Impian Yang Berderai - CrazyDuck -->

Header Ads

Impian Yang Berderai

Antara fantasi dan reality. Ada perniagaan yang berjaya dan ada yang gulung tikar. Secara fantasinya aku seronok dan bersemangat membaca tentang kejayaan seseorang. Bagaimana mereka menghadapi halangan dan akhirnya berjaya merealisasikan impian mereka. Apa yang aku baca dengan apa yang sebenarnya berlaku sangat berbeza. Aku memahami kesakitan yang ditanggung mereka kerana gulung tikar, tetapi aku tidak merasai kesakitan itu.

Perniagaan Gemilang Pun Boleh Gulung Tikar

Antara fantasi dan reality. Secara fantasinya aku seronok dan bersemangat membaca tentang kejayaan seseorang. Bagaimana mereka menghadapi halangan dan akhirnya berjaya merealisasikan impian mereka.

Apa yang aku baca dengan apa yang sebenarnya berlaku sama sekali tidak sama. Aku memahami kesakitan yang ditanggung oleh sang helang, tetapi aku tidak merasai kesakitan itu.

Aku teruja dengan kejayaan beberapa orang penulis yang aku senaraikan pada kau sebentar tadi, tapi aku belum sampai melahirkan satu buku pun untuk diterbitkan.

Dan sekiranya aku selesai menulis apakah aku pasti ianya akan diterima untuk diterbitkan? Dan setelah diterbitkan, adakah ianya mampu untuk menarik pembaca membeli sehingga tersenarai dalam kategori Best Seller?

Perjalanan aku selepas VSS baru saja bermula dan sedikit kemurungan yang aku hadapi sudah terasa amat membebankan perasaan. Semua orang yang berjaya melalui fasa down ini.

Itu yang berjaya selepas berusaha. Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berjaya untuk sekian lama tiba-tiba terpaksa gulung tikar?

Aku belum diuji secukupnya dan pastinya belum layak berhenti jika aku mahu berjaya mencapai apa yang aku idamkan.

Ungkapan dan soalan Pak Hamid seakan ada nada amaran. Tidak semua yang kita lihat indah itu indah belaka. Sepertinya sangat senang dicapai.

Menceritakan… ya, memang mudah. Selagi ada air liur… dan selagi ada yang mahu mendengar. Tambah-tambah lagi bila dibayar… memang syiok menggoreng cerita. Ibarat menggoreng kangkung taruk cili… jangan sampai terkucil sudah.

“Oit… lain macam jer pembukaan PakMid kali ni?” Aku memberi response ingin tahu lebih mendalam sekali gus menggalakannya untuk meneruskan penceritaan.

Juga secara tidak langsung Pak Hamid memberitahu yang dia sedang dalam rangka menjadi penulis berjaya. Mungkin itu impiannya.

“Syarikat tempat aku bekerja terpaksa tutup satu department untuk terus survive. Dan aku pilih VSS. Banyak lagi syarikat yang dahulunya sangat gah, juga memberhentikan operasi.”

“Apa yang aku nak sampaikan pada kau ialah segalanya terdedah kepada perubahan cara hidup dan permintaan pasaran. Mana yang mampu bersaing dengan “stay relevant” akan terus hidup. Yang tak boleh… kedai kasi tutup.”

“Membuka syarikat memang tak susah mana. Mempertahankannya (survive, success & sustain) adalah perkara lain.

Perniagaan Gah Bertahun-Tahun Pun Bungkus Juga

Berikut adalah contoh perniagaan atau syarikat yang terpaksa ditutup yang diceritakan oleh Pak Hamid. Luas juga pengetahuan dia. Ada antaranya aku cari dan tambah sendiri berpandukan apa yang diceritanya.

1. Impian Yang Hancur Berderai. Seah Kok Heng, pemilik sebuah hotel antik di Jalan Pintal Tali, Pulau Pinang mengambil masa 10 tahun mengumpulkan barangan antik sebagai perhiasan dalam hotelnya.

Kadar bayaran untuk bilik antara RM 300, RM 800, RM 1,000, dan RM 2,188 untuk satu malam. Bergantung kepada jenis dan samada sewaktu promosi atau tidak.

Setelah berjaya memiliki hotel warisan pertamanya (the first Chinese heritage hotel) yang penuh dengan barangan antik (sebagai tarikan) impiannya hancur berkecai.

Bukan mudah dia nak membina. Entah berapa kali dia menangis sendirian. Alih-alih… 108 koleksi barangan antik semua kena lelong.

Gambar: The Star

2. Website Content Creators & Publishers
The Malaysian Insight (TMI) pada 23-3-2018 mengumumkan akan menggantungkan operasinya selepas setahun dibangunkan. Pengunjung (PV traffic) yang rendah membuatkan operasinya tidak menguntungkan.

The Malaysian Insight ditubuhkan selepas penutupan The Malaysian Insider pada March 2016 yang dimiliki oleh The Edge Media Group.

Kebergantungan kepada Facebook untuk mendapatkan pengunjung ternyata sangat berisiko tinggi. Terlalu jauh perbezaan di mana organic reach sebelum pertengahan 2014 sangat mudah.

Ini kerana Facebook menukar algorithmnya mengasingkan newsfeed dari Page dengan newsfeed untuk profile.

Keadaan diburukkan lagi apabila Facebook menukar algorithmnya pada sekitar awal February 2018. Memberi fokus kepada posts dari kawan dan keluarga. Manakala posts dari Page yang bersifat perisian dari Website dikekang.

Akibatnya syarikat LittleThings yang mempunyai pengikut seramai 12 juta orang di FB Pagenya terpaksa gulung tikar pada 27 February 2018.

Kunjungan pelawat ke website mereka jatuh merudum sebanyak 75% dan hasil pendapatan tidak mampu untuk membayar kos operasi.

Ia juga bermaksud, mempunyai jutaan followers di FB Page bukan lagi penting atau penanda aras perniagaan on-line itu boleh berjaya. 2-3 tahun dulu sebelum newsfeed algorithm ditukar memang sungguh.

Konsepnya sekarang ialah “Pay to Play” dengan membayar iklan membeli pengunjung. Organic reach (percuma) hanya tinggal impian kosong. Share lebih-lebih kena block sebab di-marked sebagai SPAM.

3. Kedai buku ternama di USA menamatkan operasi mereka. Setelah 40 tahun rangkaian kedai bukuBook World Inc” menutup kesemua 45 buah kedainya di 7 buah negeri di Amerika.

Pengasasnya Bill Streur membuka cawangan pertama pada tahun 1976 di Rhinelander, Wisconsin.

Punca utama penutupan ialah pelanggannya lari kepada Amazon yang menjual buku melalui atas talian.

Borders Group, Inc. yang ditubuhkan pada tahun 1971 juga menjual buku. Ia lebih awal menutup kedainya iaitu pada tahun 2011 mengakibatkan 19,500 orang hilang pekerjaan.

Barnes and Noble hari ini mempunyai 647 kedai di USA dan akan menutup 197 darinya menjelang 2022 menjadikan hanya 450 yang tinggal beroperasi.

Gambar: GoodEReader

4. Charles Lazarus, 94 tahun, pengasas Toys R Us meninggal dunia pada 23-3-2018. Seminggu setelah pengumuman penutupan operasi semua kedai Toys R Us di USA yang berumlah 735 buah. 33,000 pekerjaan ditamatkan.

Ya… syarikat besar yang ditubuhkan ada tahun 1948 dan paling dikenali di dunia pun boleh bungkus apatah lagi bisnes kecil-kecilan.

Gambar: South China Morning Post

Gambar: Mad Rush at Toy Kingdom


5. Hyper Market di USA Yang Setiap Kedainya Sebesar Giant, Tecso, AEONBig

Macy’s sudah pun menutup 81 dari 100 kedainya yang dirancang untuk ditutup. Ini bukan syarikat kecil-kecilan. Pun… lingkup. Lebih 5,000 orang hilang pekerjaan.

Gambar: Retail landscape changing

Gambar dan cerita lanjut: Trip to The Mall

J.C. Penney yang menjadi pesaing kepada Macy’s sudah pun menutup 138 kedainya. Hanya tinggal beberapa buah masih beroperasi.

The Limited syarikat menjual pakaian menutup kesemua 250 kedai. 4,000 orang kehilangan pekerjaan.

RadioShack, sebuah syarikat yang fokus kepada menjual peralatan electronic juga menutup lebih dari 1,000 kedainya. Sekarang masih ada 70 buah cawangan dari beberapa ribu cawangan ketika zaman kegemilangannya.

Baca lagi tentang kerugian yang menggunung di sini: MarketMadHouse

Gambar: Bismarck's Sears & Kmart Stores

Sears Holdings yang menerajui operasi Sears / Kmart merupakan gedung tradisi bagi kebanyakan rakyat Amerika membeli-belah. Kedai mereka ada di mana-mana. Kini lebih dari 300 cawangan sudah pun ditutup.

Banyak lagi syarikat di USA yang mengalami nasib serupa setelah berpuluh tahun beroperasi dan mempunyai bukan setakat puluh atau ratusan tetapi ribuan cawangan.

Di Malaysia Pun Pusat Membeli Belah Banyak Yang Kosong

Gambar di bawah ialah suasana di Berjaya Times Square yang diambil pada 14-3-2018. Tertalu sedikit pengunjungnya.

Gambar: The Malay Mail

Malah banyak mall yang baru dan bersaiz kecil walaupun terletak dilokasi berpenduduk padat dan berpendapatan tinggi, tak banyak penjual yang menyewanya. Pengunjung juga sedikit. Sangat berbeza jika dibandingkan pada masa sekitar sebelum 2015.

Awal February tempohari ialah Parkson di Maju Junction menutup operasinya . Suasana yang semakin lemau dan lapang menyebabkan Parkson tak boleh bertahan.

Namun di Sogo ramai peniaga di sana yang business mereka sentiasa meriah.

Kegagalan dalam business itu adalah real. Kerugiannya banyak. Stress jangan ceritalah.

Artikel ini dipendekkan supaya tidak terlalu berat untuk dibaca. Ikuti sambungan kisah ini jika masih berminat mahu tahu lagi tentang penutupan business oleh syarikat-syarikat besar. Dan kenapa mereka melakukannya…

Terima Kasih kerana baca sampai sini. Harap ada manfaatnya.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.