Salah Ibu Mengandung Apabila Anak Cacat?
Mengandung Itu Satu Anugerah Pemakanan Perlu Hati-Hati
Ringkasan: Artikel terdahulu “Satu Hari Nanti Aku Akan Mengandung Juga” menceritakan kategori 1-4 makanan yang perlu dielakkan ketika wanita sedang mengandung.Lagi 4 kategori diberikan dalam artikel ini.
Kategori 5. Jeruk, Makanan Masin dan Makanan Yang Diawet
“Jeruk masam manis… woo sedapnya. Hmmm… apa dia kata pasal jeruk dan geng yang seangkatan dengannya.” Fikir Asmahani sambil terus mencatit.Kebiasaannya makanan dalam kategori ini mengandungi bahan pengawet. Memang… diluar bungkusan ianya akan ditulis “bahan pengawet yang dibenarkan.”
Untuk orang dewasa dengan bayi dalam kandungan mana sama kesannya.
Episod terdahulu No. 11: Satu Hari Nanti Aku Akan Mengandung Juga
Kesan negative bahan pengawet ialah pada pertumbuhan otak bayi.
Manakala makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan masin dan kobis masin jika terlalu kerap diambil boleh mengarah kepada darah tinggi dan preeclampsia.
Tanda-tanda seseorang yang hamil itu menghidapi preeclampsia ialah bengkak pada bahagian tertentu, kekurangan sel darah merah, hati yang tidak berfungsi dengan betul, air kencing mengandungi protein, masalah buah pinggang, dan paru-paru berair.
Sangat berbahaya kepada ibu dan anak.
Nota: rujukan tambahan boleh dilihat di “baby center” dan “baby guide.”
Kategori 6. Makanan Yang Mengandungi Pemanis Tiruan dan Kandungan Kafein Yang Tinggi
“Ohh… ini lah yang dikatakan pemanis tanpa gula. Buatan bukan asli punya. Nutrasweet dan Equal. Bahan utamanya aspartame.” Asmahani mulai faham.Kesannya?
Risiko untuk bayi menjadi terlalu gemuk. Jika tidak sewaktu dilahirkan ketika pembesarannya. Emaknya pun boleh jadi extra berat ketika hamil dan selepas bersalin.
Minuman dari jenis “carbonated drinks” memang selalunya menggunakan aspartame sebagai pemanis. Coca-cola dan sekutunya semua menggunakan pemanis jenis ini. Tak banyak, sikit mesti ada.
Nota: Kalau nak tahu lebih mendalam kesan sampingan negative pemanis seperti Nutrasweet dan Equal, masukkan keywords ini dalam kotak carian kat Yahoo atau Google: “nutrasweet side effects.”
Kafein pula ialah kawan rapat pada aspartame. Sebab itu bila kena Coke, Pepsi, Fanta, Miranda, 7up, Sprite, Mountain Dew secawan… mata segar bugar.
Kopi kaw lagi lah… nama pun kopi.
Kesan kafein: degupan jantung akan menjadi lebih kuat kepada ibu dan anak dalam kandungan bila mengambil minuman atau makanan yang mengandungi kafein.
Risiko menjadi lebih tinggi pada bayi sehingga boleh menyebabkan jantung bayi terhenti.
Kekerapan membuang air akibat kafein akan menyebabkan badan kekurangan air (dehydrated).
Kecacatan terhadap bayi juga telah dibuktikan secara saintifik akibat dari pengambilan kafein berlebihan.
Rujukan lanjut berkaitan baby dan kafein: “Caffeine during pregnancy.”
Kategori 7. Makanan Yang Terlalu Manis Bergula
“Tadi manis tetapi dengan pemanis tiruan. Ini pula manis dengan gula bukan senyuman.” Asmahani senyum sendirian.“Hmm… ingatkan kencing manis hanya untuk orang yang sudah berumur. Rupanya tak. Gestational diabetes namanya untuk kencing manis bagi ibu yang hamil.”
Biar manis senyuman bukan manis kencingan. Semut hurung nanti.
“Banyak pengambilan gula… nak bersalin nanti teriak sakan. Baby terlalu besar. Ooo… tak mau aku!!!” Senyum Asmahani dalam keseraman.
Rujukan lanjut: “Gestational diabetes.”
Kategori 8. Makanan Berlemak Tinggi (Termasuk Satay Kambing)
“Eh… apa lah yang dibuat oleh Si Rosli sekarang ni. Dok jaga business satay dia agaknya.”“Tapi dia bukan jual satay kambing. Lembu dengan ayam saja. Hmm… selamat. Jangan nanti bila ter-pregnant aku ter-mengidam nak makan satay kambing sudah.” Fikirnya.
“Oooo… kambing ni tak sesuai pada mereka yang sudah ada darah tinggi. Boleh menyebabkan preeclampsia sama seperti makan makanan masin.”
“Ini nak ter-mengidam ke nak preeclampsia? Baik main jauh-jauh dari kambing sewaktu pregnant nanti. Itu pun kalau aku ter-pregnant nanti.”
Asmahani terlelap sambil handphonenya masih ditangan. Alarm sudah siap di pasang. Esok dia ada meeting lagi.
Sebelum alarm berbunyi… dia bermimpi. Baik punya mimpi. Merendek dengan si Rosli.
“Eh… aku mimpi dengan dia lah… Apa maksudnya ni?” Mimpi pula selepas baca hal-hal ibu mengandung.”
“Hmm… hari ini Technician POS system akan pergi jumpa dia. Dia tak tau lagi yang aku tak datang sekali dan sedang berada di PJ ni.”
“Tak apalah… kalau dia ingat kat aku, mesti dia call atau hantar mesej.” Fikirnya lagi.
Bersambung… ya masih bersambung.
Anda ada anak atau ahli keluarga yang bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan?
Mahukan mereka mencapai kecemerlangan?Cemerlang dalam peperiksaan bukan jaminan hidup senang tetapi ianya memudahkan banyak perkara dikemudian hari.
Tak nak KLIK gambar atas ni? Anda tak suka anak cemerlang dalam peperiksaan lah tu. Cemerlang hari ini Senang diesok hari. Berbaloi...
Tak nak KLIK gambar tak apa... klik butang bawah ni. Terima kasih.
Thank you for your comments