Kulit Gebu Berseri Tanpa Jerawat dan Bintik Hitam - CrazyDuck -->

Header Ads

Kulit Gebu Berseri Tanpa Jerawat dan Bintik Hitam

Eh… apa you buat kat sini? Anis dikejutkan oleh suara yang sangat dikenalinya, tapi sudah sangat lama tidak kedengaran. Hatinya tiba-tiba terasa gementar. Degup jantungnya terasa laju. Mata mereka bertentangan… keadaan jadi hening seketika – kedua-dua mereka terdiam. Masing-masing melayan perasaan.
Kulit-Gebu-Berseri-Tanpa-Jerawat
Kredit gambar: celotehanpelangi.blogspot
Kini Anis memiliki kereta idamannya.  Orang pertama yang dibawanya ialah Mak Eton.  “Kalau ayah kamu masih ada, tentu dia bangga dengan kamu.”  Tunduk saja Mak Eton ketika berada disebelah dan mengenang kembali saat-saat silam. 

“Ye lah mak… terima kasih atas doa mak selama ini.  Nanti lepas Anis masuk ke rumah yang dibiayai oleh syarikat tu, mak pindah ikut Anis ye mak.  Seminggu sekali kita balik lah tengok rumah ni.”

“Masa untuk kita bersama sudah sampai.  Selama ini Anis asyik sibuk dengan pengajian Anis saja.  Sangat jarang kita bersama.  Rumah yang Anis pilih tu diberitahu oleh wakil syarikat berdekatan dengan Masjid.  Masyarakat sekeliling pun seperti harmoni.”  

Ibunya mengangguk saja mendengar pelawaan Anis.  Hatinya bahagia mempunyai anak seperti Anis yang taat akan suruhan agama dan sangat menghormati kedua orang tuanya.  Dia tidak pernah berhenti berdoa supaya Anis diberi keserian wajah, petah bercakap, hati yang cekal dan dipermudahkan urusan.  Kelihatan doanya seperti dimakbulkan Allah. 


Petang itu dia melakukan solat syukur dan berpesan kepada Anis supaya melakukan perkara yang sama.  Anis menurut sahaja pesanan ibunya.  Seperti biasa dia sangat jarang membantah apa saja pesanan Mak Eton.  Dia tahu hati ibu yang dibahagiakan oleh sianak, anak itu mendapat banyak keberkatan dalam hidupnya.

“Mak… esok pagi Anis nak pergi bawak kereta ke bengkel, kemaskan tempat yang bercalar tu.  Bahagian enjin pun ada yang perlu dibetulkan sikit.”

“Eloklah… sementara waktu masih ada ni, elok kau selesaikan hal itu dulu.  Nanti dah mula kerja tak sempat pulak.  Kau tu banyak nak berjalan guna kereta tu nanti.  Molek sangat dikemaskan mana yang patut.  Jenis orang yang kau nak jumpa pun bukan sembarangan.  Jaga imej kita – orang pun senang nak berurusan dengan kita.”  Mak Eton memberi nasihat profesionalnya kepada Anis.

“Eh… apa you buat kat sini?”  Anis dikejutkan oleh suara yang sangat dikenalinya, tapi sudah lama tidak kedengaran.  Hatinya tiba-tiba terasa gementar.  Degup jantungnya terasa laju.

Itulah suara Azim, lelaki yang pernah menambat hatinya satu ketika dulu.  Belum ada lelaki yang dapat membuka hatinya selepas terputus hubungan dengan Azim.

“Eh Zim… you pun ada kat sini, dah lama sampai?.  Repair kereta jugak ke?”  Terus saja terkeluar soalan itu sambil Anis menoleh kebelakang.  Dia sudah ternampak wajah Azim di dalam cermin di dinding.

Mata mereka bertentangan… keadaan jadi hening seketika – kedua-dua mereka terdiam.  Masing-masing melayan perasaan.

“Maafkan I Nis.  Lama I menyepikan diri.  I sebenarnya sangat malu dengan you.”

Anis diam seketika sambil terus melayaan perasaan.  Dia sangat merindui suara itu.  Tiba-tiba air matanya berlinang.

“Mari kita duduk kat sana tu…”, sambung Azim sambil menunjuk ke arah sebuah restoren.  Dia juga memberi isyarat kepada kerani bengkel dan memesan mencari mereka di sana jika ada apa-apa yang perlu diberitahu.

Seperti dipukau, Anis mengangguk setuju dan berjalan beriringan dengan Azim.  Belum sempat Anis memilih tempat duduk, Azim terlebih dahulu menarik sebuah kerusi dan mempelawa Anis.

Mereka duduk bertentangan.  Azim merenung wajah Anis sambil sekali sekala Anis membalas renungan itu.  Degup jantung Anis masih belum reda.  Dia seperti kelu untuk berkata-kata walaupun dengan orang lain dia seolah juara bahas dalam memberi pendapat dan pandangan.

“You sekarang semakin cantik”, Azim bersuara setelah melihat Anis semakin tenang.

“Terima kasih”, balas Anis.  Dia tahu Azim memujinya dengan ikhlas, bukan semata-mata mahu mengambil hatinya.

“Maafkan I Nis… selepas gagal menamatkan pengajian I buat kerja – kumpul duit.  I gagal dulu tu pun sebab terlalu sibuk cari duit.  Lebih kurang setahun kemudian I sambung semula.  I dengar dari kawan-kawan you dah buat program MBA waktu tu.  I malu sangat dengan you”, Azim mengulangi apa yang diperkatakan sewaktu di ruang pelanggan bengkel tadi.

“Itulah… orang lelaki egonya lebih sangat”, Anis meluahkan kegeraman dalam kerinduan, tetapi sempat mengukir jelingan manja.

“Kalau terlebih ego, tak lah I nak tegur you tadi dan I tak akan meminta maaf.  Sampai sekarang you masih belum maafkan I lagi… haa.. siapa yang terlebih ego?”, jawab Azim sambil mengusik.

“Okay-okay… I maafkan.  Puas?”  Sekali lagi Anis menjeling manja pada Azim.  Mahu saja dia mencubit.   Azim tersenyum lega.

“Eh… you nak minum apa?” Tanya Azim.

“Macam dulu-dulu juga… minuman yang biasa tu.  Masih ingat?”, jawab Anis sambil menguji.

Azim bangun dan memesan minuman.  Sengaja dia buat begitu supaya Anis tidak mendengar apa yang dipesan.

“You buat apa kat bengkel tu, repair kereta ke? Kereta apa?”, Tanya Azim.

“You buat apa kat bengkel tu, repair kereta ke? Kereta apa?”, Ulang Anis bertanya soalan yang sama kepada Azim tanpa menjawab soalan yang diajukan.

“Buat tune-up sikit, enjin tak berapa smooth.  Esok lusa nak jalan jauh.  Kereta apa… tu…nanti kita tengok”, ringkas jawab Azim.

“Buat tune-up sikit, enjin tak berapa smooth.  Kereta apa… tu…nanti kita tengok – I nak you teka kereta I yang mana satu”, ulang Anis dengan sedikit tambahan. 

Azim senyum… dia faham maksud ulangan dari Anis.  Dia merasa semakin lega, Anis sudah mula mahu bergurau mesra.

“Sori Bos… boleh saya letak ini ABC special untuk kakak dan ini untuk abang, teh tarik”, tegur pelayan restoren sambil meletakkan kedua-dua minuman.

“Terima kasih, Zim.  You masih ingat minuman kegemaran I walaupun dah bertahun kita tak minum bersama.  You buat kerja apa sekarang dan office kat mana?”

“You buat kerja apa sekarang dan office kat mana?”, balas Azim tanpa menjawab soalan Anis.

“Oh… balas dendam eehhh…”

“Hello bos… kereta Nissan tu ada masalah sikit, tak boleh siap hari ini.  Ada barang perlu order, petang baru sampai”, tiba-tiba mereka diteguri seorang mekanik.

“Okay-okay… nati saya pergi sana.  Terima kasih ya”, jawab Anis.

“Waaa… Nissan Z4 Fairlady tu you punya eh?  I dah round usyar-usyar tadi. Dasyatlah…  Sebiji macam tuannya… Fairlady !!!.  Tak lama lagi calarnya hilanglah.  Gebu, berseri, menarik dan sempurna sebiji macam muka tuan dia juga.”

“Kan… walaupun tadi I tak jawab soalan you… you boleh dapat jawapan dengan sendiri.  Jom kita pergi tengok”, ujar Anis tanpa mengendahkan pujian Azim.

Selepas Azim membuat pembayaran mereka berjalan menuju ke bengkel.

Sorry lah bos, mounting gearbox kena special order… petang baru sampai.  Sekarang kami sedang buat tuning.  Dan kalau nak siapkan sekali dengan bahagian calar tu kereta kena tinggal, esok petang semua siap.  Kami boleh hantar kereta ke rumah kalau mahu”, pemilik bengkel (Adam) menerangkan situasi kepada Anis.

“Saya punya kereta sudah siap tukar minyak enjin?”, tanya Azim pada Adam.

“Kereta Porsche hitam yang kat tepi tu ya… ya-ya sudah siap.”

“Mari… I hantar you balik.  I nak jumpa mak you juga.  Esok baru boleh ambil kereta you tu”, ajak Azim setelah selesai membuat pembayaran servis keretanya.

“Sekejap… sekejap”, tiba-tiba Adam memanggil Anis sambil mengelui-ngelui.

“Ini isteri saya, Hasmah… dia ada sesuatu yang mahu ditanya, ada masa tak?”

“Boleh… ada apa kak?”

“Tadi masa cik tunggu diruang tamu… saya tak puas lihat wajah cik – cuma cik saja yang tak perasan.  Kulit cik saya lihat sangat cantik, bersih, dan berseri.  Langsung tidak ada jerawat atau bintik hitam.  Sangat gebu – sejuk mata saya memandang.  Kalau tak keberatan boleh cerita cik pakai ubat apa atau apa rahsia cik?”

“Kan… tadi I dah cakap… esok Z4 Fairlady tu jadi macam muka tuan dia juga lah… gebu, berseri, menarik dan sempurna” usik Azim dan mengangkat kening kepada Puan Hasmah.

“Oh… saya cuma amalkan makanan kurang lemak dan pantang pada makanan-makanan tertentu.  Saya elak makanan yang tidak sesuai dengan kulit saya yang boleh menimbulkan jerawat.  Cuma beberapa minggu lepas, jerawat saya agak teruk kerana melanggar pantang.”

“Ubat yang saya gunakan, Puan boleh dapatkan melalui on-line saja, harga pun berpatutan.  Puan layarilah pautan ini: Cara Terbaik Dapatkan Wajah Gebu Anggun Berseri Tanpa Jerawat dan Jeragat untuk membeli ubat tersebut.  Mana tahu ianya serasi dengan kulit Puan.”

Azim dan Anis pun beredar menuju ke kereta Azim.  Ikuti kisah Anis selanjutnya disini: Wajah Anggun Berseri Idaman Setiap Wanita.  Setujukah Mak Eton menerima pemuda yang pernah meninggalkan Anis sebagai menantu?

Artikel berkaitan – klik pada tajuk untuk membaca:
4. Kulit Gebu Berseri Tanpa Jerawat dan Bintik Hitam - anda sekarang berada di sini
5. Wajah Anggun Berseri Idaman Setiap Wanita

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.