Jerawat dan Jeragat Hilang dalam Masa 14 Hari - CrazyDuck -->

Header Ads

Jerawat dan Jeragat Hilang dalam Masa 14 Hari

Rundingan Tangga Gaji Ketika Temuduga




Anis dapat membaca yang Puan Maisarah memang menyukainya.  Jelas padanya yang En. Amir juga sangat senang dengannya – walaupun dia lebih banyak memerhati dari berkata-kata.

***
Nota: Kisah ini adalah sambungan daripada artikel bertajuk Jerawat Menggugat Keyakinan Diri.

***
Anis dapat mengagak bahawa dua lelaki muda itu juga sangat berpuas hati akan ketajamannya tentang hal-hal teknikal dan kejuruteraan sewaktu menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh mereka berdua. 

Saat yang ditunggu sudah tiba dan Anis yakin kali ini nasib lebih memihak kepadanya.

“Oh… kadar gaji itu telalu tinggi.”  “Ya… belum pernah kami menawarkan gaji setinggi itu untuk orang muda seperti awak, kecuali pada yang sudah punya banyak pengalaman.”  Dua ungkapan masing-masing dari En. Amir dan Puan Maisarah.  Anis tahu dia perlu menangani fasa rundingan ini dengan baik. 

“Terlalu tinggi” yang dimaksudkan oleh En. Amir mungkin memberi maksud akan ada masalah dalaman yang perlu mereka hadapi seperti ketidakpuasan hati oleh kaki-tangan lain.  Ia juga bermaksud Anis akan membuat rekod baru tentang aras gaji permulaan kepada graduan baru sepertinya disyarikat itu.  Anis sememangnya sudah menjangkakan halangan seperti ini.

Anis juga faham akan maksud Puan Maisarah – “muda dan kurang berpengalaman” – itu digunakan sebabagi ayat pembunuh atau checkmate.  Kini gilirannya pula untuk mengatur counter checkmate

“Saya sudah membuat kajian latar belakang syarikat ini – saya memahami pasaran, pelanggan, dan pesaing-pesaingnya.  Saya juga mempunyai maklumat tentang jumlah jualan dan keuntungan tahunan syarikat.  Apa yang saya minta bukanlah sesuatu yang syarikat tidak mampu.  Tambahan lagi, ianya tidak terlalu jauh dengan apa yang terdapat dalam pasaran.”

“Konsep saya senang saja, gaji saya adalah hasil dari usaha saya.  Syarikat hanya membuat pembayaran kerana itu adalah protokolnya.  Saya tidak berminat untuk menjadi bebanan kepada syarikat tetapi saya perlu membantu syarikat untuk membuat untung.  Dan saya tahu saya boleh melakukannya.” 

Anis diam dan dia bersedia untuk menamatkan sessi temuduga di situ sahaja jika apa yang dimahukannya tidak dilayan dengan baik.  Dia menutup diari dan mengemaskan pen ke dalam saku bajunya. 

Perlahan-lahan dia menolak kerusinya yang beroda itu sedikit kebelakang sebagai isyarat.  Dalam beberapa detik dia akan bangun.  Anis nekad.  Sekiranya permintaannya tidak dilayan, dia tahu bukan itu syarikat yang dia mahu mencurahkan bakat, kebolehan dan kepakaran, usaha, serta komitmen disamping membina kerjayanya.

Tiba-tiba En. Amir memberi isyarat kepada Senior Engineer dan Business Development Manager untuk beredar dari bilik itu.  Anis mengerti sesuatu yang lebih serius bakal berlaku.  Kedua-dua lelaki itu pun beredar setelah mengucapkan terima kasih kepada Anis.  Namun, Business Development Manager itu sempat mengukir isyarat keningnya kepada Anis dan Anis membalas isyarat itu dengan anggukan dan senyuman.

“Beginilah… saya tak keberatan untuk bersetuju dengan permintaan awak pada tahap YYY, tetapi yang 10% itu agak sukar.”  En. Amir menyambung semula perbincangan.

Is that the best you can do or would you consider if I have a suggestion?” Balas Anis ringkas.

Okay… what do you have in mind?”  En. Amir tahu Anis masih tidak berganjak dari apa yang dia mahu. Dia sangat memahami maksud “Is that the best you can do“ yang diutarakan oleh Anis.

Dalam perkataan lain, Anis memberi erti “Your best is not good enough and I am not going to accept less the the best”.  Maka dia memberi ruang untuk Anis melontarkan cadangan.  Anis adalah calun terbaik setakat ini dalam mengendalikan rundingan dan En. Amir memerlukan orang yang sebegini untuk berunding dengan bakal pelanggan syarikatnya.

“Untuk yang 10% itu, apakah ianya boleh diganti dengan sesuatu yang lain, bukan dalam bentuk gaji pada setiap bulan dan ianya tidak perlu dibayar secara terus kepada saya?”  Anis memulakan penjelasannya bagi memudahkan En. Amir membuat keputusan.

“Okay… teruskan… saya mendengar”, ujar En. Amir.

Sambil menarik semula kerusinya kehadapan dan membuka diarinya, Anis perlahan-lahan menarik nafas panjang.

“Terima kasih tuan… untuk yang 10% itu boleh saja diganti dengan rumah, kereta atau faedah-faedah tertentu yang tidak dibayar kepada saya secara terus”, balas Anis ringkas.

“Oh... saya faham.  Sambil menoleh kepada Puan Maisarah, En. Amir menanyakan berapa kadar sewa untuk sebuah rumah berdekatan dengan syarikat mereka.”

Puan Maisarah yang sudah biasa berurusan dengan agen hartanah di kawasan itu menulis angka pada sekeping kertas dan menunjukkan kepada En. Amir.

Dipendekkan cerita, Anis mendapat gaji pada tahap YYY iaitu tahap gaji tertinggi dalam pasaran dalam bidang yang dipelajarinya.  Syarikat juga bersetuju untuk menyewa rumah bagi kediaman Anis. 

En. Amir juga memberitahu, gaji Anis tidak akan disemak untuk selama dua tahun.  Selepas dua tahun jika prestasi Anis memberangsangkan, Anis akan dipindahkan ke luar negara untuk menyertai operasi disalah sebuah cawangan luar negara, sebagai langkah jangka panjang syarikat memperluaskan pasaran globalnya.

Sebelum pulang, Anis juga berjaya mendapatkan surat tawaran – sesuatu yang belum pernah berlaku dalam syarikat itu sebelum ini.  Kebiasaannya syarikat akan mengeluarkan surat tawaran dalam masa satu atau dua minggu selepas sessi temuduga – jika calun itu berjaya. 

Jelas pada Anis there is exception to every rule.  Yang perlu ialah kita jangan malu untuk meminta.  Dia masih ingat pesanan gurunya, “In business you don’t get what you derserve but you will get what you ask and negotiate for.”

Sementara menunggu surat tawaran siap, Puan Maisarah yang menjaga bahagian Human Resources secara terbuka menceritakan kepada Anis bahawa En. Amir yang memegang jawatan Managing Director sangat suka akan sikap aggressive Anis. 

“Dia suka sikap awak yang dari jenis “go get them”, tidak gentar untuk berunding dan tidak cepat merasa kalah atau berpuas hati.  Sangat sesuai untuk jawatan ini”, kata Puan Maisarah lagi.

Puan Maisarah juga sempat berseloroh, “Saya suka melihat kulit muka awak yang licin, gebu dan berseri tanpa banyak make-up.  Sangat natural, sejuk mata memandang.  Saya perasan yang Senior Engineer tadi tu tak jemu-jemu melihat wajah awak – dan dia masih bujang.”  Anis tidak berkata apa-apa, dia senyum sahaja. 

Hatinya puas menerima teguran begitu.  Berbaloi wang yang dibelanjakan membeli ubat menghilangkan jerawatnya.  Terbukti ianya sangat berkesan bagi kulit wajahnya.  Hanya dalam masa dua minggu sahaja jerawatnya hilang malah kini kulitnya kelihatan begitu segar, gebu dan cantik.

Setelah mendapat surat tawaran, Anis menaiki teksi yang sudah menunggu bagi membawanya ke hotel penginapannya untuk malam itu.  Keesokkan hari dia akan mengambil penerbangan pulang.

“Mak… Alhamdulillah Mak, Anis dah dapat kerja dengan syarikat idaman Anis tu.  Terima kasih atas doa Mak”, ungkapan pertama Anis kepada ibunya melalui telefon. 

Selesai berbicara dengan ibunya, Anis kemudian menelefon Hasni kawan baiknya.

“Eh… tahniah sangat sebab dapat kerja dengan syarikat tu.  Berapa gaji kau dapat”, tanya Hasni.  “Kau percaya tak… aku dapat gaji tahap YYY dan 10% lagi melalui pembiayaan sewa rumah, termasuk bil api dan air”, jawab Anis.

“Eh… ye ke?.  Lahabau kau !!!.  Banyak dari gaji aku tu, banyak sangat”  Jerit Hasni.
“Bolehlah belanja aku nanti, ek?”  Penuh keterujaan Hasni menyambung.

“Jerawat kau macamana, tak menggangu kau kali ni?”  Hasni mengusik Anis.

“Oh, pasal jerawat aku dulu tu?  Tak sia-sia sungguh aku beli dan gunaproduk ni.  Belum sampai dua minggu sudah nampak perubahan pada kulit muka aku.  Jerawat hilang sepenuhnya dalam masa dua minggu.”  Terang Anis.

“Kau tahu, Puan Maisarah salah seorang yang temuduga aku tadi, dia sudah melihat aku sewaktu nak masuk lif.  Sewaktu dia bersalaman dengan aku masa mula-mula jumpa dia kata dia suka lihat wajah aku.”

“Kemudian selepas habis temuduga dia puji lagi dan bertanya apa ubat yang aku pakai sebab katanya kulit muka aku sangat cantik, halus, dan gebu – katanya dia sangat suka melihat.  Senior Engineer tu pun asyik perhati muka kamu jer, kata Puan Maisarah.”  Anis menyambung dengan ketawa riang.

“Aku pun bagi tau ubat apa yang akau pakai pada Puan Maisarah.  Kalau kau nak cuba pun boleh juga.  Nanti aku WhatsApp pada kau macamana kau boleh order.”

Selepas habis berborak, Anis memberikan maklumat ubat yang dipakainya kepada Hasni.  “Has… kalau kau nak tahu lebih lanjut tentang ubat jerawat yang aku guna, sila lihat di link ini ya... Wajah Anggun Berseri.  Aku yakin ianya sangat sesuai untuk kau sebab kita suka makanan yang sama.

Keesokkan pagi Anis mengambil penerbangan pulang.  Sebelum tengahari dia sampai ke rumah.  Mak Eton menyambut Anis dengan pelukan.  Anis menangis keriangan dan mencium ibunya berkali-kali.

“Terima kasih mak … doa mak dimakbulkan”, kata Anis.

“Bila kamu nak mula kerja?, Tanya Mak Eton.

“Lagi seminggu, tapi sebelum tu Anis nak beli kereta supaya mudah pergi balik kerja dan balik jumpa mak.”  Jawab Anis ringkas.

“Kamu ada ke duit nak beli kereta?”, Tanya Mak Eton.

“Insyaa Allah... ada sikit mak, tapi Anis nak guna surat tawaran ini untuk membeli kereta idaman Anis.”

“Tak pernahlah pula mak dengar orang beli kereta dengan surat tawaran kerja, tapi suka hati kaulah… Mak doakan yang baik-baik saja untuk kau”

Petang itu selepas makan tengahari dan selesai solat Zohor, Anis membelek-belek keratan majalah dan akhbar yang disimpannya.  Terdapat gambar kereta kesukaannya pada setiap helai – semuanya dari jenis terpakai tetapi dari model impiannya, iaitu Nissan Z4 Fairlady.

Masih ada masa seminggu untuk dia memilih dari siapa dia akan membeli kereta itu.  Dia terlelap dan terjaga apabila dikejutkan Mak Eton sewaktu azan Asar berkumandang.  Dalam tidur Anis diulit mimpi tentang kereta Nissan Z4 Fairlady yang setiap hari ditemuinya sewaktu pergi dan pulang dari kuliah atau makmal.  Kini impian itu hampir menjadi kenyataan.

Ikuti sambungan episod selanjutnya bagaimana Anis mendapatkan kereta idamannya pada harga yang sangat berpatutan.  Klik pada tajuk ini: Wajah Gebu Berseri Sejuk Mata Memandang.

Artikel berkaitan – klik pada tajuk untuk membaca:
2. Jerawat dan Jeragat Hilang dalam Masa 14 Hari - Anda sekarang di sini

Sebelum pergi ... silakan LIKE dulu ya... kasi semangat sikit bro terutamanya SISTERS !!! Nanti gua tulis bagus-bagus punya lagi... Tekan WEB Version untuk LIKE sekiraya anda menggunakan HP. Sebab guna HP butangnya tak keluar.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.