Kerana Darah Tinggi Pembedahan Tempurung Kepala Terpaksa Dilakukan
Jangan Asyik Nak Marah. Stress Nanti Kena Darah Tinggi. Pesanan Mak Tam Ini Masih Segar Dalam Ingatan
Masih terkenang aku akan wajah Pak Tam menerima pesanan doktor pakar tentang pembedahan pada bahagian kepalanya. Tempurung kepalanya terpaksa dibedah. Dia mengalami stroke dan disahkan akibat darah tinggi.
Sebahagian dari urat saraf perlu dipotong bagi membuang darah beku.
.
Berat badannya turun mendadak sejak kebelakangan ini. Seleranya hilang. Tidurnya kacau.
.
Menunggu perkhabaran |
“Pak Tam kau tu kadang-kadang bila duduk rumah cepat naik anginnya. Kalau barang yang dicarinya tak jumpa ada ketika dihempas atau dibalingnya bila ditemui semula."
"Sudah lah dia stress… dengan kita-kita sekali jiwa kacau.”
"Sudah lah dia stress… dengan kita-kita sekali jiwa kacau.”
“Ini dah kena stroke macam ni akibat darah tinggi dan tak kawal stress baru nak menung.”
“Orang pesan dan nasihat kita pula dimarahi.” Itu antara kata-kata Mak Tam yang masih aku ingati. Ada kekesalan pada suaranya.
Bagi aku, bukan sekadar mengingati sahaja…aku perlu ikuti pesanannya.
.
Stress? Pergilah Bawa Bertenang
Apabila aku menghadapi masalah yang tak boleh diselesaikan, aku bawa bertenang. Pergi memancing di tasik berdekatan atau kayuh basikal keliling kawasan perumahan.
Sambil bawa bertenang tu dapatlah idea macamana nak selesaikan masalah. Balik, terus buat apa idea yang aku dapat… dan selalunya menjadi.
So… tak payah nak stress. Cepat tua. Senang dapat penyakit. Hidup tak gembira. Nak buat apa?
Selesai menyerahkan surat tandatangan persetujuan untuk pembedahan kepada pihak hospital aku dan Mak Tam mengambil haluan sendiri. Dia balik rumah. Aku kelaparan… lalu masuk ke café hospital.
Waktu sudah lewat petang.
.
Apakah Kombinasi Sup Gearbox dan Durian Boleh Jadi Fatal?
Dengan beberapa ketul kueh dan teh tarik aku berkongsi meja dengan seseorang. Besar kemungkinan petugas yang berpangkat di hospital itu melihat dari cara dia berpakaian.
“Silakan…” Jemputnya selepas aku bertanya samada kerusi masih kosong.
“Terima kasih…Seorang saja ke atau tunggu orang lain?” Aku memulakan perbualan.
“Sendirian. Sementara tunggu adik saya sampai saya lepak dulu kat sini. Lapar. Tak sempat nak lunch tadi. Pesakit ramai. You datang melawat siapa?”
“Oh… Pak Tam saya. Dia nak kena buat operation. Kena stroke. Kadang-kadang dia ingat kadang-kadang dia lupa. Cakap pun tak berapa normal.”
“Oh… itu sangat besar kemungkinan pendarahan dalam otak tu.” Dia membuat tekaan. Tapi memang tepat.
“Ya… tempurung kepalanya perlu dibedah. Untuk potong satu saluran darah yang tersumbat.” Aku mengiyakan tekaannya.
“Umurnya berapa?”
“Lewat lima puluhan.”
“Apa dia makan sebelum disahkan ada kena stroke?” Tanyanya lagi.
“Kalau ikut cakap Mak Tam, minggu lepas dia makan sup gearbox. Kebetulan bersebelahan restoren tu orang jual durian."
"Dia makan durian kat situ juga selepas habis sup tu. Balik rumah dia pening, sakit kepala dan pitam.”
"Dia makan durian kat situ juga selepas habis sup tu. Balik rumah dia pening, sakit kepala dan pitam.”
“Hmm… ya.” Ringkas jawapannya tanpa ada penjelasan lanjut. Ada maksudnya di situ. Sengaja aku tidak bertanya lanjut.
.
.
Perginya Mereka Ketika Usia Muda Dipuncak Kejayaan
“You tau tak… kat hospital ni setiap minggu ada kes kematian. Yang tua yang muda tak kira umur. Puncanya pelbagai. Penyakit yang berkaitan dengan darah tinggi seperti stroke dan sakit jantung sangat biasa.”
Tiba-tiba dia melihat mesej pada HPnya sedang bergegar.
“Errr… saya kena pergi dulu lah… ni adik saya dah sampai. Terima kasih sudi menemani saya.”
“Oh ya… sama-sama. Insya’Allah ada rezeki kita jumpa lagi.”
.
Setiap Minggu Ada Berita Kematian
Ya… memang benar apa yang dikatakannya tadi. Setiap minggu ada kes orang meninggal yang aku dengar atau baca beritanya.
Yang tua yang muda termasuk orang-orang terkenal. Beberapa hari lepas vokalis kumpulan Samudera, Ujang (Sarfen Husin, 50-an) pula pergi.
Ada yang lain perginya mereka pada usia muda dan dipuncak kejayaan. Sakit jantung, kanser selalu dikaitkan sebagai penyebab utama. Dan punca sakit jantung ini pelbagai. Kanser juga begitu.
Darah tinggi (high blood pressure) merupakan penyumbang utama kepada masalah lemah jantung.
Errr… korang kenal dengan wajah-wajah dalam gambar paling atas tadi? Al-fatihah untuk mereka berempat dan yang di atas tadi tu sebelum kita meneruskan pembacaan artikel ini...
.
.
Keempat-empat mereka dari sudut umur, kareer, dan penyakit adalah seperti berikut:
➤ Hani Mohsin, 41 – Host Roda Impian mengidap sakit jantung.
➤ Aziz Desa, 50 – Wartawan dan pengacara TV. Mengidap buah pinggang, kencing manis, dan sakit jantung.
➤ Mohd Asri Ibrahim, 40 – Volakis Rabbani meninggal akibat serangan jantung.
➤ Anaz Ahmad Tajuddin, 43 – COO Air Asia mengidap kanser.
Ya… perginya mereka pada usia muda dan boleh dikatakan dikemuncak kejayaan kareer mereka.
Memang… ajal itu Allah yang menentukan. Dan mati itu satu kemestian. Tetapi manusia diberikan akal dan pilihan untuk bertindak.
Bukan menyerah bulat-bulat. Ibarat sudah nampak kereta datang laju, kita tetap berlenggang atas jalanraya yang sibuk.
“Kalau Allah tak izin aku mati kena langgar, tak mati punya.” Betul lah tu… tapi cubalah berdiri kat atas highway tempat kereta dipandu laju. Allah izin ke tidak? Lihat dan ertikan ayat di bawah;-
.
.
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (An-Najm 53:39).
Kecualilah jika korang seorang yang setahap dengan Sunan Bonang yang punya kesaktian tinggi dan boleh jurus itu ini.
Setakat orang biasa-biasa macam aku ni… bukan bagi jurus tapi boleh kena jirus… Jirusan mandi sebelum disolatkan. Pulang ke Rahmatullah.
.
Mereka Di Kemuncak Kejayaan Kita Pula Bagaimana?
Aku hanya mahu hidup sebagai orang biasa-biasa. Bermaksud tidak tinggi dan tidak mencapai keadaan luar biasa dari sudut apa yang terkandung di dalam darah.
Seperti tekanan darah, paras gula dan uric acid.
Seperti tekanan darah, paras gula dan uric acid.
Aku hanya mahukan tekanan darah sentiasa berada pada tahap normal macam orang biasa yang sihat.
Nak makan durian buah kesukaan tu pun tak ada risau. Tapi jangan makan lepas kena sup gearbox atau sup yang jenis banyak lemak ya. Sekadar berhati-hati.
.
.
Artikel Berkaitan
Baca semua artikel yang berkaitan dengan artikel ini. Pautannya seperti disenaraikan di bawah.
.
1. Kerana Darah Tinggi Pembedahan Tempurung Kepala Terpaksa Dilakukan - Anda sekarang di sini.
2. Penyakit Darah Tinggi - Hidup Ceria Bila Anda Kenal dan Waspada Akan Tanda-Tandanya
3. 8 Faktor Perlu Diberi Perhatian Jika Tidak Mahu Penyakit Darah Tinggi
4. Bagaimana Sakit Jantung Berkait Rapat Dengan Darah Tinggi
5. Bolehkah Penyakit Darah Tinggi dan Sakit Jantung Dielak?
6. Penyakit Darah Tinggi - Bukankah Lebih Baik Mengelak Dari Merawat?
Suka ke? Ya... OK meh tekan butang bawah ni kemudian share jer lah kat mana-mana pun. Kongsi benda baik dapat pahala tau... Tak da suka kalu... itu kanan butang ada. Tara syusah.
Thank you for your comments