Industri Percetakan Merudum Kerana Media Digital
Perniagaan itu seperti pisau bermata dua. Satu ianya memberikan faedah dari segi pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.
Membina kekayaan dan membantu orang lain. Buat sungguh-sungguh. Ibarat merompak, bersedia untuk masuk penjara atau mati. Mati pun puas hati.
Dari sudut lain pula, yang berniaga kena bersedia untuk menghadapi kemungkinan akan bankrupt.
Benda Tu Tak Akan Terjadi Pada Aku | It Won’t Happen to Us
Contoh industri yang luput oleh perubahan zaman. Facebook kerugian $10B akibat scandal. |
“Tujuan aku bercerita dengan kau pasal kejatuhan bisnes ni bukan apa… ianya sesuatu yang real. Yang benar. Bukan rekaan. Dan bukan khayalan. Sejarah membuktikan. Itu sebab ramai yang takut untuk berbisnes. Risikonya sangat besar.”
“Bak kata orang… nak jadi penyamun berjaya kenalah sanggup masuk penjara dan nak berjaya dalam bisness hati kena kuat walaupun risiko nak jatuh bankrupt tu sangat real.”
“Uruslah baik-baik supaya ianya tidak berlaku. Kalau sudah tak nampak jalan jangan ego nak jalan terus… terus jalan jer macam contoh kat bawah ni.”
Cerita di atas oleh Pak Hamid ialah pasal penutupan business oleh syarikat besar yang melihat sudah tak ada jalan lain. Kalau diteruskan juga akan mengakibatkan bankrupt seperti Seah Kok Heng pemilik Hotel Warisan atau seperti Toys R Us.
Masih ingat Nokia dan Kodax? Yahoo pun sama juga. Tapi itu cerita lama, kan? Mereka semua fikir Benda Tu Tak Akan Terjadi Pada Aku | It Won’t Happen to Us.
Terbaru ialah Grab makan Uber untuk seluruh pasaran South East Asia. Uber mengalami kerugian berjumlah $4.5 billion pada 2017. Entah apa jadi dengan nasib statfnya yang dikatakan dibuang kerja.
Berbalik kepada penyamun. Contoh penyamun paling kaya ialah Pablo Emilio Escobar yang kekayaannya dianggarkan bernilai US $30 billion pada awal 1990an bersamaan $56 billion pada tahun 2017.
Buat sungguh-sungguh. Bersedia untuk masuk penjara atau mati. Mati pun puas hati. Pablo Emilio Escobar mati ditembak oleh Polis Colombia dikampungnya ketika dia berumur 44 tahun.
Kata-kata Pak Hamid itu membuatkan aku teringat apa yang berlaku hari ini. Berita luar negara macam-macam kata kat Malaysia pasal 1MDB dan kapal mewah Equanimity. Siap dirampas lagi yacht tu.
Beberapa bank pun sudah ditutup atas dasar pengubahan wang haram. Tapi kat Malaysia cool jer… tak ada kata nak saman pun. “Selasa” tetap tinggal Selasa. WSJ tunggu jer. Puas dah dia kira agaknya berapa kali "Selasa" sehingga hari ini.
1MDB dan kapal mewah Equanimity dilapurkan berkait |
Tapi aku diam saja… tak nak ganggu Pak Hamid dengan celotehnya. Dan dia terus menyambung…
Perniagaan itu seperti pisau bermata dua. Satu ianya memberikan faedah dari segi pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan. Membina kekayaan dan membantu orang lain.
Dari satu sudut lain ianya sesuatu yang kejam. Berbentuk peperangan. Iaitu pengurusannya perlu ada sikap hati yang kering. Shrewd, cunning and ruthlessness.
Kesiankan diri terlebih dahulu sebelum kesian pada orang lain. Membunuh atau dibunuh. Memakan atau dimakan. Tembakannya tak nampak tapi itulah sebenarnya konsep perniagaan.
Mana yang nampak peluru datang, mengelak awal-awal. Berundur bukan bererti kalah.
Penutupan sebahagian operasi seperti kilang-kilang kertas yang disebutkan di bawah bermaksud “Winners know when to Quit.” Mereka tidak “Jalan Terus” supaya tidak “Terus Jalan.”
Winners know when to Quit
Cerita dibawah ni agak teknikal dan tak ramai orang suka baca hal teknikal. Boleh tertidur. Tapi baik untuk pengetahuan am.Point yang aku nak sampaikan ialah nama syarikat pembuat kertas yang disebutkan di bawah kesemuanya adalah top 10 producers terbesar dunia. Kecuali MNI, satu-satunya kilang pembuat kertas surat khabar terbesar di Malaysia.
Bukan kecik anak wey…
Tapi mereka menutup mana-mana operasi yang tidak menguntungkan. Bukan sebab kertas yang mereka buat tak berkualiti. Tetapi kerana permintaan yang sudah berkurang.
Jangan tak baca kesimpulan dipenghujung artikel. Ada satu dua point yang boleh dibawa tidur untuk dikenang dan difikirkan. Penuhkan sikit “kepala bapak kau” tu… he he he.
1. Pengeluar Kertas Terkemuka Dunia Menutup Banyak Kilang Membuat Kertas
Mesin membuat kertas dari Metso |
Kertas merupakan bahan mentah tradisi untuk komunikasi secara bersurat dan penyimpanan ilmu serta maklumat. Samada dalam bentuk buku, majalah, dokumen yang difailkan, atau surat khabar.
Perubahan pencarian dan penyimpanan maklumat dari kertas kepada digital (kecuali dokumen penting bagi tujuan rekod dan audit) sangat memberi kesan kepada industry kertas grafik dan percetakan.
Penggunaan sampul, cek, iklan yang digantikan dengan transaksi eletronik secara on-line memberi kesan buruk terhadap permintaan kertas jenis ini.
Berikut kalau kau berminat nak tahu…syarikat yang memencenkan mesin-mesin atau kilang pengeluaran kertas mereka. Pak Hamid menyebut satu persatu syarikat gergasi pembuat kertas.
International Paper
Tanya Pak Hamid, “Kau biasa minum air dalam kotak, kan? Contohnya macam Susu cap Lady. Kalau kau tengok kat bawah kotak tu ada nama pembuat kotak – TetraPak.”
TetraPak pembuat kotak dan bungkusan minuman dari kertas No. 1 dunia |
Tetra Pak membeli bahan mentah utamanya iaitu kertas dari International Paper.
Mesin kertas (PM) atau fasiliti yang diberhentikan operasi oleh International Paper ialah yang membuat graphic & printing paper. Kilang-kilang yang ditutup:-
a. Kilangnya yang terbesar di Alabama yang mempunyai 1,100 orang staf.
b. Kilangnya di Franklin, Virginia membuat kertas untuk kegunaan seperti buku, kertas keperluan pejabat, sampul, dan berbagai kertas untuk penulisan, kad, serta kertas iklan.
Jumlah pengurangan pengeluaran ialah sebanyak 740,000 tan setahun. Manakala 1,600 orang hilang pekerjaan.
Mesin kertas yang dibekalkan oleh Metso |
Georgia-Pacific
Sebuah kilangnya yang dibangunkan pada tahun 1885 di Southwest Washington city, Camas dan memberi pekerjaan kepada 2,400 orang ditutup pada 16 November 2017.
Stora Enso
Sebuah kilang di Kvarnsveden Sweden yang mengeluarkan kertas grafik sebanyak 100,000 tan setahun dihentikan operasinya pada bulan Jun 2017.
Kilang kertas di Kvarnsveden Sweden yang ditutup |
UPM Docelles, Perancis
UPM menutup sebuah kilangnya di Perancis pada January 2014 dengan kapasiti pengeluaran kertas jenis A4 sebanyak 160,000 tan setahun.
UPM Blandin Minnesota, USA
Mesin kertas nombor 5nya (PM 5) yang mengeluarkan kertas gred majalah sebanyak 128,000 ton setahun dihentikan operasinya pada penghujung 2017.
UPM-Kymmene Inc
Kilang The Madison Paper Industries, Maine milik UPM-Kymmene Inc memberhentikan operasi kilangnya pada bulan Mei 2016. Kilang ini merupakan kilang ke-5 yang ditutup sejak 2014. Jumlah tenaga kerja yang dihentikan seramai 1,500 orang.
Voith ialah saingan Metso dalam pembuatan mesin kertas. |
SCA Ortviken Paper Mill, Sundsvall, Sweden
Pada penghujung 2015, kilang ini memberhentikan 1 dari 4 mesin pembuat kertasnya. PM 1 yang tertua ini yang mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 135,000 ton untuk gred surat khabar.
Oji Holdings Corporation, Jepun
Oji Paper Co., Ltd.’s memberhentikan mesin no. 4 (PM 4) di Kasugai pada bulan March 2017. Kertas gred percetakan dikeluarkan oleh mesin ini pada kapasiti sebanyak 44,000 ton setahun.
Mesin membuat kertas sebesar ini memerlukan pelaburan ratusan juta ringgit. |
MNI atau Malaysia Newsprint Industries Dilapurkan Mengalami Kerugian
MNI atau Malaysia Newsprint Industries ada sebuah korporat besar. Jualan tahunannya puluhan juta jika bukan ratusan. Kilangnya terletak di Mentakab Pahang. Tapi tetap saja ada masalah kewangan.MNI mengalami kerugian selepas cukai untuk dua tahun kebelakangan. |
Aku teringat akan satu perbualan ketika minum kopi satu ketika dulu. Seorang kawan tanya pada kawannya… “Yang dok jaja ‘Gaya Tokey’ vs ‘Gaya Korporat’ tu… berapa besaq company hang?”
Berikut adalah petikan dari majalah business The Edge tentang MNI:-
It may seem odd that MNI is not doing better. After all, its shareholders are in the newspaper business. NST has under its stable The New Straits Times, Berita Harian and Harian Metro and their respective weekend publications. Rimbunan Hijau’s Ting has a 52.48% stake in Media Chinese International Ltd, which in turn owns Ming Pao, Sin Chew Daily, and Nanyang Siang Pau, among others.
While MNI may not have a monopoly in the newsprint business, it is arguably the most well-known supplier.
Kesimpulan
Tahniah boleh baca sampai sini. Aku pasti anda tergolong kurang dari 10% dari jumlah pembaca. Tetapi sekiranya artikel ini bercerita pasal skandal, artis gaduh-gaduh, mungkin jumlah pembacaan ialah 90%.Penceritaan Pak Hamid dalam episode ini lebih terarah kepada peringatan tentang business yang menghadapi zaman kejatuhan. Sesuatu yang real.
Zaman akan terus berubah. Yang dulunya gah sekarang sudah tak kelihatan. Dalam erti kata lain ianya adalah tentang pengurusan risiko. Tahu bila sesuatu perniagaan atau operasi itu patut diberhentikan sebelum menjadi lebih parah.
Perniagaan adalah satu bentuk peperangan. Dalam satu peperangan, seorang Ketua Turus mencipta kemenangan dengan bertempur setelah memastikan ada ciri-ciri dan peluang untuk menang.
Sekiranya perlu berundur, dia akan berundur terlebih dahulu. Menyusun kekuatan dan kedudukan.
Bertempur terlebih dahulu dalam keadaan yang lemah dan mengalami kecederaan akan memastikan kekalahan yang muktamad.
Bersambung…
Keperibadian yang ditonjolkan dalam episod Sylverster Stallone, Helang dan Keluar dari Kepompong Keselesaan, dan artikel ini yang fokus kepada risiko dalam berbisnes di sambung oleh Pak Hamid dengan “Mentality (EQ) Orang Yang Kuat.”
Terima Kasih kerana baca sampai sini. Harap ada manfaatnya.
Thank you for your comments