Berniaga Mesti Mahu Buat Untung - CrazyDuck -->

Header Ads

Berniaga Mesti Mahu Buat Untung

Keuntungan yang munasabah mampu melahirkan kakitangan yang dedikasi dan cekap. Bekerjasama dan membantu dalam penjimatan kos. Staff yang berpuas hati dan seronok dengan kerja mereka akan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Bila bisnes tak untung???
Quote-by-Tony-Hsieh-Money-and-Vision
Quote by Tony Hsieh, Founder of Zappos

Keuntungan yang munasabah mampu melahirkan kakitangan yang dedikasi dan cekap. Bekerjasama dan membantu dalam penjimatan kos. Staff yang berpuas hati dan seronok dengan kerja mereka akan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Bila bisnes tak untung???

Berniaga Atau Bekerja Jangan Kejar Duit?

“Kejar visi kamu, bukan duit. Duit akan mengikuti kamu kemudian.” Itulah lebih kurang terjemahan daripada kata-kata Tony Hsieh. CEO Zappos dan jutawan internet pada usia muda.

Dalam English ianya berbunyi “Chase the vision, not the money. The money will end up following you.”

Aku mahu bertanya akan hal ini pada En. Halim. Apa yang dikejarnya dalam perniagaan.

Adakah ianya duit? Apa yang mahu dicapai. Dan apa impiannya. Bagaimana pula penghujungnya. Exit plan, kalau dia ada.

Terpenting ialah aku mahu terlebih dahulu mengorek rahsianya bagaimana dia bangkit semula selepas jatuh terperosok dalam perniagaannya.

“Berniaga, apa saja sekali pun… kamu mesti buat untung. Terutama dari sudut duit. Tak ada keuntungan, baik jangan buat bisnes."

"Sebabnya, kamu tak akan dapat memenuhi keperluan perniagaan. Dan apa saja yang kamu kejar, mahukan, atau impikan tidak akan jadi kenyataan kalau bisnes tak buat untung.”

“Tak buat untung tu macam kau bekerja tapi tak ada gaji. Hanya keikhlasan. Lama-lama nak isi minyak motor pun kau tak mampu. Nafkah dan tanggungjawab terhadap keluarga terabai. Boleh bertahan ke?”

“Kamu mungkin boleh bertahan… tapi orang lain? Isteri, anak-anak, ibu ayah, saudara-mara lagu mana?”

En. Halim menutup pembukaan kepada soalan aku sambil memperbetulkan kerusinya. Seperti ada perbezaan pendapat dengan Tony Hsieh CEO Zappos yang kata jangan kejar duit.

Restoren yang ramai pelanggan ini mampu bertahan lama dan membantu ramai orang. Dari keuntungan yang dijana, bukan angan-angan dan harapan.

“Kau tengok ini, kalau dia tak buat untung bolehkah pemiliknya ada restoren sebesar ini? Mampukan dia melakukan sesuatu yang membuatkan ramai orang tertarik untuk datang, termasuk kita sekarang ini?” En. Halim meneruskan hujahnya.

“Dia mungkin bermula dari satu pintu tapi lama-lama membesar. Hasil dari keuntungan yang dilaburkan semula.”

“Duit (keuntungan) perlu dikejar. Jangan mengharap. Kerana berharap itu tidak termasuk dalam strategi bisnes.”

“Bila duit sudah ada dan mencukupi, perkara lain yang kau impikan boleh tercapai. Tak kiralah samada mahu kumpul harta, beribadat dengan tenang, atau berbakti pada ramai orang.”

“Cakap kau pun laku bila berduit. Apa yang kau cakap kau boleh laksanakan. Bukan cakap pung-pang gajah pun boleh terbang… bila balik, tidur lengan atas dahi. Nak buat apa?”

“Orang bukan sekadar mendengar apa yang kau cakap tapi juga melihat apa yang kau lakukan dan apa hasilnya.”

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kejar Keuntungan?

Tadi En Halim kata, “Jangan berharap. kerana itu tidak termasuk dalam strategi bisnes.” Aku mengulangi kata-katanya dan dia memahami maksud soalan yang aku mahu lontarkan.

“Contoh berharap tu ialah kau buka kedai atau jual makanan dan berharap ada orang datang membeli. Sekadar letak dan tunggu.”

“Strategi pula ialah melakukan sesuatu supaya orang tertarik untuk datang. Pembelian mereka banyak. Dan mereka datang berkali-kali. Bukan itu saja, mereka juga membawa kawan-kawan untuk datang. Kemudian kawan-kawan mereka pula membawa kawan-kawan yang lain. Begitulah seterusnya…”

“Ia memerlukan perancangan dan tindakan yang tersusun. Ia satu proses mengejar dan mendapatkan pelanggan yang membawa duit dan memberikan keuntungan.”

“Yang penting kita mesti tahu apa yang kita kejari dalam perniagaan dan bagaimana mempertahankan jumlah pelanggan yang datang membeli. Prosesnya panjang dan banyak perkara yang perlu dilakukan dengan tersusun.”

Ya… aku faham maksud En Halim. Kejar untung bukan macam kejar ayam kampung untuk disembelih buat rendang.

Pentingnya Keuntungan Dalam Perniagaan

Semua orang tahu akan kepentingan melakukan untung dalam perniagaan. Walaupun jika ianya bukan matlamat utama sesuatu perniagaan, ianya mesti dijadikan proses yang diutamakan.

1. Ukuran Kejayaan dan Daya Saing.
Setiap perbelanjaan dan pelaburan yang disalurkan dalam sesebuah perniagaan hanya dapat diukur melalui pulangan pelaburan (ROI).

Unjuran keuntungan menjadi pengukur utama sebelum sesuatu pelaburan dibuat, Tak ada siapa akan melabur jika sesuatu perniagaan itu sudah diramalkan (risikonya jelas) akan mengalami kerugian.

2. Keuntungan Sebagai Pemangkin Kepada Perkembangan Perniagaan.
Sebahagian besar dari keuntungan di”reserve”kan sebagai simpanan yang menjana keuntungan. Apabila tiba masanya dan peluang ditemui atau dicipta, dana simpanan ini digunakan untuk pelaburan.

3. Pembesaran Bisnes Dipermudahkan.
Maksud dipermudahkan ialah tentang kemudahan kredit. Syarikat yang untung dan jadi paymaster yang baik mudah mendapat kredit untuk bekalan bahan yang diperlukan.

Sampai satu ketika modal untuk stok barangan tidak diperlukan lagi. Bila jualan habis dan bayaran belum perlu dilakukan, ada duit pusingan lebihan yang boleh dimanfaatkan untuk perkara tertentu atau hanya simpan sementara menjana tambahan keuntungan.

Pihak bank pula akan menawarkan modal tambahan tanpa perlu diminta. Ya… bank mudah memberikan pinjaman atau tambahan “line of credit” kepada orang atau perniagaan yang ada duit banyak. Transaksi keluar masuknya rancak.

Tak untung maka tak berduit… lalu sorry eh. Pernah dengar “bank memberikan payung ketika musim panas, bila hujan dia ambil balik?” Hanya untuk perlindungan dari cahaya matahari bukan dari basah kuyup.

4. Keuntungan Disalurkan Untuk Perkara Lain.
Hanya melalui keuntungan sesebuah perniagaan itu mampu melakukan kerja kebajikan. Syarikat besar yang untungnya juta-juta setiap tahun akan mampu menaja pelajar atau aktiviti yang seumpamanya.

Sunway Group melalui Jeffrey Cheah Foundation sebagai contoh, dilaporkan memberi biasiswa sebanyak RM 80 juta kepada 11,000 pelajar sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1997.

5. Keuntungan Boleh Jadi Hanya Dicapai Dalam Masa Jangka Panjang.
Penjanaan untung terutama untuk projek besar atau pun “Start-up Technology Companies” selalunya memakan masa yang agak lama.

Kerugian dialami tahun demi tahun sebelum aliran tunai positif berlaku.

Namun “cash flow projection” dalam business plan sudah sedia maklum akan perkara ini.

Aliran tunai diukur dan diselaraskan antara unjuran berbanding dengan yang sebenar. Penambah-baikkan dilakukan di mana terdapat perbezaan ketara. Terutamanya yang boleh menggugat “survival” perniagaan itu.

Jangka hayat projek atau perniagaan tiada had dan setiap tahun ada pembaharuan dengan tawaran untuk terus “relevant’ dengan permintaan pasaran.

Ini dapat kita lihat dengan ketara pada smartphone dan juga kereta. Sentiasa ada model baru yang keluar.

6. Tidak Semua Perniagaan Berjaya Menjana Keuntungan
Sekiranya setiap rancangan perniagaan itu berjaya dan meghasilkan keuntungan yang tinggi menjadikan pemiliknya semua berjaya dan kaya raya, tak ramai yang hanya berhenti setakat berimpian.

Realitinya bukan sekadar yang memulakan perniagaan tidak mampu meneruskan perniagaan kerana tiada keuntungan, malah syarikat besar juga terpaksa gulung tikar.

Perubahan teknologi, gaya hidup pengguna, berkurangnya permintaan, pengaruh suasana politik dan tidak mengikut perkembangan semasa telah menyaksikan banyak syarikat gergasi tumbang.

7. Idea Bisnes Baru Akan Muncul
Maka apa pun objektif sesuatu perniagaan itu ditubuhkan, keuntungan mesti menjadi teras utama yang perlu dikawal dan disuburkan.

Barulah matlamat lain penubuhan perniagaan itu boleh direalisasikan. Dan idea tentang matlamat (pengukuhan yang sediada atau menghidupkan yang baru) hanya akan timbul dan boleh disuburkan melalui dana yang mencukupi.

Mengejar Keuntungan Dalam Perniagaan

Secara kasarnya, mengejar keuntungan itu memerlukan tindakan yang mengarah kepada pembelian yang berulang kali dari setiap pelanggan. Tanpa sedar mereka menjadi juru cakap bagi syarikat kita.

Keuntungan yang munasabah mampu melahirkan kakitangan yang dedikasi dan cekap. Bekerjasama dan membantu dalam penjimatan kos. Staff yang berpuas hati dan seronok dengan kerja mereka akan memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Gaji dan elaun tertentu merupakan antara insentif yang sangat mujarab menaikkan moral kakitangan. Dan ini hanya mampu diberikan (berkongsi) apabila syarikat membuat untung.

Pengalaman manis pelanggan berurusan dengan syarikat kita melalui staff yang bijak mengambil berat akan permintaan mereka dan cekap memuaskan hati mereka merupakan sesuatu yang sangat berharga.

Secara otomatik akan meningkatkan kesetiaan pelanggan dan memacu keuntungan berganda.

Tanpa keuntungan, pemilik syarikat hanya mampu sembang deras nak buat itu nak buat ini. Ibarat kereta yang tangki minyaknya sudah kosong, ke mana pun tak boleh pergi.

Begitulah rasanya rahsia yang tidak diungkapkan secara terus bagaimana En Halim membangunkan semula perniagaannya.

Ringkasnya… jangan berangan untuk buat macam-macam melalui perniagaan jika tidak ada cara mengejar, mengawal dan membesarkan keuntungan.

Silakan baca artikel seterusnya yang meneliti dan membongkar proses membuat untung dalam beberapa jenis perniagaan.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.