Penyakit Darah Tinggi - Bukankah Lebih Baik Mengelak Dari Merawat? - CrazyDuck -->

Header Ads

Penyakit Darah Tinggi - Bukankah Lebih Baik Mengelak Dari Merawat?

Penyakit darah tinggi dan sakit jantung. Pilihan terbaik ialah sebelum terkena, jangan bagi kena. Mengelak. Prevention is always better than cure. Bila dah kena dan keadaan sudah terlambat potong sana tebuk sini pasti akan berlaku.Tapi ye ke boleh ke mengelak?
4 jenis herba sesuai untuk amalan kurangkan risiko darah tinggi. Buah tunjuk langit, Mas cotek, Daun 7 Duri, dan Akar Seruntun.

Bila Dah Kena Darah Tinggi Apa Pilihan Selain Dari Ubat Hospital?

Pilihan terbaik ialah sebelum terkena... jangan bagi kena. Mengelak. Prevention is always better than cure. Bila dah kena dan keadaan sudah terlambat… potong sana tebuk sini pasti akan berlaku.

Tapi boleh ke mengelak?
Pertanyaan bila dah kena itu boleh dikategorikan sebagai berikut:-


Mengalami symptoms atau tanda-tanda awal yang penyakit darah tinggi akan dijangkiti. Lihat pada tajuk “Symptom Atau Tanda-Tanda Mengidap Darah Tinggi.”
 Sebaik-baiknya ketika inilah tindakan sudah mula diambil. Jangan tunggu sehingga pitam baru sedar ianya akibat darah tinggi.

Cari lah ubatan berasaskan herba yang tidak mendatangkan kesan sampingan selepas kelegaan dari rawatan hospital.

 Kelegaan bermaksud tekanan darah masih berada ditahap melebihi sedikit dari normal tetapi anda sudah boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. 

Tanpa ada pening atau petanda lain yang mengarah kepada darah tinggi.

Rujuk pada pakar yang bertauliah atau dapatkan kepastian dari pembuatnya sekiranya perlu mengambil ubatan yang perlu ditelan.

➤ Mengamalkan herba-herba tertentu seperti:-
    .          - Buah Tunjuk Langit
    .          - Daun Mas Cotek

    .          - Daun dari Pokok Jarum Tujuh Bilah
    .          - Akar Seruntun

    Empat herba di atasi boleh dirujuk pada artikelnya yang mengandungi maklumat ringkas dengan klik di => SINI <=


    ➤ Mengamalkan herba-herba tertentu selain dari yang disebutkan di atas seperti:-
              - Misai Kucing
    .          - Teh Hijau

    Dua herba ini belum aku tulis apa-apa. Updatenya Insya’Allah akan tercapai juga nanti.

    Secara umumnya, herba-herba di atas boleh dibuat seperti teh Cina untuk dijadikan amalan minuman. Pilih mana satu atau kombinasi yang sesuai dengan anda. Dan jika punya tempat untuk di tanam, lebih baik. 

    Daunnya diambil dan dibuat teh. Kebanyakan pokok herba ini mudah jer nak hidup dan membesar.

    Lagi dipotong ambil daunnya... lagi subur merendang jadinya.

    Teh Herba Buatan Sendiri

    Gambar di bawah ini ialah penyediaan teh herba yang aku buat sendiri dan amalkan. Setiap hari. Menggantikan air kosong. 

    Satu hari 4-5 gelas dari sejemput herba yang direndam dalam air panas. Tanpa gula.

    Sekali kutip daun dan proses boleh diguna untuk lebih dari sebulan.
    .
    penyediaan-teh-herba-ala-Oolong-tea

    Caranya ialah:-
    1. Pokok herba sudah sedia ada dan subur
    2. Kutip pucuknya yang segar lembut tu

    3. Potong dan buang tangkai daun yang keras
    4. Gunting daun sehingga sebesar jari dan masukkan dalam kuali

    5. Guna suhu sederhana. Tiru cara pembuatan Oolong Green Tea. Ia sejenis teh Cina yang masyur dan mahal.

    6. Ambil sejemput (sikit jer) masukkan ke dalam gelas dan tuangkan air panas. Biar satu jam atau lebih.

    7. Sedia untuk diminum

    8. Baki daun dalam gelas ditambah air panas lagi. Lepas ambil airnya untuk kali ke dua, tambah semula air panas. Boleh ulang 4-5 kali rendaman dari sejemput yang sama.

    9. Untuk satu hari rendaman yang berulang kali hanya guna sejemput sudah cukup.
    .

    Mengamalkan Teh Herba Bunga Yang Sudah Dikeringkan

    Selain darah tinggi, herba bungaan seperti dalam gambar di bawah juga baik untuk merawat kencing tak lawas, masalah buah pinggang dan lemah nafsu shawat.


    Seperti kita perlu makan, berak, kencing dan mandi setiap hari, minuman herba ini juga begitu. Ianya untuk amalan harian. Bukan ambil hari ini… esok dan hari-hari seterusnya sudah seperti enjin semput ditukar minyak dan plug baru.
    .
    Gambar ini sebagai hiasan saja. 
    herba-dari-bunga-bungaan-untuk-lelaki-kuat
    KLIK gambar untuk maklumat lanjut.
    .
    Cara amalannya adalah seperti berikut.- 
    1. Ambil sejemput (sikit jer) masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas. Biar ekstraks herba keluar dan menjadi seperti air teh. Pindahkan airnya kedalam gelas lain. Sedia untuk diminum.

    2. Baki herba dalam gelas (atau teko/jug) ditambah air panas lagi. Lepas ambil airnya untuk kali ke dua, tambah semula air panas. Boleh ulang untuk beberapa kali rendaman. Ikut kesesuaian, mahu pekat atau mahu cair.

    3. Untuk satu hari rendaman yang berulang kali hanya guna sejemput sudah cukup.

    Jangan tunggu semput baru nak tukar plug dan minyak enjin ya… enjin tu nanti tak tahan lama.
    .

    Mengamalkan Herba Yang Sudah Dikapsulkan

    Ini bagi yang sibuk dan selalu mengejar masa. Amalkan herba yang sudah siap diadun dan dikapsulkan. Sebagai contoh KLIK => Jamu Herba Tradisional Rawoherb <= ini.
    .
    kapsul-herba-untuk-rawatan-sendi-lutut-pinggang-darah-tinggi-kencing-manis
    KLIK gambar untuk maklumat lanjut.

    Manfaat Teh Herba dan Kapsul Herba

    Herba-herba ini membersihkan darah dan membantu pembuangan toksin dari dalam badan. Mengelakkan kencing yang tak lawas dan menyihatkan buah pinggang. Risiko nak kena batu karang jadi kurang.

    Mengandungi anti oksidant mengelakkan kerosakkan organ dalaman dengan membunuh sel-sel kanser. Tekanan darah jadi stabil dan anda jadi kurang stress.

    Biar senyuman saja yang manis tapi jangan air kencingnya. Nanti kena potong kaki. Tak nak kencing manis… amalkan lah herba-herba yang sebegini.

    Artikel Berkaitan
    .
    Burung-helang
    You have so much to live for.
    Only you can take care of yourself.
    Baca semua artikel yang berkaitan dengan artikel ini. Pautannya seperti disenaraikan di bawah:-

    ➤ Kerana Darah Tinggi Pembedahan Tempurung Kepala Terpaksa Dilakukan
    .
    ➤ Penyakit Darah Tinggi - Hidup Ceria Bila Anda Kenal dan Waspada Akan Tanda-Tandanya

    Dapat sesuatu dari artikel ini? Ya... please tekan salah satu butang di bawah ini, eh.. TQ!!!

    No comments

    Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.