Jerawat Menggugat Keyakinan Diri - CrazyDuck -->

Header Ads

Jerawat Menggugat Keyakinan Diri

Jerawat-Menggugat-Keyakinan-Diri
Gambar hiasan: alimar15.blogspot
Sambil mengerling jam ditelefon bimbit, Anis mundar-mandir gelisah menunggu ketibaan Hasni.  Maklum sajalah, ini adalah kali pertama dia akan menghadiri temuduga berpasangan sejak menamatkan pengajian di Universiti.  Jarinya tiba-tiba tanpa sengaja menyungkil jerawat di pipi.  Ada darah sedikit melekat di kuku.  Dia mendengus kesal akan kealpaan mengawal jari jemarinya.  Dia terus menunggu dengan sabar.

Tepat pada waktu yang dijanjikan wajah Yusni muncul dengan senyuman meleret penuh keyakinan.  “Maaflah, aku sikit terlewat ni.  Eh… jom, masa temuduga tak berapa lama dah ni”, terus saja Yusni menarik tangan Anis menuju ke arah lif untuk ke tingkat 12 di mana temuduga akan diadakan.

Mereka terus menunggu di bilik temuduga yang telah tersedia setelah diberitahu oleh setiausaha yang menyambut mereka.

Sedang temuduga berlangsung Anis perasan kesemua empat orang penemuduga yang terdiri dari dua lelaki dan dua perempuan itu memberikan perhatian yang berbeza antara dia dan Yusni.

Apabila Yusni bercakap mereka seakan-akan khusyuk mendengar, meneliti dan mengangguk.  Manakala apabila dia bercakap penemuduga seolah-olah kurang memberi perhatian kepada apa yang dicakapkan tetapi kepada jerawatnya yang masih kemerah-merahan. 

Ini membuatkan Anis merasa tidak selesa dan lebih gementar. Dia berusaha untuk menyampaikan apa yang mahu disampaikan, tetapi suaranya tersangkut-sangkut.

Dia merasakan keyakinan dirinya seperti tergugat.  Walaupun cuba untuk menutup jerawat dengan tangannya, namun penumpuannya terganggu.

Selesai temuduga mereka singgah disebuah kafe.  “Eh… kau tadi aku tengok macam bagus saja.  Aku rasa, dia orang suka dengan kau punya confident level”, Anis memulakan bicara memecahkan keheningan antara mereka. 

“Ya lah… sebab tu aku diam saja dari tadi.  Sepatutnya kau lagi terror dari aku – aku kenal kau dah lama”, balas Yusni.  “Tak apa lah… kalau rezeki aku ada di sini, adalah… tapi aku rasa tipis”, balas Anis. 

Dalam hatinya Anis tahu bahawa Yusni yang duduk bersebelahan dengannya sewaktu temuduga tadi tidak menyedari yang jerawatnya telah mengganggu tumpuannya untuk berhujah dengan baik.  Dia sedar tidak kira tinggi mana ilmu seseorang itu, penemuduga akan hanya menilai apa yang ada didepan mereka dan mendengar apa yang dilontarkan.  Persembahan dan keyakinan dirinya tadi kurang baik – hanya kerana jerawat diwajahnya.

Anis tahu apa yang perlu dilakukan.

Selesai minum, mereka bersalaman dan membawa haluan masing-masing.  Anis tahu peluang untuk Yusni berjaya dalam temuduga tadi sangat cerah.  Yusni berhujah dengan penuh keyakinan.  Wajah Yusni yang cerah, licin dan gebu tanpa gangguan jerawat menarik perhatian penemuduga dan itu membuat semangat Yusni tambah terbakar.  Suaranya lunak, aturan ayat-ayat sangat rapi, senyuman dilontarkan tanpa paksaan.

“Macamana?”, tanya Mak Eton, ibu Anis. 

“Rasanya macam tak ada rezekilah mak.  Tapi saya tahu apa yang saya perlu lakukan – ini ha… jerawat ni yang puncanya.” 

“Kan mak dah cakap, jangan makan tak berpantang… tapi kau bantah hari tu, kan?” 

“Ye lah mak… Anis sedar… jangan bantah cakap orang yang berpengalaman, tambah-tambah lagi cakap ibu… Anis tak mau bantah cakap mak lagi, Anis janji.”  Anis bangun dan memeluk Mak Eton, meminta maaf atas kebantahannya.  Dia tahu, doa ibu ibarat doa seorang wali keramat – boleh makbul serta merta.

Selain berpantang dari memakan makanan yang boleh mendatangkan jerawat, Anis tahu dia perlu bersedia untuk menghadapi temuduga seterusnya, lagi dua minggu.

Anis tidak menyesal dengan apa yang belaku siang tadi.  Kesilapan mengajarnya untuk lebih bersedia.

Sambil melayari internet mencari ubatan untuk menghilangkan jerawatnya dalam masa dua minggu ini, Anis terjumpa banyak produk kecantikan tetapi yang ini sangat meyakinkannya: CaraTerbaik Dapatkan Wajah Gebu Anggun Berseri Tanpa Jerawat dan Jeragat.  Setelah berpuas hati dengan maklumat yang dibacanya, Anis tidur.  Dia akan membeli secara on-line produk yang sudah dia mahu beli. 

Rawatan-untuk-wajah-gebu-berseri-tanpa-jerawat
Klik pada gambar
Keesokannya Anis membuat pesanan dan pembayaran.  Dua hari kemudian bungkusan yang dinantikan sampai.  Dia mengaplikasikan produk tersebut seperti mana yang diarahkan.

Dua minggu berlalu… Anis tidak mahu episod sebelum ini berulang lagi.  Dia mahu petah bercakap dengan penuh keyakinan seperti Yusni.  Dia langsung tidak meletakkan harapan pada temuduga dua minggu lepas.

Selama dua minggu itu, Anis membaca banyak teknik temuduga, cara menjawab, cara menyoal, permainan wajah, pergerakan tangan dan badan untuk meyakinkan penemuduga.  Dia menghabiskan tidak kurang dari tiga buah buku serta beberapa artikel dalam internet tentang selok belok dan etika ketika temuduga dan cara bagaimana mendapatkan apa yang dia mahu.

Anis berlatih dengan bersungguh-sungguh di hadapan cermin seolah-olah dia berada dalam situasi yang sebenar.  Padanya “It’s a mind game, practice makes perfect.”  Seperti kebanyakan juara sebelum masuk pertandingan, persediaan mental tersangat penting.

Anis juga membuat banyak kajian tentang syarikat yang dia memohon pekerjaannya itu.  Dia tekad dan kini tahu apa yang dia mahu.  Syarikat ini mampu memberikan apa yang dia mahu – dari segi pekerjaan, gaji, dan faedah-faedah tertentu.

Dia juga tahu dia mampu memberikan apa yang syarikat itu mahu.  Tidak adil baginya jika hanya menerima gaji tanpa pulangan yang setimpal pada majikannya.

Tidak ada apa yang boleh menggugat keyakinannya kali ini.  Dia seperti sedang terbakar – semangatnya membara.  Dia sudah sangat bersedia.  Mungkin sudah terlebih… tetapi dilubuk hatinya dia tahu over confident boleh menjadi pembunuh.  Dia harus relax dan cool.

Waktu untuk temuduga penting sudah tiba.  Setelah menunggu dibilik temuduga beberapa minit, empat orang masuk - kali ini tiga lelaki dan seorang perempuan.

Assalamu’alaikum… tegur wanita itu dan Anis bersalaman dengannya.  Anis merasa genggaman tangan wanita itu sangat kejap dan Anis membalas dengan kadar yang sepatutnya. 

Keyakinannya bertambah dan merasa selesa apabila wanita itu bersuara lembut seperti berbisik, “Saya suka melihat wajah kamu sejak dalam lif tadi lagi.  Nama saya Maisarah… kamu Norhanisah, kan?” 

“Ya saya…”, balas Anis sambil mengangguk mesra.

Ketiga-tiga lelaki tadi melihat perlakuan Anis dan Puan Maisarah sambil salah seorang dari mereka menyiku yang seorang lagi.  Anis sempat melihat perlakuan itu melalui anak matanya… dia mengerti peluangnya sangat cerah. 

Bahasa badan mereka yang positif jelas dari tadi.  Kini terpulang bagaimana dia berhujah, menjawab soalan dan menyoal.  Semuanya akan diambil kira oleh empat orang ini.

Hampir satu jam sudah berlalu… keempat-empat penemuduga kelihatan berpuas hati.  Puan Maisarah memberi isyarat untuk menyoal soalan terakhir. 

“Berapa gaji yang awak rasa awak mahu?”, soalnya.

“Oh… ini soalan yang sangat sensitive”, balas Anis.  Dia berdiam sejenak, kemudian…

“Maafkan saya… sebenarnya saya tidak akan menjawab soalan seperti ini, kecuali sesudah mendapat isyarat atau petanda yang saya akan diterima”, Anis bersuara lembut tetapi ada nada ketegasan.

Seperti memahami maksud Anis, Puan Maisarah memberi tahu Anis keempat-empat mereka perlu keluar dari bilik temuduga sekejap.  Anis tahu mereka mahu berbincang sesama sendiri bagaimana menangani jawapannya sebentar tadi.  Dia tahu jeratnya sudah hampir mengena.

Lebih kurang lima minit mereka masuk semula.  Anis sudah bersedia – dia mahu permainan “memancing” ini diteruskan dan mendapatkan ikan itu.  Ianya antara dapat besar atau terlepas.  Dia tahu risikonya tapi apa pun dia tahu apa yang dia mahu dan tidak akan berganjak.

“OK, saya ingin mengulangi soalan saya tadi”, tegas bunyi suara Puan Maisarah. 

Tidak menjawab secara direct, Anis memberi perumpamaan. 

“Saya, seperti juga ramai orang, mungkin termasuk tuan-tuan yang bertiga dan Puan Maisarah,”

“Saya hanya bertanya tentang harga sesuatu barang, perkhidmatan atau apa saja apabila saya sudah berpuas hati dengan apa yang saya lihat atau kaji dan sangat ingin mendapatkan apa yang saya mahu.  Saya tahu ia baik untuk saya dan ia boleh memberi nilai yang saya mahu.”

“Sekadar bertanya harga samalah seperti window shopping, jika kita tak mampu atau jika kita kurang berminat kita akan pergi berlalu.  Kalau kita mampu dan mahu, kita akan bersungguh-sungguh mendapatkan maklumat tentang perkara itu, termasuk harga.”

“Saya tidak nampak tuan-tuan dan Puan Maisarah seperti window shopping sebab kita sudah menghabiskan masa lebih dari satu jam.”  Ulas Anis sambil melihat jam pada lengan kirinya dan dia sengaja memperlihatkan aksi itu kepada mereka berempat.

“Jadi, apakah boleh saya terjemahkan soalan puan ini sebagai bererti saya sudah diterima?”  Tanya Anis sambil menolak kerusinya ke belakang secara perlahan, memberi signal.  Dia nekad, sekiranya tidak mendengar “YA”, dia tidak akan menjawab soalan tentang gaji tadi dan bersedia untuk menamatkan temuduga itu di situ dan diketika itu juga.

Suasana hening seketika.  Terlihat peluh kecil pada dahi salah sorang lelaki itu – En. Amir namanya.  Dahinya berkilat dan tidak lagi sesegar sewaktu temuduga bermula.  Stress agaknya.

“OK… sebenarnya procedure kami ialah tidak memberi jawapan pada soalan seperti yang awak soalkan pada masa temuduga.  Tetapi there is exception for every rules, especially the unwritten ones.”

“Beginilah… ya, tadi kami sudah sepakat untuk bersetuju mengambil awak, jadi tahniah.  Boleh kami dengar jawapan awak tentang soalan gaji tadi?”  En Amir memberi penjelasan dan mengulangi soalan Puan Maisarah. 

Kini jelas pada Anis bahawa En. Amir adalah the number one decision maker dan antara keempat mereka dia yang sangat mahukan Anis diterima - sangat jelas pada bahasa badannya.

Menarik kerusinya ke hadapan semula, Anis meneruskan perbincangan.  “Maafkan saya… dan terima kasih di atas penjelasan tadi.  Untuk tugasan dan tanggung jawab bagi jawatan yang saya pohon ini serta kelayakan baginya, harga pasaran adalah diantara RM XXX dan RM YYY.  Saya tidak mahu kelihatan arrogance, demanding atau sebagainya, tapi apa yang sudah saya tetapkan ialah 10% lebih dari YYY.

“Oh itu telalu tinggi”, balas En. Amir. 

“Ya… belum pernah kami menawarkan gaji setinggi itu untuk orang muda seperti awak, kecuali pada yang sudah punya banyak pengalaman”, tambah Puan Maisarah.

Dua orang lelaki muda, seorang Senior Engineer dan seorang lagi Business Developement Manager yang awal-awal tadi banyak bertanyakan soalan tentang perkara teknikal kelihatan tunduk tetapi kegelisahan mereka dapat dibaca oleh Anis. 

Ikuti sambungan episod rundingan ini.  Adakah Anis akan mendapat kerja yang dipohonnya atau bagaimana?  Klik pada tajuk ini: Jerawat dan Jeragat Hilang dalam Masa 14 Hari.

Senarai artikel yang berkaitan.  Klik pada tajuk untuk membaca.
1. Jerawat Menggugat Keyakinan Diri - anda sedang berada disini

Sudikan LIKE sebelum anda pergi.  LIKE yang banyak sebelum ini hilang bila template blog ini ditukar.  Aduh.. sayang gak... tapi tak per lah... pelajaran. Tekan WEB Version baru boleh LIKE jika sekarang guna HP.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.