Isteri Punya Mertua Bermulut Laser - CrazyDuck -->

Header Ads

Isteri Punya Mertua Bermulut Laser

Duit semakin habis. Amran menjadi bertambah gelisah. Dari seorang periang kepada seorang yang suka mengeluh. Juga cepat naik angin. Masuk bulan ke lima sebagai penganggur terhormat, Uber menjadi pilihan.

Ego Yang Tercalar – Penganggur Terhormat

Asiah dan suaminya Amran sedang memasuki tahun kedua perkahwinan mereka. Asiah kini sedang mengandung. Sedikit lewat dikurnakan rezeki cahaya mata.

Asiah seorang pekerja syarikat swasta tapi bergaji agak besar kerana kemahiran dan kelulusan yang ada padanya.

Suaminya berkelulusan jurutera mekanikal pernah bekerja dengan syarikat petroleum terkemuka tetapi ditamatkan perkhidmatan kerana kegawatan di sektor Oil and Gas.

Bukan dia sahaja tetapi ramai orang yang terlibat dengan industry Oil and Gas diberhentikan kerja.

Setelah diberhentikan Amran gigih mencari pekerjaan. Setelah tiga bulan mencuba dan menunggu… nasib tidak menyebelahinya. Dia hanya duduk di rumah makan tidur sambil terus mengintai peluang pekerjaan melalui internet.

Duit pampasan sekejap saja berkurangan kerana membayar tanggungan bulanan termasuk sebuah kereta mewah.

Masa terus berlalu dan duit semakin habis. Amran menjadi bertambah gelisah. Moodnya bertukar dari seorang periang kepada seorang yang suka mengeluh. Ada masanya cepat naik angin.

Masuk bulan ke lima sebagai penganggur terhormat, Amran tidak ada pilihan.

Egonya sudah lama tercalar kerana akaun banknya sering ditop-up oleh Asiah.

Memandu Uber Selama 3 Bulan

Cadangan Asiah supaya dia menjadi pemandu Uber sementara mendapatkan kerja baru diterimanya.

Antara sebabnya ialah pelanggan Uber terdiri dari orang yang berbagai peringkat. Mungkin membuka peluang untuk mendapatkan perkerjaan.

Ini kerana Asiah berpengalaman mengambil khidmat Uber untuk berulang alik ke tempat kerja apabila agak terlewat. Sekali sekala terlepas bas atau LRT.

Asiah tahu ramai pemandu Uber yang mempunyai kelayakan tinggi tetapi menjadikan pemanduan sebagai penampung rezeki.

Lega Tetapi Gusar

Setelah memandu selama 3 bulan Amran dipertemukan dengan seorang pelanggan yang sedang mencari orang yang berpengalaman dengan rekabentuk, bahan, dan pembinaan bangunan.

Sambil memandu Amran ditemuduga secara santai oleh pelanggannya. Sampai ke destinasi dia langsung ditawarkan kerja secara kontrak sebagai Site Engineer.

Dan kontrak consultancy itu akan tamat setelah projek itu selesai. Hatinya lega buat sementara.

Namun ada kegusaran dihatinya kerana dalam masa lebih kurang tiga bulan projek pembinaan itu akan siap.

Selepas tempoh itu dia perlu mencari pekerjaan di tempat lain. Dan dia tahu bukan mudah mendapatkan perkerjaan ketika ekonomi sedang gawat.

Ada beberapa orang rakan sejawatannya yang masih tidak mendapat pekerjaan tetapi melibatkan diri dalam perniagaan. Ada yang mula menampakkan kejayaan dan ada yang terus struggle mencari jalan.

Tiada Jiwa Sebagai Usahawan

Baginya perniagaan atau menjadi usahawan bukan satu pilihan. Tidak ada dalam jiwanya. Dia terlatih dengan didikan suapan oleh ibu dan ahli keluarganya. Maklum saja si anak bongsu.

Dia lebih suka diberikan tugas dan menyiapkan tugasan itu mengikut SOP atau garis panduan yang sudah standard. Tidak perlu terlalu pening dengan sesuatu yang samar dan tidak nampak jalan selamat yang mendatangkan wang.

Duit datang secara konsisten, tetap, dan berjadual.

Keusahawanan itu sama seperti berkhidmat dengan Uber. Rezekinya tidak tentu. Ada pelanggan yang memerlukan dan kebetulan dia berada dikawasan berdekatan, maka adalah rezekinya.

Maka dia perlu berada di sesuatu tempat pada waktu yang tepat.

Amran tidak suka kepada keadaan yang dinamik (high entropy dalam istilah kejuruteraan) dan tidak ada kepastian akan hasilnya.

Maka makan gaji dengan tugas tertentu dengan bayaran yang tetap dan tepat pada masanya lebih menenangkan hatinya.

Setiap bulan sudah ada anggaran jumlah wang yang pasti akan dapat. Daripada jumlah itu dia membahagikan kepada keperluan mengikut kemampuan. Kehilangan pekerjaan membuatkan jiwanya kusut dan fikirannya serabut.

Antara Johor Bharu dan Yong Peng

Sejak awal perkahwinan apabila Asiah dan suaminya Amran pulang berhari raya di Johor Bahru, ibu Amran akan menelefon supaya cepat balik ke Yong Peng.

Mereka ke JB terlebih dahulu supaya bila balik ke KL terus saja dari Yong Peng.

Untuk beberapa kali perkara ini berlaku, Asiah tidak mengesyaki apa-apa. Bersangka buruk hanya memberikan stress. Tak ada faedahnya.

Namun kali terakhir mereka pulang ketika Hari Raya Haji, baru sehari berada di JB ibu Amran sudah menelefon berkali-kali seperti memaksa mereka pulang.



Padahal waktu sudah menghampiri tengah malam. Mereka juga sudah berjanji akan pulang keesokkannya.

Perkhabaran ini membuatkan ibu Asiah terasa hati seolah besannya itu tidak menyukai Amran berada di rumahnya.

Asiah tahu ibunya memendam rasa dari riak wajah yang terpaksa dipamerkan. Walau pun senyum, senyuman kelat ternampak juga. Kerana tawa riang berseloroh jenaka tiba-tiba menjadi diam.

Ya... ibunya memang lurus bendul, tak reti untuk buat muka selamba macam pemain poker. Poker Face. Bila bersedih akan terpapar kesedihan. BIla gembira juga begitu.

Asiah sangat kenal dengan perangai dan bahasa badan ibunya

Sindiran Demi Sindiran

“Seronok lah balik JB, bandar besar. Moden. Banyak shopping complex. Kat Yong Peng apa ada. Pekan koboi jer”

Asiah terdengar perbualan Ibu Mertuanya (MIL = Mother In Law) berbual dengan kakak iparnya.
Kak Teh.

Sewaktu tengahari di hari Raya kedua Aidal Adha. Hari pertama dia di rumah emaknya di JB.

“Ye lah mak… sini kampong jer pun.” Sambung si kakak pula.

Asiah buat bodoh saja. Sengeh-sengeh sendirian seolah-olah perkataan itu tidak ditujukan kepadanya.

“Kita pun biasa juga mengandung. Alah… muntah-muntah pening tu biasa jer.”

Oopps… ni sudah direct kat aku ni. Bisik hati Asiah apabila mencari bantal mahu berbaring. Kerana tak sedap badan.

Dalam hatinya… Aisha berkata, “Mulut kau ni yang laser. Itu pasal suami kau tinggalkan kau kat rumah ni temankan mak dan tak nak bawak kau sekali ke KL. Biarlah…kau nak kata apa pun.”

“Agaknya abah mati cepat pun sebab mulut korang yang laser tajam dari pedang ni.” Bisikan syaitan mula memainkan peranan. Tapi Asiah diam dan terlena dengan zikirnya.

Perli Yang Tidak Diperlukan

Asiah tidak mengambil endah dengan apa yang didengarnya semalam. Terfikir dihatinya, bagus juga sindir-sindir ni.

“Sekurang-kurangnya aku tahu di mana tahap kesabaran aku. Orang bijak itu pandai mengawal emosi (EQ).”

Masa berlalu dan tiba harinya emak mertuanya datang ke KL bertandang ke rumah kakak ipar sulong. Asiah tidak dimaklumkan terlebih dahulu.

“Eh… cepatlah, mak suruh kita pergi rumah Kak Long sekarang.” Amran tiba-tiba bergegas.

Asiah terpinga-pinga sambil menyangkut pakaian di ampaian. “Bila pula MILnya datang. Kenapa tak dibagi tahu lebih awal?” Bisik dihatinya.

“Tunggu sekejap. Ni meja berselerak dapur nak kena kemas. Saya mandi pun belum.” Jawab Asiah pada Amran.

Telefon Amran bergegar.

“Ini sah mak dia ni.” Asiah memandang Amran keluar dari rumah sambil menjawab telefon.

“Ait… nak cakap dengan mak pun tak boleh dekat dengan aku? Apa hal? Hmmm… tak per lah.”

Asiah mempercepatkan kerja mengemas dapur dan meja makan hasil berselerakan kerana masakan untuk breakfast tadi.

Amran hanya tahu makan. Nak tolong mengemas pun sangat jarang apa lagi nak tolong masak.

Pinggan lepas makan pun main tinggal saja. Apa salahnya tolong si bini tu kemaskan apa yang ada. Bini tu bukannya orang gaji atau rumah tu bukannya macam kedai makan.

Mat Saleh makan tray dan baki dia orang bawa sendiri ke tempat sampah. Tak harap waiter datang bersihkan. Terlalu sucikah? Atau jatuh maruah kah kalau tolong bini?

Selesai mandi dan mengenakan pakaian ala kadar Asiah bergegas turun ke tempat parking kereta. Tanpa solekan. Just a natural beauty.

“Bila mak sampai?” Tanya Asiah pada Amran yang sudah menghidupkan enjin kereta.

“Malam tadi.”

“Oh yer ker? Abang tak cerita pun.”

“Ye lah… you kan tengah sibuk dengan report yang you buat tu malam tadi.”

Asiah diam. Dalam hatinya apa salahnya kalau sebut hanya 3 perkataan. “Mak dah sampai.”

Sekurang-kurangnya dia tahu atau boleh bersedia apa perlu dibuat. Ketika breakfast tadi pun tak ada disebut. Hanya bila nak bergerak baru lah dimaklumkan.

Tapi Asiah tak kisah. Dia tahu. Amran si anak bongsu memang perangai budak-budaknya masih ada. Harap tua saja tapi tak matang. Sabar jer lah… dah jadi laki pun.

Dan Asiah tahu tak semua anak bongsu mempunyai perangai sebegitu. Nasib badan lah… dapat yang ini. Tak periksa habis-habis sebelum bersetuju.

Padahal bukan sebab cinta mari pun. Hanya kerana mahu lari dari ex-boyfriend yang sudah melukakan hatinya.


Peringatan dan Nasihat Itu Lebih Baik Dari Sindiran

“Dah siap ke kemas rumah? Assignment report dah habis? Kerja banyak eh?” Tanya Kak Long.

“Dah kak…Esok pagi kena hantar sebelum mesyuarat tengahari.” Asiah menjawab sambil terus membantu Kak Long iparnya di dapur.

Sebenarnya lapuran itu masih belum 100% siap mengikut kehendak cita rasa hatinya. Masih perlu disemak untuk memastikan tidak ada “silly mistakes.”

Pada asalnya hari ini dia mahu menyiapkan segalanya. Supaya malamnya nanti dia dapat rehat dengan baik untuk presentation keesokkan hari.

“Ha… siap dah kemas rumah. Report banyak lagi ke?” Tanya MILnya ketika Asiah mahu ke bilik air dan berselisih dengan MILnya.

“Dah mak… err… nak masuk bilik air jap.” Jawab Asiah sambil bersalaman dan mencium tangan MILnya.

“Hmmm… ye lah… orang mengandung memang kerap kencing.”

Sewaktu dalam bilik air, Asiah tertanya kenapa soalan yang sama datang dari Kak Long dan MILnya?

Kenapa nada mertuanya macam sinis-sinis bila menjawab “orang mengandung memang kerap kencing?”

“Kenapa tak nasihatkan aku supaya berjaga-jaga kerana lantai bilik air ini yang agak licin? Bukankah lebih baik mengingatkan dari menyindir?”

Pastinya mereka ada perbualan tentang dirinya. Gaya pertuturan dan bahasa badan pun bukan menunjukkan gaya kemesraan. Lebih kepada sindirian seperti ketika Hari Raya Haji dulu.

“Ahh… biarlah. Tak luak apa pun pada aku.” Asiah memujuk hatinya.

Separuh dari hari minggu dihabiskan di rumah Kak Long. Ada ketika fikirannya teringatkan akan lapurannya yang masih belum memuaskan hati. Esok sudah perlu diserahkan kepada BOD.

“Pandang jauh jer. Fikir pasal kerja ke?” Tanya Kak Long.

“Tak der lah kak… teringat pasal report tu jer, esok pagi kena hantar. Setiap Isnin awal bulan ada meeting.”

“Ohhh… orang penting. Baru dinaikkan pangkat. Kerja mestilah banyak. Tugas pun berat. Pangkat besar, tanggung jawab besar, gajinya juga mestilah besar.”

Aduuhhh… Asiah seakan mahu saja menjawab. Tapi berdiam diri untuk seketika.

“Alhamdulillah… rezeki mak…rezeki tak boleh ditolak.” Asiah kemudian menjawab dengan bersahaja sambil senyum-senyum dan menghirup minuman.

MILnya berpusing dan berlalu menuju ke bilik. Kak longnya juga angkat bontot.

“Ait… apa aku sudah cakap? Aku hanya bagi tahu perkara yang betul. Nasib baik gaji aku OK, boleh bantu laki aku.”

“Kenapa korang nak jealous pula? Laki aku tak kerja beberapa bulan ada dia minta duit dengan korang ke? Aku juga yang support.” Terdetik jawapan seperti itu di dalam hatinya.

“Orang penting. Baru dinaikkan pangkat.” Kata-kata MILnya masih terngiang-ngiang.

Mulianya Seseorang Bukannya Kerana…

Dalam hatinya pula berkata “menjadi orang penting itu bagus. Lebih bagus dan penting untuk menjadi "orang." A human with the sense of "IHSAN."

“Ini main perli-sindir… apa cerita? Orang jawab yang betul tarik muka angkat bontot.”

“Tak fahamlah aku. Alah… biarlah. Ini semua ujian untuk aku.”

Asiah selalu ingat akan pesanan ibunya.

“Mulianya seseorang itu bukan kerana berjaya dalam bisness, senarai keberapa dalam kalangan orang terkaya dikampungnya, harta glamour yang dipamerkan, pangkat dan darajat yang dijaja dan tampal pada plate kereta, mahu pun ilmunya yang diheboh-hebohkan.

Tetapi bagaimana akhlaknya yang menjadi teras kepada kejayaan, ilmu, kepandaian dan juga pangkat yang dipinjamkan oleh Allah itu.”

Kereta merah wanita itu diclamp...tetapi kereta putih di depannya ok saja ya...Oh! Itu kereta VVIP bah...mana buleh buat main²!!!

Kerana duit dan pangkat manusia boleh berlakun seperti Chameleon. Scammer licik. Pakaian sering disalah ertikan dengan akhlak. 

Bersambung di:- ➽ "Wahai Suami Wahai Ibu Mertuaku"

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.