Elaun Sara Diri / Cola / Kolar Untuk Rakyat Malas Malaysia - CrazyDuck -->

Header Ads

Elaun Sara Diri / Cola / Kolar Untuk Rakyat Malas Malaysia

Berita Baru Diterima Baik Untuk Semua – Pekeliling 15/08/02-01

Kerajaan bersetuju memberi Elaun Sara Hidup / COLA / kolar tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas kepada semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 setiap bulan.


Berkuat kuasa Ogos 2015 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat Malaysia.  

Elaun COLA  / kolar ini boleh dituntut disemua pejabat pos dan BSN diseluruh negara mulai jam 1pm - 4pm pada setiap hari kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am.

Kakitangan awam perlu menunjukkan kad pengenalan diri jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang lengkap berserta dengan syarat-syarat berikut:

1. Surat Perlantikan Kerja – Original
2. Surat Pengesahan Kerja – Original
3. Surat Akuan Majikan (tempat terakhir masa bekerja.
4. Dan salah satu yang bersangkutan dengan perkataan cola / kolar seperti berikut:

a.  80 penutup botol Coca Cola atau Pepsi Cola baru sesuai dengan namanya Elaun Cola. 
     Atau pun…
b. Kolar baju yang sudah lusuh bersesuaian dengan tujuan untuk menggantikan baju baru. 

Apa yang terlintas dihati dan difikiran anda tadi?  Yang mana satu diantara berikut?  Ia bergantung kepada keadaan kehidupan yang sedang anda harungi dan permasalahan yang anda hadapi. 

1.  Eh.. dah nak pilhanraya ker?  Sah rasuah nak beli undi. 
2.  Depa buat lawak bodo ke apa ni? 

3.  Sah rakyat Malaysia kena tipu lagi.  
4.  Alhamdulillah … bajet memang dah lari.  Lega dapat banyak ni pun, tiap-tap bulan pulak tu.

5.  Biar betul, berapa juta sebulan gomen nak tampung?  1MDB pun tak setel lagi. 
6.  Daripada bagi duit cola / kolar ni baik turun harga minyak dan hapuskan GST.

7.  Eleh.. RM 500 sebulan mana cukup.  Ini kes tak reti cukur.
8. Keluarga aku ada 8 orang bekerja… waaa… dah balun 4 ribu.  Orait laaa… boleh dah bayar muka kereta. 

9.  Pakai kalah teruk laa pembangkang kali ni. 
10.  Tambah sendiri pada ruang komen… apa yang terlintas dikepala hotak anda.  

Cola-dan-Kolar


Moral of the story:
Kalau pasal duit,ramai yang sanggup baca sampai habis termasuk juga saya. 

Ha ha ha… selamat berhujung minggu.  Selamat Hari Raya jua… Syawal masih ada.
Minggu depan kita pakat kerja kuat-kuat supaya duit yang diimpikan masyuuukkk … tetapi secara syariah compliant lah.  Patuh syariah kata cikgu motif-basi.

Sumber: Diedit dari sumber WhatsApp.. tidak diketahui penulis asalnya. 

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.