Kopi Tertumpah Nasi Lemak Bertaburan - CrazyDuck -->

Header Ads

Kopi Tertumpah Nasi Lemak Bertaburan

“Adikkkkk!!!” Tiba-tiba terdengar jeritan suara perempuan. Sudah terlambat, secawan kopi dan sepinggan nasi lemak sudah bertaburan di atas meja dan di lantai. Ada kekalutan. Perhatian En Halim juga tertumpu pada kejadian.
Secawan-kopi-O-tertumpah
Gambar hiasan dari bangkopi.wordpress.com

“Adikkkkk!!!” Tiba-tiba terdengar jeritan suara perempuan. Sudah terlambat, secawan kopi dan sepinggan nasi lemak sudah bertaburan di atas meja dan di lantai. Ada kekalutan. Perhatian En Halim juga tertumpu pada kejadian.

Perniagaan Restoren Kerana Duit Atau Nak Bagi Orang Makan?

Restoren-yang-ramai-pelanggan
Suasana meriah di kedai kopi yang mesra pelanggan.

“Jika keuntungan itu tidak dikejar tetapi boleh didapati dengan hanya berangan dan berimpian, boleh “keep on dreaming”. Tak perlukan modal dan tak perlu bersusah payah.”

En Halim terus bercakap pasal pentingnya mengejar keuntungan dalam perniagaan. Segala impian dan cita-cita tidak akan menjadi nyata bila sesuatu perniagaan tidak mampu menjana keuntungan.

Sambil mendengar celoteh En Halim dan mencatit point-point penting, mata aku sesekali meninjau suasana di restoren.

Sibuk. Ramai orang.

Sesetengah tempat sesak. Orang berselisih di laluan sempit kerana tidak ada tanda “jalan sehala”.

“Adikkkkk!!!” Tiba-tiba terdengar jeritan suara perempuan.

Sudah terlambat, secawan kopi dan sepinggan nasi lemak sudah bertaburan di atas meja dan di lantai.

Ada kekalutan. Perhatian En Halim juga tertumpu pada kejadian.

Kebetulan seorang pelayan yang sedang mengira dan menulis bil ada di meja bersebelahan.

“Tak apa dik, duduk lah… nanti akak pesan kopi dan nasi lemak yang baru.” Dia terus bergegas mendapatkan bantuan selepas mengelap tangan si adik yang terkena tumpahan kopi.

Nasi-lemak-ayam-goreng-telur-rebus-separuh
Nasi lemak. Gambar hiasan dari hobi memasak.com

Selesai meja dan lantai dikemaskan oleh seorang staff yang lain, kopi dan nasi lemak baru pun sampai.

Ayah kepada si adik tadi menghulurkan resit meminta ditambah harga bagi kopi dan nasi lemak yang digantikan.

“Tak apa PakCik, saya nampak tadi. Adik ni bukan sengaja menjatuhkan air kopi dan nasi lemak tadi.”

Si anak kecil tidak dimarahi kerana mengotorkan lantai dan meja malah diberikan layanan mesra.

Tawaran dari si ayah untuk menambah harga ditolak dengan senyuman manis.

Mereka terus makan dan menikmati suasana tanpa ada yang bermasam muka. Dan aku pasti mereka akan datang lagi. Berkemungkinan ajak kawan-kawan.

“Bagus lah tempat ni. Saya rasa staff depa ni sudah diberikan latihan dalam pengendalian suasana kecoh dan kemalangan macam tadi.” En Halim tersenyum dan menggerakkan keningnya. Sambil angguk-angguk.

Aku mengerti bahasa badan En Halim. Ianya sebagai “sign of approval” dari orang yang berpengalaman.

Dan aku tak hairan kenapa sangat ramai pengunjung di restoren ini. Sudahlah makanannya sedap, harga berpatutan, service cepat, tempat bersih dan teratur, staffnya mesra pelanggan pula tu.

Nak parking kereta pun tak susah cari ruang.

Lengkap sebahagian besar dari “resepi untuk mengejar keuntungan”.

Dalam masa jangka panjang jika budaya dan kualiti servis ini terus diamalkan sangat besar kemungkinan perniagaan restoren ini akan terus berkembang. Manakala pemiliknya pula menjadi kaya.

Rumahnya mungkin jadi tumpuan kanak-kanak semasa Hari Raya. Bukan sebab makanan tetapi duit. Sepertimana usahanya berjaya menarik ramai pelanggan datang dan membeli.

Pastinya apa yang dilakukannya juga kerana duit, walaupun mungkin tidak 100 peratus.

Ya… duit boleh jadi ibu segala masalah dan juga ibu kepada banyak penyelesaian masalah dan kebahagiaan.

Dan jika perniagaan itu tidak menumpukan perhatian kepada proses yang membantu “mengejar keuntungan” perniagaan itu pastinya akan menghadapi masalah besar.

Staffnya juga tidak merasa bahagia memberikan khidmat terbaik. Gaji tentunya ciput. Masalah keperluan perbelanjaan tak selesai.

En Halim mengungkapkan “If you just focus on helping people and solving their problems, you’ll notice that your income will go up over time.”

Suasana sebentar tadi merupakan sesuatu yang LIVE. Mempamerkan sebahagian dari kebenaran akan ungkapan En Halim. Sebahagian lagi aku reservekan untuk hal lain.

Bersambung…

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.