Peluang Keemasan Diwaktu Kesusahan - CrazyDuck -->

Header Ads

Peluang Keemasan Diwaktu Kesusahan

Antara Masalah dan Peluang

Di ketika masalah mendatang itulah masanya timbul banyak peluang
Kita biasa mendengarnya kerana ia sering diulang-ulang
Sebagai cabaran dan motivasi bagi yang berani dan mahu

Tetapi masalah dijadikan alasan bagi yang penakut dan lesu



Ibarat kayu balak seumpama pokok Redwood yang tingginya ratusan kaki
Keutuhannya bergantung kepada kekuatan dan kedalaman akar tunjangnya

Terlindung dan tidak kelihatan, begitu juga dengan jati diri seseorang 

Yang terserlah ialah kesan dari kekuatan dalaman mengharungi liku kehidupan.
Wah… malam ni ada pulak mood nak bermadah puisi.  
Tak apa, kita layan dulu sampai mana tulisan ini akan berhenti
Sambil buat “project paper” layan juga media-media ni.  
Kepala tak tenang gambar yang dipandang menggusarkan hati.

Banjir Kelantan-Pantai-Timur

Kemusnahan-dan-Kerosakan-Banjir-Kelantan-Pantai-Timur

===== xxx =====
Aku punya “project paper” perlu disiapkan
Namun, fikiran ku tidak dapat tenang
Sering terbayang gambar-gambar mangsa dihimpit kesusahan

Hanya melalui penulisan dapat aku luahkan isi hati ini
Disamping menjadi rekod kenangan yang berkekalan

Aduh…

Sedih melihat ramainya mangsa banjir kali ini
Mereka kehilangan rumah, kerosakan barangan, juga tiada wang saku
Sungguh ramai yang mengambil peluang untuk mencurahkan bakti

Datang dari seluruh pelusuk negeri naik kereta, bas, lori dan juga mutu

===== xxx =====

Ada yang datang sendiri
Ada yang datang dengan kumpulan
Ada yang mewakili NGO
Tak kurang juga yang mewakili parti

Semuanya kerana menyedari ujian sebesar ini pertama kali terjadi
Inilah ketikanya untuk mengambil kesempatan menabur bakti
Dengan kehendakNYA, Insyaa Allah tidak akan berulang lagi

Apabila kita menyedari kesilapan diri membuat kerosakan di muka bumi.

Bantuan-Kemanusiaan-Banjir-Perkasa

Sukarelawan-Lone-Ranger-Ahmad-Ikhsan-dari-Perak-bersama-Raja-Shamri
Ahmad Ikhsan “The Lone Ranger from Perak” bersama Tn. Raja Shamri 
datang dari Perak dengan menunggang motorsikal

Tengku-Wani-Tengku-Nazai-Membantu-Mangsa-Banjir


Keadilan-Membantu-Mangsa-Banjir

Bantuan-Banjir-dari-Muslim-Care-Malaysia-Society

Pemuda-Palestine-Membantu-Mangsa-Banjir

ATM-memberi-bantuan-dengan-beg-dari-Barisan-Nasional

===== xxx =====

Diketika inilah kekuatan dan jati diri akan teruji
Samada terus berdiri atau goyah dengan fitnah di media terkini
Kerana inilah masanya peluang terbaik membuat promosi
Kiranya mahu menjatuhkan martabat orang sambil menaikkan diri.

Astagfirullahal adzim …

Ya Allah, jauhkan aku dari mempunyai sikap yang seperti ini.

Berlumpur-Membersihkan-Kesan-Banjir-oleh-Muslim-Care-Malaysia-Society

Anak-Muda-Turut-Menyumbang-Membersihkan-Rumah-Selepas-Banjir

Berehat-Kepenatan-Mencuci-Selepas-Banjir

Sumbangan-Banjir-dari-PAS

Derma-Beras-Dari-Shah-Alam

Nasi-Percuma-Sewaktu-Banjir

===== xxx =====

Ada yang ada tinggal hanya sehelai sepinggang
Ada yang tertidur keletihan di pinggir pagar
Namun ada juga yang datang berlenggang
Berlakun menolong bila mahu diambil gambar
Eh … bukankah masa ini namanya peluang?
Tak mengapalah … sekurang-kurangnya mereka datang!

Walaupun membawa bot selepas banyak air dah hilang
-        Ha… yang ini pastikan betul ke tidak mungkin ia satu fitnah !!!

-        Ya … baik sikit, itu reporter yang ambil gambar, memang kerja 
         dia orang apa?

Tiggal-Sehelai-Sepinggang

Liow-Tong-Lai bersama-bot-Banjir

===== xxx =====

Berparti dan berpuak memang sudah ujud sejak berzaman
Tujuannya supaya kita saling mengenali, menyayangi, dan terus berkawan
Bukan alasan untuk meneruskan perpecahan

Bersetuju untuk tidak bersetuju boleh membawa kekuatan
Jika ianya ditangani dengan tujuan untuk kemuafakatan
Tidak diterajui oleh nafsu, hasad dengki, ego, angkuh, sombong dan ikut perasaan

PAS-dan-BN-Boleh-Sepakat

BN-dan-PAS-perlu-sepakat-dan-bersatu

Walaupun mungkin ada yang berniat untuk naikkan brand
Tak kisah lah tu, yang penting kita sama-sama baikkan sangkaan
Kerana dalam kesusahan ini ada hikmat yang tersimpan

Ambil ayat dibawah sebagai renungan dan diamalkan:

       "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan
        kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan
        kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak 
        supaya kamu kenal-mengenal
        Sesungguhnya sebaik-bauk kamu di sisi Allah
        ialah yang paling bertaqwa diantara kamu."
        -  Al-Hujurat (13)

===== xxx =====

Aku tahu aku selalu perlu selalu berbaik sangka
Tapi bukan pula bermaksud aku tidak boleh membuat penganalisaan
Terutamanya bila ternampak sesuatu macam ada agenda yang tersimpan

Ada hal sikit aku nak tanya – gambar lori kat bawah ni
Kat Pantai Timur tu semuanya cakap Cina dan Mat Saleh saja ka?
Kemana perginya penerapan bahasa dan konsep 1Malaysia?

Kena faham maksud yang tersirat dari apa yang sengaja ditulis
Temasek sudah nyata Pokok Pinang pula semakin “clear”
Apakah kita – terutamanya yang punya kuasa

Bersedia atau terus leka diulit oleh “sokongan” mereka?

MCA-Sumbang-Kepada-Mangsa-Banjir

===== xxx =====

Ada yang post gambar makan lauk sedap-sedap
Balik dari misi membantu nanti katanya datanglah singgah
Terima kasih pada toke restoren yang sudi menjamu kami udang galah

Kami tak minta dan kami juga tidak mengharap
Pastinya kebaikan budi mu akan dibalas oleh Allah

Semoga perniagaan mu akan berkembang dan terus gagah, insyaa Allah

===== xxx =====


Kita akan nampak apa yang kita mahu lihat
Tak percaya?
OK... sewaktu memandu, pilih satu warna dan lihat
Anda akan nampak banyak kereta yang mempunyai warna itu

Maka... sama lah.

Samada mempunyai pelekat atau yang tiada tanda
Ada pelekat yang baru dan ada juga beg lama yang sudah tersedia
Berbaik sangka itu menenangkan jiwa
Bersangka buruk pula membawa gelora

Yang bertanda itu kalau hilang senang dijumpa
Sebab itu setiap jabatan ada nama dan logonya
Samalah seperti ATM, PDRM, JPJ, atau Bomba
Bantuan dari biru, hijau atau apa jua warna

Terima sajalah dengan hati yang terbuka

Wajah-PM Najib-dibeg-Beras

Plastik-Papar-BN-Bantu-Banjir

Gambar-Datuk-Lan-Ahli-Parlimen-Machang-kepada-Mangsa-Banjir


===== xxx =====
Jenama itu penting
Bukan kerana kita mahu nama
Tapi mengelak supaya tidak mendatangkan dosa pada yang boleh mengata …
"Apa laa... orang susah begini pun parti tu buat tak tau saja"

Tetapi ungkapan yang lebih membawa lega
"Oh... organisasi ini pun ada juga membantu dan menderma" Alhamdulillah... semoga niat baik dan keikhlasan mereka diterimaNYA.

Time undi esok pilihlah mana yang suka dan boleh dipercaya
Pokoknya khazanah dan alam flora negara perlu terus terjaga
Supaya pelaburan dan perbelanjaan tidak sia-sia
Dapat mengelak musibah yang sama hebatnya dari terus melanda

Kerana kita akan ada menteri yang betul pandai memelihara

Bukan sekadar berkata Malaysia urus banjir lebih baik dari Amerika

PAS-Dengan-Beg-Kepada-Mangsa-Banjir

Bekas-Makanan-dengan-Pelekat-PAS

===== xxx =====

Dalam kita beramai-ramai menderma
Termasuk memberikan bantuan tenaga

Barangan yang diberi perlu dibeli
Petrol sudah tentunya perlu diisi

Kalau nasib baik dapatlah harga istimewa

Terima kasih kepada Doktor Martina Wan Yusoff kerana rawatan percuma

Doktor-Martina-Wan-Yusoff-Merawat-Mangsa-Banjir

Bertambah nasib baik bila penjual juga turut menderma
Kerana penjual ini sedar dia dapat sale berganda-ganda
Peluang timbul bila masalah melanda
Selepas banjir nanti pun kedainya jadi tumpuan utama

Pelaburan singkat tetapi memberi kesan yang sangat lama 

===== xxx =====
Bermacam jenis barangan diedarkan setelah dibawa
Dari makanan sehinggalah tuala dan spenda

Cuma satu aku nak tanya....

Berapa peratus barangan ini dikeluarkan oleh syarikat bangsa kita?
Termasuk barangan mudah seperti beg plastik dan pelekat yang diguna

Lima puluh peratus ada?
Ha... lima puluh peratus hang kata?

Hang ni gila ka? 


Tu la... aku cuma nak test hang saja
Hang agak-agak peratusnya berapa?

Itu... lu fikir dan kira sendiri laa...

Dalam keadaan biasa duit kita memang selalu pi kat depa
Sewaktu masalah pun duit kita masuk akaun depa juga
Pasca masalah untuk pemulihan, pun duit kita masuk laci dia
 - Kasut kuning PCK tu sapa pembuatnya?

Ai-yyaaa... 


Ibarat bukit yang digondolkan, air meluncur tanpa sekatan apa-apa
Begitu jugalah juga duit kita dikumpulkan oleh mereka
Apatah lagi bila ada yang mendapat "hak istimewa"
Mereka boleh membeli bukan setakat hutan balak, malah "sesiapa" saja

Balaknya pula kini tanpa sengaja "ter-parked" di atas jalan raya


Balak-atas-jalan-raya-selepas-banjir
===== xxx ===== 

Pada mereka
Musibah atau tidak - sama saja
Kerana bukan ramai sangat orang mereka yang terkena
Kebetulan pula masuk tahun baru - mesti mau pesta maa...

Eh... apa hang cakap ni - tu yang kenduri-kendara apa cerita?
OK-OK... saja aku nak provoke hang saja
Ya lah... perancangan masa cuti sekolah dah buat sekian lama, kan?

Pada peniaga pula, tapi bukanlah semua
Bila datang masalah begini
Ianya ibarat ikan terkurung ditauk jala
Tangkap dan masuk raga... lepas tu nasib hang laa

Masuk akal tak... lilin sebatang dijual pada harga RM 6

Ayam sekoq jadi RM 30

Parti-Tahun-Baru-Ketika-Mangsa-Banjir-Bergelut

Orang-Cina-Berpesta-Parti-Tahun-Baru-Ketika-Banjir
===== xxx =====

Diketika orang lain dalam kesusahan
Sudah tersedia perumpamaan yang mengatakan
Mahu hasil lebih pergilah menangguk diair keruh
Ianya sikap lintah darat tiada sinar iman menyuluh

Rumah tinggi di atas bukit
Khemah dibawa ke pinggir jalan
Merayu pada sukarelawan minta sedikit
Dermaan diambil dijual pula kemudian

Adoi ...

Memang dasar manusia ada yang begitu
Kalau semuanya sudah sedia baik-baik belaka
Tidak perlulah belajar dan berguru

Kita inilah yang perlu kepekaan untuk mengenal cara mereka 

Tapinya...

Pemugut dana lain pula yang teraniaya
Kerana dianggap mahu sapu masuk poket sendiri
Setitik nila punya pasal habis rosak susu satu baldi
Siap tanya pula... saya derma ni boleh keluarkan resit ka?

  - Eh ... ini kecemasan lah brader... 

Little Napoleon juga ada di mana-mana
You mau masuk ini tempat, mesti bagi tau sama gua
Itu orang susah ka apa ka, ini kawasan gua punya
Gua kasi you masuk OK, tapi itu barang sikit mau tinggal sini ya


Ya... ketika orang kesusahan mesti ada peluang maa...

===== xxx =====

Diketika musibah ini banyak sungguh pengajaran
Hilang rumah ada yang dapat duduk di dewan

Kurang bernasib baik berbumbung langit berlampukan bintang dan bulan

Terima kasih pada Bro Hilmi yang menyiapkan khemah
Cukup selesa pada orang seperti aku yang sudah biasa hidup susah Sementara dapat berpindah kepada yang lebih selesa

Nak duduk hotel semua sudah penuh belaka
Kalau ada kekosongan pun ada yang kata, “ you ada mampu ka?”
Ini tempat untuk level Dato’ dan Tan Sri saja

Di khemah ini tiada siaran langsung rancangan hiburan
Hanya dengungan nyamuk yang meminta perhatian
Ia juga jauh dari hiruk pikuk orang berkeliaran

Syukur sangat, bunyi rempitan motor langsung tidak kedengaran

Khemah-Banjir-Sementara-Raja-Shamri-Hilmi

Khemah-Selesa-Mangsa-Banji-Oleh-Kerajaan-Malaysia-Tanpa-Logo-Parti

Rosmah-Tak-Boleh-Tidur-Gangguan-oleh-Mat-Rempit

 Lihat artikel: Kenapa Mataku Tak Boleh Tidur

===== xxx =====

Walaupun mempunyai berbagai kepercayaan, ideologi, dan budaya Musibah ini membawa keakraban dan keprihatinan banyak manusia
Hal-hal kecil sudah tak perlu diambil kira
Peristiwa banjir ini juga menyaksikan beberapa perkara luar biasa

Walaupun air sampai ketingkat dua
Sejadah imam ini kering dan bersih umpama tiada terkena

Al-Quran ini pula tetap terpelihara
Walaupun tenggelam dan diselaputi selut setelah beberapa lama

Pada yang tak percaya … anda boleh kemukakan hujah apa saja
Hal iman bukan boleh paksa-paksa
“Laa ikra hafiddeen”
“Lakum deenukum waleeyadeen”

Itulah... ketika suasana kepayahan sesungguhnya ada keajaiban
Pada yang tahu dan mahu mempercayainya

Termasuk juga pada kaki yang pandai mengambil kesempatan

Sejadah-Kering-dan-Bersih-Selepas-Banjir

Quran-terpelihara-semasa-banjir

===== xxx =====
Semoga peristiwa besar ini membuka mata dan minda
Persengketaan lama itu biarlah dijadikan sejarah duka
Membolehkan kita bersama menjadi penjana bukan sekadar pengguna
Kerana perang sebenar kini melalui ekonomi bukan lagi senjata

Oh bangsaku... bagaimana bisa aku membantu
Aku hanya hamba Allah yang kerdil meniti perjalanan hidup ini
Punya nama tapi tidak diingati 
Punya wajah tapi tidak dikenali
Punya suara tapi tidak dapat didengari
Punya sedikit wang sudah habis ku beri

Yang tinggal hanya sekadar idea 2 kupang tidak ada apa dapat dibeli




Mungkin menerusi penulisan sebegini aku boleh menusuki sanubari
Kerana ada pepatah mengatakan pena itu lebih tajam dari mata pedang besi
Merubah keadaan secara senyap melalui pembersihan hati

Kerana hati itu ibarat akar tunjang "redwood tree" yang sangat tinggi
Kekuatan dalaman serlahkan jati diri.

OK dah sampai penghujung.  Terror anda yang baca ni. Tak semua orang boleh baca benda panjang cam ni.  Meh belanja saya satu LIKE kat butang bawah ni. 

Kalau guna handphone perlu view WEB Version ya... TQ !!!


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.