, kejuruteraan, pasaran, dan mahir dalam perundingan bagi sesuatu projek”, terang Anis.
“Kereta ini bukanlah saya minat sangat tapi sesuai untuk penampilan bila bertemu dengan “high level customers”, sambung Anis sambil menunjukkan beberapa helai keratan akhbar dan majalah mengandungi gambar iklan kereta.
Anis sengaja menunjukkan keratan akhbar itu supaya Kak Ayu merasa dia mempunyai saingan dan Anis mempunyai banyak pilihan lain. Anis juga mula membaca bahasa badan Kak Ayu.
“Oh begitu… baguslah… kalau begitu kereta ini sangat sesuai dengan jenis kerja dan orang macam kamu yang sangat cantik ini”, puji Kak Ayu.
“Baru tiga-empat hari lepas kami menjual dua biji kereta. Tapi itu model agak tua dan pembelinya pun sudah berumur. Mereka tak suka kereta Fairlady Z4 ini… tak sesuai dengan orang tua, kata mereka”, Kak Ayu menyambung sambil diiringi dengan ketawa kecil.
“Oh… ada calar kat belakang tu ya Kak…”, Anis memulakan serangan psikologinya.
“Ya lah … hari tu masa akak reverse terlanggar batu penghadang, calarlah. Kita orang perempuan ni bila bawa kereta kadang-kadang jadi gabra bila nak keluar dari tempat parking yang sempit”, jelas Kak Ayu.
“Boleh tak saya start enjinnya Kak?”, tanya Anis.
“Boleh-boleh… kejap akak ambil kuncinya”, Kak Ayu lalu bangun pergi mengambil kunci.
Anis kemudian memilih keratan akhbar dan majalah yang mempunyai gambar kereta Fairlady Z4 dengan harga tertera – dia hanya memilih harga yang murah. Dia meletakkannya ditempat strategik dan tahu Kak Ayu akan terpandang pada keratan akhbar itu.
“Enjinnya ada sikit semput-semput ya Kak.”
Anis tahu itu mungkin disebabkan oleh enjin yang lama tidak dihidupkan dan bukan masalah besar. Tetapi ianya diakui oleh Kak Ayu kerana bunyi semput itu agak jelas.
“Perlukan servis tune-up ni. Enjin pun ada goyang dan gegar sikit”, sambung Anis.
Kak Ayu diam saja sambil menggangguk. Dalam hatiya berkata, “Boleh tahan juga budak perempuan ni… macam pakar kereta cara dan ketelitian dia.”
Anis meneliti keadaan luar dan dalam kereta itu… hatinya puas. Kiranya harga yang dia mahu dipersetujui oleh Kak Ayu dia akan membeli kereta itu.
Sebelum ini dia hanya memandu kereta buruk untuk ke kuliah atau ke makmalnya. Dia juga teringat kereta jenis yang sama yang sering berada di tempat parkir berhampiran makmalnya. Impiannya selama ini sudah sangat hampir menjadi kenyataan.
“Berapa harga akak nak jual kereta ni?”, tanya Anis.
“Akak nampak adik macam sungguh-sungguh nak beli, betul tak tanggapan akak ni?”, tanya Kak Ayu menjawab soalan Anis dengan soalan.
Anis faham maksud soalan Kak Ayu… sekiranya dia tidak kelihatan serius, Kak Ayu mungkin tidak melayan dengan baik – membuang masanya sahaja.
“Betul kak, tapi harganya kenalah bersamaan dengan bajet yang saya bersedia. Kalau melebihi bajet dan membuatkan saya tak mampu, saya kena fikir banyak kali”, jawab Anis.
“Beginilah... Akak lihat adik ni macam dah pakar tentang kereta dan cara membeli kereta terpakai. Tengok tu, banyak koleksi gambar kereta. Tentu adik dah tengok merata-rata tempat… penatkan?”
“Akak pun nak lepaskan kereta ni secepat mungkin. Sebenarnya Akak sayang kereta ni. Tapi sebab kami akan berada beberapa tahun di luar negera, maka terpaksalah jual. Simpan pun, lama-lama bila dah balik nanti mungkin rosak dan tak ada harga lagi.”
“Kalau Anis sungguh nak kereta ni akak boleh lepaskan. Tentang harga tu, tengok lah… lagi pun ada calar-calar dan enjinnya tu perlu tune-up sikit macam adik cakap tadi. Berapa yang adik sanggup?” Kak Ayu tidak mahu peluang menjual keretanya terlepas.
Anis terperanjat dari lamunan ketika mendengar dengan teliti celoteh Kak Ayu. Dalam hatinya, boleh tahan juga akak ni dalam hal runding-merunding.
“Kereta ni model tahun 2009 ya kak?”
“Pandainya kamu… macamana kamu boleh agak?. Memang akak beli pada pertengahan 2009.”
“Terima kasih kak. Saya belajar mengenali model kereta ini dari gambar-gambar dan lawatan ke beberapa buah kedai kereta terpakai.” Jawab Anis tanpa memberitahu rahsia cara dia mengenali tahun kereta itu dibuat.
“Bajet saya untuk pembelian ini adalah sekitar RM170 ke RM180 ribu, tidak termasuk kos pertukaran nama dan kos-kos lain yang keseluruhannya boleh mencecah mungkin RM10 ribu seperti mengecat bahagian yang calar dan membuat servis tune-up. Ada beberapa bahagian mounting dan bushing yang perlu diganti”, jawab Anis.
“Bijak kamu ni dik. Hanya sepintas lalu kamu melihat enjin kamu sudah tahu apa yang perlu diperbaiki. Akak suka dengan kamu… teliti, cerdik dan cantik. Sejak tadi akak melihat wajah kamu… akak rasa tenang… sejuk mata memandang. Akak yakin, kamu akan pergi sangat jauh.”
“Eh, ke situ pulak akak ni… jadi akak setujulah dengan tawaran saya pada RM 170 ribu?” Pantas Anis menjawab dan memerangkap Kak Ayu.
“Oh… itu rendah sangat… tambah lah sikit lagi. Akak suka dengan kamu dan akak percaya bila akak balik dari luar negara nanti, akak yakin boleh lagi melihat kereta ini dalam keadaan baik dan cantik, secantik tuan barunya.” Bersahaja saja Kak Ayu menyambut smash dari Anis.
“Okay… saya tambah lagi 5 ribu, jadi RM175K, boleh?”
“Mmm… boleh lah… tapi nanti Abang Zam balik dia mesti merungut… kenapa jual murah sangat.” Kak ayu membalas.
Dalam hatinya Kak Ayu merasa lega kerana harga itu berada dalam lingkungan harga yang suaminya persetujui dan boleh terima. Tak perlu dia menelefon untuk mendapat persetujuan dari suaminya lagi.
“Terima kasih kak”, pintas Anis menutup perbualan tentang harga.
Anis tidak mahu suami Kak Ayu digunakan untuk menaikkan harga melebihi dari RM175K, iaitu bawah dari 25% harga pasaran. Ini bermakna bank akan membiayai keseluruhan pembelian itu dan jika dia mahu, masih ada lebihan tunai sebanyak 5% atau RM 11 ribu – boleh digunakan untuk engine tune-up dan memperbaiki mana-mana bahagian yang perlu.
Anis mengambil sehelai kertas dan membuat surat perjanjian ringkas sebagai tanda persetujuan kak Anis menjual keretanya pada harga yang dipersetujui oleh mereka berdua.
“Kamu belajar dalam jurusan apa?” Tiba-tiba kak Ayu bertanya.
“Oh… sewaktu BSc. saya mengambil BioChemistry. Kemudian sambung MBA dan pada waktu yang sama saya mengambil beberapa subject jurusan Chemical Engineering. Kalau saya sambung lagi setahun, tamatlah MSc. in Chemical Engineering. Tapi saya sudah dapat kerja, jadi tak perlu lah saya habiskan. Saya belajar untuk ilmu, bukan kejar kertas ijazah”, terang Anis.
“Patutlah… akak tengok kamu ni lain sikit dari orang lain. Sangat bijak dan teliti. Wajah pula cantik berseri.”
“Kamu ada pakai ubat apa-apa ke… kulit muka awak sangat halus, cantik dan gebu. Dari tadi… tak jemu akak memandang. Sejuk mata. Bertuah lelaki yang dapat kamu sebagai isteri.”
“Tak de lah kak… saya jaga pemakanan. Cuma, bulan lepas saya melanggar pantang, memakan terlebih makanan yang menimbulkan jerawat – teruk jerawat saya. Saya allergic kepada sesetengah makanan yang banyak lemak.”
“Habis tu ini langsung tak nampak kesan jerawat. Kulit muka kamu licin gebu – sangat segar tak jemu akak memandang. Alaa… janganlah nak berahsia sangat, bagi tau jer dengan akak apa ubat yang adik pakai tu.”
“Kalau akak mahu cuba boleh layari link ini: Cara Terbaik Dapatkan Wajah Gebu Anggun Berseri Tanpa Jerawat dan Jeragat. Harganya tak mahal kalau kita bandingkan dengan hasilnya. RM 90 saja siap dengan penghantaran. Elok akak order sebelum akak berangkat ke luar negara. Pada kulit saya ianya sesuai, kulit akak saya tak pasti, cubalah dulu… mana tahu serasi. Tak jemulah Abang Zam lihat muka akak nanti…”, Anis menjawab sambil berseloroh.
Keesokannya dan beberapa hari berikutnya Anis berurusan dengan pihak bank, syarikat insurans, JPJ, dan Puspakom bagi melengkapkan pembelian dan memindah milik kereta kepada namanya.
Ikuti cerita Anis selanjutnya disini: Kulit Gebu Berseri Tanpa Jerawat dan Bintik Hitam. Anis bertemu dengan lelaki idamannya?
Artikel berkaitan – klik pada tajuk untuk membaca:
3. Wajah Gebu Berseri Sejuk Mata Memandang – anda sekarang berada di sini
Thank you for your comments