Berkata TIDAK Tanda Kita Menghormati Diri - CrazyDuck -->

Header Ads

Berkata TIDAK Tanda Kita Menghormati Diri

Berlatihlah Untuk Boleh Berkata TIDAK

Perkataan TIDAK boleh dianggap sebagai kasar,
Tersilap ucap ianya berkemungkinan dianggap biadap,
Aku disuruh supaya belajar mengikut cara orang Jepun,
Bagaimana mengatakan tidak tanpa mengucapkan perkataan tidak.


Apabila kita tidak boleh untuk berkata tidak,
Kerana mahu menjaga hati orang,
Diketika kita sendiri tidak pasti dan tidak yakin keupayaan kita,
Kita menggunakan INSYAA ALLAH sebagai pelapik.



Tetapi, apakah penggunaan Insyaa'Allah itu sebagai penutup bicara?

Atau memang sebenarnya kita mahu menolong?
Ikhlaskan tutur bicara dan jangan bermain dengan KalimahNYA.

Berkatalah TIDAK selembut yang mungkin,
Agar orang tidak hilang kepercayaan,
Agar kita tidak hilang saudara mahupun teman.

Diketika kita boleh mengatakan tidak
Tanpa dengan jelasnya mengucapkan perkataan tidak

Itulah waktunya kita jujur dengan diri kita
Kita jujur dengan apa yang kita perkatakan

Kita merendah diri akan ketiadaan upaya

Ketika itulah kita sebenarnya berbudi bahasa
Tiada sombong, eksyen, angkuh, mahupun riya'

Dengan cara itu kita sebenarnya menghomati diri sendiri

Jika kita tidak hormat pada diri sendiri
Bagaimana kita boleh mengharap orang untuk menghormati kita?

Jauh api dari semanggang, kata orang utara.

Kecualilah perkataan pertama yang keluar itu...

KLIK untuk lihat video
Sewaktu kita menjawab panggilan, bunyinya seperti ini:
- Tak-tak-tak-tak, atau
- Takda-takda, tarak-tarak, atau
- Tak boleh-tak boleh, atau

- Pergi mampus lah kau...

Betapa hancurnya hati aku ketika itu...

"Ku sangkakan panas berpanjangan,
Rupanya gerimis mengundang,
Hati ku kau guris,
Dalam tak sedar...

Aku menangis kebasahan"
-- Zamani @Slam <<== KLIK kalau nak tengok video

Terima kasih atas kesudian anda membaca.  
Moga telah ada manfaat dari tulisan ini.

Sila LIKE butang dibawah dan kongsikan banyak-banyak ya....

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.