Menulis Dengan Matlamat - CrazyDuck -->

Header Ads

Menulis Dengan Matlamat

Matlamat dan arah memberi kuasa untuk bertindak. Orang yang jenis tunggu, bertangguh, dan banyak alasan sangat berjaya menggagalkan apa jua impiannya.
Karya-Penulisan-dari-hati

Dari seorang yang bengap tentang penulisan dan langsung tidak mendapat sambutan... aku perlahan-lahan dapat menghasilkan penulisan yang boleh menarik perhatian pembaca.

Bagaimanakah mahu menjadikan penulisan anda terpilih di mata dan hati pembaca dari ribuan atau jutaan artikel yang ada di alam maya ini?

Ya… menulis bukan kerja mudah. Terutama jika penulisan itu mempunyai matlamat khusus.

Seperti menjana pendapatan dengan:-
  • • Ramainya pelanggan tetap (subscriber),
  • • Jualan laku keras di pasaran terbuka,
  • • Banyaknya pengunjung website/blog (trafik),
  • • Keberkesanan menghebahkan sesuatu upacara (event),
  • • Sambutan baik terhadap promosi berbayar produk dan perkhidmatan,
  • • Jualan terus produk sendiri atau affiliate,
  • • Mengumpulkan dana (fund raising).

Penulisan Yang Khusus

Memang ramai orang menulis, terutamanya di media social. Mengisi ruang untuk bersosial sambil menonjolkan kewujudan diri (personal branding).

Atau meluahkan sesuatu idea dan pendapat. Malah ada yang menulis sekadar melepaskan gian mahu menulis dan berkongsi sesuatu.

Menyebarkan manfaat dari sudut panduan, tips, doa, resepi…. atau menghiburkan.

Apabila kita bercakap tentang “Content Marketing”, ia adalah satu bentuk penulisan yang khusus untuk menjana pendapatan.

Di media social, penulisan santai yang mendapat sambutan memudahkan kerja mempromosi produk atau perkhidmatan. Ia satu bentuk content marketing yang bersahaja. Seolah tanpa niat.

Kerana ia tidak terlalu menonjol dengan hal menjual.

Atau keterlaluan mempromosi (memuji) diri. Yang ini pembaca akan meluat. Belah terus. Nasib tak baik kena Unfriend atau Unfollow.

Sebab tak ada siapa yang suka ambil kisah hal orang lain, kecuali bila ada kaitan. Atau peminat tegar. Seperti minat terhadap seseorang artis.

Perkataan mudah dalam hal menarik pembaca ialah “What’s in it for me?” “Ada apa untuk aku?” Bila terkait, seperti lawak yang menghiburkan akan adalah sambutan.

Cukup Pendapatan Jamin Kesinambungan

Berita dan majalah samada berbentuk fizikal atau on-line menjana pendapatan melalui jualan surat khabar dan majalah itu sendiri. Tetapi peratusan pendapatan utama datang dari iklan yang dipaparkan.

Tanpa pengisian berita dan cerita yang menarik (content), surat khabar dan majalah ini akan terpinggir dan lama kelamaan hilang dari pasaran.

Ini kerana pendapatan tidak dapat dijana untuk membayar kos bulanan.

Sebaliknya pengisian (content) yang sentiasa segar, bermanfaat, dan berkaitan dengan isu semasa akan mendapat sambutan dari pembaca.

Banyak langganan dan trafik. Lalu pengiklan sedia membayar yuran pengiklanan tahap premium.
Maka berterusanlah kesinambungan perniagaannya.

10 Tips Dari Perjalanan Aku Dibidang Penulisan

Bermula dengan tidak tahu apa-apa tentang seni penulisan untuk bacaan umum, perjalanan sebagai seorang penulis aku terapkan dalam E-book ini.

Pautan untuk dapatkan E-Book tanpa syarat ini ada dipenghujung artikel.

Ya… aku seorang yang bodoh sastera. Sama seperti orang sastera bodoh Sains dan Kejuruteraan. He he... bukan bodoh, hanya tak mempelajari ilmunya jer. Kasau nau perkataan tu, ek.

Menulis bahan teknikal yang khusus dengan bidang aku mudah saja. Tapi membosankan (Chemistry) dan tak ada siapa nak baca.

Contoh:- Ada siapa yang rajin baca manual tentang repair mesin basuh? Atau panduan membaik pulih computer? Tak ada, kan? Kalau ada pun terlalu sedikit.

Penulisan yang berkait dengan hal nak repair jerawat, putihkan kulit, anggunkan wajah, rampingkan pinggang, cerita artis kahwin & cerai… itu memang banyak dapat sambutan.

Ya… satu dari 10 Tips yang dipaparkan dalam e-book ini pastinya terkait dengan anda. Mesti punya.

Tak kira apa pun yang anda tulis. Walau apa pun juga tujuannya. Lagi penting jika anda berniaga on-line.

Download sekarang. Percuma. Tanpa syarat.

Pautan untuk promosi download tanpa syarat ini akan dimatikan mengikut kesesuaian waktu.

Minggu depan, bulan depan? Jangan tunggu. Take action. Bertindak. Download jer sekarang. Orang tak berjaya adalah dari jenis tunggu, bertangguh, dan banyak alasan.

Klik gambar bawah atau sini:- Download 10 Tips Penulisan Content Marketing.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.