3 Beg Berisi Gelang Emas Ditemui Tanpa Perlu Bomoh - CrazyDuck -->

Header Ads

3 Beg Berisi Gelang Emas Ditemui Tanpa Perlu Bomoh

Masyarakat Nusantara Dan Mistik Paranormal


Kita sering mendengar cerita bagaimana masyarakat Nusantara menggunakan cara mistik dan paranormal untuk mendapatkan emas atau duit dari sumber yang dikatakan harta Karun.


Zaman sudah jauh berubah.  Jika dahulu mengimbas (scanning) kewujudan makhluk halus dilakukan dengan membaca ayat-ayat atau mentera tertentu oleh pakar seperti bomoh kepada orang yang dirasuki.  Bomoh itu perlu berada dekat dengan pesakit.  Tetapi zaman sekarang dengan teknolgi canggih memungkinkan penggunaan telefon bimbit untuk melakukan pengimbasan dan pemulihan dari jarak jauh.

Penemuan 3 beg berisi emas dan wang milik Raja Arab

Dengan menggunakan imbasan x-ray 3 beg pakaian penuh sarat berisi gelang dan barang kemas serta wang milik satu keluarga diraja Arab dapat ditemui.  Barang kemas yang mungkin bernilai jutaan ringgit ini dicuri tanpa menggunakan toyol dan disorok tanpa menggunakan jin dan berjaya dikeluarkan dari kediaman keluarga diraja tersebut.

Oleh kerana pencurian barang kemas ini dan penyorokkannya tidak menggunakan konsep toyol, jin atau cara paranormal yang lain, teknologi imbasan x-ray telah berjaya mengesan beg ini sewaktu cuba melepasi airport.

 Video penuh - klik pada gambar

Barang-Kemas-Keluarga-Arab-Ditemui





Sudah tentu pemilik barang kemas ini sangat gembira mendapatkan semula harta miliknya.
Persoalannya, gelang dan barangan kemas sebanyak ini untuk apa?  Untuk pencuri, kita memahami dia akan menjualnya dan menggunakan wang tersebut untuk kegunaan yang mungkin juga termasuk untuk melepaskan keadaan terdesak.

Tetapi, apakah gelang sebanyak ini mampu dipakai oleh pemiliknya?  Walaupun dipakai tidakkah ianya membebankan kerana terlalu berat.  Selamatkah?  Bahagiakah apabila banyak mata menjeling ke pergelangan kita?  Mampu melenakan tidur kitakah apabila telinga kita sering mendengar pujian … wow… sipolan so and so... punya lah banyak barang emas dan gelang.  

Kaya sungguh dia.

Entahlah… saya pun tak faham kenapa ada orang yang terlalu kaya menyimpan emas terlalu banyak begitu.  Hmmm…. Mungkin sebagai gantian wang kertas agaknya kerana nilai wang kertas selalunya terdedah kepada risiko inflasi dan penurunan nilai, sepertimana Ringgit sekarang yang berada ditahap RM4 / USD.

Begitulah… lain udang lain garam, lain orang lain ragam.  Buatlah apa pun asal bahagia.  Jangan mencuri sudah, nanti kena imbas.  Konon nak bahagia tetiba dapat makan percuma.

Klik pada mana-mana gambar atau pautan ini - 3 Beg Berisi Gelang Ditemui - untuk melihat video penuh.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.