10 TIPS Story Telling Untuk Content Marketing - CrazyDuck -->

Header Ads

10 TIPS Story Telling Untuk Content Marketing

Story telling, hikayat, dan cerita terus segar sebagai medium mempengaruhi audience. Al-Quran penuh dengan story telling. Sebagai medium menyampaikan maklumat, ilmu, dan pengajaran. Ia juga sangat berkesan sebagai medium untuk pemasaran dan penjanaan pendapatan.
10-Tips-Story-Telling-for-Content-Marketing

Sekiranya anda sampai ke sini dari artikel bertajuk "Menulis Dengan Matlamat, teruskan saja scroll laju-laju ke bawah untuk bahagian yang bermula dengan "Kandungan Buku Ini".


Dari seorang yang bengap tentang penulisan dan langsung tidak mendapat sambutan... aku perlahan-lahan dapat menghasilkan penulisan yang boleh menarik perhatian pembaca.


Bagaimanakah mahu menjadikan penulisan anda terpilih di mata dan hati pembaca dari ribuan atau jutaan artikel yang ada di alam maya ini?

Ya… menulis bukan kerja mudah. Terutama jika penulisan itu mempunyai matlamat khusus.

Seperti menjana pendapatan dengan:-
  • Ramainya pengunjung website/blog (trafik),
  • Menghebahkan sesuatu upacara (event),
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan,
  • Jualan terus atau affiliate,
  • Mengumpulkan dana (fund raising).
Memang ramai orang menulis, terutamanya di media social. Mengisi ruang untuk bersosial sambil menonjolkan kewujudan diri (personal branding).

Atau meluahkan sesuatu idea dan pendapat. Malah ada yang menulis sekadar melepaskan gian mahu menulis dan berkongsi sesuatu. Menyebarkan manfaat dari sudut panduan, doa, resepi…. Atau menghiburkan.

Apabila kita bercakap tentang “Content Marketing”, ia adalah satu bentuk penulisan yang khusus untuk menjana pendapatan.

Surat khabar dan majalah samada berbentuk fizikal atau on-line menjana pendapatan melalui jualan surat khabar dan majalah itu sendiri. Tetapi peratusan pendapatan utama datang dari iklan yang dipaparkan.

Tanpa pengisian berita dan cerita yang menarik (content), surat khabar dan majalah ini akan terpinggir dan lama kelamaan hilang dari pasaran.

Sebaliknya pengisian (content) yang sentiasa segar, bermanfaat, dan berkaitan dengan isu semasa akan mendapat sambutan dari pembaca. Lalu pengiklan sedia membayar yuran pengiklanan tahap premium yang dikenakan.

E-book ini merupakan perjalanan aku sebagai seorang penulis yang bermula dengan tidak tahu apa-apa tentang seni penulisan untuk bacaan umum. Istilahnya ialah bengap. Bahasa kasarnya ialah bodoh sastera.

Sama seperti orang sastera bodoh Sains dan Kejuruteraan. He he... bukan bodoh, hanya tak mempelajari ilmunya jer. Kasau nau perkataan tu, ek.

Menulis bahan teknikal yang khusus dengan bidang aku mudah tetapi membosankan (Chemistry). Dan tak ada siapa nak baca, sebab ianya tidak ada kena mengena dengan kehidupan harian mereka.

Contoh mudah: Ada siapa yang rajin baca manual macamana nak repair mesin basuh yang rosak? Atau panduan membaik pulih computer yang asyik “hang”? Tak ada, kan? Kalau ada pun terlalu sedikit.

Kalau penulisan yang berkait dengan macamana nak repair jerawat, putihkan kulit, anggunkan wajah, rampingkan pinggang… itu memang banyak dapat sambutan.

Ya… satu dari 10 Tips yang dipaparkan dalam e-book ini pastinya terkait dengan anda. Tak kira apa pun yang anda tulis. Walau apa pun juga tujuannya. Lagi penting jika anda berniaga on-line.

Kandungan Buku Ini

Bab 1. Tak Faham Kenapa Content Marketing Itu Penting? Malu Nak Bertanya?

Ahli-Parlimen-Rusia-ditong-sampahkan
Orang bertindak dengan emosi. Ahli parliment dimasukkan ke dalam tong sampah.

Bab 2. Penting Untuk Penulis dan Karyawan. Penjelasan Dan Fakta Tentang Content Marketing

  • Penjelasan dan tips yang dikongsikan tentang “Content Marketing.”
  • Story Telling Dengan Content Marketing Itu Berkait?
  • Fakta Tentang Content Marketing
  • Kenapa Keyakinan Dan Kepercayaan Sangat Penting?
  • Content Marketing Sebagai Satu Pelaburan?

Bab 3. 10 Tips Content Marketing Yang Boleh Diikuti dan Menguntungkan

Tip No. 1. Publish Content Yang Lebih Baik
Tip No. 2. Content Marketing Itu Satu Cabang Pendidikan
  • Selesaikan Masalah Pembaca
Tip No. 3. Kenali dan Fahami Kehendak Audience
  • Buatkan Content Untuk Mereka
  • Main Tembak Rambang Saja?
Tip No. 4. Berhubung Dengan Audience
  • Perhubungan melalui emosi

Mentoring-on-content-marketing-through-story-telling

Bab 4. Pengisian Bahan Dalam Content Marketing Sama Seperti Seni Pertukangan dan Bercucuk Tanam

Tip No. 5. Menulis Itu Seperti Tukang. Craftmanship
  • Kombinasi Sains, Seni dan Saiko-logik
Tip No. 6. Wujudkan Content Yang Boleh Disuburkan
  • Nama vs Brand
  • Marketing vs Sales vs CEO
  • Content Yang Boleh Disuburkan?
  • Menusuk Jiwa dan Actionable
  • Subur Lawannya Layu

Ini adalah hasil pertukangan. Seni melukis dan melarik. Wang kertas dan kotak ini perbuat dari sebongkah kayu.

Bab 5. Penting Sangat ke Menjadi Seorang Storyteller Yang Bagus?

  • Tauladan Dari Sesi Tazkirah, Ceramah Agama, Dan Ceramah Politik
  • Go For the Kill – Call To Action
  • Kesan dan Pengaruh Storytelling
Tip No. 7. Jadilah Seorang Storyteller Yang Bagus

Bab 6. Kenapa Perlu Hidangkan Content Yang Memberi Inspirasi Untuk Pembaca Melakukan Sesuatu?

  • Kenapa Menulis Dan Apa Tujuannya?
  • Suka-Suka Pun Tujuan. Hanya Bukan Untuk Berbisnes
  • Ada Apa Dengan Tulisan Yang Memberikan Inspirasi?
Tip No. 8. Content Yang Memberi Inspirasi Untuk Pembaca Melakukan Sesuatu

Tarikan kemewahan seperti rumah dan kereta mewah sering dijadikan motivasi dan inspirasi untuk orang bertindak. Terutama dalam MLM.

Bab 7. Strategi Menjayakan Content Marketing Dan Keperluan Kepada Kelajuan

Tip No. 9. Content Marketing Yang Berjaya Bukan Satu Kebetulan
  • Content Marketing Yang Berjaya
  • Bukan Satu Kebetulan Tetapi Kerana Ianya Mempunyai Strategi
  • Bagaimana Mahu Menjana Trafik? Apakah Strateginya?
Tip No. 10. Mobile Speed Tidak Lagi Boleh Diabaikan

Bab 8. Artikel Bonus

- Post Viral Bagi Blog. Apa Penyebabnya Sesuatu Blog Post Jadi Viral

Main handphone sambil memandu amalan sihat?

Bab 9. Hasil Latihan Penulisan

- 168,000 Organic Reach tanpa pengiklanan FB Ads.
- Lihat gambar bawah

Bab 10. Kegagalan Itu Perlu Dibiasakan Sebelum Berjaya. Juga Selepas Pernah Berjaya.

Nota: Post untuk gambar di bawah boleh dilihat dengan Klik sini ➽ "Erin Nak Pindah Belakanglah Nanti Kereta Accident Bahaya"

Organic reach tanpa iklan.

E-Book No. 2: Value Proposition | Meningkatkan Jualan dan Keuntungan Melalui Tawaran Nilai

Semua Orang Membeli, Menjual, dan Tawar Menawar

Anda punya impian untuk lebih berjaya, kan? Mungkin akan kaya mungkin tidak... tapi lebih baik dari sekarang. Mahirkan diri untuk memberi tawaran dan berunding.

Perkara yang boleh ditawarkan ialah seperti kecekapan berhujah, penulisan yang baik, pelbagai barangan, atau pun perkhidmatan kepakaran teknikal.

Dari sudut ciri-ciri (features) produk atau perkhidmatan...

Tumpukan kepada nilai yang bakal diterima oleh pembeli. Tawaran yang dianggap lebih bernilai mudah dijual walaupun pada harga premium.

Dari sudut manfaat dan kepuasan (benefit & satisfaction) dari produk atau perkhidmatan itu...

Jadikan e-book ini sebagai penjana idea kepada impian anda. KLIK gambar bawah atau tajuk ini ➽ Meningkatkan Jualan dan Keuntungan Melalui Tawaran Nilai.

Soft-selling-itu-Menjual-tanpa-menjual

➽ Klik Sini

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.