Penyakit Darah Tinggi - Hidup Ceria Bila Anda Kenal dan Waspada Akan Tanda-Tandanya
Hiasan: FB Raja Mohd Shahrim - Italian Teh Tarik |
Aku Diberikan Ceramah Percuma Tentang Darah Tinggi Dan Sakit Jantung
Artikel sebelum ini mengisahkan Pak Tam aku yang perlu dibedah kerana serangan stroke akibat pendarahan dalam otaknya. Punca utamanya ialah darah tinggi. Juga disentuh artis-artis dan orang terkenal yang pergi diketika usia muda. Samada kerana darah tinggi, sakit jantung mahu pun kanser.
Artikel ini pula membincangkan tentang tanda-tanda apabila seseorang itu mendapat darah tinggi. Kenali tanda-tanda ini. Ia boleh membantu anda hidup lebih ceria samada sekarang atau diketika usia lanjut.
Mesti tua kan satu hari nanti. Atau anda dah cecah lima puluhan? Elok baca eh...
.
.
Sedang aku menikmati keenakkan kueh, tiba-tiba datang seorang lelaki.
“Tak ada orang ke kerusi ni?” Dia bertanya.
“Oh… tak ada. Saya sendirian saja. Silakan.” Aku memberi pelawaan.
“Sembang rancak dengan Dr. Azhar, tadi?” Dia memulakan perbualan sambil membetulkan kedudukan kerusi. Beberapa ketul kueh dan secawan teh tarik belum disentuhnya.
.
“Ya… tentang darah tinggi dan stroke. Pak Tam saya nak kena buat operation tempurung kepala. Ada pendarahan pada otaknya akibat saluran darah yang tersumbat.” Aku menjelaskan.
.
Hiasan: Kek Pisang Berhantu - FB Mayee Nazrich |
Sudah aku agak yang tadi itu mungkin seorang Dr. dari pakaian dan cara percakapannya.
“Tuan ni… nama Dr…….” Aku bertanya.
“Err… saya Maslan. Satu department dengan Dr. Azhar.” Kami besalaman sebagai tanda perkenalan. Hmm… lagi seorang Doktor bisik hati aku. Apa aku nak sembang ni?
Suasana sepi sekejap. Aku membiarkan dia menjamah kueh dan menghirup teh tariknya. Sembang lebih tak makan dia nanti. Aku tak apa lah… dah nak selesai.
“Dah berapa hari Pak Tam you dikesan stroke?” Dia memulakan perbualan setelah beberapa ketul kueh dihabiskan.
“Minggu lepas dia pitam dan pengsan. Bawa ke Hospital Daerah, Dr. bagi ubat, lega lah. Lepas tu dua hari sudah dia sesak nafas dan macam tak ingat satu benda pun. Hospital Daerah bawa sini. Buat scan nampak ada blood clot.”
“Apa yang dia makan menyebabkan pitam tu? Selalunya pening atau sakit kepala dulu sebelum pitam.” Dia membuat andaian.
“Betul tu Doktor. Dia makan sup gearbox lepas tu durian.” Aku menjawab ringkas.
“Ohh... itu kombinasi potent (membunuh) tu. Sama macam makan mee terus makan chocolate.”
“Dr. nak balik pukul berapa?” Aku bertanya apabila teh tariknya tinggal untuk tegukan terakhir. Mana tahu kalau dia ada masa boleh aku tanya itu ini pasal darah tinggi ni.
.
.
“Saya buat extra time hari ni. Cover kawan, ramai pesakit. Kesian kawan tu sorang-sorang. Tak tercekau dia. Tapi saya ada masa lagi. Sekarang ambil break. Kenapa?”
“Oh… kalau Dr. tak keberatan, cerita sikit kat saya akan hal darah tinggi ni. Symptom, faktor penyebab, cara nak mengelak, apa maksud darah tinggi tu dan apa saja yang sempat. Sementara Dr. ada masa ni.”
“Boleh. Tapi jap saya hantar mesej kat office supaya kalau ada benda urgent minta dia orang notify saya. Manalah tahu kot nanti asyik bercerita terlambat masuk atau dah ada pesakit yang menunggu. Tak syiok macam tu. Jap ek.”
“Terima kasih Doc.”
“OK… ermm… macamana nak start eh. OK… kita start dengan symptoms dulu lah... ya?”
“Baik Doc."
.
Symptoms Atau Tanda-Tanda Mengidap Darah Tinggi
"Ada beberapa petunjuk sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit darah tinggi. Saya tak ingat semuanya. Antaranya ialah:-
1. Sakit kepala atau pening. Ini disebabkan oleh tekanan darah melepasi tahap normal.
2. Bagi orang yang berkulit putih nampak wajah mereka kemerah-merahan
3. Hidung berdarah
4. Degupan (debaran) jantung yang kuat
5. Tak larat atau cepat penat. Terutama apabila melakukan kerja berat
6. Pandangan menjadi kabur
7. Kerap kencing
8. Cepat naik angin (marah). Terutama terhadap isu-isu yang tidak digemari. Stress berlebihan tanpa sebab yang munasabah
9. Gelap mata atau pitam terus."
“Terima kasih Doc… sekarang saya faham akan cerita Mak Tam yang mengatakan Pak Tam pitam, sakit kepala, dan pening yang berpanjangan selepas makan sup gearbox dengan durian tu.”
“Pak Tam juga memang ada kepenatan sekali sekala bila dia terlebih buat kerja angkat mengangkat.”
“Rupanya darah tingginya sudah sampai tahap kritikal waktu tu. Tapi tak ada pula saya dengar dari Mak Tam kalau-kalau dia ada buat check-up ke apa.”
“Biasanya macam tu lah… ramai orang tak ambil kisah pasal kesihatan. Dah teruk sampai nak kena operate payah cerita dah.” Dr. Maslan menyambut ngomelan aku.
Artikel Berkaitan
Tak kena darah tinggi ini pun boleh habis. |
1. Kerana Darah Tinggi Pembedahan Tempurung Kepala Terpaksa Dilakukan
.
2. Penyakit Darah Tinggi - Hidup Ceria Bila Anda Kenal dan Waspada Akan Tanda-Tandanya - Anda di sini.
.
3. 8 Faktor Perlu Diberi Perhatian Jika Tidak Mahu Penyakit Darah Tinggi
.
4. Bagaimana Sakit Jantung Berkait Rapat Dengan Darah Tinggi
.
5. Bolehkah Penyakit Darah Tinggi dan Sakit Jantung Dielak?
.
6. Penyakit Darah Tinggi - Bukankah Lebih Baik Mengelak Dari Merawat?
Suka artikel ini atau itu 2 orang awek cun melecun? Suka mana-mana pun... meh tekan butang LIKE kemudian share lah kat mana saja.
Thank you for your comments