Dengarlah Ini Wahai Suamiku
Seorang ibu yang kesunyian atau bersedih? Memikirkan akan hal anaknya? |
Sambungan dari Para Isteri, Sekiranya Mertua Kalian Bermulut Laser Cakapnya Perli-Perli Apa Perlu Dibuat?
Masa terus berlalu. Asiah tak ambil kisah akan dua orang kakak ipar dan MILnya yang suka bercakap secara perli dan sindir-sindir. Orang sekarang sebut mulut laser.
Kandungannya semakin membesar. Hanya beberapa bulan lagi insya’Allah lahir lah seorang lagi umat Nabi Muhammad (SAW).
Nasib Baik I Kutip You
“Assalamu’alaikum Ma…” Asiah menjawab panggilan telefon ibunya.“Apa maksud kutip Ma?” Tiba-tiba terpacul soalan ini setelah mereka berbual beberapa ketika.
“Bergantung pada situasi. Boleh bermaksud ambil, jemput, pungut, kumpulkan, atau membawa pulang. Tapi kenapa?” Jawab ibu Asiah ringkas sambil bertanya juga.
“Tak ada apa lah… Saja, kadang-kadang saya ter-confused sikit dengan perkataan ni.”
“Ada lagi satu nak tanya ni…”
“Ya apa dia?” Tanya ibunya.
Asiah menceritakan perihal apa yang berlaku di rumah Kak Longnya. Dia mahu memastikan apakah kefahamannya betul, atau hanya dia seorang yang teranggap kata-kata yang dikeluarkan oleh Kak Long dan Mertuanya sebagai perli dan sindiran.
Habis Asiah bercerita… ibunya terdiam.
“Hello… Ma!!! Mama dengar tak apa yang Asiah cakap tadi?”
“Mama dengar nak…”
“Eh… Mama nangis ek?”
“Mama sedih… dan soalan kau pasal ‘kutip’ tadi apa yang kau maksudkan?”
“Tak… semalam Asiah rasa tak larat sangat.”
“Naik LRT dan bas ni sangat memenatkan kalau badan tak berapa kuat.”
“Saya kurang tidur hari sebelumnya. So saya minta lah dia datang ambil kat office. Kebetulan pula dia ada di kawasan berdekatan jumpa customer.”
“Sampai di rumah… saya cakap lah… lega dah sampai… Alhamdulillah.”
Dan dia jawab… “Nasib Baik I Kutip You.”
“Astagfirullah haladzim…”
“Kenapa Ma?”
“Oh… dia cakap ‘kutip’ kamu ya.”
“Itu pasal Asiah tanya tadi.”
“Tak apa lah Asiah oi… bawa banyak bersabar. Doakan yang baik-baik saja.”
Asiah tahu ibunya menyembunyikan sesuatu. Tapi dia tidak mahu mengorek lebih dalam takut ibunya lebih terasa hati.
Ibu Asiah sememangnya sedih… anaknya dihina. Ibarat anak pungut. Yang dikutip di tepi jalan. Anak buangan. Bagaikan sampah. Seperti tak ada siapa yang sudi.
Padahal masa nak kahwin dulu dia yang terhegeh-hegeh datang minta izin.
Apa salahnya menggunakan perkatan yang lebih baik dan mesra seperti “menjemput?” Padanya ‘kutip’ itu telalu kasar dan menghina.
Tapi dia tidak mahu mengeruhkan suasana lalu tidak mengulas panjang tentang apa yang diceritakan oleh Asiah.
“Setahu mak, mak mertua kamu tu kuat beramal. Sepatutnya dia seorang yang berakhlak tinggi.”
Komen ibunya membuatkan Asiah merasa ibunya seperti tidak mempercayai apa yang diceritakan tadi. Tentang sindiran dan perli ketika di rumah Kak Long.
“Bukan ke dia ahli majlis kat Masjid kawasan perumahan dia orang? Selalu ikut satu Ustaz tu berceramah ke hulu ke hilir? Ibunya mengubah tajuk perbualan.
“Oh... yer ke. Mana Mama tahu?”
“Semua anak-anak cucu dia kecuali Asiah jer yang belum dibawanya pergi umrah.”
Dia cerita hari tu masa Mama dengan Ayah singgah Yong Peng lepas balik dari KL.
“Nak pergi macamana Ma… kena bayar duit sendiri. Dia tumpang saja. Dah terbiasa dengan kumpulan Ustaz tu dia cakap lah dia bawa.”
“Orang dengar pun bunyi hebat. Boleh bawa anak menantu dan cucu-cucu.”
“Tapi masing-masing keluarkan perbelanjaan sendiri. Kami nak pergi macamana, Amran tak kerja berapa lama, Asiah jer yang support.”
“Oh… ya ker. Tak pernah pun kau bagi tahu?”
“Tak perlu lah Ma… menjatuhkan air muka dia pula kalau ramai orang tahu”.
“Habis ini yang kau bagi tahu Mama sekarang kenapa?”
“Itu lah… sebab perkataan ‘kutip’ tadi tu.”
“OK-OK… mama faham. Kita doakan yang baik-baik saja Asiah oi. Kau tu mengandung. Apa yang ada dalam sifat dan sikap kau tu boleh turun pada anak.”
“Didikan pada anak bermula sejak dia dalam kandungan. Jangan lupa amalkan doa-doa yang baik untuk anak kau tu.”
“Kalau kau tak suka dengan apa yang berlaku di rumah Kak Long kau dan perkataan ‘kutip’ tu… hindarkan dari pemikiran.
“Bawa banyak bertenang dan ingat akan Allah.”
“Dan lagi satu… ingat pesan Mama ni… Jangan Merasa Pandai Tetapi Harus Pandai Merasa.” Ibunya memberi nasihat.
“Baiklah Ma… doakan supaya Asiah kuat mengharungi keadaan rumah tangga ni. Assalamu’alaikum.”
Ibunya merupakan sumber kekuatan bagi Asiah. Ibu bapanya juga menjadi role model terdekat dan terbaik dalam hal kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Hal-hal yang membolehkan tercetusnya perbalahan terbantut kerana nasihat dan sikap ibu bapanya yang tidak suka akan gossip dan cerita belakang-belakang.
Orang yang suka bercerita di belakang akan terus berada di belakang dan akan ketinggalan. Dan orang yang berakhlak serta mulia pula ialah mereka yang mampu membalas kejahatan dengan kebaikan.
“Kalau kamu tak suka dengan perangai dan sikap mereka… kamu jangan jadi macam mereka.” Masih jelas terdengar kata-kata nasihat dari ayahnya.
Wahai Suami Wahai Ibu Mertuaku
Aku mentaati suamiku kerana itu memudahkan aku untuk ke syurga.Tetapi ketaatan dan pengorbanan aku boleh membawanya ke neraka.
Tugas dan tanggung jawabnya terabai kerana didikan dan kemanjaan oleh mu.
Pahala yang aku dapati dosa yang suami aku tanggungi.
Tegurlah anak mu supaya dia menjadi lelaki yang sebenar-benar lelaki.
Kau sayangkan anak mu tetapi sayang mu membawanya ke neraka.
Siapalah aku mahu menegurnya?
Aku cinta dan sayang padanya kerana tanggung jawab sebagai seorang isteri.
Bukan kerana cinta pandang pertama seperti kebanyakan orang.
Cinta orang berputik semasa berpacaran cinta ku mekar selepas perkahwinan.
Jangan biarkan anakmu terus berperangai seperti anak-anak.
Kerana dia sendiri kini sudah hampir mempunyai anak.
Wahai Perempuan Bernama Ibu Mertua
Kau ku anggap sama seperti ibu kandung ku.
Mahu aku menyontohi mu seperi mana aku menyontohi ibu ku.
Namun aku tidak berdaya dan tidak mahu melakukannya.
Kerana sakitnya hati aku sekarang akan terturun kepada bakal menantu ku juga
Aku tidak membocorkan rahsia anak mu kepada sesiapa.
Kerana ianya memalukan anakmu, keluargamu, dan dirimu sendiri.
Anakmu yang menjadi suami aku dan bapa kepada anak ini.
Aku memberitahu hanya kepada ibuku dan orang-orang yang sudi membantu aku.
Mereka tidak menjadi batu api tetapi seperti air yang memadam api kemarahan.
Mereka memberi sokongan moral melalui pendapat yang mententeramkan emosi.
Aku isterinya yang sepatutnya dinafkahi.
Tetapi aku yang bekerja siang malam mencari rezeki.
Aku jimatkan perbelanjaan tidak naik teksi tetapi bas dan LRT.
Kenapa bila dia datang menjemput aku katanya “Nasib baik I kutip you tadi?”
Anak mu tak tahu memasak dan tidak pernah mahu belajar supaya tahu.
Dia hanya tahu membeli atau menjamah apa yang aku hidangkan.
Mengemas rumah, membasuh pakaian juga memasak tetap saja aku yang melakukan.
Walaupun dia hanya di rumah melayari internet kerana mencari pekerjaan.
Tidak pernah walau satu pagi pun aku gagal
Untuk menyediakan minuman panas kesukaannya.
Kerana aku tahu akan pahala dan faedahnya menjaga makan minum suami.
Samada dia punya wang atau tidak untuk membeli bahan minuman kesukaannya.
Tidak pernah aku berkira akan perbelanjaan yang aku keluarkan.
Kerana aku ikhlas membantu mengurangkan bebanan emosi dan kewangannya.
Tapi kenapa usaha aku berjimat dengan berjalan kaki dan naik bas tidak pernah dihargai?
Memang korang tak tahu apa pengorbanan dan bagaimana letihnya aku.
Tapi kenapa bila kamu dan kakak-kakak ipar memerli dan menyindiri aku.
Anak mu si suami aku berdiam diri malah seolah-olah menyebelahi kamu?
Memang syurga lelaki itu terletak di telapak kaki ibunya.
Tetapi itu bukan bererti si ibu boleh memijak anaknya sesuka hati.
Melukai perasaan anak menantu ikut rasa sedap sendiri.
Sebaliknya jadilah pembimbing generasi yang boleh menggoncangkan dunia.
Sabar sebagaimana pun apabila sakit di badan akan terkeluar juga jeritan.
Sakit difikiran akan terkeluar keluhan. Sakit dihati akan terkeluar sungutan.
Ini hanyalah luahan rasa bukan ungkitan. Supaya ramai di luar sana pandai merasa bukan hanya suka merasa pandai.
MJRedha:- Sekadar menyampaikan luahan hati seorang kawan. Share lah lah jika ianya bermanfaat. Hanya dengan menekan butang di bawah. Terima Kasih...
Thank you for your comments