Bagaimana Sakit Jantung Berkait Rapat Dengan Darah Tinggi - CrazyDuck -->

Header Ads

Bagaimana Sakit Jantung Berkait Rapat Dengan Darah Tinggi

Sakit jantung dan darah tinggi adalah penyakit yang menjadi “silent killer” dan meragut banyak nyawa orang. Aku tak mahu jadi “next” dan sudah tentunya anda juga. Elakkan dari menjadi mangsa. Ianya perkara yang boleh dielak seperti mengelak Bulan Roadblock 1Malaysia
Kek Pisang Berhantu. Gambar FB Mayee Nazrich

Bagaimana Sakit Jantung Berkait Rapat Dengan Darah Tinggi

Selesai dengan 8 faktor utama penyebab penyakit darah tinggi, kefahaman aku akan pengertian penyakit ini dimantapkan lagi. Penjelasan dari Dr. Maslan akan risiko darah tinggi terhadap serangan jantung memberikan aku motivasi untuk mendalami kefahaman tentang kaitan antara dua pembunuh senyap ini

.

Kedua-dua ini adalah penyakit yang menjadi “silent killer” dan meragut banyak nyawa orang. 



Aku tak mahu jadi “next” dan sudah tentunya anda juga. Meh baca… dan elakkan dari menjadi mangsa.
.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Darah Tinggi Itu?

“Terima kasih banyak Doc. Banyak yang saya belajar petang ni."



"Doc masih ada masa ke lagi ni?” Aku bertanya mahukan kepastian dan tidak mahu dia terlalai dengan tugasnya.


“Ada sikit masa lagi. Kalau you nak sambung dengar boleh jer. Lagi pun kalau ada something urgent dia orang akan call saya."



"Saya sekarang lebih kepada on-call duty, standby on-site.”


“Kalau dah Doktor kata macam tu… kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Terima kasih Doc.”


“OK… jom teruskan. Tapi sebelum tu… you faham tak apa yang dimaksudkan tekanan darah tu?” Dr. Maslan bersemangat mahu menurunkan ilmunya sambil menghabiskan kueh yang terakhir.

.

Tekanan Darah Bagi Orang Dewasa Dan Risiko Darah Tinggi

“Dari apa yang saya boleh ingat sewaktu cek darah masa nak ambil insurance dulu, result saya ialah 110/80. Nurse yang buat pemeriksaan tu kata OK… ini normal untuk orang dewasa. Awak tak ada masalah, katanya.”


“110/80 itu bermaksud tekanan systolic (110 mm Hg) sewaktu jantung mengepam darah. Dan 80 itu pula tekanan diastolic (mmHg). Iaitu tekanan darah antara degupan jantung.”


“Itu sajalah yang saya faham.”


“Yang dimaksudkan dengan darah tinggi tu saya tak pasti berapa bacaan yang dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi. Pastinya tinggi dari bacaan yang saya terima.”


Aku memberikan penjelasan setakat mana yang aku tahu. At least… tahu juga lah. Tak adalah nampak sangat aku ni macam bodoh piang bengong ignorance terus. Kalau silap pun dia pasti faham. 


“Betullah apa yang you cakap tu.” Dr. Maslan mengakui dan aku rasa lega kerana kebodohan aku tidaklah terserlah sangat.


OK… darah tinggi ni boleh dikategorikan kepada 5 kategori utama:-“
1. Normal: Kurang dari 120/80
2. Darah tinggi sedang bermula: 120/80 ke 139/89. Juga bermaksud 120-139 / 80-89


3. Tekanan darah tinggi tahap (1): 140-159 / 90-99. Risiko tinggi.
4. Tekanan darah tinggi tahap (2): 160++ / 100++ Risiko sangat tinggi.


5. Untuk mereka yang berumur lebih dari 60 tahun, tekanan darah tinggi ialah apabila mencapai     150++/90++


“Risiko untuk kena serangan jantung, lemah jantung dan stroke akan bertambah apabila seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi.”


“Maka eloklah berikan perhatian jika belaku symptom yang kita sembang tadi dan juga 8 faktor yang menyebabkan penyakit darah tinggi.”


“Darah tinggi ni sejenis penyakit yang dipanggil “silent killer.” Penyebab utama kematian dan kecacatan pada umur yang masih produktif.”
.

Kalau Tuan Punya Diri Tak Mahu Jaga Diri?

“Tapi sangat ramai yang tak ambil kisah nak pedulikan. Kalau dapat detect awal, senang sikit nak amalkan ubat atau herba yang sesuai.”


“Bila dah sampai tahap pitam, kena stroke, atau dikesan ada lemah jantung… samada hampir terlambat atau sudah terlambat. Tak boleh nak buat U-turn dah. Kalau boleh pun jalannya dah semput, tak macam enjin original.”


“Tambah pula bila start kena potong sana potong sini… yang baik dan sembuh tu memang ada, tapi kosnya pula tersangat tinggi. Bila dah kena potong… cacatlah jadinya. Tak akan jadi 100% seperti original.”


“So… adalah lebih baik amalkan cara hidup dan lifestyle yang sihat dari awal.”


Dr. Maslan mengakhiri leterannya untuk pengenalan tentang darah tinggi dengan nasihat. 


Betulkan Apa Yang Biasa dan Biasakan Apa Yang Betul

Ya… aku sedar aku pun bukan jenis orang yang mementingkan gaya hidup sihat. Senaman jarang sangat, harapkan aktiviti berkebun saja. Makan main belasah ikut selera. Nak amalkan herba jauh sekali. 


Tapi… lepas melihat keadaan Pak Tam yang menyedihkan itu dan kena leteran Dr. Maslan ni baik aku mulakan sesuatu yang baru. 


Ubah style lama dan amalkan hidup sihat. Aku masih punya masa dan belum terlambat.


Apa benda yang aku buat sebelum ini tak betul... akan aku betulkan. Kemudian biasakan dengan yang betul saja. It's a lifestyle. Make it a habit. Make it a healthy one.



Nak mati pun… matilah… tapi aku tak mahu menyusahkan orang di sekeliling aku. 



Sebaliknya aku mahu membahagiakan mereka. Kalau aku sendiri tak jaga diri aku… nak harap siapa? 


Masa untuk berpisah sudah tiba apabila HPnya bergegar.


“OKlah… saya nak kena pergi ni.”


“Terima kasih sudi menemani saya dan juga bercerita pasal darah tinggi ni. Banyak yang saya belajar petang ini.” Aku bangun dan bersalaman dengannya


“Ahh… tak ada hal lah. Lain kali datang sini carilah saya, eh.” Baik Doc. Terima kasih. Aku menjawab ringkas.
.

Darah Tinggi Dan Sakit Jantung – Apa Kaitannya?

Pertemuan dengan Dr. Azhar dan Dr. Maslan membuka minda aku untuk mengetahui lebih mendalam apa kaitan darah tinggi dan sakit jantung. Aku tak mahu jadi seperti Mat Gemuk yang pergi diusia muda.


Belum sempat 40. There is too much to live for. 


NotaArtikel ni boring tapi ada isinya. 


Bacalah sampai habis. 


Selalunya apa yang kita suruh itu orang tak nak buat... yang dilarang pula sangat disukai. 


So... suka hati korang lah... nak baca ke tak nak. Tugas aku menyampaikan dah selesai.
.

Kolesterol, Lemak, Kalsium, dan Protein 

Apabila kolesterol, lemak, kalsium, dan protein terkumpul dalam saluran darah, saluran darah menjadi sempit. Bahan terkumpul ini juga akan membentuk plak yang mengeras di bahagian luar tetapi lembut di bahagian dalam.

.

Gambar: www.healthlifestylejournal.com

Kesempitan saluran darah meningkatkan tekanan darah dan memaksa jantung untuk bekerja lebih kuat bagi menghantar darah secukupnya.


Coronary artery ialah saluran darah yang membekalkan darah untuk jantung. Plak yang keras boleh pecah. Menyebabkan berlakunya pendarahan (internal bleeding). 



Apabila darah ini membeku (seperti akibat luka) darah beku tadi akan menambahkan sumbatan pada saluran darah.


Apabila coronary artery tersumbat dengan teruk sel-sel jantung yang tidak mendapat bekalan darah pada kadar mencukupi akan rosak dan mati. 


Ketika ini pengidap sakit jantung akan merasai kesakitan pada dada di sebelah kirinya. Dalam masa yang singkat serangan jantung seperti ini akan mengakibatkan pengidapnya mati.

.

Saluran-darah-akibat-plak-sama-seperti-paip-yang-tersumbat-akibat-karat
Saluran darah akibat plak sama seperti paip yang tersumbat akibat karat.
.

Symptoms Sakit Jantung

Untuk orang yang menghidap lemah atau sakit jantung, symptom yang biasa terkait selain dari sakit di dada sebelah kiri ialah:-


• Ketidak-selesaan pada tangan, belakang, tengkuk atau pun dagu. 
• Nafas yang tercungap-cungap (sesak nafas), 


• Mual seperti nak muntah atau 
• Terasa seperti melayang-layang (gelap mata).



heart-attack-due-to-blockage-in-blood-flow
Tekanan darah tinggi sebagai salah satu punca sakit jantung atau serangan jantung.
.
Artikel ini bersambung pada tajuk berikut:- "Bolehkah Penyakit Darah Tinggi dan Sakit Jantung Dielak?" Pautannya dan 5 lagi artikel tentang darah tinggi di bawah sana ya.


.
Artikel Berkaitan
Follow-your-heart-but-take-your-brain-with-you
Follow your heart but take your brain with you. Heart & Mind www.praxisnow.com
Degupan jantung dah slow? Tekanan darah dah turun? Stress dah hilang? Meh tekan butang bawah ni. Lepas tu share terus. Mana pun OK. Janji share jer.