Pakcik Pajero Dengan Gautnya Menangis Tiada Berair Mata - CrazyDuck -->

Header Ads

Pakcik Pajero Dengan Gautnya Menangis Tiada Berair Mata

Aku tidak pernah tahu (merasai) bagaimana sakitnya apa yang dikatakan gaut [ghout / gout] itu. Begitu juga kaitannya dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis. Aku menikmati hidup sebagai orang muda. Aku terus merasa kebal… aku boleh buat dan capai apa yang aku suka dan apa yang aku mahu.
uric-acid-berlebihan-dalam-darah-punca-penyakit-gaut
Gambar: koding-kn.blogspot.com

Orang Kebal Mana Nak Kisah Pasal Gaut, Darah Tinggi atau Kencing Manis

Sebagai orang muda aku tidak pernah tahu (merasai) bagaimana sakitnya apa yang dikatakan gaut [ghout / gout] itu. Begitu juga kaitannya dengan penyakit darah tiinggi dan kencing manis.

Aku pernah mendengar semua itu, tetapi sekadar mendengar. Masuk telinga kanan keluarnya juga di telinga kanan. 

Gambar: Group WhatsApp
Sama juga dengan penyakit 4-5 serangkai. 

Aku menikmati hidup sebagai orang muda. Aku tak peduli dengan semua penyakit berangkai yang aku dengar.

Aku terus merasa kebal… aku boleh buat dan capai apa yang aku suka dan apa yang aku mahu.

I was at the prime of my life. Suatu ketika dulu. Dan cerita ini adalah kisah dulu-dulu.

Tak Jadi Bersarapan Membuka Peluang Aku Belajar Sesuatu

Seorang Pakcik terkial-kial mahu bangun dari kerusi. Dengan bantuan tongkatnya perlahan-lahan dia bangun. Tetapi pada raut wajahnya jelas dia sedang mengalami kesakitan yang amat perit.

“Boleh saya bantu Pakcik? Kereta letak kat mana?” Aku bertanya sementara menunggu roti canai yang dipesan belum sampai.

“Oh…terima kasih Nak. Ni kaki Pakcik sakit. Bengkak. Kalau tersilap makan macam ini lah jadinya.” Dia menunjukkan kakinya. Tetapi aku tidak faham dan tidak mengerti apa penyakit yang dihadapinya.

Orang muda seperti aku mana nak kisah pasal penyakit. Apa nak makan pantang jumpa bantai semua. 


Rasa macam kebal. Tak ada penyakit yang boleh hinggap. Selsema pun tersangat jarang. Batuk tak pernah.

Aku Tak Mengerti Kenapa Pakcik Ini Tiba-Tiba Sedih

“Kereta dekat situ jer.” Sambil Pakcik menuding ke arah sebuah kereta Pajero. Hanya sebiji kereta yang ada di situ. Pasti itulah keretanya.

“Auto ke manual Pakcik?”

“Manual.” Jawabnya. Dan aku terfikir kalau sakitnya begitu perit bagaimana dia mahu menekan clutch?

“Pakcik tunggu sekejap ya. Saya nak tukar order. Nanti saya dan kawan saya tu tolong hantar Pakcik balik.” 

Aku terus pergi semula ke meja dan meminta kawan aku bungkus saja makanan yang belum sampai. Dan memberitahu ada tugasan untuk menghantar Pakcik ke rumahnya.

Pakcik hanya mengangguk sambil tunduk. Aku tak tahu apa yang bermain dikepalanya. Dia seakan sedih.

“Terima kasih Nak…” Jawabnya ringkas.

Aku Berpeluang Memandu Pajero

“Jom Pakcik. Bungkusan kami dah siap tu.” Aku mengajak Pakcik.

Dia cuba bangun tetapi raut wajahnya jelas menunjukkan dia sedang menanggung kesakitan.

“Kunci keretanya Pakcik. Baik saya bawa kereta tu ke sini saja. Tak payah Pakcik nak jalan jauh-jauh.”

“Pakcik tersenyum dan menghulurkan kunci Pajeronya.” Aku tak tahu apa maksud senyumannya seperti mana aku tidak memahami kenapa dia tunduk bersedih tadi.

Aku sampai dan membantu Pakcik naik ke keretanya. Kawan aku kemudian mengikut dari belakang dengan kereta kami.

Sampai di rumah, kami disambut oleh isteri Pakcik. Tetapi dia seakan terkejut kenapa ada dua kereta dan suaminya pula duduk dibahagian penumpang. Sepatutnya suaminya lah yang memandu.

“Tadi Pakcik kakinya sakit, tak berapa nak boleh berjalan. Jadi kami tolong hantarkan. Lagi pun clutch Pajero ni keras sikit. Kalau auto senanglah. Kaki kirinya tu yang dah bengkak.” Aku memberi penjelasan tanpa diminta.

Suaminya Sakit Makcik Marah-Marah Pula

“Itulah… Pakcik kau ni kadang-kadang dia bantah. Makcik dah bagi tau suruh dia bawak kereta auto yang satu lagi ni.”

“Ha… kan dah kena dah. Dah tahu kaki tu bukan milik orang muda nak buat perangai orang muda juga.” 

Mak cik menjawab seakan puas dan secara indirect mengatakan padan muka kau Pakcik oi.

“Pajero ni dah lama tak dibawa ya Makcik.” Aku cuba mencari helah. Aku perasan ada bahagian yang agak sedikit semput dalam perjalanan tadi. Biasanya akibat kurang berjalan.

“Ya… sejak sebulan yang lalu kot baru pagi ni dia bawa. Kalau tidak tu asyik terperap saja dan sesekali dia start enjinnya.”

“Oh... dia saja nak bagi Pajero tu berjalan Makcik. Kereta kalau tak bawa berjalan boleh rosak sana-sini. Ada yang jem dan berkarat nanti. Tu yang dia paksa diri juga untuk bawa tu.”

Mendengar penjelasan aku, Makcik seakan faham kenapa suaminya memaksa diri untuk menggunakan Pajero pagi tadi. Akibatnya kaki kirinya sudah bengkak.

Sambil Pakcik tersenyum mendengar penjelasan aku dia menjemput kami masuk. Kawan aku agak keberatan. Mungkin lapar dan teringatkan bungkusan makanan dalam kereta.

“Tak apalah Pakcik. Kami balik dulu.”

“Jangan macam tu… meh laa berkenalan dulu kalau iya pun. Ambil jer makanan yang korang bungkus tadi, makan kat sini. Korang balik nanti benda tu dah sejuk, tak sedap.”

Aku mengangkat kepala dan kening bertanyakan persetujuan dari kawan aku. Dia hanya mengangkat bahu seolah berkata… “Suka hati kaulah.”

Lalu aku menggeleng separuh memberi isyarat supaya dia mengambil bungkusan makanan. Tanpa bersuara dia terus ke kereta memahami maksud aku.

Masuk dalam rumah aku terlihat satu koleksi tongkat. Cantik dan kebanyakannya diperbuat dari kayu.

“Hmmm… stylo juga rupanya Pakcik ni ek…” fikirku sendirian.

Burung Pun Tak Mahu Tinggal Dalam Sangkar Atau Sarang Asalnya

“Dua orang saja ke Pakcik? Anak-anak dia orang kat mana?” Tiba-tiba kawan aku bersuara.

“Ye lah… dah pencen ni macam tu lah. Anak-anak dah besar, kerja, dan berkahwin, semua ikut arah kareer masing-masing.”

“Burung pun bila dah pandai terbang tak mau dia duduk sesarang dengan mak bapak dia. Inikan pula manusia.”

Pakcik menjawab dan dia tunduk, seperti tunduknya dia ketika di restoren tadi. Dia seakan mahu melepaskan apa yang terbuku dihatinya. 

Mungkin dia terasa hati disebabkan anak-anak yang sudah pergi meninggalkannya bersendirian bersama isteri. Tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana sudah lumrah alam. Hidup berdikari jauh dari ibu bapa itu tetap dan pasti akan berlaku.

Kecuali jika anak itu mahu berkorban tinggal serumah atau berhampiran ibu-bapa dengan niat dan tujuan untuk menjaga mereka.

Aku tidak mahu bertanya lanjut tentang hal personal dan peribadi lagi, takut mengingatkannya pada kisah yang mengguris hatinya.

“Sejak bila bengkak kaki tu terjadi dan tahu tak apa sebabnya? Sambil makan aku bertanya Pakcik akan kakinya.

Makanlah Makanan Yang Disuruh Berpantang

“Dah lama kaki ni tak sakit. Jadi Pakcik ingat bolehlah makan benda-benda yang Pakcik berpantang.” Pakcik menjawab sambil menyapu minyak pada bengkak dikakinya.
Dia juga sudah mengambil pil penahan sakit. Pergerakkannya kelihatan agak selesa dan tak ada lagi kerutan diwajahnya. Sudah lega sikit tu agaknya… fikir ku.

“Apa yang kena pantang Pakcik?” Kawan aku menyambung perbualan.

“Sakit gaut ni, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielak. Silap sikit mesti kena attact. Tambahan lagi melakukan pergerakkan berat macam tekan clutch Pajero tadi.”

“Oh ye ke… apa yang kena pantang dan apa yang Pakcik sudah makan?” Aku bertanya seperti orang bodoh. Memang aku bodoh dalam hal penyakit gaut ni… mengaku sajalah. 

Apa kisah? Biar mengaku bodoh tapi jangan jadi bodoh atau diperbodohkan… Yer dok?

Apa Amalan Untuk Mengelakkan Gaut?

“Penyakit gaut ni boleh dipulihkan atau dielakkan dengan menjaga pemakan kita. Itu nombor satu. Tapi Pakcik dulu tak endah akan pesanan-pesanan yang Pakcik terima pasal makanan ni.” 

“Terutamaya makan sayur.” Pakcik memulakan syarahannya…

“Pakcik tak suka sangat sayur ni sejak kecil. Tapi sekarang bila dah kena gaut, Pakcik amalkan makan sayur banyak dan lama-lama jadi kesukaan pula. Itu yang sakit gaut Pakcik ni dah tak seteruk dulu.”

“Tapi jangan makan sayur yang ada protein, macam kacang panjang atau jenis-jenis kacang tertentu.”

“Disamping tu waktu mula-mula kena dulu Pakcik ada juga makan ubatan doktor untuk mengurangkan tahap Uric Acid dalam darah.”

Nota: Chemical formula untuk Uric Acid: C5H4N4O3. N atau nitrogen itu datangnya dari protein. Apabila kandungan Uric Acid dalam darah berlebihan, crystal (Ammonium acid urate) akan terbentuk dan berkumpul pada sendi, terutamanya pada bahagian bawah seperti di kawasan ibu jari kaki.

“Tapi ubatan macam ni Pakcik tak berapa suka sebab ianya bukan perkara semula jadi.”

“Tak tahulah ada kesan sampingan terutama pada buah pinggang atau tidak. Jadi Pakcik ambil sekali sekala dan sejak akhir-akhir ni sangat jarang ambil.”

“Dah lama Pakcik tak kena gaut ni. Ingatkan dah pulih sepenuhnya. Semalam pergi restoren mee udang… mana boleh tahan. Bau dia punya lah sedap. Udang pula… tu dia nala punya saiz. Gian sudah mari. Kena semangkuk. Ha… Hari ni dapatlah.”

"Tapi kalau Pakcik tak gatal nak bawa Pajero tadi mungkin tak timbul sakit gautnya. Sebab sebelah kiri saja yang bengkak dan sakit. Kanan tak ada apa. Rasa macam biasa saja.”

“Tapi lepas ni kena jaga-jaga juga sebab nampak gayanya belum betul-betul pulih. Kena dua-dua belah kiri-kanan serentak macam satu ketika dulu… siksa ooo."

"Tongkat cantik pun tak guna dah. Naik wheelchair orang tolak jer lah.”

Apakah Makanan Yang Perlu Dipantang Oleh Orang Berpenyakit Gaut?

“Selain dari sayuran yang berprotein, daging dan makanan laut akan meningkatkan lebihan kandungan Uric Acid dalam darah.”

“Contohnya seperti kerang, ketam, udang, ikan bilis, sardine, sotong, sesetengah jenis siput, dan juga ketam.”

“Daging juga adakalanya perlu dielak. Nak tahu, cuba sikit dulu… kalau tak ada rasa sakit boleh tambah sikit lagi. Kalau ada rasa sakit… elok stop terus dan berpantang.”

“Yang pasti barang dalaman seperti hati dan limpa langsung tak boleh. Makan juga… nahas. Naik wheelchair lah jawabnya.”

“Tapi siapa nak tolak? Bukan ada siapa kat rumah ni kecuali Makcik korang yang dah tak larat tu.”

Sampai di sini Pakcik berhenti (pause) dan dia memandang ke arah lain. 

Seperti ada genangan air mata pada kelopak matanya. Raut mukanya juga berubah. Ada kesedihan dihatinya. Mungkin teringatkan anak-anak yang jarang balik.

Entahlah. Aku teka saja dan tak berani bertanya hal peribadi yang begitu.

Sensitif…

“Eh… ni air panas baru buat. Tadi korang minum air berais… sejuk. Tukar selera pula.” Makcik mempelawa kami minum air “Teh O” panasnya.

Apakah Peranan Air Dalam Menyembuhkan Gaut?

“Ya… air. Ini sangat penting kalau korang tak mahu kena gaut.” Pakcik menyambung selepas kembali tenang.

“Kenapa dengan air Pakcik?” Tanya kawan aku.

“Jangan minum air yang ber-carbonate kerana ia mengandungi paras acid yang lebih tinggi dari kebiasaan.”

“Tapi banyakkan meminum air yang beralkali. Ia membantu me-neutral-kan acid dan melancarkan pembuangan Uric Acid yang berlebihan melalui air kencing.”

“Kalau dah berumur macam Pakcik ni tak jaga pemakanan dan penyakit gaut tak pulih, sangat tinggi kebarangkalian untuk mendapat penyakit lain yang lebis serius.”

“Oh ye ker Pakcik? Serius macamana pula?” Aku bertanya dan membuka pekung yang aku tak tahu akan hal sains dan biologi. Perubatan lagi lah…

“Pak cik ni bukan tahu sangat. Tapi doktor yang Pakcik jumpa tu bagi nasihat dan pesanan. Dia sudah banyak pengalaman merawat orang kena gaut.”

“Bila kita tak ambil endah untuk menyembuhkan gaut ini… penyakit berangkai hampir pasti akan datang. Ia bersangkut paut dengan kualiti darah kita.”

“Penyakit darah tinggi, sakit jantung, berat berlebihan, kencing manis, batu karang… dan yang paling tak syiok… lemah tenaga batin. Korang fahamlah kan?”

“Jadi banyakkan minuman air yang beralkali supaya Uric Acid dapat dinyahkan dan berada pada tahap normal. Penyakit berangkai pun tak menjengah kita.”

pokok-herba-pecah-beling
Herba Pecah Beling baik untuk kesihatan. Dibuat teh.


“Ooooo…” aku dan kawan mampu terlopong saja.

“Pakcik amalkan ke minum air herba ni?” Aku bertanya tanpa berfikir terlebih dahulu.

“Tu pokoknya kat depan tu.” Pakcik menunjuk pada rimbunan hijau dipinggir rumahnya.

Zaman Beredar Kepakaran Manusia Juga Meningkat

Cerita diatas tadi kisah aku sewaktu zaman remaja. Kini penyakit gaut sudah ada pelbagai cara dan mechanism untuk rawatan, tidak hanya menggunakan ubat doktor.

Herba yang sudah diolah dan diadun untuk rawatan gaut boleh didapati di pasaran. Zaman maklumat di hujung jari ini hanya perlu rajin sikt jer. Banyak dalam internet tu.

Beringatlah Ketika Masih Muda

Lima perkara sebelum lima perkara. Salah satunya ialah muda sebelum tua. Yang empat lagi... korang tahu... kan?

tongkat-cantik-belaka
Gambar: www.walkingcaneco.com
Ketika kau masih muda bertenaga apa kau mahu buat semua boleh jadi belaka. Sihat kuat seperti kebal terhadap segalanya.

Namun… setiap yang muda itu pasti akan merasai tua. Dan ketika itu segala penyakit berkemungkinan akan tiba.

Kau bertongkat ketika muda untuk memenangi pertandingan. Tongkat sebagai sebahagian dari aksi juah mu. 

Bila usia mu sudah menjangkau tua, tongkat menjadi teman setia ke mana sahaja.

Yang masih punya ayah ibu… jangan biarkan mereka menangis sendirian walaupun tanpa ada air mata bercucuran. 

Kita juga akan menjadi tua… dan apa yang kita lakukan kepada ibu-bapa akan terjadi kepada kita dari perbuatan anak kita sendiri nantinya. What goes around comes around.

Terima kasih kerana membaca sehingga sini… aku nak sambung lagi, tapi kesedihan aku teringat akan Pakcik Pajero memaksa aku berhenti di sini saja.
Sudikan komen dan sharekan post ini ya… terima kasih. Boleh guna satu dari butang bawah ni then share kat mana yang korang suka.