Biasakan Diri Untuk Mengatakan Tidak - CrazyDuck -->

Header Ads

Biasakan Diri Untuk Mengatakan Tidak

Mendisiplinkan diri. Untuk selesaikan satu kerja dengan cepat dan sempurna. Tanpa pegang-lepas, pegang lepas. Genggam bara biar sampai jadi arang. Kata orang yang sudah berjaya dan antara orang terbilang.
menangkap-ayam-kampung-masa-hari-raya
Gambar: allberitaa.blogspot.my. Masuklah, banyak cerita kat dalam.

Think Big Tapi Jangan Tamak

Pesan orang yang sudah berjaya
Jika mahu menangkap dan menyembelih ayam
Kejar dan tangkaplah seekor demi seekor

Mahu menangkap semua sekali gus?
Boleh juga, jika ada kepakaran dan peralatan
Bukan dengan kudrat satu kepala dua tangan
Think big itu penting tetapi biarlah betul pada caranya
Begitu juga dengan fokus kerja
Terlalu banyak peluang datang
Terlalu banyak ilmu yang boleh diundang

Latihkan diri satu persatu 
Kiranya mahu cepat mahir dan membuahkan hasil

Begitu juga dalam hal menangkap projek
Jangan kejar sana kejar sini
Layan prospek itu juta-juta
Layan prospek ini juga juta-juta
Heboh satu dunia alam maya betapa hebatnya kita

Last-last yang tinggal mereka tetap sebagai prospek saja

Belanja orang meeting sini sana
Kalau warung tepi jalan tak apalah juga
Ini kos parking saja pun sudah RM 7 untuk jam pertama
Fresh oren sudah RM 25. Itu kira yang murah laa

Adoi apasal aku jadi begini?
Maka belajarlah untuk berkata tidak
➤ Ya ... itu satu disiplin yang aku kena jaga
➤ Bermula dari mulut ia akan merebak kepada tindakan dan sikap
➤ Sikap yang tidak mahu berkata, "Oh, itu tidak apa"

    The power of dream and the power of visualization

    Can only be realized when you put effort on it
    Come on... roll up your sleeve man !!!
    Reinforce it with a strict discipline and with consistency
    Work on something until you see the result

    Bukan panas-hangat-steamy seperti tahi ayam !!!
    Otherwise you can always continue and keep on dreaming

    Nothing tangible will come your way
    And this, I can guarantee.

    Maka fokuslah pada apa yang ada dahulu
    Tarikan yang kuat boleh mengganggu tumpuan
    Itu sebenarnya ujian bagaimana kita boleh mengatakan TIDAK

    Mendisiplinkan diri 

    Untuk selesaikan satu kerja dengan cepat dan sempurna
    Tanpa pegang-lepas, pegang lepas
    Genggam bara biar sampai jadi arang
    Kata guru yang sudah berjaya dan antara orang terbilang. Cumanya aku tak pernah berguru dengan dia orang... alaa...

    Maka ... kuatkan hati untuk mengatakan TIDAK
    Pada umpan-umpan dan kata janji manis
    Pada gangguan internet dan segala macam gossip di media sosial
    Katakan YA untuk dirimu

    Kerana apabila kamu susah berapa ramaikah
    Yang akan sudi dan sedia membantu?
    Memang ada... tapi untuk berapa lama?
    Dan maruah serta harga diri aku di mana?
    Klik gambar untuk lihat video

    Suka ini artikel?. Taruk komen kat bawah tu.  Lepas tu share jer...

    Tiga artikel berkaitan:

    2 comments:

    1. Betul ... kalau senang tak boleh cari makanlah cikgu, guru, motivator, dan trainer untuk mendisiplinkan manusia. Sebab tu ada 90/10. 10 tu yang ada displin. 90 ikut arus.

      ReplyDelete

    Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.