8 Faktor Perlu Diberi Perhatian Jika Tidak Mahu Penyakit Darah Tinggi - CrazyDuck -->

Header Ads

8 Faktor Perlu Diberi Perhatian Jika Tidak Mahu Penyakit Darah Tinggi

Apabila kita sedang stress, kandungan hormone adrenaline dalam darah meningkat. Bila berlebihan, tekanan darah akan naik mendadak. Kalau jantung lemah atau ada masalah… sangkut terus. Selalu minum arak, kurang senaman, stress yang berlebihan, pemilihan makanan yang masin dan kurang buah serta sayuran, merokok, berat badan berlebihan merupakan faktor yang boleh dikawal bagi mengurangkan risiko mendapat darah tinggi. Faktor lain seperti jantina, keturunan, dan peningkatan umur itu semula jadi dan tak boleh dielak.
Hiasan: Ikan Pekasam FB Pengeran Robin Robin

8 Faktor Penyebab Seseorang Itu Boleh Mendapat Darah Tinggi

Artikel sebelum ini membincangkan tentang tanda-tanda penyakit darah tinggi. Yang ini pula membicarakan apa penyebab penyakit darah tinggi itu boleh hinggap.

Entah apa yang menyebabkan aku dapat berjumpa dengan dua orang Doktor pakar darah tinggi dan sakit jantung ni pun aku tak tahu. Selalunya mereka makan dalam bilik khas. 

Tapi itulah rezeki namanya. Dapat kuliah percuma tentang hal perubatan. Bukan senang orang nak bagi ceramah pasal darah tinggi atau sakit jantung. One to one pula tu.
Dr. Maslan menyambung penceritaannya selepas selesai dengan “Symptoms Atau Tanda-Tanda Mengidap Darah Tinggi.”

Faktor yang boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat penyakit darah tinggi pula lebih kurang begini:-“

1. Umur
“Sudah menjadi lumrah alam, bila kita tua macam-macam yang dulunya kuat sudah jadi tak kuat atau sehebat masa muda. Worn out.”

“Apabila meningkat umur, urat saraf dan saluran darah menjadi keras (tidak elastic). Tentunya akan menyebabkan peningkatan tekanan darah berbanding dengan saluran darah yang elastic dan boleh mengembang.”

Ulasan Dr. Maslan ini mengingatkan aku tentang radiator hose kereta aku yang bocor baru baru ini. Bila sudah lama tak diganti ia menjadi keras dan rapuh. Silap sikit pecah lalu bocor. 

Kalau lambat sedar enjin boleh overheat sebab air kering. Lalu enjin pun jem. Ribu-riban terbang.

2. Kaki Botol
“Yang ini kita orang Islam selamat… sebab tak minum. Meminum alkohol secara berlebihan (kaki botol) meningkatkan kandungan triglyceride dalam darah. Ia sejenis kolesterol jahat. Tekanan darah akan naik mendadak.”

Tiba-tiba Dr. Maslan berhenti sekejap. Wajahnya berubah. Seperti ada kesedihan atau kerinduan mengingati seseorang.

“Kawan saya mati dalam penerbangan dari USA ke Australia. Dia memang kuat minum. Agaknya kapal terbang tu kena gegaran poket udara (air pocket) bila masuk awan tebal." 

"Sampai Melbourne, Australia… sudah mati.” Sambungnya sambil meneguk teh tariknya.

3. Jantina
“Orang lelaki bila dah meningkat umur hampir 45-50 dan ke atas… jaga-jaga lah. Perempuan pula risiko meningkat bila mencecah 60-65 tahun ke atas.”

Aku tak bertanya kenapa ada perbezaan… tak apalah… memang lumrah alam begitu fikirku. Lelaki dengan perempuan memang berbeza dalam banyak hal. Tengok cara bawa kereta sudah lah.

4. Keturunan (Genetics)
“Sangat besar kemungkinan faktor genetics mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat darah tinggi.”

“Kalau dah ada sejarah dalam keluarga, elok amalkan pemakanan sihat atau amalkan herba-herba tertentu.”

Hmm… apakah aku dan Pak Tam share genetic code yang sama? Kalau ya… aku kena ambil precaution ni. Tak boleh take things easily for granted.

5. Kurang Senaman
“Senaman ni ada dua jenis. Satu untuk otot (muscle) satu cardiovascular atau jantung.”


Hiasan: Otot seperti dipahat -  FuriousFotog

“Untuk muscle tu macam jenis angkat berat. Jantung pula jenis senaman ringan tapi lama, macam berjoging, naik basikal dan seumpamanya. Berkebun pun sama lah.”

Ha ha … aku lulus dalam bab ni. Dan aku punya beberapa pokok herba yang aku tanam dan jaga. Disamping sayur-sayuran.

Tapi badan aku tak adalah pula macam gambar ni… sculptured body

Ini orang yang jenis angkat berat punya. Hari-hari dia habiskan masa kat Gym. Dan makan supplement tertentu untuk menaikkan otot.

6. Jenis Makanan
“Ha… yang ini sebiji macam Pak Tam you kena.” Dr. Maslan mengimbau apa yang aku ceritakan tadi. Kombinasi Sup Gearbox dan durian.

“Makanan yang mempunyai kandungan lemak (kolesterol) tinggi membuatkan saluran darah tersumbat."

"Dicampur pula dengan aktiviti berat, tekanan darah tinggi akan terjadi. Lalu pening, sakit kepala atau pitam. Lebih teruk terus pengsan.”

“Apabila saluran darah tersumbat kat bahagian otak lalu jadi lah stroke. Kalau saluran darah tersumbat dibahagian jantung itu namanya serangan jantung.”

“Mengambil garam secara berlebihan juga menyumbang kepada darah tinggi. Kalau kerap makan ikan masin, pekasam atau pun jeruk-jeruk yang masin tu… berhati-hati lah.”

Alamak… ini sudah kena seketul kat kepala aku. Aku memang suka ikan masin. 

Tambah pula kari ikan masin Talang tu. Wooo… sedap wei. Tapi tak apa… bukan selalu pun. Setahun mungkin tak sampai 20 kali… selamat lagi kot, ek?


Budu & tempoyak ada kat Restoren Mid Gulai Kawah
.
Pekasam pun aku minat. Ianya lebih kepada pembuka selera sebagai penyedap. Sama macam budu, tempoyak, atau cencalok atau sambal.

Kena dengan nasi panas-panas… aromanya tu… memang kaw. Rasanya tak adalah lebihan garam sangat kecuali jika menjadikan ianya sebagai main course dan diambil hari-hari.

Peminat Kimchi macamana? Bukan ke itu lobak masin Korea?

7. Stress
“Apabila kita sedang stress, kandungan hormone adrenaline dalam darah meningkat. Bila berlebihan, tekanan darah akan naik mendadak. Kalau jantung lemah atau ada masalah… sangkut terus.”

“Bila dah tahu seseorang itu memang jenis kaki baran atau cepat naik angin, jangan layan sangat supaya orang ini stressnya tidak meningkat.”

“Atau dilayani supaya dia boleh bertenang semula, tetapi hanya oleh orang yang memahami kemahuan dia saja yang boleh layan.”

“Terlalu mengejar masa atau tertekan dengan schedule kerana berurusan dengan kakitangan yang selalu lewat dan punya banyak alasan juga akan menimbulkan stress.”

Boleh mati muda.”

“Kalau stress sebab kerja, elok lakukan aktiviti yang boleh memberikan ketenangan.”

Sungguh sangat benar. Aku dulu-dulu pernah sangat stress mengejar schedule project. Atau persediaan untuk meeting dengan BOD. 

Tapi kalau boleh sampai meningkatkan risiko dapat darah tinggi buat apa? Berbaloi kah?

Syarikat… bila dia gawat, dibuangnya saja orang. 

Lihatlah hari ini. Staff yang mencurah bakti diberikan pink slip bertulis “Mutual Separation Scheme, atau Voluntary Separation Scheme.” Dapatlah sikit pampasan. 

Heh… pampasan. Berapa hari boleh tahan berbanding dengan masa yang sudah dihabiskan. Dan masa itu tak akan kembali lagi. Silap percaturan kena scam pula... langsung?
.

8. Lain-lain Faktor
“Merokok, berat badan yang berlebihan (obesity), mengidap sakit buah pinggang, gangguan pada adrenal dan thyroid juga meningkatkan risiko darah tinggi.”

Bila Doktor Maslan menyebut akan kebuncitan (obesity), aku teringat pada seorang kawan yang meninggal pada umur lewat 30 puluhan. Kami memanggilnya dengan nama gelaran Mat Gemuk

Kerana dia terlalu gemuk. Juga dalam geng asrama kami ada 4 orang yang nama serupa. Maka setiap mereka ada gelaran.

Kematiannya diberitakan oleh sebab serangan jantung. Aku pasti darah tinggi adalah penyumbang kepada serangan jantung itu.

Orang yang punya perut buncit jika anda terbaca artikel ini... juga perlu berhati-hati. Ini memang pesanan khas untuk anda. Atau anda tak kesah? 

"Mampuih pi laa... hidup aku, aku punya pasal lah." OK... no hal. Tak apa lah kalau begitu.

Ini kerana lemak pada perut buncit boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi, stroke dan sakit (serangan) jantung. 

Lemak pada perut yang buncit menggalakkan perubahan hormone yang mengawal kesempitan saluran darah. Ia juga dinamakan angiotensin.




Artikel Berkaitan

Baca semua artikel yang berkaitan dengan artikel ini. Pautannya seperti disenaraikan di bawah:-
.
stressful-writing-something-that-got-no-response
stress writing proposals www.aconcordcarpenter.com
Dapat sesuatu dari artikel ini? Meh tekan butang bawah ni dan share ke orang lain atau untuk diri sendiri...