Sukarelawan Banjir Yang Hebat - CrazyDuck -->

Header Ads

Sukarelawan Banjir Yang Hebat

Banjir oh Banjir

Hari ni Ahad sudah masuk empat hari tahun dua ribu lima belas. Aku nak buat apa ya, yang lain semua sedang tidur dan bermalas-malas.  

Lepas pekena cucoq kodok turun pulak hujan renyai-renyai.
Yang pakat mengantuk tu sebab depa terlebih balun lauk sedap masak gulai.

Hutan-Gondol-punca-Banjir?

Hmmm … aku?

Aku tak boleh nak rehatkan otak memikirkan apa yang akan mendatang
Teringatkan mangsa banjir dan segala kesulitan yang menghalang
Ternampak gambar bukit bukau yang sudah gondol
Akibat kerakusan manusia yang berperangai seperti toyol

Eh, apa hang cakap ni - kata kat orang macam toyol?
Kasarnya bahasa aku – maaf !
Tak adalah … bukan maksud aku begitu
Hanya kepala ini yang pening dah nak jadi biul

Kerakusan-Pembalak-dan-Rasuah

Dalam kesusahan dan musibah ini banyak yang aku pelajari
Sungguh ramai yang masih punya hati bersih dan murni
Pertolongan diberi tanpa meminta supaya dipuji
Namun tetap ada yang mengungkap kata-kata keji

Banjir-Habis-Tiada-Apa-lagi


Sabarlah wahai teman yang sangat tabah lagi berani
Kau paparkan gambar dan cerita di media bukan untuk menunjuk hebat
Ianya supaya yang tak upaya ke sana dapat menilai dan menghargai
Akan keperitan apabila rumah, kenderaan dan segalanya sudah tiada lagi

Apa pun, tetap ada yang mengajak untuk berdebat
Jangan engkau pedulikan itu

Kerana ianya sudah memang dijanji:
“Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan
dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini
untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan;
dan sememangnya manusia itu,
sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.”
- Alkahfi (54)

Sabarlah wahai teman yang berhati murni
Peluang dugaan sebegini bukannya datang setiap hari
Hanya yang terpilih dibukakan hati untuk memberi
Kerana masing-masing boleh membuat pilihan dan alasan sendiri

Banjir-Penghantaran-Bekalan-Kemanusiaan

Ketahuilah bawah keikhlasan mu sudah tentu akan diuji
Bagaimana memujuk hati agar usahamu terus mendapat berkat
Walaupun kamu dikata konon mencari glamer minta dipuji
Sesungguhnya ujian yang berat itu hanya untuk orang yang hebat

Ramai yang mengata dari bekerja
Kerana ianya mudah - guna mulut atau jari saja
Konon dia lah yang paling terra
Apa yang dia kata dan kutuk betul semua
Apa kerja orang lain buat semua salah belaka

Tapi itulah yang amat di MURKA
“Katakanlah (wahai Muhammad):
Mahukah Kami khabarkan kepada kamu
akan orang-orang yang paling rugi
amal-amal perbuatannya? 

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia
amal usahanya dalam kehidupan dunia ini,
sedang mereka menyangka bahawa
mereka sentiasa betul dan baik
pada apa sahaja yang mereka lakukan”. 
- Al-kahfi 103-104

Wahai teman yang berhati murni
Yang salah dan terang-terang boleh dibantah
Jadikan ianya sebagai motivasi untuk membetulkan diri
Jangan pula ianya punca untuk berbalah
Sebagai makanan kepada ego, angkuh, dan sombong dihati
Biar kita menang sabar walaupun terlihat seperti kalah bermadah

======= xxxx =======

Musibah ini hasil dari tangan kita juga
Ia bermula bagaimana keperihatinan kita di rumah
Kalau perkara kecil seperti membuang sampah tak dapat kita jaga
Bagaimana menangani perkara besar seperti isu kelemahan ummah?

Alam-Sekitar-Sikap-Membuang-Sampah

Renungan:
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir),
bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik)
dengan tidak berdasarkan pengetahuan.
Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang
yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri),
dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat
menolong melepaskan mereka dari azab.
- Ar-Ruum (29)

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana
di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Ar-Ruum (41)

======= xxxx ======= 

Coretan ini hanyalah luahan rasa
Bukan tujuan ku untuk mengajar sesiapa
Aku masih belajar dan perlu terus diajar
Kerana pada suatu ketika dulu aku sangat kurang ajar
 - pembaca pun sama juga...

Alhamdulillah, banyak bantuan diberikan kepada mangsa
Oleh individu sukarelawan tanpa perlu dikejar
Sesungguhnya tersangat ramai membantu dengan bangga
Walau tidak mendapat upah dan gaji yang wajar
Kerana niatnya hanya satu – mendapatkan keredhaan Allah Taala

Terima kasih kepada penderma yang tidak dapat ke sana
Terima kasih kepada doa-doa yang mengiringi sukarelawan
Terima kasih kepada yang telah bersusah payah tanpa mahu memberitahu nama
Itulah keindahan pelangi sewaktu mendung tatkala hujan

======= xxxx ======= 

Cuba klik pada gambar apa akan anda lihat.




Adakah anda orang yang teristimewa itu?  

Lagi istimewa bila anda tekan butang LIKE kat bawah ni dan butang Share kat atas tu.

 TQ eh...

Artikel berkaitan - klik pada tajuk untuk membaca:
1. Kenapa Mataku Tak Boleh Tidur
2. Peluang Keemasan Diwaktu Kesusahan

2 comments:

  1. Bila kita mahu berfikir .. kita akan tahu sebab musibab segala ini diberikan sebagai ujian kepada kita.

    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete
  2. Yang sedihnya.... masih ramai tidak mahu belajar dari musibah ini. Terus mahu berpecah dan berpuak-puak. Musibah apa lagi dan yang bagaimana yang akan membuka mata hati kita untuk bersatu?.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.